Wednesday, June 22, 2011

TITIK - TITIK SEJARAH



CATATAN DALAM SEJARAH

Apabila kemerdekaan persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, pada tengah malam 31 Ogos 1957, nama Kepala Batas tercatat dalam sejarah kemerdekaan bangsa Melayu dan semua warga bumi semenanjung ini. Tetapi tidak ramai orang yang mengetahui akan kisah bumi bertuah itu.
Pada tahun 1955, iaitu dua tahun sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pilihan raya umum untuk memilih ahli-ahli Parlimen (Dewan Rakyat) telah diadakan serentak di seluruh Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. UMNO (Perikatan) telah mencalonkan seorang ahli perniagaan, Haji Hashim Awang ari Tasik Gelugur dan dia telah menang dengan tidak penentangnya.
Pilihan raya Umum tahun 1959, calon UMNO (Periktan), Haji Ahmad Said dan dia telah mendapat kemenangan dengan 8,211 undi dan pilihan raya 1964, dia telah menang dengan 11,211 undi. Manakala pilihan raya tahun 1969, dia memperoleh undi sebanyak 2,353.
PARTI POLITIK
Bekas orang kuat Parti Buruh, Mohamad Sopiee Sheih Ibrahim telah bertanding atas tiket UMNO (Barisan Nasional) dalam kawasan tersebut dan dia telah menang tidak bertanding.
Cucu sulung kepada Sheikh Abdullah Fahim dan anak kepada Haji Ahmad Badawi, Abdullah Haji Ahmad Badawi bekas pegawai tinggi Kerajaan Malaysia yang tidak pernah diduga menyertai parti politik dan bakal pemimpin negara, telah bertanding dalam kawasan Parlimen (Kepala Batas) pada pilihan raya 1978. Beliau telah menang dengan 5,029 undi.
Pada pilihan raya umum 1982, Abdullah Ahmad Badawi telah menang dengan 12,644 undi. Pilihan raya 1986 beliau menang dengan 8,622 undi. Beliau telah menang dengan 9,851 undi pad pilihan raya umum pada tahun 1990.
MENCAPAI KEMENANGAN
Nama Abdullah Ahmad Badawi telah terjuang sebagai pemimpin negara, maka pada pilihan raya umum 1995 beliau menang dengan 17,834 undi. dan pada pilihan raya 1999 beliau telah mencapai kemenangan dengan 11,175 undi.
Setelah Abdullah Ahmad Badawi menduduki kerusi Perdana Menteri dan pemimpin rakyat negara ini, beliau telah mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum 2004 dengan 19,985 undi. Calon PAS,Abdul Khalid Rashid mendapat 8,810 undi. Majoriti 11,175 undi.
Pada hari-hari Abdullah Ahmad Badawi melangkah ke puncak, beliau sentiasa dalam doa dan restu ibunya , Allahyarhamah Datin Hajah Kailan binti Haji Hassan. Ibu berjasa ini telah meninggal dunia pada 2 Februari 2004.
RANSANGAN SEMANGAT
‘Sesungguhnya Allah itu menetahui segala sesuatu.’ Sepanjang kempen pilihan raya 2004, pada hari mengundi dan hari kemenangan Abdullah Ahmd Badawi, beliau telah mendapat rangsangan semangat, ketabahan hati dan jiwa , dipeluk dan di sayangi sepenuh hati dan jiwa raga oleh isteri beliau, Allahyarhamah Datin Endon Mahmood. Ina lillahi wa inna ilaihi rajiun, wanita pertama itu telah meninggal dunia di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Putrajaya, pada jam 7.55 pagi 20 Oktober 2005. Jenazahnya telah dikebumikan di tanah perkuburan umat Islam di sana.
Kawasan Dewan Rakyat Kepala Batas mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri, iaitu: Dewan Undangan Negeri Bertam, Dewan Undangan Negeri Penaga dan Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal.

Di sinilah,
Suara ulama melaung umat,
Sheikh Abdullah Fahim,
Menyergah maya;
“ Melayu bangsa bermaruah.
Bebaskan dari penjajah.”

Di sinilah,
Pemuda garang waja tauhidnya,
Haji Ahmad Badawi,
“Pemuda berani mati,
Demi agama, bangsa dan pertiwi.”

Di sinilah,
Waris titisan darah mereka,
Abdulah Ahmad Badawi,
Menerima amanah perjuangan,

Tegak teguhkan Islam,

Pimpin dan bela,

Bangs Melayu,

rakyat Malaysia.


Abdullah Ahmad Badawi yang telah memegang jawatan Perdana Menteri yang kelima - Pulau Pinang.
Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad - Kedah.
Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussein bin Dato’ Onn – Johor..
Perdana Menteri yang kedua, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein - Pahang.
Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman - Kedah.
Mungkin ramai orang dapat menerima harapan saya, Kepala Batas ini telah menjadi bumi bertuah; tempat suburnya agama Islam, tempat kebangkitan bangsa Melayu untuk merdeka, tempat ‘terbuang’ pemimpin pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, tempat penentuan tarikh keramat kemerdekaan negara dan tempat lahir pemimpin kelima bagi negara kita. Maka, eloklah difikirkan oleh semua, agar di sini dibina sebuah universiti untuk mengenang sejarah perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air dari penjajah. – Mokhtar Petah

No comments: