Friday, December 18, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


DOA

Allah berfirman: Berdoa (memohon) kepada Aku, nescaya Aku perkenankan permohonan kalian. Sesungguhnya, orang – orang yang takbur (sombong) beribadat dan berdoa kepadaKu, masuk neraka jahanam dalam keadaan hina. - Al Mu’min: 60


HADIS


CEMBURU


Nabi Muhammad bersabda: Sesaungguhnya Allah Taala cemburu. Kecemburuan allah itu apabila seseorang mendatangi – mengerjakan – apa – apa yang diharamkan ke atasnya.

Perawi: Sepakat para ahli hadis.



PETUA


CARI KEREDAAN

Pada bulan Muharam ini dan bulan – bulan seterusnya, setiap orang Islam lagi mukmin, amat baik mencari keredaan Allah dengan cara: 1 – Kekalkan iman kukuh kepada Allah, 2 – Lakukan amal kebajikan, 3 – Jika berpolitik amalkan politik Islam, 4 – Amalkan ekonomi Islam, 4 – Sayang dan hoirmati jiran tetangga, 5 – elak daripada mengumpat kepada manusia dan organisasi manusia.



TAHUKAH?


MINYAK DAN GAS

Hasil galian, minyak dan gas adalah rezeki dari Allah kepada umat manusia. Jika manusia menggunakan hasil itu berlawanan dengan hukum atas perintah – suruh dan larang – Nya, maka, hasil tersebut akan disurutkan atau dihapuskan.



NOKTAH HIDUP


NAZAK

Isteri tengah nazak. Setiap orang yang menziarahinya sedih dan menangis kerana melihatkan keadaannya yang teruk atau dahsyat. Dia melakukan banyak dosa kepada suaminya. Pada waktu itu suaminya masih sesat dalam rimba kerana mencari hasil rimba. Suaminya tidak sem,pat mengampun dosanya.

No comments: