Monday, December 28, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


PENYAKIT DALAMAN

Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Quran), maka antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): ”Siapa di antara kalian yang beriman bertambah disebabkan oleh surah ini?” Adapun orang – orang yang beriman, maka surah ini menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).

Adapun orang – orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka, maka surah Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka dalam keadaan kafir. – At Taubah: 124, 125.



HADIS

MEMULIAKAN TAMU

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah hendaklah memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah hendaklah mempererakan hubungan kekeluargaan. Dan siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik – jika tidak upaya – berdiam sahajalah.

Para ahli Hadis sepakat.


PETUA

SAMA DENGAN PENGGANAS

Jika anda ditakdirkan menjadi pemimpin rakyat dan negara, jauhkanlah dari perasaan untuk berkuasa secara besi (tidak bermasyuarat) dan mengaut keuntungan dari khazanah dan sumber atau hasil negara, kerana perbuatan itu sama dengan pengganas dan memusnahkan negara.


TAHUKAH?

LAKNAT ALLAH

Selagi maju sesebuah negara dengan membelakangi hukum – hukum Allah, maka selagi itu berlaku berbagai kemalangan dan mala petaka, kerana Allah tidak meredainya dan bahkan menutuk atau melaknat.



NOKTA HIDUP

ZINA TERAKHIR

Sekitar tahun 1960-an. Seorang kenamaan di Negeri Perak yang mengamalkan ilmu tenaga batin yang salah di sisi Islam, pada ketika dia dalam keadaan nazak, zakarnya masih menegak, setelah orang mendatangkan perempuan kendaknya untuk melakukan zina terakhir dengannya, maka dia pun meninggal dunia.

No comments: