Saturday, December 26, 2009



AGAMA TAUHID

Allah telah mensyari’atkan kapada kalian – di antara perkara – perkara agama yang Dia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkan kepada Nabi Nuh, dan yang Kami (Allah) telah wahyukan kepada anda (Muhammad), dan juga yang Kami (Allah) telah perintahakan kepada Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa (Iaitu agama Islam), ialah, tegakkanlah pendirian agama (laksanakan hukum – hukum) dan jangan kalian berpecah belah dan berselisih pendapat (Ikut Quran tidak aakan selisih pendapat) pada dasarnya. Berat bagi orang – orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang anda seru mereka kepadanya (agama). Allah memilih dan mendorongkan sesiapa yang dikehendakinya untuk menerima hidayat (petunjuk) kepada agama – Nya itu, siapa yang rujuk kepadanya (taat). – Asy Syura: 13



HADIS

MAKANAN

Dari Abu Hurairah, Rasulullah Muhammad s.a.w. berdoa kepada Allah: ”Ya Allah, jadikanlah rezeki kelkuarga Muhammad ini makanan sekadar menutup (menghapus) kelaparan (untuk menutup sisa hidup).

Para ahli hadis sepakat.



PETUA

HIDUP BERJIRAN


Jika anda hidup berjiran – tidak kira jiran itu beragama Islam atau agama – agama lain – hendklah anda menghormati mereka, membela mereka, menjaga keselamatan mereka dan menganggap mereka sebahagian dari diri atau hidup anda.




TAHUKAH?

KEMUSNAHAN


Sekiranya negara kita (Malaysia), tetap terus menerus menolah hukum – hukum atau perundangan dan menolak wujudnya Negara Islam, maka, ia akan beransur – ansur menuju kepada kemusnahan.

Di antara punca – punca kemusnahan itu: 1 – Perpecahan di kalangan rakyat jelata, 2 – Kemerusutan hasil bumi, 3 – Kemerusutan nilai mata wang, 4 – Kebanyakan orang Islam cenderung bekerjasama dengan orang – orang kafir dalam melakukan maksiat, 5 – Orang Islam menyertai perayaan agama lain yang dilakukan oleh para pemeluknya.



NOKTAH HIDUP

HAMPIR NAZAK


Lelaki ini kaya raya. Pada ketika dia akan menghadapi nazak di hospital, isteri dan anak – anaknya sedang bersukaria di puncak kasino negara ini. Seorang jururawat beragama Hindu melayan dan merawatnya. Sebuah peti tv menayangkan gambar – gambar wanita berpekaian separuh bogel. Pada waktu dia nazak, jururawat berkata keoadanya; ”Tuan, walaupun saya bukan orang Islam, saya tidak mahu menghadapi mati macam tuan.”

No comments: