Friday, December 25, 2009

ISU


KRISMAS


Ingatlah - riwayat – Maryam dalam Kitab, pada ketika dia berangkat meninggalkan keluarganya, kesuatu tempat di sebelah timur (untuk beribadat dan membersihkan dirinya.

Dia mengadakan tutup (bersembunyi) dari mereka; lalu Kami untuskan kepadanya Ruh Kami, dan kelihatan olehnya serupa seorang lelaki yang sempurna.

Dia berkata: Sesungguhnya aku berlinddung diri dari anda kepada Tuhan Yang Pemurah, jika kamu ada sesuatu yang menjaga diri – dari kejahatan.(yang datang itu malaikat yang disangka Maryam manusia biasa).

Dia menjawab: Aku hanya utusan dari Tuhan anda, akan menganugerahkan kepada anda seorang anak lelaki yang suci.

Dia (Maryam) berkata: Bagaimana aku boleh mendapat anak lelaki,sedangkan aku belum pernah disentuh (jimak) oleh manusia (lelaki, dan (lagipun) aku bukanlah seorang perempuan jahat.

Dia (malaikat) menjawab: Begitulah (kejadiannya). Tuhan anda telah berfirman: Hal itu bagi Aku adalah perekara mudah, dan peristiwa itu Kami hendak jadikan keterangan untuk umat manusia dan rahmat dari Kami, dan menjadi satu perkara yang diputuskan.

Kemudian dia (Maryam) mengandungnya (Nabi Isa alaihis salam) dan menyingkir (membawa diri) ke tempat yang jauh (ke Baitul Lahm dan di sanalah dia melahirkan Nabi Isa alaihis salam).

Pada ketika sakit akan bersalin, maka dia datang bernaung di bawah pokok kurma. Dia berseru (merintis): Aduhai nasibku! Baiklah aku meninggal dunia sahaja sebelum ini, dan aku menjadi peristimwa yang dilupakan orang.

Lalu (satu suara) menyeru kepadanya dari sebelah bawah: Janganlah berdukacita; sesungguhnya Tuhan anda mengalirkan di bawah anda sebatang sungai.

Dan goyanglah pohon kurma itu, nescaya ia akan menggugurkan kepada anda buah kurma yang baru masak.

Dan makanlah, minumlah dan senangkanlah hati anda. Dan kalau ada seseorang melihat anda, katakanlah: Sesungguhnya aku telah berjanji (bernazar) dengan Tuhan yang Pemurah untuk berpuasa (bukan erti tidak makan, tetapi tidak bercakap dengan sesiapa pun). Sebab itu pada hari ini aku tidak bercakap dengan sesiapa pun.

Dan dia keluar membawanya (bayinya - Isa). Mereka (kaumnya) mengatakan: Hai Maryam! Sesungguhnya anda telah melakukan satu perkara yang aneh. - Quran - Surah Maryam: 16 - 27.

Pada hari ini semua umat Nasarani (Kristian) menyambut perayaan Krisma, iaitu mengikut agama yang dibawa oleh Nabi Isa.

Rasul Allah ini tidak mempunyai bapa. Junjungan dicipta Allah dari Roh- Nya. Tetapi kebanyakan manusia pada masa itu menuduh, Maryam telah melakukan perbuatan keji, iaitu berzina.

Isu seperti itu berlaku hingga hari ini. Tuduh menuduh, fitrnah dan sebagainya sering berlaku di kalangan umat manusia. Perbuatan mereka itu tidak mendatangkan faedah, tetapi mengundangi wabak perpecahan dan kuruhara. – Mokhtar Petah.

No comments: