Thursday, April 16, 2009

PERPADUAN MELAYU

SAMA - SAMA BERKORBAN

PERPDUAN MELAYU MELALUI ISLAM

Oleh: Mokhtar Petah


Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar yang sependapat dengan GPMS berkata, cadangan yang baik seperti itu perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Katanya, kerjasama antara dua parti politik itu bukan sahaja akan memberi faedah kepada orang Melayu sahaja tetapi juga kaum lain.

Tambahnya, penyatuan UMNO dan Pas perlu menjadi batu loncatan untuk mengeratkan semua rakyat berbilang kaum di negara ini.

Sememangnya usaha ke arah itu akan mengambil masa tetapi sekurang-kurangnya kita tidak hanya bercakap atau mencadangkan sahaja,’’ tambahnya.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, walaupun kerajaan mahu menekankan konsep Satu Malaysia yang menyatukan rakyat pelbagai kaum, langkah juga perlu dilakukan bagi mengembalikan keharmonian di kalangan orang Melayu sendiri.

Dalam keadaan sekarang ini, orang Melayu berhadapan banyak cabaran semasa dan kita perlu mencari cara untuk memastikan kaum itu tidak berpecah-belah,” katanya.

Katanya, UMNO dan Pas tidak boleh melengah-lengahkan masa lagi untuk bekerjasama dalam memajukan orang Melayu.

Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka.

Katanya, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini.

Katanya, justeru, dari segi politiknya kerajaan itu sepatutnya memenuhi apa sahaja yang menjadi kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti dan bukan asyik bertolak ansur dengan bukan Melayu.

‘‘Parti Melayu akan kuat bila Melayu dijaga. Jadi UMNO kena fokus orang Melayu. Jadi UMNO tak perlu takut kerana saya lihat bila UMNO itu kuat orang bukan Melayu automatik akan sokong juga Barisan Nasional (BN) macam dulu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan mengenai situasi politik semasa yang menyaksikan kedudukan politik Melayu seakan terancam dengan tuntutan bukan Melayu pada masa kini. (15 April 2009)

Pendapat tiga tokoh Melayu di atas ini menarik perhatian saya. Mereka adalah di antara berjuta orang Melayu yang sedang dalam dilema disebabkan orang Melayu tidak bersatu - padu. Dilema mereka itu tidak boleh dipandang ringan oleh pihak UMNO kerana dilema itulah yang menyebabkan UMNO mulai meruncing pengaruh di kalangan orang Melayu.

Mungkin ada orang – orang UMNO masih 'bercakap besar', iaitu UMNO masih kuat, masih ditrima oleh orang Melayu dan pendeknya UMNO tidak ada cacat celanya. Tetapi sebenarnya UMNO sedang menuju kepada keadaan orang tua yang sedang sakit payah.

MEMBELA BANGSA

Pihak UMNO perlu menyedari kelemahan yang ada. Perlu mencari jalan untuk terus bertahan bagi membela bangsa dan negara. Jangan dibiarkan UMNO mati meragan tanpa pusara. Jalan yang paling baik, UMNO perlu bekerjasama dengan PAS - parti orang Melayu dan Islam untuk sama – sama memulihkan kuasa Melayu (Malay power) yang kini kelihatan seperti tak bermaya dan terpaksa bergantung kepada orang – orang lain.

PAS juga kelihatan kurang tenaga dan terpaksa bertolak ansur dan berkongsi kuasa dengan parti - parti lain yang menganut ideologoi yang bebeza. PAS berideologikan Islam dan parti - parti yang bekerjsama dengannya berideologikan sosio – demokrasi.

MENYANGGAH TUNTUTAN

Dua parti politik Melayu perlu berganding bahu untuk kepentingan Melayu dan menyanggah tuntutan demi tuntutan oleh kaum lain sehingga menggungat keyakinan orang Melayu terhadap mereka.

Kedua – dua buah parti Melayu dan Islam itu perlu melihat kepada masa depan orang Melayu. Nasib anak bangsa akan menjadi manusia 'merangkak derita' di bumi sendiri kerana 'silap langkah' dan 'salah fikir' orang Melayu yang bijak pandai pada hari ini.

MUSLIHAT RAKYAT

UMNO dan PAS elok sama – sama mencari jalan – ikhtiar -, bersatu - padu untuk membina negara dan menjaga muslihat rakyat yang terdiri dari bangsa Melayu dan rakyat Makaysia.

Dalam mencari jakan – ikhtiar, UMNO hendaklah sedia berkorban untuk merungkai pegangan atau dasarnya, iaitu nasional – kapitalis atau kebangsaan – pemodalan dan beralih kepada pegangan dan dasar yang dipegang oleh PAS, iaitu Addinul Islam. Quran dan Sunnah menjadi panduan.

IDEOLOGI ISLAM

Semua orang Melayu akan bersatu, jikan UMNO dan PAS bersatu di bawah dasar atau ideologi Islam dan negara ini berubah menjadi sebuah negara Islam, ialah:

1 - Pemerintahan mengikut Islam yang berpandukan Quran
dan Sunnah.

2 - Politik berasaskan Islam.

3 - Ekonomi berlandaskan Islam.

4 – Sosio – budaya yang berpandukan Islam.

5 - Kepimpinan adil, jujur, telus dan tidak korup seperti yang

dituntut oleh Islam.

Dalam Negara Islam, rakyat yang tidak bergama Islam bebas memeluk agama masing – masing, tetapi mereka tidak boleh mengadakan parti politik politik dengan tujuan untuk memerintan negara ini.

Dalam Negara Islam, hanya rakyat yang beragama Islam boleh berpolitik dan memerintah, walaupun mereka itu orang Cina dan orang India dan lain.Padamasa itu kita akan menikmati sebenar – benar 'satu Malysia' seperti yang diutarakan oleh Dato Seri Najib Tun Razak.

PERKONGSIAN KUASA

Hanya parti politik yang berkonsep atau berideologikan Islam sahaja boleh wujud di negara ini. Parti -parti politik yang berideologikan kapitalisme, sosialisme dan sosio – demokrasi tidak boleh wujud di negara ini.

Ada satu cara lagi kerjasama antara UMNO dengan PAS boleh dilaksanakan dan menjamin perpaduan Melayu, tetapi mungkin PAS tidak setuju dan UMNO tidak mahu, itu perkongsian kuasa. PAS meneruskan pegangan atau ideologikan dan UMNO terus dengan pegangannya, iaitu nasional – kapitalis.

Mulai pilihan raya umum akan datang UMNO dan PAS tidak ada pertarungan dalam pilihan raya untuk merebut kawasan, kerana muafakat antara parti itu mengekalkan kedudukan kerusi yang ada sekarang ini.

Dalam pilihan raya umum nanti,UMNO dan PAS sama - sama berusaha untuk merebut kerusi yang berada dalam tangan parti – parti politik lain.

(Tamat)



No comments: