Sunday, April 19, 2009

HALA EHWAL SEMASA


QURAN


PENJELASAN DAN AMARAN



Telah hampir datang perhitungan kepada mereka, sedangkan mereka masih dalam kelalaian dan tidak menghiraukannya.

Apa – apa peringatan baru yang datang kepada mereka dari Tuhan mereka, mereka hanya dengar – dengar dan mereka mempermain – mainkan.(Kita umat Islam di Malaysia tidak mahu mengikut petunjuk dari Quran untuk memerintah negara dan masih menggunakan undang – undang ciptaan manusia.)

Hati mereka lalai. Dan orang – orang yang bersalah itu berbicara dengan rahsia: Bukan (orang) ini (Muhammad s.a.w.) manusia seperti kalian juga? Kagumkah kalian kepada sihir, sedang kalian melihatnya?

Katakan (Muhammad s.a.w.) Tuhan saya mengetahui perkara di langit dan di bumi. Dia mendengar dan mengetahui.

Tetapi mereka berkata: Quran itu adalah kumpulam mimpi atau diada – adakan sahaja. Bahkan, dia (Muhammad s.a.w.) seorang penyair (pada masa itu berbagi tuduhan dan tohmahan dilakukan oleh orang – orang kafir kepada Muhammad s.a.w. Dan menganggap ayat -ayat Quran yang dibacakan oleh Junjungan adalah hasil dari khayalan dan mimpin Junjungan sendiri dan kemudian disusun menjadi sajak atau syair) itu dia mengemukakan kepada kita). Hendaklah dia mengemukakan keterangan kepada kita sebagai mana (para Rasul) yang dahulu diutuskan (mengemukakan keterangan).

Negeri – negeri yang Kami telah binasakan sebelum mereka, (mereka) tidak mempercayainya; apakah yang mereka akan mempercayainya?

Dan Kami tidak mengutuskan Rasul sebrelum anda( Muhammad s.a.w.), melainkan dari para lelaki yang Kami turunkan wahyu, oleh itu bertanyalah kepada orang – orang pandai, kalau anda tidak mengetahui.

Dan Kami tiak menjadikan mereka (Rasul – rasul) itu bertubuh yang tidak memakan makanan dan mereka tidak pula hidup kekal (selama – lamanya).

Kemudian Kami penuhi perjanjian Kami kepada mereka, lalu mereka dan manusia – manusia yang Kami sukai, Kami selamatkan, dan Kami musnahkan mereka yang melampaui batas.

Dan sesaungguhnya Kami menurunkan Kita (Quran) kepada anda yang di dalamnya ada peringatan (pengajaran) untuk anda. Tidakkah anda perhatiankan?

Dan beberapa banyak negeri (pemerintah) yang melakukan penganiayaan (kepada rakyat), Kami telah binasakan , (setelah itu) Kami wujudkan bangsa yang lain. - Muhammad: 1 – 11.

Penjelasan: Jika umat Islam tidak menggunakan Quran sebagai panduan bagi kehidupan (seperti masyarakat, kerajaan atau pemerintah, politik, ekonomi dan sebagainya dan dengan mengatakan atau berkeyakinan Quran itu tidak boleh digunakan sebagai dasar perlembagaan dan undang – undang, maka lambat laun bangsa dan kerajaan itu akan dibinbasakan oleh Allah dan digantikan dengan bangsa lain.


HADIS


MENCARI KEMEWAHAN


Rasulullan Muhammad s.a.w. Telah bersabda: Sesiapa yang mencari (kemewahan ) dunia dengan cara yang halal bagi menghindari dari perbuatan minta – minta, dan tujuan untuk menjaga keperluan kaum keluarga (tanggungnnya), dan dengan tujuan untuk menjaga hubungan baik dengann jira dan rakan – rakannya, maka di akhirat kelak, orang itu akan bertemu dengan Tuhannya dengan wajah yang berseri – seri laksana bulan purnama. Sesiapa yang mencari harta yang halal, tetapi semata – mata bgi menambahkan harta yang telah sedia ada dengan tujuan untuk menjadikannya untuk berbangga dan riyak, maka di akhirat kelak, orang itu akan bertemu dengan Allah SWT dengan keadaan Allah murka kepdanya.

- Perawi: Al Baihaqi.


PETUA


KETAATAN

Jika kalian terlalu taat kepada seseorang ketua, pemimpin atau pemerintah dengAn tidak menggunakan fikiran sendiri, tidak berlandaskan ajaran Islam serta kemanusiaan, maka kalian terhitung dalam golongan mereka yang bodoh dan sepanjang hidup hanya bertaraf haiwan berkaki dua sahaja.



NOKTAH SEORANG LELAKI


Oleh:Mokhtar Petah


Pada pagi Ahad, Bandaraya Kuala Lumpur cerah. Tidak berjerebu. Mustafa meletakkan keretanya di lapangan letak kereta di Tasik Tititwangsa. Pada ketika itu ramai warga kota, lelaki dan perempuan sedang berjoging. Sambil menyedut udara segar, dia melangkah bagaikan ‘langkah pengantin’, menjejaki lorong, di tepi tasik indah itu.

Beberapa orang gadis manis yang berlari-lari anak dekatnya mengucapkan ‘selamat pagi’ kepadanya. Sambil menjawab ucapan gadis-gadis itu, hati Mustafa memuji budi pekerti mereka. Mereka puteri-puteri Malaysia yang bersofan santun.

Mustafa telah berdiri dalam taman tepi tasik itu sambil memerhatikan beberapa ekor ikan dan sepasang kura-kura sedang mencari makanan dalam rerumput berlumut di tepi tebing tasik tersebut. Pada waktu dia leka memerhatikan makhluk-makhluk dalam tasik itu, dia diganggu oleh satu suara menegurnya dari arah belakangnya.

Apa yang dimenungkan tu, tuan?” suara parau menegurnya.

Mustafa menoleh ke belakang. Dua biji matanya bertemnu dengan dua biji mata pemilik suaara itu. “Eh, Dato’ Mansor, apa khabar ...?” Mustafa bertanya.

...baik,”sahut Dato' Mansor.

Mereka bersalaman di situ.

“…saya tak termenung, …sedang tengok ikan-ikan, sepasang kura-kura dalam tasik ni ...,”Mustafa menjawab pertanyaan Dato’ Mansor.

Berjoging jugake?” Dato' Mansur bertanya.

“…tak, saya saja datang, ambil angi, di sini ...,” jawab Mustafa.

IKUT QURAN

Mereka beredar dari tepi tasik itu. Masing-masing mengheret puntung - puntung beredar dan menuju ke arah sebuah bangku kayu di bawah pokok besar di tepi tasik tersebut. Mereka duduk atas bangku itu.

Apa macam politik ...?” Dato’ Mansor bertanya kepada Mustafa.

“…politik, biasalah, …tapi saya tak aktif lagi, Dato’,” jawab Mustafa.

Ngapa?” Dato’ Mansor bertanya.

“…dah tak ada geng, Dato’, …lagi pun politik kita sekarang dah berubah ...,” jawab Mustafa.

Berubah, …macam mana tu ...?” Tanya Dato’ Mansor.

Ialah, politik kita selama ni tak berideologi, tapi la ni, dah lain, …tak juga berideologi, tapi nampak ke arah ada Islamic, …ikut Quran, ikut Sunnah nabi…,” jawab Mustafa.

Ialah, itu baguslah, …politik boleh baik jika dikendalikan dengan baik, …pemimpin kita sekarang nampaknya lebih baik dari pemimpin-pemimpin yang lalu,” kata Dato’ Mansor.

“…iake, macam mana tu?”Tanya Mustafa.

“…dulu hala tuju pemimpin kita macam kapitalis barat, tapi la ni nampaknya hala tujunya kepada Islam, …kemanusiaan, keadilan…,” jawab Dato’ Mansor.

Ia, …nampaknya pemimpin kita ni ambil berat basmi rasuah di kalangan menteri, pegawai kerajaan dan orang politik…,” kata Mustafa.

Ia, itu bangus, penting, …seperti kita tahu, rasuah boleh memusnahkan negara…, kalau I berkuasa, I gubal undang-undang, orang-orang yang melakukan rasuah dihukum bunuh,”kata Dato’ Mansor.

Wau, itu dah bagus,”kata Mustafa.

Mereka ketawa. Bunyi tawa mereka terpelanting ke seberang tasik.

“…ia, orang lakukan rasuah ni macam bunuh orang kiga, …merosakkan rakyat, negara,…, agama kita…,” kata Dato’ Mansor.

Ooo, ia, betul…, bagus, harap-harap kita terus dalam perubahan…,”kata Mustafa.

Kalau ikut hatiu saya, orang yang rasuah ..., ialaha kaklau dapati lakukan rasu ..., tebak ..., bunuh saja ...,” kata Dato Mansor sambil mlemparkan dua bola matanya ke arasd seorang gadis yang bertinja – tinja atas jalan batu di situ.

Aik, tembak begitu saja, tak payah hadapkan ke mahkamah?” Mustafa bertanya.

Ia, tak payah ..., kaklau ke mahkamah,dia orang pakai loyer ...,peguam ..., lepas, sedangkan dia betul – buat lakukn rasuah ...,”jawab Dato Mansor.

Mansor merenung wajah Dato Mansor. Hatinya bersuara, “ Kalau macam tu habislah orang – orang kenamaan ...”

... I, kalau I ..., I tubuh pasukan sulit tembak orang rsuah ..., tahu saja orsng tua rasuah, tembak ..., bunuh ...,” kata Dato' Mansor dengan suaranya yang parau.

KENA TEMBAK

Mansor diam. Daia menjangkakan, jika sungguh ada pasukan sulet, lebih lima puluh orang kawannya tentu kena tembak. Mereka itu pengamal rasuah. Politik wang. Hingga kepada rasuah dari pengusaha pasir sungai.

Dato’ Mansor merenung ke permukaan tasik. Kemusian dua bola matanya menerawang ke angkasa dan merenung puncak beberapa bangunan dalam Bandaraya Kuala Lumpur. Pada ketika pandangan dua belah matanya jatuh semula ke hujung kakinya, dia mengeluh dan menarik nafas panjang-panjang.

Mustafa merenung wajah ahli politik dan korporat itu. Wajah yang telah berusia lima puluhan tahun itu bagaikan gedung duka lara. Dato’ Mansor sedang dililit dan dipulas oleh duka nestapa.

LUBANG KUBUR

Arif benarlah Musatafa tentang lelaki di hadapannya itu; kebanyakan orang politik dan korporat, apabila berada di hujung usia ada sahaja penyakit dan masalah. Masalah itu sebagi dosa sebelum mereka itu mengembara ke lubang kubur.

Apa macam, berapa anak you?” Dato’ Mansor bertanya.

Mustafa senyum.

“…I ni, Dato’ dah sebatang karah…,”jawab Mustafa.

Ha, ngapa?” Dato’ Mansor bertanya. Dua biji matanya terbeliak.

“…I dah lama bercerai dengan isteri I, …kami tak ada anak ....,” jawab Mustafa.

Tak apa, takdir, …tak cari gantike?” Tanya Dato’ Mansor.

Belum lagi, Datuk,” jawab Mustafa.

“…I ni, entahlah, …perniagaan dah merudum, …dua orang anak I dah masuk kolej,” suara Dato' Mansor terhenti di situ.

Kolej mana ..., ambil pelajaran apa, Dato?” Mustafa bertanya.

Kolej…, pusat seranti ..., dadah punya fasallah….,” jawab Dato Mansor.

Allahu Akbar ..., macam mana jadi begitu, Dato' ?” Mustafa bertanya.

Dato' Mansor diam.

PELACOR SEKOLAH

Mustafa kenal dua orAng anak Dato' Mansor itu. Seorng lelaiki dan seorang perempuan. Kerana hidup dalam keadaan mewah, mreka menjadi liar. Yang lelaki menjadi mangsa dadah. Yang perempuan jadi pelacur sekolah, kemudian terlibat dengan dadah juga. Kedua – duanya masuak ke kolej dadah.

isteri I dah lari…, iku jantan lain,” Dato’ Mansor memberitahu Mustafa.

“…Allahu Akbar, …ngapa jadi begitu ..., Dato’?” Tanya Mustafa.

Entahlah, …may be kuasa Tuhan, …Tuhan hukum I di dunia lagi…,” jawab Dato’ Mansor sambil menarik nafasnya.

Mustafa merenung wajah Dato’ Mansor.

“…dulu I banyak buat salah, I beri rasuah…, tak henti-henti minum air setan…, joli sana joli sini…,” jelas Dato’ Mansor.

DILANDA DERITA

Mustafa menarik nafas panjang. Kesedihan rakannya itu terasa pada dirinya. Lelaki di hadapannya termasul lebi tiga puluh orang lelaki kenanaan rakannya yang sedang dilanda derita begitu.

... macam mana, tak kahwin lain, Dato' ...?” Mustafa bertanya sambil hatinya teringatkan kekasihnya.

Nak, I nak kahwin, la ni I ada isteri ..., tapi isteri tak rasmi …” jawab Dato Mansor sambil senyum.

Haaa,macam mana tu ..., ada isteri tak rasmi ...?” M

Dato' Mansor senyum. Dia menelan air liunya sendiri.Seketul hatgi dalam dadanya berkeadaan hati seorang muda. Hati seorang remaja.

...isteri tak rasmi ..., kami belum kahwin ...,” jelas Dato’ Mansor lagi.

Ia…, anak darake, Dato' ...?” Tanya Mustafa.

Taaak, bini orang, isteri artist…,” jawab Datuk Mansor.

Ia, isteri artist ..., Dato’?” Mustafa bertanya.

Ia, …artist ..., dia tu pelakon sambilan, pelakon drama…, susah dapat bayaran, asyik kena kelentong taukeh wayang ...,” jelas Dato' Mansor.

Ia, la ni ramai artistkena kelentong ..., kasiah dia orng tu ...,” suara Mustafa putus.

I baik dengan isteri dia, …kami dah macam suami isteri…, isteri dia minta cerai…,” jelas Dato’ Mansor.

Ia…, dia orang berceraike?” Mustafa bertanya.

Ia, …I bayar duit tebus talak kepada laki dia ..., lima ratus ribu ringgit,…lepas edah kami nak kahwin ...,” Dato' Mansor bercerita.

Lima ratus ribu ringgit ...,Dato'?”Mustafa bertanya.

Ia, banyak tulah ..., murahke atau mahal ...?” Dato Mansor bertanya.

Mustafa geleng – gelengkan kepalanya.

Hati Mustsfa berbisik kepadanya, “…macam beli bini pula…”

...tapi tule…,” jawab Dato’ Mansor.

MAKAN SISA

Mustafa merenung wajah Datuk Mansor. Buruk benar wajah orang yang sedang berduka dan merana itu.

“…I sayang, isteri I tu…, tapi dia ..., dia lari tinggalkan I…, dia tuntut cerai…,” terang Dato’ Mansor.

Telefon bimibit Mustafa berdering. Mustafa mengangkat telefon itu dan ditekapkan ke telinganya. Wajahnya bersalut senyuman, Ceria wajahnya.

“…wa alaikum salam, abang di Tasik Titi Wangsa ni, apa khabar Atun, …London macam mana? Ia, insya Allah, …abang rindu Atun…,” Mustafa bercakap dengan kekasih, Namlatun Sa’adiah, di Kota London.

“…ai, bunyi orang perempuan bercakap, …siapa tu?” Dato' Mansor bertanya.

Sorry, Dato’, …may girl friend, di London…,” jawab Mustafa.

Dato’ Mansor menelan air liur tawarnya. Dua biji matanya merenung riak air di permukaan tasik. Hatinya sedang dimamah duka lara.

Pada ketika akan berpisah dengan Dato' Mansor, hati Mustafa berbisik, Awak Dato', kaya raya, makan sisa orang ..., aku pantang makan sisa orang ...”

(Tamat)

*** ***


WASPADA!!!


BAHAYA KEPADA MELAYU DAN UMAT ISLAM



SEMUA PARTI POLITIK DI MALAYSIA YANG TIDAK ADA DALAM PELEMBAGAANNYA ASAS DAN TUJUAN' BERJUANG MENDUKUNG KEBANGSAAN MELAYU, BAHASA MELAYU DAN AGAMA ISLAM ADALAH BAHAYA KEPADA ORANG MALAYU DAN AGAMA ISLAM, KEADAANNYA SEPERTI RACUN DALAM USUS MANUSIA DAN HAIWAN.

JIKA PARTI – PARTI POLITIK DEMIKIAN MEMERINTAH DAN BERKUASA DI NEGARA INI, BANGSA MELAYU DAN BAHASA MELAYU AKAN HILKANG DAN AGAMA ISLAM AKAN MUSNAH ATAU HILANG JUA.

ORANG - ORANG KETURUNAN PENDATANG DARI CINA DAN INDIA TELAH BERJAYA. PARTI POLITIK YANG SEPERTI YANG TERSEBUT DI ATAS, IAITU PAP ATAU PETIR TELAH BERJAYA MENGAMBIL SEBAHAGIAN DARI BUMI MELAYU DAN DIPERINTAH DAN DIKUASAI OLEH ORANG CINA DAN INDIA, IAITU SINGAPURA.

KUASA ALLAH TIDAK ADA SIAPA YANG TAHU. TETAPI PADA FIKIRAN MANUSIA YANG LEMAH; SAMPAI BILA PUN SINGAPURA TIDAK AKAN DAPAT DIPERINTAH OLEH ORANG MELAYU. PULAU ITU ADALAH BUMI MELAYU PERTAMA YANG TERLEPAS KE TANGAN ORANG – ORANG KETURUNAN PENDATANG.

SETELAH TERTUBUHNYA MALAYSIA, PAP TELAH MENINGGALKAN ANAKNYA DI NEGARA INI, IAITU DEMOCRATIC ACTION PARTY – DAP. HARI INI ORANG MELAYU BOLEH MELIHAT DENGAN MATA ORANG BIJAKJSANA, DAP MELALUI ORANG -ORANGNYA YANG BERPELAJARAN TINGGI TELAH MEMAKI HAMUN ORANG MELAYU. DUA NEGERI DI NEGARA INI DI BAWAH PENGARUH DAN KUASA DAP, IAITU PULAU PINANG DAN PERAK, IAITU SEBLUM TINDAKAN TEGAS DAN BERDAULAT SULTAN PERAK , SULTAN AZLAN SHAH.

PARTI KEADILAN RAKYAT PIMPINAN, ANWAR IBRAHIM MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA DENGAN DAP.

KALAU ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM TIDAN BERWASPADA, BERSATU PADU DAN LUPAKAN BANGSA DAN AGAMA ISLAM, DALAM TEMPOH 10 TAHUN LAGI, MALAYSIA AKAN MENJADI SINGAPURA KEDUA.


- peneliti sains politik institusi pondok Sheikh Abdullah Fahim.

- peserta baki perjuangan Ustaz Abu Bakar Al Baqir.

  • rakan setia Dr. Burhanuddin Helmi dan Prof Zulkifli

Muhammad.

- pembaca dan penerliti buku – buku karya HAMKA,

Syed Qutb, Muhammad Abduh dan Mustapha Al Ghalayeen.

Qutb, Mustafa Al Ghalayin dan Muhammad Abduh.

  • penerima bimibingan poltik dari Seokarno.



*** ***


BUKU BARU ! TERBIT SEGERA!


MOKHTAR PETAH


DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK

PERDANA MENTERI

MALAYSIA

RAKYAT

DIDAHULUKAN

Buku ini akan diterbitkan oleh sebuah badan Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) semua kaum untuk memungut derma.

No comments: