Tuesday, April 14, 2009

ARTIKEL


BUKIT GANTANG


DR. ZAMBRY LEMAH KAJI SELIDIK


Oleh: Mokhtar Petah


Menteri Besar Perak, Dato Dr. Zambry Abdul Kadir telah berkata kepada wartawan Berita Harian di Kuala Lumpur, bahawa PAS tidak boleh mendabik dada mendakwa Pakatan Rakyat mendapat sokongan sebahagian orang Melayu walaupun parti itu menang pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Kemenangan Datuk Seri Nizar Jamaluddin menewaskan calon Barisan Nasional, Ismail Saffian kerana mendapat sokongan pengundi Cina yang terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah PAS dan DAP.

Sebelum pilihan raya itu, Mohamed Nizar dalam temu bual dengan sebuah akhbar mendakawa mendapat sokongan 70 peratus pengundi Melayu dan mempunyai kelebihan berbanding BN serta UMNO dan bukan boneka kepada DAP termasuk ketika menjadi Menteri Besar.

Mereka menyatakan PAS bukan boneka DAP kerana mendapat sokongan Melayu. Amun selepas keputusan diumumkan, terbukti Bndan UMNO mendapat lebih banyak sokongan oengundi Melayau.PAS hanya mendapat 42 petratus undi Melayu, menurun daripada 47 peratus.

Sokongan besar yang diperoleh di kawasan pengundi Cina membuktikan PAS dijdikan boneka oleh DAP pengudni Cina memilih calon PAS kerana DAP yang memppunyai 17 kerusi dalam DUN Perak selepas seorang wakilnya menjadi Adun bebas.

Apa yang berlaku ialah cara Pakatan Rakyatn membohongi rakyat denganmemberi gambaran seolah – olah BN melakukan rampasan kuasa secara tidak sah sehingga ia terpahat dalam pemikian mereka.

Yang sebenarnya yang berlaku ialah BN mengusai kerajaan mengikut praturan dan Perlembagaan negeri selepas mendapat majoriti dalam DUN tanpa membelakangkan undang - undang.

Mereka memberi gambaran sehingga rakyat menyatakan ia benar – benar rampasan kuasa tanpa melihat proses itu dilakukan mengikut undang – undang. Dulu slepas piloihan raya umum, walaupun BN parti tunggal mendapat 28 kerusi DUN,kita merelakan mereka membentuk kerajaan secara pakatan beberapa parti.

Kita mengambil kira budi bicara Sultan (Sultan Perak) yang memperkenankan pembentukan kerajaan pada ketika itu. Kini apabila apabila tiba gikiran kita mendapat sokongan daripoada tiga Adun bebas sehingga ada majiriti 31 kerusi, mereka menipu rakyat dengan menyatakan tindakan kita salah.Apa ”

Dr. Zambry yang masih muda dalam arena politik di Negeri Perak telah mempelihatkan dirinya kurang melakukan kaji selidik ke atas kawasan Parlimen Bukit Gantang dan beliau berkeadaan seperti orang menyapu sampan ke bawah permaidani sebelum seseorng pembesar tiba.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai penduduk Melayu yang kurang menyebekahui UMNO – Barisan Nasional, tetapi ramai yang memehak kepada PAS dan Parti Keadilan Rakyat.

Pada saya berkhidmat sebagai wartawan di Perak, saya telah melakukan kaji selidik di sekirat kawasan tersebut.Saya mendapati orang Melayu yang menyokong UMNO sekadar 30 peratus,penyokong PAS lebih 35 peratusa, penyokong parti Rakyat 10 peratus dan bakinya mreka yang berdiri atas pagar atau tidak menyertai mana – mana parti politik.

Apa bila Parti Keadilan wujud dan bergerak di Negeri Perak, sebilangan penyokong UMNO dan mereka di atas pagar menjadi ahli atau penyokong parti politik tersebut.
Ertinya Ir. Mohamed Nizar telah mencapai kemenangan adalah kerana pengundi Melayu dan dibantu dengan pengundi Cina yang mempunyai kesedaran politik.

FAHAMAN POLITIK
Orang Cina yang mengundi calon PAS, ada di antara mereka mempunyai kefahaman, bahawa Islam sahaja yang dapat menjadi keadilan bagi semua kaum dalam kawasan Bukit Gantang khasnya dan Malaysia amnya.

Mereka tidak lagi boleh meletakkan harapan kepada UMNO dan MCA, kerana kedyua – dua parti politik itu mempunyai fahaman politik yang sempit dan menyendatkan fahaman perkauman.

Saya percaya,orang -orang Cina ahli parti GERAKAN tidak mengundi calon Barisan Nasional, kerana dasar parti politik tersebut agak sama dengan DAP, iaitu sosio – demokrasi. Maka mereka lebih puas hati mengunciu calon PAS daripada mengunciu calon UMNO – Barisan Nasional

Dr.Zambry tidak mengetahui tentunya, iaitu lama dulu, Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melawat ke kawasan Bukit Gantang, pihak jawatan kuasa institusi pondok di sana yang dipengerusi Speaker Dewan undangan negeri, Dato Mat Isa telah memohon bantuna kewangan kira – kira RM2 juta daripada beliau untuk mebina madrasah dan asrama atas tanah milik institusi tersebut dan Perdana Menteri memberi jaminan akan meluluskan.
PILIHAN RAYA

Malangnya, saya difahamkan, walaupun Abdullah Ahmad badawi telah memberi arahan kepada Kementerian Kewangan supaya meluluskan peruntukan wang bantuna tersebut, tetapi telah berlaku sesuatu hingga wang tersebut tidak diterima oleh pihak institut tersebut.

Saya sendiri telah dihubunghi oleh pihak institusi pondok tersebut, oleh kerana mereka kecewa mendapat bantuan itu, maka pilihan raya parlimen yang akan diadakan, mreka tidak akan mengundi calon UMNO – Barisan Nasional dan mereka akan mengundi calon PAS.

Selain dari hal – hal di atas yang menyebabkan calon Barisan Nasional, Ismail Saffian kalah adalah disebabkan lagak dan cakap Dr. Zambry sendiri yang menjadikan pengudi – pengundi Melayu di sana tidak menyebelahi Barisan Nasional.

Menurut tinjaun saya, sepanjang gempen di sana,Dr.Zambry berjeadaan seperti 'orang baru kahwin' atau 'orang baru kaya', kerana beliau baru menjadi Menteri besar. Percakapan beliau juga sering menghentam Ir.Nizar Jamaluddin,sehingga menuduh beliau menggunakan surau untuk berkempen.
INSTITUSI PONDOK

Yang paling utama menyebabkan kekalahan calon Barisan Nasional kerana bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagi orang Melayu dalam golongan institusi pondok di sana telah lama kecikl hati dengan sikap dan cakap Dr. Mahathir Mohamad yang pada masa beliau berkuasa sering bercakap tentang perkara menyentuh hati orang Islam.

Dr. Zabry telah bercakap tentang 'BN rampat kuasa' dan 'peranan Sultan Perak' melantiknya sebagai Menteri Besar Perak. Sepatutnya perkara itu beliau tidak mebuat sebarang komen kerana peqrkara tersebut telah berada di peringkat mahakam.

Selain dari itu beza antara Ismaikl Safian dengan Ir. Mohamen Nizar boleh dikatakan seperti berbeza antara Pulau Pangkor dengan dengan tanah besar Segari dan Pantai Remis. Ir. Niza seorang tokoh penting di Negeri Perak. Pejuang dalam parti Islam dan meneruskan jihadnya pada jalan Allah, Timbalan Psuruhjaya PAS Perak dan Menteri Besar yang digugurkan oleh Sultan. Manakala Ismail Saffian, walaupun lepasan universiti, tetapi popularitinya masih kurang dan brbanding dengan Ir. Nizar , beliau sebgai seorang pelajar tingkatan empat dengan seorang siswazah.

Bagi kebanyakan pengundi yang bijak, bukan mereka berharap tali sawah, parojek lembu dan kambing, bena jalan kampung dan sebagainya dari wkil rakyat, tetpai mereka mahu seorang wakil rakya tyang bijak dan boleh diharap ke Parlimen.

(Tamat)
















No comments: