Tuesday, April 7, 2009

NAJIB PERDANA MENTERI MALAYSIA

Najib Tun Razak


Najib Tun Razak

Negara memerlukan media bertaraf dunia yang membuat laporan berdasarkan fakta dan sentiasa bersikap adil dan bertanggungjawab.

Ini penting, jika kita ingin mengadakan debat yang membina bagi masa depan negara untuk keluar dari teori kewartawanan konspirasi dan khabar angin.

Laporan yang bertanggungjawab tidak semestinya berpihak kepada kerajaan, sebaliknya melihat sesuatu isu dari pelbagai sudut secara kritikal dan skeptikal bagi membawa hala tuju politik negara yang lebih hebat.

Kuasa media bukan semata - mata membuat laporan berita, tetapai memestiknl kredibiliti berita dan khabar angin yang bermula pada peringkat akar umbi dan internet.

Media hanya memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat jika ia melangkaui (mengenepikan atau menolak) laporan cetek, menyoal penyebar khabar angin, tidak menyokong berita palsu dan melaporkan kebenaran yang disertakan keterangan, tidak kira sama ada ia membantu kerajaan atau tidak.

Serangan peribadi (oleh media) sudah melemahkan keyakinan masyarakat terhadap proses politik dan tidak membantu negara mencapai matlamat ditetapkan.

Saya sendiri (telah) melaluinya, tetapi saya tetap berpegang teguh dan bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang saya buat sebgai Perdana Menteri.

Serangan peribadi dan kenyataan palsu terhadap kepimpinan negara meruntuhkan pembangunan politik dan imej negara pada peringkat dunia.

Dengan itu, saya meminta kepada semua pihak, termasuk pemimpin politik, media dan rakyat yang ingin terbabit dalam perbincangan mengenai masa depan negara, melakukannya dengan menghormati panangan dan pendapa seerta tidak melebe pihak yang tidak setuju sebagai musuh.

Perbezaan pendapat tidak bermakna berniat jahat, tetapi atas dasar keprihatinan terhadap masa depan negara.

Dalam usaha membentuk demokrasi yang dapat memberi maklum balas kepada keperluan rakyat, negara memerlukan media tradisional dan baru yang diberi kuasa untuk melaporkan apa yang dilihat, tanpa rasa takut terhadap akibatnya, termasuk menilai kejayaan dan kegagalan pegawai awam.”

Nota. Perana Menteri telah menarik balik larangan ke atas surat khabar suara PAS, Harakah dan surat khabar suyara PKR, Suara Keadiln.















No comments: