"Aku terus menulis sehingga ada orang menulis sesuatu kalimat atas kain kapanku".
Berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan penulisan sejak 1954.
Menjadi Penasihat Hal Ehwal Politik Sultan Idris Shah ibni Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak.
“Sesungguhnya, takhta merupakan suatu institusi yang dicipta dan diwujudkan oleh Perlembagaan. Sebelum perlembagaan wujud, maka Raja yang bertakhtalah yang mewujudkan perlembagaan dan undang–undang. Undang-Undang Melaka dan Undang–Undang 99 di Perak telah digubal oleh Raja yang bertakhta satu abad sebelum didatangi oleh penjajah Portugis.
Takhta juga menjadikan pemerintah atau kerajaan. Raja mempunyai kuasa pemutus mengenai sesuatu perkara. Baginda kadang kala mewakilkan kuasa itu kepada Memanda Menteri atau Bendahara dan kadang kala menjalankan tugas pemerintahan itu oleh baginda sendiri.
Takhta juga menjalankan peranan sebagai Badan Pengadilan, tetapi tiap-tiap kes itu dijalankan di hadapan Raja di dalam istana, dan Raja yang menjadi hakim dan memberi kata putus.
Sejarah Melayu telah menunjukkan, bahawa Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka atas sifat baginda sebagai hakim. Tetapi baginda menyesal atas hukuman itu. Tetapi nasib baik, Hang Tuah tidak dibunuh, tetapi hanya disembunyikan oleh Bendahara.
Oleh kerana ketiga-tiga tugas yang amat berat itu tidak dapat dilaksanakan secara berkesan oleh seorang Raja, maka tugas itu telah diserahkan dan diwakilkan kepada orang lain untuk menjalankannya.
Dalam kontek moden, ketiga-tiga tugas itu dijalankan oleh Parlimen sebagai badan membuat undang–undang, pemerintah atau kerajaan sebagai badan yang melaksanakan undang–undang dan badan kehakiman sebagai badan pengadilan.[1]
Titah Sultan Azlan itu pada masabaginda masih berjawatan Ketua Hakim Negara, iaitu sebelum menaiki takhta pada 1984. Semua rakyat negeri Perak bolehmeneliti titah baginda itu di simpan mengingati sejarah para Sultan yang memerintah Negeri Perak semenjak 1528 hingga pada masa ini.
Aanggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di Jalan Panglima Bukit Gantang berikutan dengan notis penutupan pintu masuk utama ke bangunan Perak Darul Redzuan. (Gambar: Berita Harian)
Jakarta - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan kesalnya atas sikap terburu-buru Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sibakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr.Zambry Abdul Kadir dan anggota-anggota Exconya dari menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri. Menurut beliau perkata tersebut dalam urusan mahkamah, maka speaker tidaklah patut melakukan sebarang tindakan. Disamping mengatakan tidak perlu dibubar Dewan Undangan Negeri dan di adakan pilihan raya semula, beliau mengatakan masalah itu boleh selesai kerana keputusan Sultan Perak. Pagi ini polis telah mengadakan sekatan di pintu besar ke Komplek Sri Perak Darul Ridzuan - di dalamnya pejabat Menteri Besar, pejabat anggota-anggota Exco, Speaker dan Dewan Undangan Negeri, di Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh.
Speaker V. Sivakumar tetap akan mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri pada hari ini dengan tidak dihadiri oleh Menteri Besar, Dr. Zambry Abdul Kadir dan anggota-angota Exco yang dilantik Sultan Perak. Speaker telah memecat serta merta Setiausaha Dewan Undang Negeri, Abdullah Antong Sabri kerana mengeluarkan kenyataan semalam, bahawa sidang Dewan Undangan Negeri hari ini tidak sah. Para pemerhati politik menyatakan, krisis politik di Perak akan terus berlanjutan, selagi mahkamah belum memutuskan, adakah Datuk Sri Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin atau Dr. Zambry Abdul Kadir sah sebagai Menteri Besar dan kerajaan mana yang diakui sah.
Pagi ini beratus orang ahli dan penyokong parti-parti pembangkang berkumpul di hadapan pintu utama Bangunan Darul Redzuan kerana membantah sidang tergempar Dewan Undangan Negeri ditegah diadakan di Dewan Undangan Negeri dalam bangunan tersebut. Polis telah dapat mengawal keadaan walaupun kata-kata kesat dilaungkan oleh mereka. Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri dipengerusikan oleh speaker, V. Sivakumar telaah diadakan di bawah pokok.
Hai orang – orang yang beriman, kalian taatkan Allah dan kalian taatkanrasul (Allah) dan ulil amri (yang diberi kekekuasaan dari kalian, iaitu pemimpin kaum muslimin dan muslimat), dan jika kalian berlainan pendapat, kembalikan kepada Allah dan rasul, jika kalian beriman kepada Allah dan hari akhirat; itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya. – An Nisa: 59
HADIS
MEMUTUS HUBUNGAN
Anas radiallahu ‘an berkata: Rasulullah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Kalian jangan putus memutus hubungan dan janganbelakang membelakangi dan jangan benci membenci, dan jangan hasad menghasad, dan jadilah kalian hamba Allah sebagai bersaudara. Dan tidak dihalalkan seseorang Islam memboikut (menyisihkan) saudara mereka sesama orang Islam lebih dari tiga hari.
- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim
PETUA
SUSAH DAN SENANG
Jika anda dapat menelan sesuap nasi, bersyukurlah kepada Allah, dan jika anda tertelan sebiji pasir, bersyukurlah kepada Allah dan ucaplah: Inna lillahi wa inna ilaih rajiun (sesungguhnya kami bagi Allah dan kepadaAllah kami kembali). Ingatlah; setiap manusia tetap merasai susah dan senang.
*Walau sekaya mana manusia, tetap pada dirinya ada kesusahan,
seperti hatinya, perasaannya dan jiwanya.
Orang miskin boleh lena sepanjang malam tetapi sepanjang
malam orang kaya berjaga sepanjang, kerana jiwa dan
Ipoh : Kerajaan Perak dengan kuasa yang ada akan menutup pintu utama Bangunan Perak Darul Radzuan - komplek pejabat kerajaan negeri dan Dewan Undangan Negeri -, di Jalan Panglima Bukit Gantang, di sini, mulai awal pagi esok.
Menurut jurucdakap Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiasuaha Kerajaan Negeri Perak, bahawa semua temu janji orang ramai dengan Menteri Besar dan para pegawai kerajaan di bangunan tersebut dibatalkan.
Dengan tindakan tegas menutup pintu utama, ada kemungkinan Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri yang akan diadakan esok, seperti yang diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Neger , V.Sivakumar belum tentu tempat akan diadakan sidang tersebut.
Menurut sumber Istana Sultan Perak, Sultan Azlan tidak merestui sidang itu kerana akan menimbulkan lebih rumit keadaan.
Difahamkan, mulai awal pagi esok kawalan keselamatan akan diadakan dengan ketat.
NASIB MENTIMUN DENGAN DURIAN SIDANG SAH TAPI TAK LAKU
Oleh: Mokhtar Petah V. Sivakumar (Gambar Berita Harian)
Selagi Negeri Perak ada Sultan dan Sultan Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, siapa sahaja - walaupun keturunan orang India, Cina dan siapa sahaja rakyat negeri itu, wajiblah sedar, bahawa diri mereka ibarat durian dengan mentimun -, durian bergolek mentimun rosak dan mentimun bergolek, mentimun juga rosak.
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar adalah keturunan orang India, yang memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Perak , esok, tanpa perkenan Sultan, nampaknya dia seolah - seolah 'kebal seperti durian' dan nampaknya dia tidak dapat membezakan antara mentimun dengan durian. Setiausaha dewan Undangan Negeri, Encik Abdullah Antong Sabri berkata, bahawa sidang tergempar itu tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak. Menurutnya,berdasarkan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri 8 (1), sidang demikian boleh diadakan, tetapi hendaklah dibaca bersama perkara XXXV1 (1) memerlukan perkenan Sultan. Menurutnya lagi, perkara XXXV1 (1) memperuntukkan Sultan Perak dari semasa ke semasa memanggil sidang Dewan Undangan.
Berita pagi ini, V. Sivakumnar berkata, dia akan meneruskan juga sidang tergempar esok, kerana dia pakar perlembagaan, tahu sidang itu boleh diadakan.
Saya kira, walaupun V.Sivakumar berjaya mengadakan sidang tergempar itu, namun sebarang keputusan dari sidang itu tidak memberi apa-apa guna kerana Sultan tidak memperakuinya dan kerajaan Perak akan menolaknya. Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak itu, akan memungkin wujudnya keburukan dari kebaikan di negeri itu, maka, saya kira, tindakan perlu diambil oleh Kerajaan Negeri Perak, misalnya menggunakan 'mangga hikmat' pada pintu Dewan Undangan Negeri, kerana dewan itu milik kerajaan negeri dan di bawah kuasa Sultan. Jika membaca tulisan saya ini, elok membaca tulisan saya semalam, mengenai perkara yang sama.
Setiap jiwa (nyawa) mesti merasai kematiaan, dan Kami mencoba kalian dengan keburukan dan kebaikan, untuk ujian, dan kepada Kami nanti, kalian akan dikembalikan. – Al Anbia:35
HADIS
MENCABUT UBAN
Nabi Muhammad s.a.w. telah melarang: Jangan kalian mencabut uban kerana ia ialah cahaya bagi seseorang muslim pada hari kiamat.
- Perawi: Abu Daud, At Tirmizi dan An Nasai.
PETUA
HARTA HARAM
Jika harta atau wang anda dicuri orang, percayalah, bahawa ada di antara harta atau wang anada itu dari hasil dari jalan haram,iaitu sepertihasil riba, rasuah, penipuan, hak anak yatim dan sebagainya.
Agama Islam tetap kekal dan adat istiadat Melayu kekal selagi ada umat Islam dan orang Melayu, tetapi perlembagaan dan perundangan negeri sentiasa berubah-ubah.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah Ketua Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perak, maka sesiapa menentang dan membelakangi baginda dengan bertegak kepada perlembagaan sahaja untuk melakukan apa-apa jua kerja, tadbir dan polisi dalam negeri Perak, maka menurut agama Islam dan adat istiadat Melayu adalah derhaka.
Mengadakan sidang Dewan Negeri Perak seperti yang diputuskan speaker, V. Sivakumar dengan tidakrestu Sultan, tindakan itu mengikut Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu adalah derhaka.
Mana-mana rakyat yang derhaka, Sultan Perak ada kuasa mutlak - tidak bolehdisanggah oleh mana-mana pihak, iaitu dia dan keluarganya diperintah dengan perintah Diraja buang negeri dari Negeri Perak.
Jika Sultan Perak memikirkan baginda kuasa tertinggi negeri telah dicemarkan dan untuk menjaga kehormatan bangsa Melayu, maka perintah demikian boleh baginda laksanakan serta merta.
Rakyat Negeri Perak, walau apa agama yang dia anuti, wajiblah menghormati agama Islam (Bahagian 1, Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan; Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan), dan Perlembagaan Negeri Perak; adat istiadat Melayu kekal di bawah kedaulatan sultan. Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak itu adalah melanggar Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, kerana DewanUndangan Negeri, terletak di bawah Sultan.
Harakahdaily, 28 Februari telah melaporkan seperti berikut:
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar Selasa depan (3 Mac) untuk bahaskan usul bagi menangani krisis politik negeri tersebut.
Menurut laporan, beliau menggunakan kuasanya di bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.
Usul pertama, mengesahkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.
Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.
Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.
Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung pada 18 Feb lalu, iaitu Menteri Besar kerajaan BN sekarang Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.
Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.
Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.
Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan.
Menurut agensi berita, Sivakumar memberitahu media di Ipoh bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan persidangan biasa DUN dan bukannya untuk sidang tergempar.
Katanya, arahan telah diberikan kepada Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong, untuk menghantar notis secepat mungkin kepada semua 49 Adun yang dibenarkan hadir bagi menyertai sidang itu.
Ditanya sama ada tindakannya memanggil sidang tergempar itu tanpa perkenan Sultan Azlan Shah akan dianggap sebagai tidak menghormati baginda, Sivakumar berkata beliau hanya mengikut Perintah Tetap Dewan.
Beliau juga enggan mengulas tindakan selanjutnya jika kesemua Adun BN enggan menghadiri sidang tergempar itu atau jika kesemua 10 wakil rakyat yang dilarang itu tetap hadir ke sidang tersebut, lapor agensi berita itu lagi.
Sementara itu, Exco Kanan Perak bawah kerajaan Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh Koo Ham dilaporkan berkata penasihat undang-undang negeri Dato' Ahmad Kamal Mohd Shahid cuba menghalang notis sidang tergempar itu dikeluarkan.
Tambahnya, tindakan sedemikian boleh disifatkan menghina dewan dan boleh dikenakan tindakan oleh DUN tersebut.
Saya ingin bertanya kepada setiap individu orang Melayu; di mana maruah bangsa kita, Sultan diketepikan (boleh dianggap derhaka) oleh orang-orang bukan Melayu. Organisasi pemuda Melayu dihamun ‘celaka’ oleh orang bukan Melayu dan DewanRakyat.
Bagaimana perasaan orang Melayu dalam PAS dan Pemuda PAS kalau orang bukan Melayu memaki seperti itu kepada mereka?
Relakah orang-orang PAS ketawa kalau orang Melayu dihina?
Mungkin tidak salah kalau ada orang-orang di luar mana-mana parti politik menganggap semua ahli PAS bersengkokol dengan pihak DAP dan PKR menghina orang Melayu. Menderhaka kepada Raja Melayu.
Untuk mencari jalan keluar yangpaling baik, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar lebih baik menangguhkan sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 3 Mac ini.
Eloklah berfikir sebelum Sultan bertindak. Dan fahamlah; agama Islam tetap kekal dan Adat Istiadat Melayu tetap kekal, selagi ada ummah dan orang Melayu, tetapi Perlembagaan berubah–ubah.
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) -Rakyat disaran menggunakan 'bahasa undi' untuk mengajar pimpinan Melayu yang 'membunuh' bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.
Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di pekarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin.
Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.
"Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.
"Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu 'bahasa undi' (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu," tegasnya.
Menurutnya, Umno-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini.
Oleh itu, kata beliau golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi (pilihan raya) bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.
"Dia (Umno) selalu memperkecilkan angkatan (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS.
"Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah ditangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa," ujarnya.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu jenayah kerana melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan.
Katanya, kemajuan yang mahu dinikmati oleh rakyat dan negara ini bukan dengan cara membunuh bahasa dan bangsa sendiri.
"Kenapakah pemimpin (Umno-BN) kita telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasanya.
"Sekarang tahun 2009, perlanggaran itu berterusan. Apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan.
"Saya telah berusia 76 tahun dan saya telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya,"jelasnya.
Katanya, permasalahan isu PPSMI berlarutan sejak enam tahun lalu kerana negara ditadbir oleh pemimpin yang hanya berfikir lima tahun ke hadapan dan bukan 50 tahun ke hadapan.
"Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf.
"Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri," jelasnya.
Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan hassan Ramli dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Memansuhkan PPSMI, Suhaizan Kaiat. - mks._
(Berita ini diambil dari Harakah Daily, 1 Mac 2009)
Petang berkat. Udara lembut bertiup dari gunung di selatan, menerpa pepohon, meraba dan mengusap dedaun segar, di sekitar Taman Perindu. Masjid Ar Ridzuan baru sahaja di tinggalkan para jemaah yang telah selesai menunai sembahyang fardu Asar.
Imam muda, Ustaz Firdaus Al Hafiz melangkah keluar dari masjid tersebut. Sambil berjalan ke pintu pagar, dia membaca beberapa baris ayat suci - Quran.
Dan setelah Yusuf dijual di Masir), berkatalah orang yang membeli Yusuf ( orang besar - besar raja Masir, Al Aziz) kepada isterinya (Zulaikha): “ Berilah dia layanan yang sebaik – baiknya; semoga dia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak (anak angkat).”Dan demikianlah caranya Kami menentapkan kedudukan Yusuf di bumi (Masir supaya dihormati dan disayangi) , dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu ta’bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Dan pada ketika Yusuf sampai ke peringkat usianya yang sempurna kekuatannya, Kami kurnia kepadanya ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan; dan demikianlah Kami membalas orang - orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Dan perempuan (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf (agar) berkehendakkan dirinya. Dan perempuan itupunmenutup pintunya – pintu (villanya) serta berkata: “Marilah, aku sedia (menyerah) untukmu.” Yusuf menjawab: Saya berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhan saya telah memelihara saya dengan sebaik - baiknya. Sesungguhnya orang - orang yang zalim tidak akan Berjaya.
Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula berkeinginan kepada perempuan itu, kalulah dia tidak menyedari kenyataan (hokum dan tegahan) Tuhannya (tentang kejinyan perbuatan zina), demikianlah (takdir Kami), untuk menjauhkan darinya perkara - perkara yangtidak baik dan perbuatan - perbuatan keji, kerana sesungguhnya dia dari hamba - hamba kami yang ikhlas.[1]
Setibanya Ustaz Firdaus di pintu pagar masjid itu, dia terhenti sejenak. Langkahnya terpaku pada bumi. Dua biji matanya tersangkut kepada wajah manis milik gadis yang sedang turun dari kereta comel, dekat pintu pagar itu.
Ustaz Firdaus melafazkan salam ikhlas kepada manusia jenis ibunya itu. Salamnya disahut oleh gadis itu dengan suara mesar. Wajahnya yang terhias sepasang pipinya; lekuk kubang hati atau pupur puyuh. Manis. Jelita.
Dua puntung tangan mukmin dan mukminat itu tidak bersalaman. Mereka bertukar senyum cuma. Hati masing – masing ikhlas amat.
“Saya, Zulaikha …,” suara gadis itu lembut. Mesra.
“…ia, saya Firdau,” sambut Firdaus selembut suaranya membaca doa qunut atau surah Al Mulk.
“ Saya baru tiba dari Kuala Lipis …,” kata Zulaikha.
Firdaus mengangguk.Senyum.
Zulaikha tunduk. Sukar baginya menentang dua biji mata pemuda di hadapannya itu. Dia tahu, biji - biji mata bercahaya begitu menandakan pemiliknya hafal Quran. Seorang Hafiz.
“ …saya berpindah ke sini, mengajar di sekolah agama …,” Zuliakha memberitahu Firdaus.
“Ooo, ustazah nilah …, tadi nazir masjid ni ada beritau jemaah …,” kataFirdaus.
Zulaikha merenung wajah pemuda di hadapannya. Dari situ di merenungdinding dan sekitar hadapan masjid itu. Hatinya memuji akan kekacakan pemuda di hadapannya.
“…dia beritahu, ada ustazah dari Kuala Lipis, lepasan universiti Islam Jordan, akan mengajar di sekolah agama di sini,” jelas Ustaz Firdaus.
Zulaikha senyum. Suaranya tersangkut pada anak lidahnya. Dia memberanikan dirinya sambil menutup pintu keretanya, merenung wajah Firdaus. Sebagai lepasan universiti Islam, dia juga hafal Quran. Mata orang hafal Quran tidak kena penyakit ‘silau mata’ – keteguran -dari orang hafal Quran.
“ …ni, Ustaz Firdau ni orang sinike?”
“Tak, saya Sungai Nipah, Bagan Dato …, kerja di sini …, imam masjid ni …,”jawab Ustaz Firdaus.
“Ooo, begitu …, orang Perakle ni, maafkansaya,dah lama Ustaz jadi imam di sini …?” Tanya Zulaikha.
“ Tak lama, baru, barutujuh bulan …, lepas balik dari Universiti Al Azhar, saya bekjerjadi sini, kerja sementara …,” jawab Firdaus sambil merenung jam di tangannya.
“Al hamdulillah, kita berjumpa di sini,” suara Zulaikha lembut.
“Terima kasih, … tak apalah, saya nak cepat ni, nak pergi ke …,” Firdaus meminta diri sambil mengangkat kaki kanannya.
“Ia,lah, saya ni nak sambaahyang sekejap …,” sahut Zulaikha.
“Assalamu alakunna,” ucapan Firdaus.
“ …alaikum salam,” sahut Zulaikha.
Firdausmenapak dan memipir jalan berbatu kerikil menuju ke rumah tumpangannya. Zulaikha melangkah dan menggonggong hatinya seperti cincin hilang permata, masuk ke masjid untuk sembahyang Asar.
******
Tiga bulan kemudian.
“ … ayah, emak anak dah setuju, kita bertunang dulu, tahun depan kita nikah, abang macam mana?” Zulaikha bertanya kepadaFirdaus.
“Saya ikut saja …, baik pada Zulaikh, emak …, ayah, saya setuju, insya Allah …,”jawabFirdaus.
“Al hamdulillah …, syukur …,bahagianya ana …,” suara Zulaikha manja. Dua biji matanya tersangkut pada wajah kekasihnya.
“Apa yang bahagia tu …?Firdaus.
“Ialah, kita ni bercintabaru dua tiga bulan, dah nak bertunang …, tak lama lagi kita nikah …,”jawaab Zulaikha.
“Ialah, kita tak macam orang lain, bercinta lama …, hanhyut ke mana – mana …, al hamdulillah, kita sama-sama dapat hidayat Allah,” lafazFirdaus.
“Ia, tapi gembira kita …, jangan - jangan macam dalam Quran, tawa sedikit tangis banyak …,” kataFirdaus.
“ …eee, ngapa abang kata begitu …,buat hati ana risau aje …,” sungut Zulaikha.
“Taaak, kan kita ni di bawah takdir Allah …, insya Allah …, mana tau …,” sambut Firdaus
Zuliakha diam. Hatinya dideraketakutan. Dia selalu mendengar orang bercakap; orang yang hafal Quran tahu akan waktu dia akan mati. Ada ayat-ayat quran yang duhafalnya menjadi lupa jika dua tiga bulan lagi dia akan meninggal dunia.
Wajah Zulaikha muram.
“Tak apalah, sayang …, ana bergurau saja,”Firdaus memujuk.
******
“Celaka,celaka …, imam apa, imam anak haram jadah …,” suara maki hamun terluah dari mulut Asri, merinyu muda jabatan kesihatan.
“ Apa ni, apa yang awak maki ni, dah macam wakil rakyat tua tobeng dalam Parlimen aje…?” Rakannya, pegawai kerani pejabat tanah, Junus, bertanya.
“Tule …, setan, setan …, aku duk cadang nak pinang ustazahZulaikha tu …, tut, tut, dia bercinta dengan imam masjid tu …,”jawab Asri.
“Imam mana?” Tanya Junus.
“Tuuuu, imam muda …, tule …, apa namanya, Ferdaus …,”jawab Asir.
“Eh, deme tu bukan bercinta saja tau …, dah berunang pun …, awak dah terlambat …,” ujar Junus.
“ Celaka, celaka …,” maki Asri lagi.
“Tak baik maki orang, lebih baik awak buat kerja awak …, hapuskan nyamuk adis di temtat kita ni …, lebih baik,maki orang …, Tuhan marah, nabi tak suka …, dapat dosa kering aje …” tegur Junus.
“Tu aku taulah, nyamuk …, kerja aku …, tapi aku rasa hina sangat, orang yang aku cinta, aku harap, mimpi selalu dikebas orang ….,” suara Asri seperti orang akan menangis.
“ …dia tu ustazah, keluar universiti …, awak tu apa …,lepas spm aje …,” balas Junus.
“Imam tu mana belajar universiti …, ngaji pondok aje …, entah di mana pondoknya …,”kata Asri merendahkan Firdaus.
“…eh, eh, jangan peleceh orang tau …, dia tu lepasa universiti Azhar, Masir,tau …,”balas Junus lagi.
Pada ketika itu, niat buruk bersarang dalam hati Asri. Dia akan meletakkan tin koson mengandungi jejentik nyamuk aedesdi rumah Firdau.Apabila jenetik itu telah menjadi nyamuk, bil waktu petang nyamuk itu akan hinggap dan menyengat tubuh Firdau. Imam muda itu akan demam dinggi. Dia akan mati.
“…dia dah mati, aku akan pinang Zulaikha …,”bisik hatiAsri yang dikuasai oleh syaitan.
******
Pada Ahad, bapa dan ibu Zulaikha telah datang menziarhinya. Hajat kedua orang tua itu hendak bejumpa dengan bakal menantu mereka. Zulaikha telah menjemput Firdau ke rumah tumpanhgannya. Di rumah itu orang tiga beranak bertemu mesra dengan imam muda bakal menajdi ahli keluarga mereka.
Firdaus telah menjemput bakal bapa dan ibu mertuanaya bersamatunangnya ke rumahnya pada malam esoknya. Dia telah meminta ibu angkatnya mmasakkan makanan untuk tiga tetamu istimewanya.
Pada petang itu, sementara menggu ketibaan Zulaikha dan dua orang tuanya, Firdaus membaca dua buah buku yang baru dibawa pulang dari perpusatakaan masjid. Sebuah buku tebal bahasa Arab dan sebuah buku bahawa Melayu setebal 260 halam.
Dia menterjemah tulisan Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah, sambil menggaru – garu betisnya kerana dihinggapi nyamuk.Nyamuk aedes yang membenamkan tiruknya ke dalam kulit betis Fedaus terbang ke bawa kerusi tua dekat lemari.
‘Penghuni negeri - negeri yang subur tanahnya, iaitu terdapat banyak hasil pertanian dan binatang dan haiwan ternakan serta bahan perasa dan buah-buahan yang banyak, sebagaimana yang berlaku, adalah didapati kasar tubuhnya dan tumpul fikirannya.
Pada masa ini, kedudukan sebagai seorang Raja adalah suatu yang dihormati dan menyeronokkan. Ia memberikan kepada orang yang memegang pemerintahan itu segalo-gala yang terbaik di dunia ini, kepuasan dri segi lahir dan kesdrunuh di sudut batinnya. Dengan demikian, sebgai mana adanya, terdapat saingan yang sengit untuk mendapatkannya. Ia jarang sekali mahu melepaskan secara sukarela, tetapi ia boloeh dirampas secara paksa.Maka persengketaan itu menjadi berlarutan. Perbuatan itu membawa kepada peperangan dan perbalahan sentiasa berlaku untuk menegakkan kekuasaan. Kesemuanya itu tidak mungkin dapat dicapai kalau tidak adaperasaan kekitaan seperti yang kami telah nyatakan.
Belum sempat dia menyambung membaca pada aparagraf berikut, Zulaikha bersama bapa dan ibu telah tiba di halaman rumahnya.Dia bingkas bangun dan menuju ke pinttu menyambut ketibaan mereka.
Ibu angkat Firdaus turut menyambut kedatangan mereka. Buka kepalang orang tua itu menyambut bakal isteri anak angkatnya. Hatinya berbunga harapan;mudah-mudahan Firdaus dan isterinya hidup damai hingga ke akhir hayat.
Setelahnaik ke rumah, ibu dan bapa Zulaikha duduk atas sofa tua di ruang tetamu. Sementara Zulaikha meletakkan punggungnya atas kerusia dekat meja tuli Firdaus. Di bawah kerusi itu nyamuk yang lari dari tepisan tangan Furdus merenung legat pada betis Zulaikha yang putih bak umbut muda, di terpi kerusi itu.
‘Sejarah telah menunjukkan, bahawa di setengah - setengah Negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejara budaya.
Pada awal Abadan kiesembilan belas, ada lebih dari 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan itu telah turun satu demi satu – kepada 240 buah dalamabad ke dua puluhan, dan pada hari ini – pada dekad kelapan abada kedua puluh – hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta sahaja. .. jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.’
Zulaikha membaca ucapan Ketua Hakim Negara, Sultan Azlan Shah, pada halkam 236 buku merah itu. Firdau merenung wajah kekasihnya dalam cahaya petang dalam pelukan senja muda.
“Ha, la ni tinggak sekit saja raja di dunia ni, sayang,” sungut Zulaikha.
“Ia, begitulah,maca ucapan Sultan Azlan tu …, tapi pada masa dia berucap, dia belum jadi Sultan …” kata Firdaus.
“Agaknya semua manusia nakkan Negara republik …, republik Islam …, republik kapitalis …, ripublik istirakiah …, asy syu’iyah …,” sahut Zulaiha.
Tangan kanak Zulaiha yang gebu dihayunkan kepada perut betisnya yang gebu tepi kerusi. Nyamu betina yang Berjaya menikam tiruk halus tajam lunit ke dalam betis Zulaiha terbang bagaikan langsuir ke bawah kerusi. Hilang dalam gelap di situ.
“Ada nyamuk …,” sungut Zulaikha.
“Ada juga, tu yang risau …, kut, kut, nyamuk adis …, harap – harap tak ada,” kata Firdaus.
Percakapan mereka putus. Ibu angkat Firdaus membawa setalam minuman dan kueh mueh dan meletakkannya ats meja makan.
Pada waktu akan meninggalkan rumah Firdau, Zulaikha menyelak sedikit kaki kainnya dan merenung perut betisnya gatal-gatal diruk nyamuk tadi.
Firdaus mengalihkan dua boleh matanya dari betis putih itu ke halaman rumanya yang kalm.
******
Pada pagi Jummat, beberapa poster besar dikeluarkan oleh Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Pejabat kesihatan, tersangkut dan berkibar, di berapa lokasi di taman itu. Semua poster tersebut bertulisan besar, ‘Semburan Kabus Dalam Rumah membunuh Aedes’. Sejak subuh tadi pekerja-pekerja dari unit tersebut telah menyebur kabus di semua rumah di sekitar taman tersebut.
Pusara Ustaz Firdaus Al Hafiz masih merah tanah di atasnya. Bebunga aneka warna bertaburan.Layu di atasnya. Sepi. Seminggu yang lalu imam muda itu meningga dunia akibat demam dinggi.
Asri yang berjaya mengikut hatinya yang dipujuk syaitan, meketakkan tin berisi jenetik aedesdi rumah Ustaz Firdaus Al Hafis, tidak bekerja pada pagi itu. Dalam keadaan demam. Tubuhnya menggigil, dia duduk menelungkupkan mukanya kepada pusara Ustazah Zulaikha yang teletak kita-kira lima meter dari pusara kekasihnya.
Zulaikha telah meninggal dunia empat hari lalu. Ibu bapanya tidak membawa jenazahnya pulang ke kampong halaman mereka, kerana anak mereka bermanah agar jenazah di kebumikan dalam pusara yang berhampiran dengan pusara tunangnya.
“Ustazaaah!” raung Asri.
“ …stazaaaa!” raungnya lagi
Bunyi raungnya mengocha kesunyian kawasan pusara itu. Lantan kie mana – mana.
Asri menghempas - hempaskan dahinya kepada pusara itu. Batu - batu kerikil tajambersama tanah merah pusara tersebut mengoyak kulit dahinya. Darahnya merah, mengalir dan mencemarkan tanah pusar gadis solehah itu.
Pada saat itu Asri menyesal.Menyesal sungguh. Hajatnya untuk membunuh Imam muda yang menghalang hajatnya, tetapi gadis idaman dandicintainya telah mengikut jejak kekasihnya ke syurga.
Di tepi pusara itu, seluruh tubuh Asri di bungai bintik- bintik darah merah. Dia demam denggi berdarah. Tubuh Asri lemah longlai di sisi pusara masih terhias bebbunga duka itu. Pusara gadis yang tidak mencintai dirinya.
Beberapa orang yang datang menziarah pusara ibu bapa masing – masing dalam kawasan pusara tersebut, telah terkejut kerana mereka terjumpa mayat seorang pemuda terbujur di sisi pusara yang masih baru, di situ.
Tetapi apabila datang suara yang memekakkan telinga
(bahaya besar datang mengancam atau terjadi kiamat).
Pada hari seorang manusia lari dari sauara (kandung)nya.
Dan dari ibu dan bapanya.
Dan dari isteri dan anak - anaknya, Setiap orang pada hari itu punya urusan yang mengganggunya.
Beberapa muka (mereka yang beriman) pada hari itu berseri - seri.
Tertawa riang.
Pada hari itu beberapa wajah kena debu.
Ditutupi oleh warna hitam (kegelapan)
Itulah orang-orang yang tidak beriman, mereka yang jahat. - ‘Abasa: 24 -42.
HADIS
MUNAFIK
Nabi Muhamma s.a.w. telah bersabda: Empat sifat (atau perangai) yang adalengkap padanya (seseorang) itu bererti dia menufik seratus peratus, dan siapa yang ada sebahagian daripadanya, bererti sebahagian munafik, hingga dapat meninggalkan sifat (atau perangai) itu: Jika dipercayai; berkhianat. Jika berbiacara; berdusta. Jika berjanji; mungkir janji. jika berdebat lancung (curang).
- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.
PETUA
BERSYUKUR
Kalau anda berselimut panjang lima, jangan tidak sedar, tutup kepala kaki telanjang dan tutup kaki, kepala terbuka; ertinya anda orang yang susah, tetapi anda sentiasa berperasaan bahagia jika anda sentisa bersyukur, kerana pengemis sekadar menutup pinggulnya dan haiwan langsung telanjang.