Friday, August 30, 2013

CATATAN DALAM SEJARAH

CATATAN DALAM SEJARAH

JERNIH DAN KEROH DI AMBANG KEMERDEKAAN

Pada masa itu gerila-gerila Parti Komunis Malaya (PKM) dalam kawasan Kuala Kangsar dan Hulu Perak terdiri dari orang-orang China yang kebanyakan dari mereka penanam-penanam sayur dan tembakau, halia, sayur-sayuran secara haram di dalam kawasan-kwasan Hutan Simpan, di sepanjang kaki banjaran Gunung Bintang Hijau dari daerah Kuala Kangsar hingga ke daerah Grik atau Hulu Perak.
Selain dari mereka itu, terdapat juga guru-guru sekolah cina, peniaga-peniaga kecil seperti tukang basikal, bengkel kenderaan, tukang kayu dan buruh ladang getah dan lombong bijih timah.
Manakala dalam kawasan Sungai Siput Utara, Kinta hingga ke Perak Selatan, Tanjung Maling anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dan Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA) terdiri dari pemuda dan pemudi China yang bekerja sebagai buruh ladang getah dan buruh lombong bijih Timah. Dan sedikit dari mereka itu terdiri dari guru-guru China, peniga dan mereka yang bekerja dengan kerajaan Inggeris.
BINTANG TIGA
Kebanyakan orang-orang China suku Hainam, suku Kong Sai yang bekerja di Rumah Rehat, hotel dan restoran menjadi ahli Parti Komunis Malaya (PKM). ’Parti Komunis Malaya telah mengambil peluang menggunakan perasaan anti-Jepun khususnya di kalangan penduduk-penduduk China. Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Tentera Anti – Jepun Penduduk Tanah Melayu. Keanggotaannya terbuka kepada semua penduduk Tanah Melayu.
Topi yang dipakai oleh Tentera Anti – Jepun  ini mempunyai tiga bintang yang dianggap mewakili  orang Melayu, China dan India. Tentera ini juga lebih dikenali sebagai askar Bintang Tiga. Oleh kerana semasa pendudukan Jepun, pertubuhan yang teratur dan kuat untuk menentang Jepun ialah Bintang Tiga yang  dikendalikan oleh Parti Komunis, maka ramai orang China, yang tidak pun bersimpati dengan fahaman komunis, telah menganggotai Bintang Tiga kerana mereka bencikan Jepun. Jadi, satu lagi kesan pendudukan Jepun yang penting ialah menguatkan Parti Komunis Malaya.
ORANG MELAYU
Usaha Jepun hendak menentang Bintang Tiga membawa kesan yang buruk. Kebanyakan anggota polis Jepun ialah orang Melayu. Apabila Jepun hendak menghapuskan Bintang Tiga, orang Melayu yang menjadi polis Jepun diarah melakukannya.
Jadi, sebenarnys pertentangan Jepun dengan Bintang Tiga, telah merupakan pertikaian orang Melayu dengan orang China  kerana dalam pasukan polis Jepun ramai orang Melayu dan dalam Bintang Tiga kebanyakan-nya orang China. Dengan itu hubungan orang Melayu dengan orang China menjadi renggang.’
Sementara hartawan-hartawan China menjadi golok mata gua; mereka membantu Jepun dan membantu Inggeris. Kata datukku, bahawa orang-orang China seperti punai dengan pokok jerai, di mana ada buah jerai masak , di situlah banyak burung punai.
PENJAJAH INGGERIS
Kerana bapakku ketua kampung, maka semua orang China suku Kong Sai yang hidup sebagai setinggan atas tanah Hutan Simpan kerajaan telah ’bergantung harap’ kepadanya, terutama untuk menolong mereka supaya tidak diganggu gugat oleh askar Jepun. Sama ada terpaksa  atau secara sukarela, mereka itu adalah penyokong-penyokong Parti Komunis Malaya (PKM).
Mereka sering membawa kepada ayah dan ibuku ayam Tongsan dan sayur-sayuran. Aku telah belajar menggatih basikal dengan menggunakan basikal orang-orang China kebun sayur yang sering datang ke rumahku.
Semenjak pada zaman penjajah Inggeris hingga pada masa ini, ada di antara orang-orang pendatang di Tanah Melayu atau Malaysia mempunyai perasaan jujur bergaul dengan orang-orang Melayu, ada yang perpura-pura bergaul tetapi hati di dalam bermusuhan dan ada pula yang berbaik- baik dengan  orang-orang Melayu dengan berazimatkan ’ anti perkauman’ tetapi mereka mempunyai tujuan yang tertentu atau ’ada udang di sebalik batu’.
Sekumpulan orang-orang Cina yang kaya raya di Ipoh telah pergi ke London membuat tuntutan kepada Kerajaan British supaya tidak memberi kemerdekaan kepada orang-orang Melayu. Sementara itu sebilangan besar orang-orang Cina di Johor dan Singapura yang menunggu-nunggu masa untuk menjadikan Singapura sebuah Negara Cina Seberang laut. Mereka telah berhasrat demikian setelah terbitnya sebuah buku geografi di Negara Cina yang memaparkan peta Kepulauan Melayu sebahagian dari Negara China.
Amalan-amalan tidak sihat itu masih berlaku dalam pergaulan hari-hari, politik, sosial, pendidikan dan pernigaaan dan perdagangan pada masa kini. Maka sama ada pemimpin-pemimpin Melayu nampak atau tidak, bahawa falsafah ’telunjuk lurus kelingking berkait’ terus wujud dalam masyarakat  ’majmuk dan muhibbah’ di negara ini.
Pada masa aku menulis buku ini, aku khuatir negara kita ini akan berlaku seperti pantun Melayu yang telah ditulis oleh seorang ahli  parti Islam, Hizbul Muslimin pada tahun 1945,  penulis dan guru agama, Yahaya Nasim:

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padai,
Sini Cina sana Cina,
Malaya jadi pajak judi.*

*  Dari manuskrip buku, Memoir Penulis, oleh: MOkhtar Petah.

Thursday, August 29, 2013

PERTUBUHAN HARAM

PERTUBUHAN HARAM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengumumkan senarai 49 pertubuhan haram, termasuk kongsi gelap esok, kata menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata senarai yang mengandungi nama pertubuhan, lokasi dan aktiviti yang terlibat pertubuhan haram itu akan diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi pada satu sidang media.
“Pengazetan nama pertubuhan-pertubuhan haram telah saya tanda tangani.
-------------------------------------
Sejak zaman berzaman, negara - negara kapitalis, sosialis dan komunis, wujud pertubuhan haram atau konsi gelap (pertubuhan yang tidak didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negara).
Pertubuhan - pertubuhan tersebut, ada yang bekerjasama dengan pemimpin kerajaan atau pemerintah dan tidak dianggap salah.
Negara - negara kapitalis pula, selain wujud pertubuhan demikian, ada satu organisasi sulit yang dinamakan 'Police State' (bukan negeri polis), iaitu pengganas atau badan sulit dalam kerajaan. Biasanya di bawah pemimpin kerajaan . Polis tidak tahu dan tentera tidak tahu. Orang - orang 'Police State', biasanya membunuh, mengebum dan sebagainya terhadap seseorang setelah mendapat arahan dari pemimpin kerajaan.
Biasanya, tindakan orang - orang 'Police State' sukar diketahui oleh polis dan tentera. Kalau mereka mengetahui akan hal tersebut, tetapi tidak dapat berbuat apa - apa.
Saya mengalu - alukan ketegasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Zahid Hamid atas kejujurannya muntuk menghapuskan pertubuhan demikian. - Mokhtar Petah

Wednesday, August 28, 2013

CATATAN SEJARAH

PANTUN

Cendawan sebesar payung,
Habis sebelah dimakan api;
Sapulah awan sapulah gunung,
Sama merendam di dalam hati.*

Kalau selasih mana gulanya,
Gula Melaka dari Kedah;
Kalau kasih apa tandanya,
Saya merana awak pindah.

* Pantun Melayu lama.

 -------------------------------------------

CATATAN SEJARAH

SHEIKH ABDULLAH FAHIM:
 PENENTU TARIKH KEMERDEKAAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

[Hari ini, 28 Ogos 2013, kita terlalu jauh dari tarikh keramat, kita mencapai kemeredekaan negara, iaitu 31 Ogos 1957 dan terlalu hampir dengan hari ulangan tarikh tersebut, pada 31 Ogos 2013.
Mungkin, sebilangan dari rakyat negara ini, termasukpara belia, tidak mengetahui, bahawa dalam perjuangan menuntut kemedekaan secara evolusi oleh pemimpin UMNO - PERIKATAN, Tunku Abdul Rahman Putra al haj dengan sokongan Raja - raja Melayu, siapakah mualim dari ulama, di Tanah Melayu yang menentukan tarikh kemerdekaan negara kita, pada 31 Ogos 1957.
Denan perasaan gembira menghadapi perayaan menyambut hari kemerdekaan negara, pada 31 Ogos  2013 ini, maka, saya menyiarkan catatan sejarah mengenai mualim dari para ulama Tanah Melayu dan ahli ilmu falak terkenal, Sheikh Abdullah Fahim (Sheikh Abdullah bin Ibrahim), yang menentukan tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957 dan diterima oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan mereka dalam parti - parti politik orang - orang baka dari para pendatang ke negara ini, pada zaman silam. - mp]                                               
Perjuangan atau jihad Bangsa Melayu menuntut kemerdekaan dari penjajah-penjajah yang beragama Kristian dan beragama Budha, adalah dipelopori oleh para mualim – guru agama lepasan institusi pengajian pondok, sekolah agama rakyat, guru agama dan pendakwah di kampung-kampung seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
                  Mereka menyebarkan ajaran untuk memerdekakan diri dari penjajah, tetapi tidak langsung merosakkan fikiran orang Melayu untuk bermusuh dengan orang-orang dari bangsa dan agama lain dari Islam yang berhijrah atau menjadi pendatang ke Semenanjung Tanah Melayu  ini.
                Ulama di Tanah Melayu dan Nusantara  berjuang untuk memerdekakan bangsa mereka atau ummah dari penjajahan. Tetapi mereka tidak mengajar orang Melayu atau ummah bermusuhan dengan orang-orang bukan Islam ‘ Cina, India dan bangsa-bangsa lain-, yang berhijrah ke Tanah Melayu dan Nusantara. Mereka itu berpegang kuat kepada ajaran Quran hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Iaitu:
Ditimpa ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang ada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.[1]
 Perjuangan atau jihad yang dibimbing ulama Melayu menuntut kemerdekaan, boleh kita ambil kira pada fasa  ke dua, iaitu mulai tahun 18.00. Perjuangan orang Melayu Negeri Perak, Negeri Pahang, Negeri Sembilan, Negeri Selangor dan negeri-negeri lain menentang penjajah Inggeris dan penjajah Siam.
FEODAL MELAYU
Seri perjuangan Orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Pasir Salak, Negeri Perak, hingga terbunuhnya Residen Inggeris J.W.W. Birch pada tahun 1875,[2] ([1]Mokhtar Petah, Bangsa Melayu Menggugat Dunia, 1966, Kota Bharu, Penerbit Pustaka Aman Press.) walaupun sejarah menunjulkan pemimpin-pemimpin feodal Melayu, seperti Sultan Abdullah, Dato’ Sri Agar Diraja (Dato’ Sagor), Dato’ Maharaja Lela dan beberapa orang lagi, tetapi sebenarnya perjuangan itu dicetuskan oleh ulama Melayu Negeri Perak dan dari Aceh.
                Putum yang membunuh J.W.W. Birch adalah anggota pergerakan Islam di Perak. Oleh kerana Penghulu dan penduduk di sana khuatir isteri dan anak-anaknya akan diseksa atau dibunuh oleh askar Inggeris, maka mereka menamakannya Putum.  Kononnya dia Orang Asli.[3](Penulis mendapati cerita dari: Guru Agama Teluk Anson, Haji Selaiman Pagar,Dr  Burhanuddin Helmi,  Sultan Yussuf Izzuddin Shah, Haji Ismail Hamzah, Mufti Kerajaan Perak, Panglima Bukit Gantang, Dato’ Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Sheikh Haji Nawawi bin Muhamad dan Raja Razman bin Raja Abdul Hamid, ahli lembaga  Muzium Singapura.) Selepas tragedi itu isteri dan anak-anak Putum telah bersembunyi di atas Gunung Panjang.
               Di segi publisiti dan propaganda, penjajah Inggeris mendapat untung. Inggeris melaung kepada dunia, bahawa yang menentang mereka itu Orang Asli. Bukannya Orang Melayu.
               Demikian dengan gerakan orang Melayu menuntut kemerdekaan sekitar tahun 1930-an hingga tahun 1950-an. Penjajah Inggeris telah mengumumkan kepada dunia, bahawa yang menentang mereka itu adalah pengganas komunis. Bangsa Melayu masih sayang dan menyanjung mereka.               
PENJAJAH INGGERIS
Pada masa Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO belum ditubuhkan, amat sedikit dari Orang Melayu yang berpendidikan Barat, iaitu dari universiti - universiti dan isntitusi - isntitusi pengajian tinggi di England dan negara-negara di bawah penjajah Inggeris yang berjuang menuntut kemerdekaan. Mereka itu terbahagi kepada tiga kumpulan:
                          a. Kumpulan memandang penjajah Inggeris tidak boleh ditentang kerana
                              Inggerislah yang memberi ilmu pengetahuan dan kemakmuran kepada
                              mereka. Mereka itu  digelar ‘anak emas Inggeris’
Orang-orang tersebut sering mencaci Orang Melayu yang berjuang menuntut kemerdekaan. Mereka berkata, “Orang Melayu tak layak mereka”, ‘ Macam Orang Melayu nak merdeka, hendak buat jarum pun tak boleh”, “Kalau orang putih tidak ada di Tanah Melayu, Orang Melayu akan mati kebuluran” dan beberapa perkataan buruk lagi.
                           b.Golongan yang mahu merdeka, tetapi terpengaruh dengan perjuangan
                              Mustafa Kemal Ataturk, Presiden Turki (1932-38). Iaitu merdeka di
                              bawah pengaruh Inggeris. Rakyat boleh digunakan untuk kepentingan
                              golongan feodal, kapitalis dan Inggeris.
                           c. Golongan mahu kepada kemerdekaan. Tetapi kekuasaan di tangan
                               orang-orang yang berpendidikan Barat – di bawah pengaruh Kristian
                               dan Yahudi. Ulama dan agama Islam tidak boleh mencampuri politik
                               dan pentadbiran Negara.
                               Golongan ini tunduk di bawah tekanan Free Masson Yahudi. Banyak
                               menghabiskan masa di kelab-kelan di bawah pengaruh Free Masson, di
                               antaranya Lion Club dan Rotary Club.
                                Orang-orang dari golongan inilah yang membawa cerita-cerita yang
                                melemahkan orang Melayu dan umat Islam. Di antara cerita-cerita itu:
                                    a . Orang Melayu tak perlu takut kerana Kerajaan Turki akan
                                         datang membantu mereka. Sedang pada tahun-tahun itu Kerajaan
                                         Turki telah jatuh.
b.    Umat Islam di Tanah Melayu tak usah bimbang, apabila datang
                                           Imam Mahadi, semua orang Islam akan mendapat pembelaan.
c.     Umat Islam atau Orang Melayu yang menuntut kemerdekaan
       sama dengan menuntut dunia. Mereka menggunakan dalil hadis
       yang diterjemahkan secara lafzi, iaitu , addunia jifah man
       talabuha kilab (Dunia itu bangkai, siapa yang menuntutnya
       adalah anjing-anjing)[4] (Dunia (jifah), maksudnya segala keseronokan dan keburkan yang menyakahi syariat Islam.)
.Dan,  addunia sijnul mu’minin wa
       jannatul kafir (dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan
       syurga bagi orang kafir).
Pada zaman itu Inggeris telah menggunakan ulama upahan (alim tembolok) untuk menyebarkan erti hadis yang tidak dikupas atau dihuraikan erti kata-kata mempunyai banyak makna, seperti ‘dunia’ dan ‘jannah’.
NEGARA MELAYU
Dari tahun 1930-an sampai kepada tahun 1950-an.Ulama meneruskan perjuangan mereka menuntut kemerdekaan dari Inggeris. Mereka menuntut sebuah Negara Melayu dan Negara Islam.
                    Ulama yang muncul meniupkan semangat perjuangan Islam menuntut kemerdekaan, terdiri dari dua golongan, iaitu golongan keturunan Orang Arab dan Golongan keturunan Melayu Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Indonesia dan Selatan Siam (Pattani).
             Di antara ulama itu ialah Sheikh Abdullah Fahim(Seberang Perai), Sheikh Tahir Jalaluddin (Kuala  Kangsar) Sheikh Fadhulullah Shuhaimi (Singapura), Haji Abdul Malik Karim Amarullah (HAMKA),Haji Agus Salim (Indonesia), Haji Sulung (Pattani- Selatan Siam).
            Sheikh Abdullah Fahim membimbing umat Islam di Semenanjung Tanah Melayu untuk memerdekakan diri mereka dengan cara ‘pertumpahan darah’. Bimbingannya ialah dengan menanamkan ilmu pengetahuan Islam yang berkisar pada kenalkan diri sendiri, kenal Allah, berbaik-baik sesama manusia, membebaskan diri dari hawa nafsu, membebaskan diri dari cengkaman manusia.
           Pada hari Tunku Abdul Rahman meminta Sheikh Abdullah Fahim menentukan Tarikh yang baik untuk kemerdekaan Persekutuan  Tanah Melayu, Allahyarham telah menasihatkan Tunku Abdul  Rahman supaya menentukannya pada 31  Ogos 1957.[5][1] Mokhtar Petan, Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos  ‘57’, 1997, Kuala Lumpur, Pustaka Antara Sdn.Bhd.) 
 ILMU FALAK
        Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim juga telah menasihakan Ketua Pemuda UMNO, Sardon Haji Zubir supaya tidak melakukan pemberontakan atau revolusi, sekiranya Inggeris enggan membebaskan Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham lebih mementingkan perjuangan menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan jihad akal dan fikiran.
         Pada masa itu ramai ahli-ahli ilmu falak di Tanah Melayu, tetapi kerana menghargai jasa dan perjuangan Sheikh Abdullah Fahim sebagai  seorang mualim ulung yang meniup dan membimbing umat Islam Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, maka Tungku Abdul Rahman telah meminta Allahyarham melakukan ‘penentuan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu’ mengikul ilmu falak.
        Pada masa orang Melayu menuntut kemerdekaan, ramai para mualim (ulama) yang terdiri dari murid Sheikh Abdullah Fahim yang menjadi juara dan menyertai harakah atau parti politik orang Melayu. Di antara mereka Ustaz Abu Bakar  Al Baqir, Ketuan parti Islam pertama di Tanah Melayu, iaitu Hizbul Muslimin, Haji Ahmad Fuad bin Hassan Ketua Jawatankuasa Khas UMNO dan pada tahun 1951 menjadi Yang Dipertua Parti Islam Se Malaya (PAS).
        Sheikh Abdullah Fahim memberitahu saya, bahawa beliau menyertai UMNO dan bersedia memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Islam dalam UMNO pimpinan Dato’ Onn Jaafar dengan harapan apabila telah mencapai kemerdekaan, UMNO dapat membentuk negara Islam dan mengamalkan perlembagaan Islam.
        Pada pandangan mata kasar saya, mungkin orang - orang lain -,  Allah telah memberkati Sheikh Abdullah Fahim, putera Allahyarham, Haji Ahmad Badawi menjadi pemimpin dan pernah menyandang jawatan Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang.
         Dalam keadaan umat Islam di Malaysia gelisah di bawah suatu ‘ancaman’ memburuk - burukkan ulama dan meliberalkan fahaman umat Islam, maka Allah telah mentakdirkan cucu Allahyarham, iaitu Datuk Seri Abdullah bin Datuk Haji Ahmad Badawi  Abdullah  dinaikkan ke kerusi pemimpin untuk menerajui Negara dan rakyat – Perdana Menteri ke 5 bagi Malaysia. *
(Saya berharap, setiap individu muslim dan muslimah yang membaca tulisan ini, sudi menghadiahlan Al Fatihah kepada Allahyarham.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) patut mengadakan hari memperingati Sheikh Abdullah Fahim. Jika, tidak ada sentimen, masukkan sedikit dalam khutbah Jumaat, paa Jumaat ini).)
*  Dari manuskrip buku, Sheikh Abdullah Fahim Pelopor kemerdekaan umat Islam Nusantara’, oleh: Mokhtar Petah




[1]  Ali Imran: 112.
[2]  Mokhtar Petah, Bangsa Melayu Menggugat Dunia, 1966, Kota Bharu, Penerbit Pustaka
    Aman Press.
  
[3]  Penulis mendapati cerita dari: Guru Agama Teluk Anson, Haji Selaiman Pagar,Dr 
   Burhanuddin Helmi,  Sultan Yussuf Izzuddin Shah, Haji Ismail Hamzah, Mufti
   Kerajaan Perak, Panglima Bukit Gantang, Dato’ Haji Abdul Wahab bin Toh Muda
   Abdul Aziz, Sheikh Haji Nawawi bin Muhamad dan Raja Razman bin Raja Abdul
   Hamid, ahli lembaga  Muzium Singapura.
[4] Dunia (jifah), maksudnya segala keseronokan dan keburkan yang menyakahi syariat
  Islam.
[5] Mokhtar Petan, Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos
  ‘57’, 1997, Kuala Lumpur, Pustaka Antara Sdn.Bhd.  

Tuesday, August 27, 2013

ANWAR IBRAHIM

BERITA



ANWAR IBARHIM MELAWAT KELANTAN





















Anwar sedang bersalaman dengan Nik Aziz
 Penasihat Pari Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah melawat Negeri Kelantan, semalam, dalam semangat muhibbab hari raya Aidil Fitri.
Berliau telah menziarah mantan Menteri Besar negeri itu, Tuan Guru Dato' Haji Nik Aziz Nik Mat, di kediamnya, Pulau Melaka.

Friday, August 23, 2013

KES ALTANTUYA

Kes Altantuya: Azilah, Sirul bebas

Altantuya Shaariibuu

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, melepas dan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri meraup wajah dan mengucapkan terima kasih kepada panel hakim selepas keputusan itu diumumkan.


Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali,  Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu.

 
Mahkamah Tinggi pada 2009 telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka atas kesalahan membunuh Altantuya, yang ketika itu berumur 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.*

* Dari 

FALSAFAH AL QURAN

FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

SYAITAN MANUSIA

Katakan (Muhammad s.a.w.): Aku berlindung kepeda Allah Pengusa umat manusia,
Raja pemeringtah umat manusia,
Penguasa umat manusia,
Dari bahaya bisikan (syaitan) yang menghendap,
Yang mrembisikkan ke dalam hati manusia - manusia,
Ia itu jin dan (sebilangan) manusia.*
- Surah An Nas:1 - 6.
* Syaitan dan jin tidak dapat kita lihat, tetapi manusia jadi jin dan saitan sentiasa ada dihadapan kita, rapat dengan kita dan ada yang menjadi pemimpin masyarfakat, organisasi, parti politik, negeri dan negara.
Maka, kita sebagai orang Islam yang taat kepada Allah, mestilah pandai menilai manusia, adakah dia manusia taatkan Allah atau rupa manusia yang boleh kita lihat atau pandang, tetapi dia adalah jin dan syaitan.
Kita boleh mengetahui manusia jadi jin dan syaitan, di antara beberapa perkara itu, ialah:
1 - Mengajak manusia menyekat perjuangan di jalan Allah.
2 - Menentang hukum - hukum Allah dan menghjalalkan segala yang Allah
haramkan.
3 - Sentiasa membangga diri dan kumpulannya.
4 - Mencerca orang lain, memfitnah dan sebagainya.
5 - Boros membrelanjakan wang dan harta serndiri dan yang di
amanahkan.

TUKANG KAYU DAN HASIL USAHA SENDIRI

Rasul Allah muhammad s.a,w, telah mengajar manusia supaya befikir sebagai manusia yang mahu hidup sebagai manusia senjati, dengan sabdanya:

"Amat baik bagi seseorang manusia membongkok - bongkok mencari kayu api - kayu bakar- (untuk mendapatkan rezeki dari Allah), dari seseorang,kemudian (sama ada) orang yang diminta itu memberi atau tidak memberi.
"Nabi Zakaria alaihis salam, adalah seorang tukang kayu (makan dan minumnya dari hasil ushanya sendiri)
"Nabi Daud alaihis salam, tidak mahu atau tidak suka makan seseuatu, kecuali (makanan itu) dari hasil usaha tangannya sendiri." *
- Perawai:Imam Bukhari, Imam Muslim dan para ahli Hadis sepakat.

* Meminta - minta namanya, peminta sedekah'.
* Rakyat meminta - minta wang kepada kerajaan, nama 'rakyat lemah'
atau 'rakyat haliba.
* Kerajaan memberi wang kepada rakyat kerana ada tujuan tertentu,
misalnya untuk menang dam pilihan raya, namanya 'rasuah'.
* Isteri minta wang kepada suami, namanya, 'kasih dan reda'.
* Suami meminta wang kepada isteri, namanya, 'ngada - ngada'.
* Pemuda atau lelaki meminta wang dari kekasihnya, namanya,
'penyamun kera'.

Friday, August 16, 2013

abdullah Badawi

KISAH DALAM SEJARAH

ABDULLAH BADAWI
MUSUHNYA DALAM PARTINYA SEMNDIRI
       
Nama kampung saya menjadi terkenal kerana telah berlaku kejadian mencuri banyak senjata perang dalam khemah Askar Wataniah, di Grik, Hulu Perak yang dikatakan dilakukan oleh kumpulan Al Ma’unah, pimpinan Mohd. Amin bin Ghazali  ( Bekas anggota tentera Malaysia. Bapanya bekas anggota polis khas pada zaman Negara belum merdeka.Datuknya, Husin – orang-orang kampung mengelarnya dengan Husin Kurus. Dia adalah warga
 kampung saya. Kerja sambilanya menjadi bomoh berbagia penyakit, istemewa bomoh bagi para isteri   yang mahu suami mereka mengiku telunjuk mereka. Husin, anaknya, Ghazali dan cucunyaMohd. Amin tidak ada asas siasah atau pengetahuan politik)ada asas atau pengetahuan politik. dan telah ditemui  di kampung saya  pada .....
                 Kejadian yang menjadi dugaan atau ‘ancaman awal’ awal kepada Abdullah Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri itu, telah dilaungkan oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dengan  kata-kata yang diterjemahkan seperti berikut:
                   ‘A radical insurgent Islamist groop consisting of disaffcted middle – class professional in Malaysia who want to overthrow the government by violent means and set up an Islamic state’.
                   Kejadian itu kebetulan dengan julung kali mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuaratnya di luar Kuala Lumpur, iaitu di kediaman Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Tajol Rosli Mohd.Ghazali.
                   Walaupun ada desas desus mengatakan peristiwa itu dilakukan oleh pihak yang menggugat kedudukan Abdullah Badawi, tetapi kita terpaksa mengetepikan- nya kerana tidak nampak asasnya, tetapi yang nyata, peristiwa dari tindakan untuk‘ overthrow the government’ itu menjadi ujian yang besar kepada beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
                    Selain dari peristiwa tersebut, Abdullah Badawi terpaksa berhadapan dengan  kejadian-kejadian yang merumitkan, di antara penahanan ke atas beberapa orang ahli  kepada parti politik yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tindakan menentang pihak yang menyokong Anwar Ibrahim.
                  Abdullah Badawi juga terpaksa berhadapan dengan berbagai keserabutan politik dunia, penentangan pihak musuh-musuh Islam dan tindak balas pihak Islam terhadap mereka. Dalam kekalutan itu keserabutan itu sebilangan besar dari para pemimpin Negara – negara umat Islam menumpukan pandangan mereka kepada Malaysia, kerana Dr Mahathir Mohamad dan Abdullan Badawi dua tokoh penting yang boleh diharapkan untuk memimpin umat Islam antarabangsa.
                    Renungan saya adalah renungan menerusi kaca mata penulis, saya mendapati, setelah Abdullah Badawi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, sebilangan individu yang menyokong Anwar Ibrahim telah berpaling arah dan menyokong Abdullah Badawi. Sekurang-kurangnya dua tokoh penting politik Pulau Pinang yang menyokong Anwar Ibrahim, iaitu bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Ibrahim Sa’ad dan Datuk Ahmad Sa’ad ahli korporat sering mendatangi Abdullah Badawi.
                    Kebanyakan rakyat Malaysia telah mengetahui, bahawa Abdullah Badawi, adalah bekas pegawai tinggi bidang pentadbiran kerajaan yang berpengalaman dan ahli politik yang mahir dan bijaksana, maka apa yang dilihat dalam jabatan-jabatan kerajaan di bawa kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
                   Jabatan Polis Diraja; Abdullah Badawi memandang serius akan keadaan yang dialami oleh anggota-anggota polis. Beliau memperbaiki skim perkhidmatan polis, tempat kediaman mereka dan sebagainya.
                    Manakala Jabatan Imigresen; beliau menumpukan perhatian kepada sistem perkhidmatan anggota-anggotanya kehidupan mereka sebagai pegawai-pegawai penting dalam kerajaan.
                    Abdullah Badawi juga telah mendapati beberapa kelemahan telah menjadi sebagai amalan biasa dalam Jabatan Polis dan Imigresen. Beliau telah menjalankan langkah mendisiplinkan, mengemas kini, membentuk budaya kerja yang cekap, amanah dan bersih dari amalan ‘rasuah’ dalam dan sebagainya.
                    Walaupun Abdullah Badawi sedar, bahawa langkah yang belia laksanakan itu menjadikan sebilangan orang ‘memberontak’ dalam hati, menutup ‘pintu habuan’ tidak halal atau seperti membubuh pasir dalam periuk mereka yang tidak jujur, nama kerana kepentingan negara dan rakyat – mahukan sebuah negara yang mendapat keredaan Allah -, maka beliau terpaksa melaksanakannya juga. Langkah yang murni itu yang dilakukan oleh Abdullah Badawi itu, kerana beliau berpegang kepada ajaran Islam yang berdasarkan hadis-hadis berikut:
 Kamu sekalian pemimpin (penanggungjawab) dan kamu akan diminta (oleh Allah) bertanggungjawab tentang apa yang kamu pimpin. Imam adalah penanggungjawab, akan  diminta bertanggungjawab tentang apa yang dipimpinnya, Lelaki (suami) adalah pemimpin dalam lingkungan keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.  Perempuan (isteri) juga penanggungjawab dalam mengendalikan rumah tangga suami-nya, akan ditanya akan tanggungjawabnya.Khadamjuga penanggungjawab dan akan ditanya akan tanggungjawabnya .(  Riwayat: Bukhari)

                                    Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendak- lah dia mengubahnya dengan tangannya, apabila tidak mampu, (tegah) dengan lisannya, dan jika tidak mampu juga, maka tegah dengan hatinya (mendiamkan sahaja).Dan demikian itu selemah-lemah iman .  Riwayat: Muslim.

                             
                        Apabila amanah itu disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran (oleh Tuhan) .   Riwayat: Muntafaq alaih.


                             Sebagai seorang pemimpin yang beriman kepada Allah dan taqwa, Abdullah Badawi amat takut kepada Laknat Allah atas dirinya, para penanggungjawab kepada kementerian, semua jabatan, semua kaki tangan kerajaan, semua rakyat dan seluruh negaranya. Beliau melihat kalimat-kalimat di bawah amat menakutkannya,iaitu:
      Pemberi dan menerima rasuah dilaknat oleh Allah .   (Hadis
          Nabi Muhammad s.a.w.)

                              Sesungguhnya Mereka yang dilaknat Allah di dunia ini, iaitu laknat Allah ke atas orang-orang yang memberi dan menerima rasuah amat dahsyat dan lebih perit dan derita. Tidak sahaja Allah akan membelaskan perbuatan mereka di akhirat, iaitu setelah mereka mati, tetapi Allah akan membalas ke atas mereka secara tunai di dunia ini. Di antaranya:
*    Ditangkap oleh penguasa dan dihukum penjara
      dan    mungkin disebat beberapa kali.
*    Mendapat malu.
*    Kemalangan atau kecelakaan.                                                            
*    Rumah terbakar dan sebaginya.
                             *    Anak-anak menjadi penagih dadah atau gemar
                                    Kepada perbuatan maksiat, seperti zina, judi dan                
                                    seumpamanya.                                                                                            
                              *    Isteri berlaku curang atau melacurkan diri secara                  
                                             terhormat.
                                                    *    Setelah bersara atau tua, dihinggapi penyakit-
                                                           penyakit, di antaranya: Kencing manis, darah
                                                           tinggi,  jantung, kanser dan lain-lain lagi .
                    Abdullah Badawi sebagai ahli Dewan Rakyat dan anggota Kabinet, iaitu Menteri Pelajaran  Menteri Pertahanan dan Menteri Hal Ehwal Luar menjadikan beliau berkemampuan memikul tanggungjawab Timbalan Perdana Menteri. Atas kemampuan itu dan kepercayaan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, maka beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab membincang dan membuat keputusan ekonomi  dan kewangan negara.
                                               Kerana keyakinan Dr. Mahathir Mohamad, apabila beliau bercuti dan melawat ke luar negara, Abdullah Badawi diberi amanah memikul tugas Pemangku Perdana Menteri. Tugas demikian boleh disifatkan sebagai latihan atau memantapkan daya juang memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri pada masa mendatang.
                                        Pada masa Abdullah Badawi memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Luar, saya telah meminta restu dari beliau untuk menubuhkan sebuah persatuan kebajikan bercorak Islam, iaitu  Yayasan Amal Maaruf. Beliau telah memberi restunya. Yayasan itu telah didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada September 1999 dengan nombor pendaftaran 1127, iaitu setelah beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Yayasan itu telah dinaikkan tarafnya Pendaftar Pertubuhan sebagai pertubuhan bergerak di seluruh Negara pada 9 Jun 2003.
                                               Saya telah memegang jawatan Pengerusi atau Presiden yayasan itu semenjak ditubuhkan hingga kini.
                                               Sebagai Presiden badan kebajikan tersebut dan sesuai dengan perlembagaannya, maka saya telah menolong peniaga-peniaga Bumiputera, terutama kontraktor untuk mendapat sokongan bertulis dari beliau bagi mendapatkan satu-satu projek dari kerajaan yang mereka pohon mengikut kemampuan mereka.
                                                Semua surat peniaga-peniaga  yang saya kemukakan kepada Abdullah Badawi telah diberi sokongan bertulis secara ikhlas.
                                    Perhatian:Ada menteri dan menteri besar memberi sokongan tidak ikhlas, iaitu mengikut warna dakwat atau bentuk hujung tanda  tangan pena mereka menandatangani surat sokongan itu. Para pegawai kerajaan mengetahui perkara itu. Supaya orang-orang yang meminta sokongan itu tidak marahkan mereka atau mereka tidak mahu dikatakan tidak mahu menolong, maka surat sokongan itu ditandatangani juga, tetapi dengan dakwat atau hujung tandatangan yang diketahui oleh pegawai  akan warna dakwat atau hujung tandatangan itu tidak menyokong atau tidak boleh diluluskan.    (Perkara ini telah dimaklumkan oleh beberapa orang Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah  kepada saya).
                                                 Pada masa membantu peniaga-peniaga itu, saya telah mendapat pengetahuan dan pengalaman mengenai mana-mana menteri dan pegawai kerajaan yang memandang rendah kepada Abdullah Badawi dan tidak menghargainya.                                            
                                               Seorang menteri memberitahu seorang peniaga yang membawa surat sokongan Abdullah Badawi, bahawa tanda tangan dan sokong beliau tidak laku kerana beliau tidak ada kuasa. Di kementerian kewangan pegawai (wanita) mengeluarkan perkataan, “...surat ni tak lalu, kami tak layan”, kepada seorang peniaga Bumiputera yang mengemukakan surat sokongan Abdullah Badawi kepadanya.
                                                Di pejabat Ketua Setiausaha Negara, sebaik-baik sahaja peniaga dan saya menyerahkan surat sokongan Abdullah Badawi kepada seorang pegawai rendah (wanita) untuk disampaikan  kepada Ketua Setiausaha Negara, dia telah mengeluarkan kata-kata, “...tak laku surat ni, ...dia tak ada kuasa...”.
                                                Surat sokongan Abdullah Badawi atas permohonan seorang kontraktor Bumiputera untuk membina sebuah balai polis di Negeri Terengganu (cara runding terus), telah dihantar dengan memo rasmi oleh Setiausaha Sulit, Datuk  Tajudeen Abdul Wahab kepada Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah tidak dilayan. Projek itu telah diberi kepada kontraktor lain.
                                               Demikianlah hakikat kewujudan segelintir dari kalangan ahli politik,  pegawai dan kaki tangan kerajaan  dan swasta yang tidak jujur kepada Abdullah Badawi pada masa beliau berjawatan Timbalan Perdana Menteri. Hal ini timbul kerana mereka tidak nampak garangnya, angkuhnya atau tidak berlagak ‘Firaun Power’. Ertinya mereka tidak menghormati orang yang lemah lembut dan berakhlak mulia! Mungkin mereka tidak menemui ajaran, ‘paling sempurna iman orang mukmin ialah yang baik budi pekertinya’,
(  Hadis – riwayat: Turmuzi.)

maka mereka mengagumi dan memuliakan orang yang berlagak angkuh dan menampakkan ‘Fir’aun power’nya.
                                    Sesungguhnya, orang yang membaca dan fahaman akan erti ayat-ayat Quran sahajalah yang mengetahui rahsia yang ujudkan oleh Allah di dalamnya. Lalu dia mengikut dan mengamalkan setiap ajaran dan hikmah yang terkandung dalam kita suci itu. Begitu juga  Abdullah Badawi’ beliau berpegang kepada Quran dan Hadis, maka beliau amat kukuh berpegang kepada firman Allah berikut ini:
                                    Oleh kerana rahmat Allah, kamu bersikap lemah lembut kepada mereka, dan kalau kamu berlaku kasar (tidak berbudi bahasa) dan berhati bengis, tentulah mereka akan lari dari keliling kamu, sebab itu ma’afkanlah kesalahan mereka dan mohonkanlah keampunan (dari Allah) untuk mereka, dan adakahlah mesyuarat dengan mereka dalam beberapa urusan, dan bila kamu telah mempunyai keputusan yang tetap, kamu tawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang tawakal (kepadanya).
                                       Jika Allah menolong kamu, tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu; dan jika Tuhan membiarkan kamu, siapakah yang dapat menolong kamu selain dari Allah? Dan hanya kepada Allah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.   ( Quran- Ali Imran: 159, 160.)
                     Saya melihat, semenjak  Abdullah Badawi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau telah bergerak – sama ada dalam ucapan mahupun dalam gerak kerja beliau -, beliau menarik setiap rakyat manusia berbagai-bagai keturunan dan agama agar berbudi bahasa ‘yang baik itu budi yang indah itu bahasa’ dalam apa jua keadaan termasuk dalam perkhidmatan kepada orang ramai dan perpaduan berbilang kaum dan ummah.*
                   *  Dari manuskrip buku ‘Abdullah Badawi di khianat rakan sendiri’.  Mokhtar petah

     

Sunday, August 11, 2013

BELACAN


  1. "BELACAN OH BELACAN!"

    Pada pagi raya keempat ini, isteri penah, berlengkor. Anak - anak dan menantu - menantu di rantau, kekenyangan. Hanya anak yang belum kahwin masih ada di rumah, rindukan kekasihnya di Melaka.Saya menjerang nasi.
    Nasi Buykhara dan kari daging kambing, ada lagi, tetapi jemu.
    Saya memasak: Seketul belacan sebesar ibu jari, sekeping kecil ikan asin, saya goreng hingga garing. saya masukkan cili giling sekadar sahaja. Goreng hingga masa. Masukkan ikan bilis telah dibasuh, sekadar 79 (ekor; macam usia saya). Masukkan air perahan asam Jawa. Dan sebiji bawang yanhg saya hiris bergelang dan sebiji tomato yang saya hiri kecil - kecil.
    Setelah sambal 'aidul ma'amur' itu, saya makan dengan nasi berulamkan mentimun yang saya hiris nipis.
    Gadis - gadis boleh cuba memasak begini. Bolehamakan dengan ketupat dan lemang,
    Like ·  · Promote · 

  2. PENULIS NOVEL DAN DRAMA

    Pada malam tadi, anak saudara saya, Nurul Halawati, pengarang novel dan skrip drama 'Setanza Cinta', telah datang ke rumah kami meraikan hari raya, berrsama suaminya dan ayah, ibu dan adik perempuannya.
    Pada masa sedang ber cinta, setiap hari datang ke rumah kami. Lepas kahwin, hingga anak telah pandai bercakap, baru datang.
    Nurul Halawati telah memberitahu: "Pak Long, saya tak nak bekerja (lulus universiti), nak jaga suami, janga anak dan menulis drama untuk tv (cara bebas)."
    Like ·  · Promote · 
  3. Mokhtar Petah commented on a link.
    Abdullah telah dihempas dan dipulas oleh bekas PM Dr Mahathir Mohamd.Dia menyesal memilih Abdullah Badawi menjadi PM. Mungkin juga dia memilih Abdullah Badawi, setelah saya menyerahkan buku 'Abdullah Badawi Pejujang Kemanusia Sejagat' yang saya tulis dan syor saya kepadanya , agar dia melantik Abdullah Badawi.
    Root Dari Mahathir dan Abdullah Badawi berbeza. Saya melihat, Mahathir Mohammad menghampas dan memulas Abdullah Badawi, kerana cucu orang alim itu tidak mengikut telunjuk danacuannya. Ingat atau tidak, Dato' Musa Hitam dan Dato' Seri Anwar Ibrahim? Kerana mereka tidak menjadi 'belatuk pada pokok kayu tua'.

  4. Mokhtar Petah commented on a link.
    Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini membidas bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dengan memintanya menguruskan isu dalaman parti sendiri sebelum mengulas hal ehwal orang lain.



    =========================

    Parti PAP adalah parti politik yang ditubuhkan oleh Samad Ismail, Jamik Singh dan beberapa orang pejuang kemerdekaan di Singapura, trmasuk orang Cina.Pada masa beluam ditubuhkan Malaysia ramai orang Cina, India,Banggali dan lain menjadi ahli PAP. Setelah tertubuh Malaysia, Singapura dan Malaysia ibaratg suami tua dan isteri muda bercerai talak tiga, maka, di Malaysia ditubuhkan DAP. Kandungan perlembagaan dan falasafnya sama dengan PAP.
    Maka, sekarang, Lee Kuan Yew sedih dan rindu, kerana suami tua masih segar gagah dan DAP telah lebih besar dari PAP.
    Lee Kuan Yew dengan Karpal Singh, macam dua orfang main 'serimban', riuh dan bising hingga lari klotong kakah, tetapi mereka minum tea secawan jua.


    • This comment will also be posted to www.sinarharian.com.my.
  5. FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

    BIJAKSANA

    - Al Quran - menjadi pimpinan (wajib) dan penfajaran untuk orangb - orang yang bijaksana.
    - Al Mu'min:54

    MENGANGKAT DARJAT

    Seungguhnya, Allah mengangkat darjat beberapa kaum dengan adanya Al Quran ini - iaigtu orang - orang beriman dan mengamalkan segala hukum di dalamnya - , dan Allah menurun (menjatuh atau menghancur)kan kaum - kaum yang lain dengan sebab Al - Quran ini juga - iaitu menghalang orang mengamalkan dan melaksanakan hukum - hukum (undang - undang) dalam Al Quran dan mereka mengamalkan hukum ciptaan manusia beragama lain darfi Islam, seperti Yahudi dan Kristian - .
    - Perawi: Imam Musli

  6. UCAPAN IKHLAS,

    Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
    As salamu alaikum wa alaikunnas salam.
    Saya sayang kamu (semua), walaupun kamu tak saya aku.
    Google -Wekipedia: mokhtarpetah

  7. BERITA

    APA MUSLIHAT NURUL IZZAH LANCAR BUKIU PAK LAH?


    KUALA LUMPUR: Keghairahan orang ramai bercakap mengenai buku Pak Lah, Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia dijangka bertambah hangat apabila tersebar berita bahawa pelancaran buku itu di Singapura akan dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 30 Ogos depan.

    “Nurul Izzah sendiri hari ini dllaporkan telah mengesahkan persetujuan untuk menerima jemputan bagi melancarkan buku itu,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

    Di Malaysia pula, ujarnya buku itu akan dilancarkan oleh Pak Lah sendiri.

    Pada mulanya majlis pelancarannya dijadualkan akan diadakan seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri tetapi memandangkan kesihatan Pak Lah yang tidak begitu mengizinkan, majlis itu dikatakan telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

    “Sementara orangramai merasakan buku ini akan menghangatkan kembali perbalahan antara Mahathir dan Pak Lah yang pernah tercetus sebelum ini, nampaknya ia kini memasuki episod yang lebih menarik apabila Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan melancarkan pula buku itu di Singapura,” tulis Shahbudin lagi.

    Biasanya, ujar beliau buku mengenai mana-mana individu ternama akan dilancarkan oleh individu itu sendiri atau tokoh lain yang setaraf atau lebih tinggi daripadanya.

    Barangkali juga ini merupakan kali pertama buku mengenai seorang Perdana Menteri dilancarkan oleh individu daripada parti yang berbeza dengan tokoh tersebut.

    “Ternampak Nurul Izzah sangat istimewa dalam hal ini?” ulas Shahbudin.*

    * Berita ini dari Harakan Daily