Sunday, June 30, 2013







TERKENANG

YB ROZMAN BIN DATUK HAJI ISLI  AHLI PARLIMEN LABUAN

Saya mengucapkan tahniah kepada rakan saya, YB Rozman bin Dato' Haji Isli kerana berjaya  memikul tanggungjawab sabagai wakil rakyat - ahli  Dewan Rakyat  - Parlimen kawawan Persekutuan Labun.
Saya mengenang kembali pada masa lebih tujuh tahun lalu, saya telah menemui beliau di pejabat perniagaan bapanya, Dato' Haji Isli, di Penampang, Kota Kinabaly,Sabah.
Saya dibawa oleh beliau melawat ke rumahnya di sebuah kampung, di Labuan. Di sana saya telah bertemu dengan bapa dan keluarga beliau.
Pada waktu di surau, lepasa sembahyang Asar, sebelum berangkat ke Kota KInabalu, beliau memberitahu kepada saya akan hasratnya; sebagia ahli UMNO di Labun, untuk menjadi wakil rakyat - ahli Dewan Rakyat - , di kawasan Labuan.
Setelah saya kemba;i ke Kuala Lumpur, saya telah menulis satu laporan peribadi  dan dan hasrat beliau hendak menjadi wakil rakyat di Labuan dan saya serahkannya kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk (Tun) Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, dan beliau berjanji, bahawa Encik Razman dicatatkan dalam buku rasmi beliau sebagai pemimpin UMNO - BN dan negara.
Mungkin kerana, Encik Rozman rasa kecewa, kerana tidak dipilih menjadi calon, dalam PRU - 12, maka beliau tidak pernah menghubungi saya lagi.
Al hamdulillah, Allah Maha Kuasa, beliau telah dipilih dan di angkat menjadi wakail rakyat di Labuan.
Sekali lagi saya mengucap tahniah kepada beliau.

No comments: