Wednesday, June 19, 2013

  1. PANTUN

    Ke Cina sudah ke Fiji suda,
    Ke Mekah yang belum lagi;
    Bercinta sudah berjanji sudah,
    Hanya Menikah belum lagi
    Like ·  · Promote · 
  2. FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

    SYAITAN

    ... katakanlah kepada hamba - hambaKu (Allah) - supaya - mereka mreka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar, jujur, sopan, mengandung nasihat dan menfaat); sesungguhnya syaitan (hantu dan manusia) menyebarkan perselisihan di antara mereka, dan syaitan itu tentu menjadi musuh yang terang bagi manusia.
    - al Isra:53

    AMALAN

    Seorang lelaki bertanya kepada Rasu Allah: Bagai mana pendapat Junjungan, jika ada orang berperang kerana mencari pahala dan kerana ingin namanya disebut (dibangga atau dipuji)?
    Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan kepada lelaki itu:Tidak ada sesuatu (balasan dari Allah kepadanya). Sesungguhnya Allah Taala tidak menerima satu amalan kecuali amalan itu murni (tidah berharap - harapkan balasan) dan bertujuan mendapatkan keredaan Allah.
    - Perawi: Abu Daud dan Ahmad. *

    * Ulang semula
    Like ·  · Promote · 
  3. UCAPAN IKHLAS,

    Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
    As salamu alaikum wa alaikunnas salam.
    Selamat pagi.
    Sungguhnya, saya berharap, kita semua senantiasa reda dan bersyukur kepada Allah.
    Allah dilupa jangan
    Google -Wekipedia: mokhtarpetah
    Like ·  · Promote · 
  4. TERKENANG

    OTAK MANUSIA

    Semenjak aku masih kanak-kanak hingga pada waktu aku menulis buku ini – ,(kini berusia 79 tahun) aku telah ditakdirkan oleh Allah tidak ada minat bersukan. Apa jenis sukan jua pun. Aku pernah bermain badminton di sekolahku selama dua tiga bulan dan golf sekadar dua tiga minggu. Hingga kini aku tidak pandai main guli, congkak dan sebarang permainan yang boleh diperjudikan, seperti daun terup.
    Seorang rakanku dari Kedah telah berkata kepadaku, “...hang ni macam bapuk, oghang duk main di padang, hang duk terperosok dengan buku di ghumah”.
    Sama ada di sekolah mahu pun di luar sekolah, namaku tidak terkenal sebagai seorang peminat sukan. Minatku dalam bidang penulisan cuma.
    Walaupun aku penulis tetapi aku tidak berminat menyertai peraduan mengarang. Aku berpendapat, hasil dari otak manusia sukar diadili oleh manusia lain. Misalnya sesebuah novel dinilai oleh orang-orang yang ternama, tetepi mereka itu tidak pula pernah menulis walau sebuah novel. Kalau pun yang mengadili novel itu terdiri dari novelis-novelis, tetapi mereka tidak pula dapat menggagau maksud atau isi hati sang penulis novel yang diadilinya itu. Ertinya pengadil dengan yang diadili tidak mencapai maksud dan falsafah seseorang penulis atau pengarang.
    MENGAUT KEUNTUNGAN
    Peraduan mengarang hanya menjadi publisiti bagi melariskan buku atau novel pedagang-pedagang sahaja. Yang mengaut keuntungan dari buku atau novel itu, ialah syarikat-syarikat yang menerbitkannya.
    Aku bersama Allahyarham Haji Ahmad Badawi sering memberi ucapan kepada orang-orang Melayu di kampung-kampung untuk menerangkan perjuangan UMNO dan menarik perhatian mereka untuk menyertai parti politik Melayu itu.
    Kami memberi ucapan di beberapa buah kampung dan permatang dalam kawasan Kepala Batas, Sungai Dua, Tasik Gelugur, Bukit Mertajam, Sungai Bakap, Balik Pulau dan bebrapa buah kampung di Negeri Kedah dan Negeri Perak.
    Pada masa sekolah bercuti pada tahun 1954, selama dua hari, aku telah mengikuti Haji Ahmad Badawi dan Haji Sulaiman Palestin untuk memberi penerangan mengenai perjuangann UMNO menuntut kemerdekaan di kampung-kampung pendalaman di Johor dan Negeri Sembilan.
    PARTI ISLAM
    Semenjak sebilangan alim ulama dan guru-guru Melayu dalam UMNO mengikut jejak Haji Ahmad Fuad Hassan yang memimpin Parti Islam Se Malaya (PAS) pada tahun 1951, maka dari tahun itu hingga kepada tahun 1954 dan tahun-tahun sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, kebanyakan orang –orang Melayu di kampung-kampung tidak ‘cenderung’ menyertai UMNO. Mereka cenderung Parti Islam Se Malaya (PAS). Mereka percaya PAS satu-satunya parti politik orang Melayu dan Islam yang benar-benar berjuang untuk menegakkan kedaulatan orang Melayu dan umat Islam di Tanah Melayu.
    Untuk menanam kefahaman kepada orang-orang Melayu supaya menyertai UMNO, maka parti politik nasionalis Melayu itu memerlukan pemuda-pemuda yang berpengetahuan agama Islam yang bepandai berpidato. Maka beberapa orang pemuda yang boleh berpidato telah diambil menjadi pemidato dalam parti tersebut. Di antara mereka itu, Ustaz Jamaluddin Amini (Alor Setar), Ustaz Othman Abdullah (Bagan Datok), Ustaz Sharif Babul (Lenggong)
    Aku dan pemidato-pemidato lain telah menyelitkan ayat-ayat Quran, hadis dan syair-syair Arab dalam ucapan-ucapan kami dengan tujuan menarik hati orang-orang Melayu menyertai perjuangan UMNO.
    Aku masih ingat Allahyrham Tunku Abdul Rahman telah berkata kepadaku, ”...hang pi beghi tau orang Melayu, ...biak depa tu masuk UMNO, ...bila dah merdeka nanti UMNO akan jadikan negeghi Melayu ni negeghi Islam...”
    AYAT QURAN
    Pada waktu aku menulis buku ini aku masih memendam perasaan kesal terhadap beberapa orang Melayu yang telah menggunakan kata-kata yang dicampurkan dengan ayat-ayat Quran untuk menarik orang-orang kampung menyertai UMNO. Di atara kata-kata itu, ialah:
    ”UMNNO” mereka samakan dengan ’Aamanu’.
    ”Man yadkhulu umno fayadkhulul jannah”
    (Sesiapa yang masuk umno maka dia masuk
    syurga)
    ”Man la yadkhulu umno fayadkhulun nar”
    (Siapa yang tidak masuk umno maka dia
    masuk neraka).
    Ustaz Jamaluddin Amini – lepasan sekolah agama Ma’ahad Mahmud Alor Setar-, adalah pemuda yang paling lantang berucap dalam rapat-rapat umum dan majlis-majlis UMNO pada masa itu.
    Ada pula orang-orang Melayu yang tidak mengerti bahasa Melayu dengan baik apabila berucap dalam majlis-majlis telah ditertawakan oleh orang-orang yang mahir bahasa Melayu yang hadir. Dalam satu perhimpuan UMNO di Kelab Melayu Butterworth, seorang tokoh kaum ibu UMNO dari Kedah telah berucap, tetapi dia telah tidak faham erti perkataan yang telah diucapkannya.
    Tokoh kaum ibu itu telah meminta ditubuhkan badan kaum ibu dalam UMNO. Dia telah berucap dengan kata-kata, ” ...kita kaum ibu mestilah mengadakan persetubuhan kaum ibu sendiri. Dengan adanya persetubuhan kita sendiri, kita tidak mendapat kemaluan yang besar dari kaum lelaki dalam parti kita.”
    KERAJAAN INGGERIS
    Dalam majlis itu, aku duduk bersama wartawan – wartawan Azhari Taib dari Kedah, Zin Arif dan Misbah Tahir dari Pulau Pinang dan beberapa orang wartawan dari kaum lain. Kami turut ketawa bersama orang-orang yang ketawa.
    Pada masa itu, terutama pemuda-pemuda UMNO secara terang-terangan menolak usaha Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakannya kerana telah menerima syarat-syarat dari Kerajaan Inggeris, iaitu orang Melayu, Cina dan India hendaklah bekerjasama menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka telah menuduh Tunku Abdul Rahman telah mengenepikan tujuan perjuangan orang Melayu sebelum UMNO ditubuhkan, iaitu satu negara: Negara Melayu, satu bangsa: Bangsa Melayu, satu bahasa: Bahasa Melayu dan satu agama: Agama Islam (agama negara).
    Ramai ahli-ahli UMNO dan pemuda-pemuda parti itu yang menuduh Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakannya telah ’dicucuk hidung’ oleh pihak Kerajaan Inggeris. Dan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan rakan-rakan seperjuangannya berjuang ’tolak beransur-ansur’ dengan bangsa-bangsa lain.
    Ketua Pemuda UMNO Malaya, Saadon Haji Zubir sendiri, pada waktu berucap dalam satu perbarisan Pemuda UMNO di padang Kelab Melayu Butterworth, pada tahun 1954, iaitu setelah menerima sebilah pedang yang telah diserahkan oleh wakil Pemuda UMNO, antara lain katanya, ” ....pemuda UMNO menolak sama sekali campur tangan ’langsat masak’ dan ’manggis masak’ dalam perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan tanahair kita.”
    ”...kalau mereka masuk campur, pemuda UMNO bersumpah, laut Pulau Pinang akan menjadi darah....,” katanya.
    BANGSA MELAYU
    Lebih seribu orang pemuda UMNO yang sedang berbaris telah bertepuk tangan menyokong ketua mereka yang bersemangat nasionalis itu.
    ”Kami Pemuda UMNO mengaku dan bersumpah ( meniru sumpah Pemuda Indonesia pada 1928) tetap berbangsa satu, bangsa Melayu, berbahasa satu, bahasa Melayu,” laung Saadon Haji Zubhir dengan air liur berbuih pada celah dua bibirnya sambil menghunus pedang yang baru diterimanya dari seorang wakil pemuda-pemuda UMNO dalam perhimpunan itu.
    ”Kami Pemuda UMNO mengaku tanah tumpah darah kami yang satu, Tanah Melayu,”katanya lagi.
    Pada waktu itu tepukan bergemuruh lagi oleh pemuda-pemuda UMNO. Sementara Naib Ketua Pemuda UMNO, Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah telah melaungkan, ” Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar” dan telah di sambut oleh pemuda-pemuda UMNO dalam barisan itu dengan tiga kali laungan,”Allahu Akbar ’.*
    * Dari manuskrip buku, Memoir Penulis, Patah Sayap
    Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah.
    Like ·  · Promote · 
  5. PANTUN

    Kucing kurus menggaru papan,
    Papan berpahat di Tanah Abang;
    Saya kurus bukan tak makan,
    Badan Jahat fitnah orang.
  6. FASLAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

    ORANG JAHAT BAWA BERITA

    Haiorang - orang yang beriman, jiika datang kepada kalian orang fasiq - jahat - membawa berita - khabar atau cerita, periksa - teliti - dengan saksama, supaya kalian tidak sampai merosak - becah belah - kan sesuatu kaum (atau organisasi dan sebasgainya) dengan tidak diketahui, kemudian kalain menyesal atas perbuatan itu. *
    - al Hujurat: 6

    * Jika datang seseorang yang datang membawa cerita keburukan akan sesuatu kaum atau organisasi dan sebagainya, jangan diterima sebelum diselidiki atau diketahui akan kebenarannya, kerana perbuatan itu akan menjadi sesuatu kaum atau organisasi itu porakperanda dan penerima khabar itu pula akan menyesal berpanjangan.

    PEREMPUAN

    Rasul Allah, Muhammad s.a.w. ditanya oleh seseorang yang datang menemuinya: “Perempuan yang macam manalan yang paling baik untuk dijadikan isteri?”
    Junjungan menjawab: “Perempuan yang menyenangkan hati apabila direnung, mentaatinya bila di suruh dan tidak membezakan dengan dia dalam mebenci sesuatu, baikpun mengenai dirinya mahupun harta lelakinya.” *
    - Perawi: Imam Ahmad

    * Ada lelaki yang memilik bajkak isterinya, perempuan yang cantik jelita, ada yang memilih perempuan yang tidak cantik tetapi ada daya menarik hati, ada yang mahukna perempuan yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia.
    Perempuan jahat, ialah yang cantik tetapi tidak ada akhlak mulia atau budi bahasa.
    Perempuan yang paling sial, ialah yang berkahwin dengan tujuan untuk menjadikan suaminya sebagai hambanya. Dia yang mengetuai suami atau suami mesti mengikut arahannya.
  7. UCAPAN IKHLAS,

    Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
    As salamu alaikum wa alaikunnas salam.
    Selamat pagi.
    Sungguhnya, Kita adalah manusia, diciptakan Allah, maka, jangan kita jadi pembeci manusia, walaupun manusia membenci kita.
    Allah dilupa jangan
    Google -Wekipedia: mokhtarpetah
    Like ·  · Promote · 
  8. TERKENANG

    KAPAL PERANG JEPUNS

    Aku anak lelaki yang menjadi peneliti dan cinta manusia. Aku telah menghargai cinta Luchmy kepadaku. Seperti sumpah pemuda Indonesia atas tanah airnya, maka begitulah aku bersumpah tidak akan mencintai Luchmy guruku apa lagi untuk mengahwininya, kerana aku telah menganggapnya seperti kakakku.
    Allah Maha Kuasa, sebaik-baik sahaja aku dan Luchmy turun dari kereta sewa yang membawa kami dari stesen keretapi ke perhentian bas dalam bandar Kuala Kangsar, aku telah tertembung dengan jurutera Mohd. Noh, kawanku pada masa aku menuntut di Padang Rengas dulu. Setelah aku memberitahu kepadanya yang aku mahukan dia bekerjasama denganku untuk membuka besi-besi bangkai kapal terbang Jepun dan menjualkan kepada peniaga besi buruk, maka dia telah bersetuju dan berjanji akan datang ke rumahku pada pagi esoknya.
    Mohd. Noh telah tinggal sementara di kampung Sauk, kerana dia telah menjalankan kerja-kerja kontrak bersama rakannya, di empangan Perak River Hydro.
    GURU BAHASA INGGERIS
    Sebaik-baik sahaja aku dan Luchmy tiba di rumahku, aku melihat dua biji mata ibu dan bapaku terbeliak dan mereka seperti terkena pukau, kerana mereka telah menyangka aku telah membawa balik menantu mereka, seorang perempuan India. Setelah aku perkenalkan Luchmy kepada mereka dan menjelaskan tujuan kedatangan gadis itu, barulah kelihatan mereka senyum dan mesra dengan Luchmy.
    Pada malam itu rumah ibukuku telah dikunjungi ibu-ibu dan bapa-bapa saudaraku. Mereka telah datang untuk melihat Luchmy. Mereka telah hairan, Luchmy seorang gadis India, guru bahasa Inggeris dan tinggal dalam bandar Pulau Pinang, telah sudi datang ke kampung mereka.
    Pada esok paginya, aku, Luchmy, Mohd.Noh dan bapa saudaraku, Haji Ahmad dan abang saudaraku, Hasanuddin telah menaiki dua buah perahu dayung (aku pinjam dari tuannya), menyeberangi Tasik Chenderoh, di Changkat Duku, telah pergi ke kawasan hutan – pokok-pokok rotan, buluh, mengkudu dan berbagai pokok lagi -, yang terletak dalam ladang getah, Sungai Biong Estate.
    BANGKAI KAPAL TERBANG
    Bangkai kapal terbang perang Jepun itu telah buruk dan usang dalam hutan kira-kira 50 ela dari tebing tasik Chenderoh. Pokok-pokok rotan, dedaun akar dan semak samun sedang menyelimuti bangkai kapal terbang itu.
    Pada sepanjang hari itu kami telah membuka badan kapal terbang itu dengan bantuan dan bimbingan jurutera Mohd.Noh. Bangkai kapal terbang itu telah dapat kami buka dan mengasingkan bahagian-bahagian badannya. Kami berhenti kerja pada waktu makan dan sembahyang Zohor dan Asar sahaja.
    Kira-kira jam 5.00 petang, kami telah mengangkut lima kali dengan tiga buah sampan akan semua besi-besi waja, besi biasa, aluminium dan lain-lain ke pangkalan perahu, dekat jalan raya, di Changkat Duku, dekat kampungku.
    KAWAT - KAWAT TEMBAGA
    Pada tengah hari esoknya, bapa Luchmy telah datang bersama orang-orangnya dengan dua buah lori besar. Semua besi-besi aluminium buruk dan kawat-kawat tembaga telah timbang dan dimasukkan ke dalam lori-lori tersebut.
    Bapa Luchmy telah membayar harga besi-besi, semua aluminium dan kawat-kawat tembaga bersama minyak pelincir kapal terbang itu kepadaku, sebanyak $4,653.40. Pada ketika aku menerima wang dari S. Virasamy, hatiku telah berkata, “Kamulah orang Melayu pertama menjual kapal terbang perang Jepun.”
    Luchmy telah mengikuti bapanya dalam lori besi buruk itu pulang ke Pulau Pinang.
    SELURUH KEPULAUAN MELAYU
    Pada petang itu kami telah membahagikan wang $4,653.40 itu sesama banyak antara kami, setelah ditolak kos-kos lain termasuk sewa tiga biji sampan.
    Aku berterima kasih kepada Kerajaan Jepun dan General Hideki Tojo. Walaupun mereka telah menzalimi ramai penduduk Tanah Melayu dan manusia-manusia seluruh Kepulauan Melayu dan Asia, tetapi tindakan kejam mereka itu telah membuka mata orang-orang Melayu untuk menuntut kebebasan dari penjajah Inggeris.
    Kapal terbang Jepun yang aku dan kawan-kawan jual kepada ‘Keling Botol’ di Pulau Pinang telah menjadi titik indah dalam sejarah hidupku. Yang penting; Jepun dan penderitaan penduduk Tanah Melayu telah menjadi seperti ubat penawar kepada orang-orang Melayu supaya bangun sebagai manusia sejati, menuntut hak untuk hidup, iaitu kemerdekaan dan kemanusiaan sejagat.
    UNTUK MENUMPUK EMPING PADI
    Tindakan tentera-tentera Jepun mengebom Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, adalah dengan kehendak Allah jua dan ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya aku mempunyai catatan dalam sejarah hidupku menjual sebuah kapal terbang terbang perang milik negara yang berani memusnahkan Pearl Harbor.
    ‘Responsible as premier for leading Japan into war with the United State, General Hideki Tojo epitomized the militarism the gained the ascendancy in Japan during the 1930s. Impressed by Hitler’s power, angered by American oil embargoes that placed a strain on Japan’s economy, he rushed into ill-advised war on the United States with the surprise attack on Pearl Harbor (7 December 1941). While his popularity ran high during early victories, as America gained strength he was discredited and forced to resign as premier. The son of, with an exclusively military background, Tojo failed at ritual suicide before being arrested as Japan chief war criminal. He was convicted on nine counts of war crimes, condemmned, and executed.’
    Sebatang besi waja dari bangkai kapal terbang Jepun itu – untuk kenang-kenanganku -, telah digunakan oleh ibuku sebagai hulu lesung tangannya untuk menumbuk emping, beras dan kopi. Beberapa lama kemudian, besi waja itu telah hilang entah ke mana.
    Besi waja buatan Jepun,
    Jadi hulu lesung ibu,
    Padi huma ibu tumbukkan,
    Kini hanya ingatan terhimpun,
    Bumi Melayu terpesung tuju,
    Laksana Jawi peranakan.
    Cucu, cicit nanti bertanya,
    iakah kita Melayu,
    atau laksana bertam di nyiru.
    Adakah bumi kita milik Melayu,
    kita berdagang di bumi sendiri?*
    Seminggu kemudian, dengan wang hasil menjual kapal terbang perang Jepun itu, aku telah membeli sehelai sari dari India, sepasang kasut buatan England dan sebotol air wangi jenama tersohor, di sebuah toko pakaian, di George Town dan aku telah hadiahkan kepada guru dan kakak angkatku, Luchmy anak/ perempuan S. Virasamy.
    * Ulang semula. Dari manuskrip buku, Memoir Penulis, Patah Sayap Bertongkatkan
    Paruh, oleh: Mokhtar Petah.
    Like ·  · Promote · 
  9. PANTUN

    Berangan besar dalam padi,
    Rumpun buluh memancang jajar;
    Jangan syak dalam hati,
    Keturunan kami kurang ajar.
    Like ·  · Promote · 
  10. FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

    SARANG LABAH - LABAH

    Perumpamaan orang - orang yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung, sama dengan labah - labah membuat rumah (sarang).Dan sesungguhnya rumah (sarang) yang paling lemah, ialah rumah (sarang) labah - labah, sekiranya mereka (orang - orang kafir atau jahil mengetahui).
    - al Ankabut:41

    Nota. Orang Islam lagi mukmin atau mukminah, hendaklah berhati teguh dan berazam, tidak mengambil sesuatu, manusia dan jin untuk menjadi pelindung diri mereka, anak dan isteri mereka, masyarakat dan negara mereka. Pelindung yang sejati dan perlu bagi mereka ialah Allah Subhanahu wa Taala.
    Orang Islam tidak boleh mengambil makhluk - makhluk yang dijadikan dari api dan dikutuk Allah untuk menjadi pelindung, iaitu,
    Sayaitan atau iblis yang dinamakan seperti berukut:
    1. Hantu raya,
    2. Jembalang,
    3. Penunggu,
    4.Saka,
    5.Polong,
    6. Pelesit .
    7. Lain jenis yang dalam golongan syaitan atau iblis.
    Setiap waktu hendaklah membaca ayat peringatan bagi diri kita, untuk mengelakkan kita terperangkap dazlam perangkap syaitan, iaitu: ’Aku berlaindung dengan /kepada Allah dari syaitan yang kena rejam (kutuk dan sebagainya).
    Setiap waktu, hendaklah membaca kaklimat nasihat dan petunjuk ini: (Ya Alklah) pimpin atau tunjukkanlahkami ke jalan yang lurus. Jalan mereka yang Enkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan - jalan yang sesat; jalan Yahudi dan Kristian.(al Fatihah:6,7,8.
    Sebagi orang Islam lagi mukmin dan mukminah, walau kita ada Yang di - Pertuan Agong, Raja - Raja Melayu, gobanor, perdana menteri, menteri besar, ketua - ketua menteri - menteri - menteri, kita tidak boleh menjadikan mereka pelindung kita menggantikan Allah. Kalau kita melakukan dengan keyakinan, maka, iman kita akan musnah dan kita akan menjadi kafir.
    Manusia - manusia yang berkuasa adalah hamba Allah seperti kita juga. Mereka itu bukan pengganti Allah. Mereka tidak berkuasa seperti Allah dan mereka lemah seperti kita juga.
    Kita tidak boleh mengaku dan beriktikatd kalau tidak kerana Yang di - Pertuan Agong, atau Raja - raja Melahyu atau perdana menteri dan sebagianya, kita kita akan hjadi miskin, negara kita akan papa ke dana dan sebagainya. Kalau kita mengaku dan beritikad demikian, maka iman dan akidah kita jadi musnah.
    Kita mesti taat kepada Yang di - Pertuan Agong dan Raja - raja Melayu adalaha taat sebagai hamba dengan hamba di bawah kuasa Allah jua.
    Hanya Fir’aun yang mengaku dirinya mempunyai kuasa mengatasi kuasa Allah. Dia dibunuh Allah dengan ditenggelamkan bersama para tenteranya dalam Laut Merah.
    Hanya orang alim Qarun yang mengau dirinya paling pandai dan paling kaya dari Allah. Dia dibenam Allkah ke dalam bumi.*

    HAIWAN KACUKAN

    Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah ditanya oleh seorang mukmin bernama Dahiyah al Kalbi, ”Bolehkah aku menghamil (membunting)kan keledai (bertina) anda dengan kuda (jantan), akan mnenghasilkan anak ’baghal’ , lalau anda menungganginya?” Rasul Allah menjadwab: ”Yang menlakukan (membuntingkan keledai dengan menggunakan kuda jantan), hanaya orang - orang tidak mengetahu - jahil. Maksud dari sabda Junjungan itu, ialah tidak boleh dilakukan.atau haram.
    - Perawi: Ahmad. *

No comments: