Monday, July 12, 2010

FELDA PUSAKA TUN RAZAK KPD RAKYAT JELATA

FELDA DAN DI MANA KEBENARANNYA
Oleh: Mokhtar Petah


Dalam Suara Keadilan bertarikh 22 - 29 Jun, selain laporan muka depannya, akhbar mingguan itu turut memuatkan beberapa siri laporan khusus tentang hal ehwal kewangan FELDA. Ini menyebabkan Datuk Ahmad Maslan menyaman Suara Keadilan dan Zaid serta menamakan ketua pengarang akhbar itu, wartawan-wartawan terbabit dan empat pemimpin pembangkang iaitu penyelaras Pakatan Zaid Ibrahim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Tan Kee Kwong dan Suhaimi Said serta wakil rakyat PAS Mohd Abdul Wahid Endut. Pada 1 Julai 2010, Felda menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta terhadap akhbar Suara Keadilan dan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung penyiaran artikel "Felda bankrap" oleh akhbar berkenaan.
Dalam perhimpunan warga Felda di MRSM, Terolakl, Perak, minggu lalu, sebilangan dari para peneroka Felda dan waris - waris mereka telah melaungkan ‘setuju’ kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menyaman ‘Suara Keadilan’ dan Zaid Ibrahim sebanyak RM200 juta, kerana menganggap atau menuduh ‘Felda bankrap’.
Jika benar Felda tidak mengalami masalah yang boleh menjuruskan ‘bankrap’, maka hasrat Datuk Ahmad Maslan, Najib Tun Razak dan sebilangan peserta Feldujtuk menyaman, patutlah diteruskan.
Tetapi, jika projek perladangan pusaka peninggalan Tun Razak kepada rakyat jelata itu, memang ada ibarat ‘ kemucut pada kain sutera’, ‘ulat dalam buah nangk’ dan ‘ mana gading yang tidak retak’, maka rancangan sama menyaman itu eloklah dihentikan.
“Kerajaan adakan Felda untuk rakyat jelata …,” demikian Tun Razak berkata kepada saya pada tahun 1970 - an.
Maka, berikutnya, kerajaan telah menerima rakyat jelata (kluarga susah hidup) yang terdiri dari ahli UMNO, Pas, Parti Rakyat dan yang tidak berparti politik untuk dijadikan peserta Felda.
Setelah Tun Abdul Razak meninggal dunia, Felda beransur – ansur berjalan dengan berbagai – bagai cara dan banyak pula cerita – cerita sedih dsari pada peserta didengar oleh orang luar.
Saya teringa akan kata – kata, Politikus dan sasterawan Ishak Haji Muhammad, “ …bangunan – bangunan Felda di Kuala Lumpur, macam pencakar langit di Neyork dan Washinton. Bangunan – bangunan itu dibina dari hasil titik peluh peserta – peserta Felda, pencakar langit, di Amerika Syarikat dibina dari titik peluh rakyat telata termasuk orang kulit hitam di sana.”
Kemudian, Felda dikatakan lebih maju lagi dengan wujud berbagai – bagai syarikat di dalamnya dan ia menjadi sebuah organisasi kapitalis terkenal di negara ini. Ia telah bersifat lain dari hasrat Tun Abdul Razak, yang pusakanya untuk rakyat jelata dan bukan untuk kapitalis.
Hingga pads hari ini dari berbagai – bagai sungutan tidak puas ahati di kalangan para peserta Felda seluruh Negara, di antara:
* Felda diwujudkan sejak negara belum merdeka, tetapi kebanyakan pesertanya menanggung hutang se[ertio selagi ada matahari dan bulan.
* Karinah sebilangan pegawai rendah Felda yangmengakibat para peserta kerugian kerana buah kelapa sawit lambat tiba ke kilang.
* Sebilangan peserta Felda tidak puas hati lading pusaka Tun Razak itu dijadikan syarikat berhad.
* Para peserta Felda (kebanyakan) hidup menanggung hutang, tetapi di luar kalangan ‘borjuis’, berminyak bibir kerana mendapat untung begsar dari syarikat – syarikat di bawah Felda.
(FELDA mempunyai anak-anak syarikat yang terlibat dalam perniagaan-perniagaan seperti pemasaran, pengangkutan, dan kilang-kilang ia juga telah dlaporkan mempunyai kepentingan di sebilangan bank Malaysia yang utama, umpamanya Maybank).
Sebilangan peserta Felda yang tanah mereka telah diberi hak milik, telah keluar dari Felda dan menjalankan perusahaan sendiri. Mereka tidak lagi menanggung hutang sepanjang hayat. Mereka telah menjadi orang – orang yang hidup mewah hasil dari tanah yang mereka usahakan sendiri itu.
Saya kira, mahkamah adalah tempat ‘berperang’ mencari kebenaran. Tetapi setiap orang berperang menegakkan kebenaran masiang – masing. Tetapi kesudahannya, berlakulah, ‘alah jadi habu’ dan ‘menang jdi arang’.

Ikuti keterangan mengenai Felda berikut ini:

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP)(bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.
Pengerusi: Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor
Pengerusi lalu: Tan Sri Muhammad Alias bin Raja Muhammad Ali
Belanjawan: RM1.5 billion (2005)
Pekerja: 23,000 (2010)[1]
FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan. Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 . Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.
FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Timur.
Dasar Pengambilan Peneroka
Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.
Menteri-Menteri Felda
Pada mulanya, Felda ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, kemudian ia berpindah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Koperasi dan Usahawanan dan kini diletakkan kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.
Di bawah merupakan senarai menteri yang diamanahkan menjaga FELDA:-
• Y.B. ENCIK BAHAMAN BIN SAMSUDIN (31.08.1957 - 16.11.1959)
• Y.A.B. TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN (17.11.1959 - 22.09.1970)
• Y.B. ENCIK ABDUL GHAFAR BIN BABA (23.09.1970 - 1.12.1972)
• Y.B. DATUK HAJI MOHD ASRI BIN HAJI MUDA (01.01.1973 -11.1977)
• Y.B. TAN SRI DATUK HAJI ABDUL KADIR BIN YUSUF (01.01.1978 - 15.09.1980)
• Y.B. DATO' SHARIFF BIN AHMAD (16.09.1980 - 28.04.1982)
• Y.B. DATO' SERI RAIS BIN YATIM (29.04.1982 - 16.07.1984)
• Y.B. DATUK SERI ADIB BIN ADAM (17.07.1984 -11.08.1986)
• Y.B. DATUK DR. SULAIMAN BIN HAJI DAUD (12.8.1986 - 14.6.1989)
• Y.B. DATUK KASITAH GADDAM (14.6.1989 -26.10.1990)
• Y.A.B. ENCIK ABDUL GHAFAR BABA (27.10.1990-15.10.1993)
• Y.B. DATO' ANUAR MUSA (11.12.1993 - 27.12.1993)
• Y.B. TAN SRI DATUK SAKARAN BIN DANDAI (28.12.1993 - 16.03.1994)
• Y.B. DATUK OSU HAJI SUKAM (27.05.1994 - 08.06.1998)
• Y.B. SENATOR TAN SRIDATUK KASITAH GADDAM (26.06.1998 - 05.01.2004)
• Y.A.B DATO' SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK (06.01.2004 - HINGGA KINI)
FELDA mempunyai tiga peringkat pengurusan iaitu :
• Ibu Pejabat
• Pejabat Kawasan
• Rancangan
Peserta rancangan Felda digelar Peneroka felda dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar. Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan antara umur 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk berladang. Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 m²) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya. Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²) di sebuah kampung terancang yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika, infrakstruktur asas seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan, , kemudahan tersebut kini diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.
Pada asalnya, skim-skim FELDA direka bentuk sebagai koperasi yang sebagai ganti untuk setiap peneroka memiliki tanah sendiri, mereka memiliki sebahagian pemilikan yang sama bagi skim mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka tidak suka akan skim ini kerana pekerja-pekerja yang tidak berusaha masih akan menerima manfaat yang sama. Oleh itu, kerajaan kemudian mencipta sebuah rancangan yang terdiri daripada tiga fasa. Dalam fasa pertama, koperasi itu masih merupakan mekanisme bagi peneroka-peneroka belajar bagaimana berladang. Dalam fasa kedua, setiap peneroka diberikan tanah tertentu dan dalam fasa ketiga, mereka diberikan hak milik tanah mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka dilarang menjual tanah tanpa kebenaran FELDA atau kerajaan persekutuan.
Kos memperoleh dan memajukan tanah ditanggung oleh peneroka FELDA melalui pinjaman yang dibayar balik melalui ansuran-ansuran bulanan yang dipotong daripada pendapatan peneroka selama 15 tahun.
Walaupun peneroka-peneroka harus menumpukan kegiatan-kegiatan mereka pada pertanian, telah dilaporkan bahawa sebilangan besar juga terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang lain seperti berkedai dan berniaga. Terdapat juga mereka yang bekerja di luar petempatan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pertumbuhan kawasan-kawasan bandar telah menyebabkan peningkatan nilai tanah yang amat besar bagi sebilangan petempatan. Dengan kebenaran, banyak peneroka telah menjual ladang mereka dan menjadi jutawan segera.
Sumber kewangan bagi membiayai projek-projek pembangunan oleh FELDA diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kerajaan Kuwait, Tabung Pembangunan Arab Saudi dan lain-lain. Wang ini diperolehi dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kerja-kerja pertanian, pembinaan kilang dan perumahan peneroka. Peneroka tidak dikenakan sebarang potongan untuk kos pengurusan. Kos pengurusan dibiayai dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Bagi Hak peneroka pula, FELDA hanya akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan surat hak milik setelah peneroka menunaikan tanggungjawab sebagai peneroka dan selesai membayar kembali kos pembangunan kepada FELDA termasuk bayaran Cukai Tahunan Yang Disatukan kepada Kerajaan Negeri. Bagi peneroka yang telah menerima surat hak milik, apabila berlaku kematian, pembahagian kawasan pegangan kepada waris-waris simati akan diuruskan oleh pejabat tanah daerah yang berkenaan. Bagi peneroka yang belum menerima surat hak milik ianya akan diuruskan oleh unit pesaka kecil Pejabat Daerah dengan kerjasama Pengurus Rancangan. Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.
FELDA telah mempelbagaikan kegiatannya daripada kegiatan pembangunan tanah yang asal kepada usaha-usaha ekonomi yang lain — sebilangannya kegiatan itu langsung tidak berkait dengan petempatan semula. Walaupun FELDA mempunyai anak-anak syarikat yang terlibat dalam perniagaan-perniagaan seperti pemasaran, pengangkutan, dan kilang-kilang ia juga telah dlaporkan mempunyai kepentingan di sebilangan bank Malaysia yang utama, umpamanya Maybank.
Pada 16 Jun 2010, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan status kewangan Felda adalah sebanyak RM4.08 bilion pada tahun 2004 jatuh kepada RM1.35 bilion pada 2009 kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan -- RM2 bilion untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda. Pada masa yang sama, aset Felda bertambah dengan pulangan daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion kepada 2009, menokok sebanyak RM6.2 bilion.
Mempelbagaikan ekonomi
Ini menyebabkan desakan daripada pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong yang juga timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan salahurus dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Desakan ini disuarakan oleh penyelaras PKR, Datuk Zaid Ibrahim menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan cengkamannya ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi membolehkan organisasi itu diuruskan secara telus dan profesional.Pada 28 Jun 2010, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diwakili oleh pengerusinya, Mazlan Aliman membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Julai dan menyerahkan "dokumen lengkap" dakwaan 'salah guna kuasa' dalam Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA). dan mencabar Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan kemerosotan rizab Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).
Zaid, Suara Keadilan disaman
Dalam Suara Keadilan bertarikh 22 - 29 Jun, selain laporan muka depannya, akhbar mingguan itu turut memuatkan beberapa siri laporan khusus tentang hal ehwal kewangan FELDA. Ini menyebabkan Datuk Ahmad Maslan menyaman Suara Keadilan dan Zaid serta menamakan ketua pengarang akhbar itu, wartawan-wartawan terbabit dan empat pemimpin pembangkang iaitu penyelaras Pakatan Zaid Ibrahim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Tan Kee Kwong dan Suhaimi Said serta wakil rakyat PAS Mohd Abdul Wahid Endut. Pada 1 Julai 2010, Felda menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta terhadap akhbar Suara Keadilan dan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung penyiaran artikel "Felda bankrap" oleh akhbar berkenaan.
(Disaring dari Wikipedia – bahasa Melayu – Malaysia - Ensiklopedia bebas)

No comments: