Monday, July 12, 2010

BERITA


jadi orang tengah di Pokok Asam

Mohd Sabri Said

Justify FullJELUTONG, 12 Julai: PAS telah menjadi orang tengah antara pemaju, kerajaan negeri serta penduduk Kampung Pokok Asam, di sini apabila berjaya mendesak pihak pemaju menghentikan sementara kerja-kerja perobohan rumah penduduk selama tiga bulan untuk memberikan ruang perundingan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, PAS sangat prihatin dan yakin masalah yang tiba-tiba menjadi panas hasil mainan Umno dan Barisan Nasional (BN) boleh diselesaikan jika pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk badan bukan kerajaan (NGO) duduk diam.

Ini kerana, katanya mereka bukan boleh menyelesaikan sebaliknya menyerahkan kepada PAS yang akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Konuniti (JKKK), kariah Masjid Jamek Jelutong serta Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Bila kita berjaya mendesak pemaju menghentikan sementara projek selama tiga bulan itu menandakan satu kejayaan yang tidak pernah berlaku walaupun oleh Umno semasa berkuasa dulu," jelasnya ketika menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang gembira dengan perkembangan berkenaan berkata, jika hendak mengharapkan Umno, keadaan bertambah berserabut ekoran parti itu sendiri berada dalam keadaan cemas di mana 13 cawangan di bahagian ini sudah ‘angkat bungkus’.

“Di mana lagi peranan Umno ketika ini melainkan mewujudkan provokasi menuduh PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli MPPP sanggup menjadi pengkhianat menghalau penduduk Melayu dari bandar terutamanya isu Kampung Pokok Asam,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap penduduk kampung berkenaan jangan tertipu dengan taktik Umno.

“Berilah sokongan pada PAS, kariah dan Ahli MPPP untuk mencari titik pertemuan bagaimana untuk membantu penduduk sekiranya pemaju menggunakan haknya ekoran tanah tersebut milik swasta.

“Umno sudah tidak relevan lagi,” katanya.

Mujahid juga meminta pihak pemaju menyediakan tempat kepada penduduk yang terlibat bagi menghindarkan tanggapan kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat bertindak menghalau orang Melayu dari mendiami kawasan bandar.

Beliau sedar itulah yang sedang rancak dicanang oleh Umno di negeri ini kononnya PAS, PKR dan Ahli Majlis MPPP sedang berusaha turun ke kampung-kampung mendesak penduduk menjual tanah kepada pemaju.

"PAS bukan pengkhianat sanggup menggadai maruah seumpama itu. Lainlah Umno, tindakan begitu dianggap kebiasaan semasa kuasa berada di tangan mereka," tegasnya.(Harakah)

----------------------------------

“Tiada cita-cita masuk UMNO”

KOTA BHARU - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sebelum ini diura-urakan untuk menyertai UMNO membuat pengakuan bahawa beliau belum bercita-cita menyertai parti itu.

Berucap di Majlis Wacana Perdana Bolehkah Melayu Bersatu di Kota Bharu semalam, Dr Mohd Asri yang sebelum ini dilanda pelbagai spekulasi menyatakan beliau tidak pernah membuat kenyataan dia berminat menyertai UMNO.

“Saya tak pernah kata nak masuk (UMNO) orang yang kata dan sehingga saat ini saya tidak bercita-cita nak masuk UMNO,” katanya ketika menjawab soalan yang dilontarkan Moderator Majlis, Profesor Madya Mohammad Agus Yusof.

Selain Dr Mohd Asri, wacana yang diselangi perdebatan itu disertai oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi Biro agama Pemuda UMNO, Afandi Yusoff dan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Agama Islam (Jasa), Lokman Nor Adam.

Sebelum ini, Dr Mohd Asri adalah antara nama yang dikaitkan bersama 40 ulama muda yang menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli UMNO dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu ketika ditemui selepas majlis tersebut, Dr Mohd Asri berkata buat masa ini beliau tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik, namun tidak mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Ditanya adakah beliau lebih terdorong untuk bersama Pas, bekas mufti itu mengakui beliau mempunyai hubungan rapat dengan bekas Presiden Pas, Almarhum Fadzil Noor namun masih belum berminat menyertai parti itu.

“Kita tak tahu masa depan, dengan apa yang saya faham, saya tidak menyertai mana-mana parti termasuk UMNO, memandai saya berbaik dengan pemimpin Pas dan UMNO, cukup ahli parti yang ada, saya masuk jadi serabut saja,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan nya, Dr Mohd Asri yang mengulas mengenai konsep perpaduan politik Melayu berkata, adalah lebih penting untuk memperkembangkan prinsip perpaduan Islam dengan tidak mengira bangsa dan keturunan. (Sinar Harian)

Dalam masa yang sama katanya, masyarakat perlu mengakui bahawa konsep kenegaraan memerlukan parti politik selain membuat perimbangan bahawa konsep perpaduan bukan saja untuk mendapatkan kerajaan semata-mata.

“Semasa membuat perjumpaan di London bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sendiri menyebut perlu wujudnya Pas, kalau tidak rosak UMNO.

“Kita mesti ada imbangan, mungkin ada yang tidak berpolitik, saya tak gemar bercakap soal perpaduan politik degan mengutamakan kerajaan federalisma, bila kuatnya UMNO bererti Melayu kuat dan bila Pas kuatnya Melayu itu kuat,” katanya.(Sinar Harian)

No comments: