Thursday, February 25, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN



LALAI

Hai orang – orang yang beriman, jangan jadikan harta benda dan anak – anak kalian (sebagai sebab) melalaikan kalian dari mengingati (mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan) Allah. Dan sesiapa yang melakukan demikian, itulah orang – orang yang menderita kerugian.

Al Muafiqun:9




HADIS

MALU DAN IMAN


Sebenarnya, perasaan malu dan iman itu berpadu menajdi satu, maka jika lenyap salah satunya( hilang malu atau hilang iman), hilang pula yang lain (harga diri sebagai manusia beriman dan berperikemanusiaan).

– Hadis Qudsi




PETUA

JANGAN LUPA

Setiap pemuda pemudi Melayu, walau bagaimana tinggi ilmu pengetahuam duniawinya sekalipun, hendaklah tidak melupakan ibu dan bapa mereka, budi pekerti orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam (tidak ada ilmu salah dalam amalan). Jika tidak mengutamakan ini semua, maka harga pemuda pemudi itu rendah sebagai haiwan dan menyusahkan bangsa sendiri.



TAHUKAH

KONSEP 1 MALAYSIA


Tidak ramai orang Melayu yang mengetahui, bahawa gagasan Malaysia yang ditunjulkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, adalah hampir sama dengan gagasan Malayan Union oleh penjajah Inggeri yang ditentang oleh orang Melayu pada tahun 1946.

Sekadarkan pencipta dua gagasan itu berbeza. Tetapi pendidikan mereka sama. Tidak dari aliran agama Islam. Selain dari gagasan tersebut berlawanan dengan perjuangan Tun Abdul Razak , ia, lama kelamaan akan menghapuskan bangsa Melayu. Jika bangsa Melayu terhapus, maka, Raja – Raja Melayu turut hilang daulat dan mereka hilang dari alam Melayu ini.

No comments: