Wednesday, February 24, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN


MELAKUKAN KEROSAKAN

Hendaklah kalian menyempurnakan sukatan cupak – gantang, dan janganlah kalian menjadi golongan yang merugikan orang lain.

Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.

Dan jangan kalian mengurangi hak – hak orang ramai, dan jangan kalian bermaharajalela melakukan kerosakan dibumi.

Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kalian dan umat – umat yang telah lalu. –Asy Syu’raa:181 – 184.


HADIS

TIDAK SESAT

Nabi Muhammad s.a.w. memaklumkan: Saya telah tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat, jhika kalian bepegang kepada keduanya, iaitu kitab Allah (Quran dan Sunnah Rasulnya .

– Perawi: Ibu Abdul Barri




PETUA

CURI TULANG

Jika hendakkan rezeki anda dalam keadaan halal dan hidup anda mendapat dalam keredaan Allah, maka di mana anda bekerja dan dengan siapa anda bekerja, hendaklah bekerja dengan jujur, amanah dan tidak curi tulang.

TAHUKAH?

KESEDARAN BERPOLITIK

Jika semua pemuda pemudi Melayu – yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran sederhana dan rendah – tidak mempunyai kesedaran politik – dalam keghairan 1 Malayia, percayalah, dalam tempoh 50 tahun lagi orang lain menguasai negara ini; mungkin ibu negara ini di Singapura dan semua orang Melayu merempat di bumi mereka sendiri.

Nota: Di Takdirkan DAP dan parti – pareti politik yang sama dasar dengannya berjaya memerintah Malaysia. Malaysia mnenerima semula Singapura masuk ke dalamnya, maka dua negara itu menjadi satu dan mungkin Singapura menjadi ibu negara kepada negara baru yang politiknya berdasarkan sosio – demokrasi.

No comments: