Monday, January 5, 2009

P.RAMLEE

SENIMAN P. RAMLEE

KERAJAAN BELUM BAYAR ROYALTI RM3 JUTA?

Oleh: Mokhtar Petah

Kementrian Penerangan, di bawah Datuk Mohamed Rahmat dan Kerajaan Malaysia, di bawah Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, khabarnya telah tidak membayar royalti lagu - lagu P.Ramlee yang dimainkann oleh semua rangkaian Tv, radio dan sebagainya di bawa kementerian tersebut, sehinggalah warisanya, Nasir P.Ramlee meninggal dunia baru - baru ini.

Setiap kalai Nasir mengemukakan tuntutan, ada sahaja Mohamed Rahmat memberi alasan, Akhir sekali tuntutan itu dibuat dengan bantuan Datuk Zakiah Hamum, bekas Pengarah Arkib Negara Malaysia, tetapi tidak berhasil juga.

Kira – kira setahun sebelum meninggal dunia, dalam pertemuan dngan saya di, Istana Budaya, Nasir P.Ramlee telah memberitahu saya, bahawa pihak swasta telah membayar royalti bapanya kepada beliau, tetapi Kerajaan Msalaysiabelum berbuat demikian.

Apabila Nasir meninggal dunia baru- baru ini, saya tidak mengetahui, sama ada Kerajaan Malaysia telah membayar atau belum royalti yang lebih RM3,000.000.00 itu.

P.Ramlee telah tidak ada lagi di dunia ini. Putranya, Nasir juga telah pulang ke alam Baqa. Hanya nama dan karya P. Ramlee masih disanjung dan dipuja oleh orang ramai, terutama orang Melayu.

Apakah kerajaan Malaysia akan lakukan dengan royalti P. Ramlee itu, jika belum dibayar?

Kerana mengenangkan P.Ramlee, maka berikut ini saya memuatkan dalam ruang ini akan sedikit kisah seniman agung itu mengikut pengalaman saya sendiri.

Petua Orang Tua-Tua Melayu yang diamalkan oleh P.Ramlia,

ialah:

Jika hendakkan suara merdu; membaca Quran, membaca qasidah atau marhaban dan menyanyi, daun bunga tanjung yang muda sekadar tujuh helai, tumbuk lumat dan bancuh dengan air sejuk sekadar setengah cawan teh. Tapiskan dengan kain bersih.

Cara Melakukannya

Menelentang atas lantai. Masukkan sedikit air daun bunga tanjung itu ke dalam dua lubang hidung. Lakukan hingga air itu habis. Hidung dan rengkung jadi berlendir dan keluarkan lendir itu ikut hidung dan ikut mulut. Lakukan selama tiga atau tujuh pagi.

Pantang

Tidak boleh makan cili dan makan berminyak selama seminggu.

MEMBACA QURAN

Pada tahun 1953, Daeratul Maariful Wataniah telah mengadakan perayaan tahunan (ihtifal). Perayaan itu dipenuhi dengan acara-acara yang diadakan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar, seperti membaca Quran, bernasyid (lagu), syarahan oleh orang-orang bijak pandai, peraduan syarahan dan sebagainya.

Pada malamnya, sekumpulan dari pelajar-pelajar sekolah itu telah mengadakan pementasan sandiwara bercorak sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Pulau Pinang sekitar tahun 1770-an. negeri Kedah di bawah kuasa Sultan Muhamad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shah II (1710 -1778).

Di antara para penonton yang memenuhi perut dewan sekolah itu, ialah beberapa orang dari syarikat Nusantara Filem, Singapura. Sebaik-baik sahaja selesai pementasan itu, saya telah didatangi oleh seorang lelaki keturunan Arab. Dia adalah pemilik syarikat filem tersebut. Pada pertemuan singkat itu, dia telah menawarkan kepada saya untuk menjadi pelakon tambahan dalam sebuah filem yang akan diterbitkan oleh syarikatnya.

Sehari kemudian saya telah menghadiri screen test di sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang. Keputusannya, saya telah berjaya dan diterima menjadi pelakon dalam syarikat tersebut. Tetapi kerana beberapa hal, termasuk minat saya untuk bekerja dalam bidang kewartawanan, saya tidak dapat menerima tawaran tersebut.

KURUS MELANGKUNG

‘Pada petang itu saya telah bertemu kali pertama dengan seniman P.Ramlee - tubuhnya masih kurus melengkung, di rumah bapanya. Saya ke sana dibawa oleh dua orang dari syarikat Nusantara filem. Sejak pertemuan itu, bila P.Ramlee kembali ke Pulau Pinang saya datang menemuinya untuk menulis berita atau rencana mengenainya.

P. Ramlee telah memberitahu kepada saya, bahawa dia telah belajar ilmu tauhid, fikah, tasawuf dan sejarah Islam secara sambilan (tidak bersekolah) pada beberapa orang guru agama di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Di antara mereka itu, ialah Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Hussein Bakar Rafie, Haji Ahmad Fuad Hassan dan Haji Sulaiman Palestin.

Sebagai seorang seniman muda, P. Ramlee sering melakukan ‘basuh suara’ pada seorang tua, di Sangai Puyu, Pekan Darat, Penaga dalam kawasan Kepala Batas. Dia melakukan ‘basuh suara’ seperti petua orang tua-tua Melayu.

Seniman agung ini adalah anak kepada seorang keturunan Raja Melayu Aceh,iaitu Teuke Zajaria bin Teuku Nyak Puteh dan ibunya Cik Mah Hussein. Telah lahir di datuknya, di Cauter Hall (kini Jalan P.Ramlee) Pulau Pinang.

BERSEMANGAST NASIONALIS

P. Ramlee keturunan Sultan Aceh yang gagal untuk menduduki takhta Kerajaan Negeri Perak,[1] seorang pemuda yang bersemangat nasionalis Melayu. Pada masa di Pulau Pinang, dia telah menyertai beberapa majlis anjuran pemuda Melayu yang berbincang mengenai nasib orang Melayu, penindasan penjajah Inggeris dan sebagainya.

Beberapa buah filem lakonan P. Ramlee, walaupun di antara skrip filem-filem itu ditulis oleh orang lain, tetapi sebelum cerita itu proses untuk lakonan dalam filem, penulisnya telah berbincang dengan P. Ramlee dan mendapatkan idea dan pandangannya lebih dahulu. Di antara filem-filem itu, ialah:

(1) Ibu Mertuaku (berunsur agama Islam, kaedah ilmu fikah), iaitu mengenai kahwin tidak sah kerana ibu membohongi bakal menantunya yang kononnya suami anaknya telah meninggal dunia.

(2) Penarik Beca (unsur ilmu kemasyarakatan Islam), iaitu orang kaya memandang hina kepada orang miskin, sikap tamak, takbur dan bakhil.

(3) Semerah Padi (unsur agama Islam), iaitu mengenai hukum atas pasangan yang berzina.

(4) Musang Berjanggut (unsur agama Islam), iaitu akhlak, amanah dan tanggungjawab seorang yang diamanahkan.

(5) Tiga Abdul (unsur politik), iaitu menggarap dari pembentukan Malaysia dan menentang Presiden Sukarno terhadap gagasan itu.

P.Ramlee telah menulis skrip filem dengan bollpen, pada ketika dia menginap di sebuah hotel dalaqm badar Ipoh. Ceritanya berkisar pada untung ataurginya Malaysia yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri,Tunku Abdul Rhman dan timbalannya, Tun abdul Razak bin Hussein.

MELAYU NUSANTARA

Presiden Republik Indonesia, Ir. Soekarno sebagai orang Melayu Nusantara telah menentang gagasan Malaysia itu. Pada masa itu, Ir. Soekarno sentiasa memakai sepasang suet putih. Pada waktu berucap di gerdungh PBB, dia telah memakai sepasang suet warna putih.

Seperti saya telah utarakan di atas, P.Ramlee pernah membantu perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan, maka skrip filem yang ditulisanya adalah di segi seorang seniman dan orang yangv fahama politik. Saya telah membaca skrip filem yang belum bernama itu.

Setelah kami berbincang, maka P.Ramlee setuju menamakan fikleknya itu dengan nama ‘Tiga Abdul’.

Tiga pelakon utama dalam filem tersebut; dua orang berpakaian suet hitam, ialah Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Manakala si Abdul yang memakai suet putih itu, ialah Presiden Ir. Soekarno.

KAMPUNG TERGADIA

Pada fikiran P.Ramlee, bahawa gagasan Malaysia tidak menguntungkan orang Melayu. Sebaliknya akan mengalami keadaan seperti ‘ tolak tangga berayun kaki’, dagang lalau ditanakkan anak mati kelaparan dalam buaian’ dan ‘ Menang sorak kampung tergadai’.

P.Ramlee telah berkata kepada saya, “ Tunku dan Tun Razak macam orang pikul biawak hidup’. Dia berkata demikian kerana Sabah dan Sarawak masuk dalam Malaysia sedangkan Malaysia keluar dari bumi Melayu baru itu.

Pada masa P.Ramlee menerbitkan surat khabar Gelanggang Filem di Singapura, dia telah melantik saya menjadi penulisnya. Setelah dia berpindah ke Kuala Lumpur, hubungan kami menjadi erat. Kami sering bersama Sultan Perak, Sultan Idris Shah, sama ada di Kuala Kangsar, Ipoh mahupun di Kuala Lumpur.

Sultan Idris shah adalah keturunan kesultanan Aceh dan P.Ramlee juga kturunan dari pohon yang sama. Setiap kali mereka bertemu dan saya menyertia mereka: Sultan Idris bertitah kepada dengan menggunakan gantinamanya ‘patik’ dan P.Ramlee menggunakan ganti namanya ‘saya’ atau ‘I’.

Menurut Sultan Idris, bahawa antara Banginda dengan P.Ramlee ada ‘cerita’ dalam legenda kesultan Melayu Acek dan Perak.

Wallahu a’alam.

*** ***

Majlis perayaan Tahunan 1953 Daeratul Maarif Wataniah, telah dihadiri oleh beberapa orang ulama terkemuka di utara Semenanjung Tanah Melayu dan Pattani, Selatan Thailand. Di antara mereka itu, Haji Ahmad Fuad Hassan (Tanah Liat, Bukit Mertajam), Haji Hussein Cik Dol (Kedah), Haji Ahmad Tuan Husin (Pokok Sena, Seberang Perai), Haji Abdul Rahman Merbuk (Kedah) dan Tuan Guru Haji Sulung bin


[1] Keterangan Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah (keturunan kesultanan Aceh) kepada saya pada

tahun 1975.

No comments: