Thursday, January 29, 2009

ISRAEL

USAHA HUKUM ISRAEL DI MAHKAMAH ANTARABANGSA MESTI DILANCARKAN

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Hrkh)- Empat Badan-bandan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia menggesa satu usaha drastik dilaksanakan bagi membawa Israel ke muka pengadilan di Mahakamah Antarabangsa sekaligus menghukum rejim itu yang secara biadap membunuh lebih 1,300 umat Islam tidak berdosa di Gaza, Palestin.

Ngo-ngo terbabit terdiri daripada Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMA'IY) dan Center for International Muslim Minority Affairs (CIMMA) dalam kenyataan bersama mahu tindakan paling tegas ke atas Israel seperti memutuskan semua perhubungan dan mengharam penjualan atau pembekalan sebarang senjata kepada Israel.

Kenyataan media bersama yang dihantar ke Harakahdaily itu ditandatangani oleh Pengerusi Shura Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Presiden Teras dan Kordinator CIMMA, Mohd Azmi Abdul Hamid serta Timbalan Pengerusi JAMAI�Y Zulkifly Ibrahim.

Dalam masa yang sama NGO terbabit mahu tidakan undang-undang diambil ke atas mana-mana Negara dan syarikat yang menjual senjata kepada Israel selain mendesak semua Negara OIC , EU , NAM dan Komenwel supaya memutuskan semua perhubungan ekonomi, politik dan budaya dengan Israel dan membatalkan semua perjanjian dengan Israel. Image

" Kami mahu persidangan antarabangsa untuk menghakimi jenayah perang ke atas kemanusiaan yang dilakukan ke atas Gaza termasuk yang dilakukan di Lebabon pada 2006.

"Dan kami juga menegaskan kembali Resolusi PBB 3379 yang mengklasifikasi Zionism sebagai rasis dan memecat keanggotaan Israel dari PBB di samping melancarkan kempen antarabangsa untuk membangunkan Gaza , menamatkan sekatan ke atas Gaza dan membebaskan semua tahanan politik dikalangan rakyat Palestin di Israel," kata wakil-wakil NGo terbabit.

NGO terbabit menegaskan sudah sampai masanya Israel mesti diheret ke mahkamah antarabangsa untuk didakwa atas tindakannya melakukan jenayah perang ke atas Gaza yang mana Israel secara paling biadap masih menafikan bahawa senjata yang diguna dalam serangan 21 hari ke atas Gaza adalah menyalahi undang-undang antarabangsa.

Ini sangat bercanggah dengan dakwa kumpulan Hak Asasi Manusia iaitu Amnesty international bahawa Israel secara terang-terangan telah menguna munisi fosforus putih ke atas kawasan yang padat dengan penduduk di Gaza secara rambang dan melanggar undang-undang antarabangsa. Ini adalah asas yang kuat untuk mendakwa Isreal telah melakukan jenayah perang.

Pada hari yang sama fosforus putih digugurkan ke atas hospital al-Quds di Gaza City, yang menyebabkan kebakaran dan memaksa seluruh kakitangan dan pesakit dikeluarkan dari kawasan tersebut untuk menyelamatkan nyawa . Image

Ketika itu , PBB menuduh Israel mengguna fosforus putih dan sepatutnya boleh didakwa di mahkamah antarabangsa terhadap keganasan yang dilakukannya ke atas Gaza sejak 27 Disember 2008 serangan bermula .

Wakil-wakil NGO Islam itu mahu supaya semua pencipta keadilan dan keamanan melancarkan kempen di peringkat antarabangsa agar dapat mendakwa Israel di atas kesalahannya serta kezalimannya dimahkamah antarabangsa.

"Tindakan ganas serangan Israel secara rambang ke atas populasi Gaza sangat ketara melanggar hampir keseluruhan undang-undang antarabangsa . Ia termasuk prinsip keseimbangan (proportionality) dan pengasingan ( antara anggota tentera dan rakyat awam) ketika melancarkan perang.

"Kami berpendirian bahawa bahasa kecamaan semata-mata yang kerap dilaungkan oleh pelbagai pihak tidak akan memadai untuk menangani keganasan Israel yang terbaru ini.

"Sudah sampai masanya anggota tentera secara individu dibicarakan. Pembicaraan ini nanti akan menghentikan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dari pelbagai pihak .

"Dengan cara ini dapat dihantar mesej yang jelas bahawa kini semua individu mesti bertanggungjawab terhadap setiap tindakannya . Pembicaraan itu juga dapat menghalang keganasan yang dilakukan ke atas Gaza atau mana-mana kawasan dan dengan itu dapat memulakan proses pendamaian," demikian antara petikan kenyataan bersama NGO Islam terbabit. - azm _

(Berita ini diambil dari Harakah Daily,29 Januari, 2009)

No comments: