Wednesday, July 6, 2011

PENGETAHUAN




RASUAH ITU DOSA

Ramai orang yang mempertikaikan erti rasuah. Ada yang mencari jalan cara berfikir sendiri atau fikiran orang lain, supaya perbuatan itu menjadi halal dan hasil rasuah juga halal. Ada yang membawa kepada kebudayaan dana dat istiadat sebagai alasan bagi menghalalkan perbuatan dan hasil tersebut.
Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah, telah bertitah kepada saya, bahawa makan suap atau rasuah, ialah memberi sesuatu kepada orang yang memegang kuasa dalam kerajaan dan swasta dengan tujuan untuk mendapat bantuan atau pertolongan daripadanya bagi mendapatkan sesatu dari kerajaan dan syarikat swasta.
“ Yang terima salah, yang beri pun salah juga, kerana perbuatan itu salah dan berdosa, dilarang oleh Allah dan Rasul-nya,”tidak Baginda.
Titah Baginda lagi, “ umpamanya, sultan, macam teman ni, terima duit dari orang yang teman akan berikan gelaran atau bintang kebesaran, namanya rasuah juga, menteri besar terima duit dari orang yang mendapat tanah yang di luluskannya rasuah juga.”
“To kadi, tok imam terima duit dari pasangan yang hendak kahwin kerana deme tu meluluskan hahwin tu, rasuah juge, “Titah Baginda lagi.
BAHAYA KEPADA KERAJAAN
Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman berkata kepada saya, “…saya ka, siapa-siapa sampai tukang sapu sampah atas jalan, kalau terima rasuah tak selamat hidup, Allah kenakan bala.”
Hakim terkenal, Allahyarham Tun Muhammad Sufian bin Haji Hashim telah berkata, Rasuah (corrupt) bahaya kepada kerajaan, rakyat…mesti dihapuskan.
“...tapi perbuatan ini dah jadi amalan dari kalangan istana, pengamal undang-undang hingga kepada ketua kampung dan buruh cuci longkang.”
Pada zaman Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein; seorang rakan saya – Menteri Besar di sebuah negeri, telah berkata kepada saya, “…I tereima duit ni (dalam tas kulit kira-kira RM500,000) dari taukeh tu, bukan rasuah, duit ni hadiah kerana I tolong dia luluskan….kepada dia.”
“Apabila Tun Abdul Razak, dia telah mengarahkan menteri besar itu memulangkan balik wang itu kepada pemberinya, kalau tidak dia akan mengambil tindakan atas menteri besar itu.
Tafsiran rasuah menurut Undang-Undang Negara Malaysia, sila baca dalam Akta Mencegah Rasuah, dalam ‘ Tafsiran Rasuah’ di muka surat lain.
CENGKAMAN PENJAJAH POLITIK
Menurut beberapa orang ulama Islam terkemuka, di antaranya Imam Ghazal, bahawa tumbuk rusuk,makan suap atau sogokan – rasuah -, hukumnya haram. Mereka membuat hukum berdasarkan firman Allah dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:
Mereka mendapat kehinaan di dunia, dan di akhirat (terpaksa) menerima azab yang besar. Mereka yang mendengar untuk berdusta dan memakan yang haram (rasuah).
Allah melaknat – kutuk – pemberi rasuah dan penerima
rasuah.
Jika pemberian atau anugerah (dalam apa saja bentuk wang, kebendaan dan budi atau perbuatan) daripada raja-raja pemerintah (termasuk khalifah, presiden, perdana menteri dan sebagainya kepada rakyat jelata dengan tujuan-tujuan tertentu (supaya menyanjung, menyokong, tidak menentang, mendiamkan diri atas tindakan buruknya, mendapatkan undi dalam pemilihan dan seumpamanya) dinamakan rasuah.
Misalnya raja pemerintah atau pemerintah mengambil orang alim bekerja atau dalam kerajaan dengannya dengan tujuan orang alim itu tidak menegur,mengkritik atau menentang keburukannya. Pere buatan itu rasuah.
Rakyat jelata memberi sesuatu atau melakukan kebaikan kepada raja pemerintah atau pemerintah dengan tujuan-tujuan tertentu, seperti untuk mencapai hajatnya, maka hadiah dah perbuatan itu termasuk dalam rasuah juga.
Bertolak dari memahami pendapat di atas ini, maka nyatalah, bahawa perbuatan rasuah amat bahaya kepada sesebuah negara dan rakyat jelata. Ada beberapa buah negara di dunia ini berada di bawah cengkaman penjajah politik atau penjajah ekonomi atau pun golongan Mafia dadah – rakyat jelata menderita, kebuluran dan papa kedana -, adalah disebabkan pemimpin atau orang-orang yang berkuasa di negara-negara itu mengamalkan rasuah.
Perhatikan perbuatan – perbuatan berikut ini yang dihitung dalam kejahatan atau keburukan rasuah:
1. Seorang raja pemerintah memberi hadiah kepada ketua kampung supaya ketua kampung memujuk bapa kepada si gadis bersetuju menyerahkan anaknya untuk menjadi isteri atau gundik raja tersebut.
2. Perdana Menteri ataupemrintgah memberi sehelai kain batik atau apa-apa benda kepada seseorang, penduduk, orang ramai dengan tujuan supaya mereka itu mengu ndin partiny atau menyokong kerajaanya.
3. Seorang pemburu menghadiahkan sekor kijang kepada seorang pegawai polis dengan tujuan supaya pegawai politik itu meluluskan lesen senjata apa kepadanya.
4. Pendatang asing - seorang perempuan muda jelita -, menyerah tubuhnya kepada seorang pegawai imigresen untuk disetubuhi dengan tujuan mendapat pertolongan daripada pegawai itu melindunginya.
5. Seorang petani memberi sekilo sayuran kepada seorang pegawai pertanian dengan tujuan supaya pegawai itu meluluskan permohonannya mendapatkan benih tanaman dari kerajaan.
6. Seorang guru menerima sebatang pena dari pelajarnya kerana pelajar itu meminta dia meluluskannya untuk mendapat biasiswa atau melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
7- Guru besar atau guru-guru sesebuah sekolah makan belanja
(percuma) pengusaha kantin sekolah itu kerana guru besar
meluluskan tender kantinnya.
8-Mufti atau kadi menerima seekor ikan atau haiwan dari
seseorang kerana dia menghukumkan ikan atau hiwan itu
halal.
9. Seorang wasi (penerima wasiat) Menghadiahkan
menghadiahkan sesuatu, hatta sebatang rokok kepada
pemegang amanah bapa kepada wasi itu agar, dia
mengubah kata-kata wasiat atau melebihkan pemberian
harta kepada wasi itu.
10. Seorang imam membaca ‘Yasin’ atau ‘sembahyang hajat’ bagi pihak pegawai dengan tujuan pegawai itu melepaskan dia dari sesuatu kesalahan.
11. Seorang pengarah syarikat syarikat memberi telefon bimbnit kepada seorang pegawai bank supaya diluluskan pinjaman.
12. Seorang kontraktor memberi alat perkakas golf atau bakul bertutup mengandungi makanan kepada menteri, pegarah dan sebagainya dengan tujuan kontraknya diluluskan.
13. Ahli politik menghantar orang-orang partinya untuk mengerja-kan ibadat umrah atau haji ke Merkah dengan tujuan supaya mereka mengundinya dalam pemilihan di mesyuarat agung atau mesyuarat agung khas partinya.
14. Mengadakan jamuan hari raya dan menjemput jiran tetangga atau ali-ali parti dengan tujuan supaya mereka mencalonkan atau mengundinya dalam parti atau pilihan raya.
15 eorang bapa mengahwinkan anak lelaki atau anak perempuannya dengan anak seseorang pembesar dengan tujuan pembesar itu akan menolongnya mendapat apa yang diperlukan di bawah kuasa atau pengaruh pembesar itu.
Bagi orang Islam, semua hasil dari perbuatan rasuah – wang, harta bergerak dan tidak bergerak -yang diterima bagi dirinya dan diuntukkan (menanggung) pula kepada isteri, anak-anak dan ibu bapanya serta tanggungnya, hukumnya adalah haram. Maksud Hadis Nabi Muhammad s.a.w. seperti berikut:
Bahawasanya sesuatu yang halal itu jelas, dan yang haram juga jelas, di antara kedua-duanya ada yang samar-samar, yang kebanyakan aman usia tidak mengetahui. Maka sesiapa yang menjaga diairinya dari yang sama-samar (syubhah) itu, maka dia telah membersihkan agamanya dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam yang samar-samar (syubhah) bererti dia telah jatuh ke dalam hal yang haram.
Ingatlah bahawa dalam tubuh itu ada sebuku daging (hati), apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh itu, dan jika daging itu rosak (busuk), maka rosaklah seluruh tubuh itu.
Berdasarkan Hadis Nabi Muktamad s.a.w. di atas ini,maka kerana hasil dari rasuah itu haram, wang dari hasil tersebut haram digunakan untuk amal kebajikan ( membantu masjid, anak yatim,kebajikan umat Islam dan segala yang makruf) dan amal ibadatnya sama ada fardu,wajib atau sunat (sembahyang, puasa,zakat dan fitrah, haji dan umrah.) Sesuatu ibadat kepada Allah dengan menggunakan hasil haram dan isi perut,daging,darah,otak dan hati dari yang haram, maka ibadat itu tidak diterima oleh Allah dan tidak sah. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang maksudnya seperti berikut:
Allah tidak menerima sembahyang seseorang yang dalam perutnya makanan yang haram.
Negara kita adalah sebuah Negara Islam yang berkonsepkan Islam Hadhari, maka jika masih menerima pemimpin, penguasa, pegawai dan kaki tangan kerajaan dan siapa sahaja melakukan rasuah – tidak diambil tindakan untuk menghukum dan menyingkirkannya,maka amat khuatir negara tidak akan mencapai maksud seperti firman Allah dalam Al Quran yang bermaksud:
Makanlah rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya! Negara bertuah dan Allah Pengampun (memberi pengampunan).
Walaupun negara kita kaya raya dengan hasil bumi, pertanian, hasil bumi, industri dam berbagai lagi,iaitu makmur, tetapi kerana mengamalkan segala yang haram,seperti rasuah, maka Allah tidak mengampunkan, sebaliknya ditimpa bala dengan berbagai cara, di antaranya berlaku tidak jujur tidak jujur atau tidak amanah di kalangan orang-orang yang diberi amanah dalam kerajaan,syarikat,bank dan sebagainya. Wang berjuta-juta hilang, membelanjakan wang dengan boros berbagai-bagai malapetaka dan kemalangan.
Taman.
(Disunting dari manuskrip buku ‘Pencegahan Rasuah’, oleh: Mokhtar Petah)

MAKSUD AYAT QURAN





MENGKHIANATI AMANAH


Hai orang – orang yang beriman, jangan kalian mengkhianati Allah dan Rasul, dan juga jangan mengkhianatkan amanah – amanah yang dipercakan – diberi kepercayaan – kepada kalian, sedangkan kalian mengetahui.
– Al Anfal:27

Nota: Allah memerintahkan kepada setiap orang Islam dan beriman agar tidak mengkhinati Allah dan Rasul – Muhammad s.a.w. – dan tidak mengkhianati amanan atau kepercayaan atas diri kita, iaitu kepercayaan dan harapan orang lain ke atas diri kita.
Siapa sahaja, Raja memerintah – Yang Dipertuan Agong, Presiden, Perdana Menteri dan hingga para kaki tangan pemerintan atau kerajaan mestilah tidak mengkhinati amanah.
Apabila para atasan tidak menunai amanah atau mengkhinati amanah, maka ribuan dan jutaan rakyat tidak puas hati dan resah, maka, mereka bangun melaung, memekik dan menunjukkan tulisan, gambar dan warna pakaian dengan harapan supaya orang – orang atasa itu sedar akan kesalahan atau ksilapan mereka.
Negara kita, kita sedar, para perdana menteri mengunakan kuasa, bercakap banyak, memperkecil – kecilkan perjuangan dan hajat orang – orang tidak menyebalahi mereka, dan mereka tidak pernah membetulkan kesalahan atau kesilapan mereka.
Tiap manusia ada salah dan silapnya.
Sejak Yang Dipertuan Agong Pertama hingga Yang Dipertuan Agong sekarang, Sultan Mizan, hanya Baginda ada kesedaran akan ’ suka duka, resah gelisah’ di kalangan rakyat dan Baginda menerima dengan rela wakil dari para rakyat yang rresah dan gelisah mengadap Baginda dan Baginda mendengar pengaduan dan rayuan mereka.
Perdana Menteri, Najib dan Menteri Dalam Negreri, Hishamujddin hanya ’ guna kuasa’ tegah tunjuk perasaan bersih, tetapi mereka tidak berikhtiar mencari jalan bagaimana hendak mengatasi masalah besar itu.
Yang Dipertuan Agong dengan kuasa yang ada, telah membenarkan mereka yang hendak mengadakan demonstrasi itu di adakan dalam stadium.
Ekoran dari itu, saya percaya Yang Dipertuan Agong akan meneliti, menyiasat dan bertindak akan apa yang menjadi tidak puas hati orang ramai, di antara masalah – masalah itu, di pihak Suruhan Jaya Piliahan Raya (ada yang tidak kena dan tidak sempurna melaksanakan amanah berhubungan dengan para poengundi, masalah makan suap atau rasuah yang menjadi tanggungjawab Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah.
Setelah kita mempelajari kejadian demonstarasi rakyat di negara – negara Arab dan di Thailand. Ada pemimpin terpaksa turun dari kerusi kekuasaan, akibat mereka tidak menunaikan amanah, maka, di negara kita, kesedaran tidak mengkhinati amanah dan bertanggungjawab menunaikan amanah mestilah ada.
– mokhtar petah

Tuesday, July 5, 2011

MENGENANG MASA SILAM


SULTAN PERAK DAN WARTAWAN

Pada masa itu Ketua Biro The New Straits Times di Ipoh, Encik Hanry Paul. Walaupun aku menulis untuk Berita Harian, tetapi telah meminta aku menulis berita-berita atau berita-berita yang aku dapati diterjemahkan ke bahasa Inggeris untuk The New Straits Times, Sunday Times atau Malay Mail, Sunday Mail atau Business Times.
Encik Hanry Paul telah memberitahu kepadaku, bahawa wartawan-wartawan bukan Melayu yang bekerja pejabat The New Straits Times cawangan Ipoh, sukar mendapat berita-berita secara langsung mengenai mesyarakat, adat istidat, hal ehwal istana Sultan Perak, politik dan sebagainya
Semenjak tragedi 13 Mei 1969, wartawan-wartawan dalam kumpulan akhbar New Straits Times yang terdiri dari bukan orang Melayu telah enggan atau takut menulis berita-berita mengenai hal ehwal orang Melayu, seperti politik, kemasyarakan, agama Islam dan seumpamanya.
Hanry Paul telah meminta aku meliput dan menulis berita-berita berkenaan di seluruh Negeri Perak. Pada masa itu Samad Ismail bertanggungjawab sebagai Ketua Pengarang Berita Harian, A.Samad Said dan Semani Mohd.Amin di bahagian editorial.
KIAMBANG BERTAUT
Pada masa itu belum ada komputer dan internet. Semua berita-berita dikirim dari pejabat New Straits Times Ipoh ke pejabat The New Straits Times, di Kuala Lumpur dengan menggunakan teleprinter dari Telekom. Kerana waktu penggunaan itu diagihkan dengan Club Lumba Kuda Ipoh, maka waktu mengirim berita dihadkan, iaitu kira-kira sejam untuk The New Straits Times dan sejam lagi untuk digunakan oleh Kelab Lumba Kuda Ipoh.
Gambar –gambar yang perlu disiarkan segera, dikirim dengan teksi sewa khas dari Ipoh ke pejabat The New Straits Times, di Jalan Rion, Bangsar, Kuala Lumpur.
Setelah Indonesia – Malaysia mencantum semula seperti, ’biduk lalu kiambang bertaut’, aku tidak lagi mengirim berita-berita kepada Institusi Pengajian Tinggi, di Singapura. Hubunganku dengan pensyarah tersebut terputus begitu sahaja.
Hanya pada waktu aku menelefon kepada rakanku, Adam Malik, Wakil Presiden Republik Indonesia (1978 – 1983), di pejabat Presiden Republik Indonesia, di Jakarta, bulan Mei 1980 kerana membantu seorang peniaga yang bermasalah pembalakan, di Balik Papan, Indonesia, dia telah mengucap terima kasih kepadaku kerana aku telah membantu pihaknya.
KERAJAAN PUSAT
Pada masa konfrantsi Republik Indonesia terhadap Malaysia, Adam Malik telah memegang jawatan Menteri Luar republik itu. Dia telah memegang jawatan Wakil Presiden menggantikan Sri Sultan Hamengkubuana yang telah memegang jawatan itu dari 1973 hingga 1978.
Walaupun aku tidak menyertai Persatuan Wartawan, tetapi pada masa itu, hampir semua wartawan akhbar berbagai bahasa, telah menerimaku sebagai ketua mereka, terutama dalam menjalankan tugas untuk mendapatkan berita dari pihak istana Sultan Perak, Kerajaan Negeri Perak, UMNO dan kalangan pemimpin orang Melayu.
Mereka memandangku demikian, kerana akulah sahaja wartawan yang bergaul dengan Sultan Perak, kalangan istana, Menteri Besar, ahli-ahli Dewan Negeri dan Dewan Rakyat, pegawai-pgawai tinggi Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat dan golongan orang-orang politik dan para pemimpin masyarakat Melayu.
Misalnya, kalau mereka memerlukan kenyataan atau comment dan sebagainya dari Sultan Perak, Menteri besar dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, mereka terpaksa membuat temu janji dan seumpamanya, tetapi aku tidak demikian, aku terus mendailkan telefon atau terus mengadap Sultan di istana, Menteri Besar di pejabatnya atau di kediamannya.
SURAH YASIN
Ada satu peristiwa kecil – beritanya menarik - , pada satu hari aku telah menerima panggilan melalui telefon dari seorang rakanku dan rakan Rashid Maidin, iaitu Allahyarham Shaharuddin,”...datang segera ke Gopeng, ...rumah mak Suri Nandih...,Rashid Maidin balik.”
Aku telah pergi ke rumah ibu Rashid Maidin, Allahyarhamha Suri binti Nandih, di Gunung Misah, Gopeng. Sebaik-baik sahaja aku tiba, aku jadi terpegun dan sedih kerana mak Suri Nandih telah meninggal dunia. Jenazah sedang terbujur di tengah rumahnya. Aku nampak, di antara orang-orang yang sedang membaca ayat-ayat Quran dekat jenazah itu, iaitu seorang lelaki telah berumur sedang membaca Quran di sisi mayat tersebut.
Aku mulai cam lelaki itu, tetapi entah mengapa aku seperti terpukau melihatnya. Aku telah duduk dan membaca surah Yasin bersama orang-orang lelaki di situ yang jaraknya kira-kira lima meter dari lelaki itu. Apabila aku selesai membaca surat Yasin, aku mendapati lelaki itu telah tiada lagi di sisi jenazah itu. Sebaik-baik aku selesai membaca surah Yasin, aku bergegas turun turun dari rumah itu dan hatiku bertanya,”...diakah Rashid Maidin?”.
Sambil turun dari rumah itu aku merenung ke jalan raya yang jaraknya dari rumah itu kira-kira tiga ratus meter. Atas jalan raya sebuah lori kecil, membawa buah-buah pisang muda baru bergerak, ke arah pekan Gopeng.
BERBISIK KE TELINGA
Selesai memakai kasut di kaki tangga itu aku telah berjalan ke arah beberapa orang lelaki sedang duduk atas bangku panjang tepi halaman tumah itu. Di antara mereka itu ,ialah dua orang rakanku, Allahyarham Shaharuddin dan Allahyarham Mustafa Hussein. Allahyarham Shaharuddin telah berbisik ke telinga kananku, ”...dia (Rashid Maidin) datang tadi, sempat baca Yasin, ...dah pergi dengan lori pisang.”
Aku telah duduk dekat mereka dan meneguk secawan air kopi ’o’ yang telah disediakan di situ. Kira-kira setengah jam kemudian, dua buah Land Rover membawa sepasukan anggota-anggota polis telah masuk ke halaman rumah itu. Mereka itu lengkap dengan senjata yang pada bila-bila masa sahaja akan memuntahkan pelurunya. Beberapa orang dari mereka telah naik ke rumah tempat jenazah Suri Nandih sedang terbujur dan anggota-anggota polis yang lain telah berkawal di sekitar kawasan rumah itu.
”Nampaknya, Rashid lebih pandai dari polis...,” bisik Mustafa Hussein.
Pada ketika itu aku kagum terhadap kesetiaan dan kasih seorang anak kepada ibunya, walau dalam keadaan yang membahayakan dirinya – kemungkinan peluru-peluru api akan menembusi tubuhnya - , namun dia datang juga mengadap jenazah ibunya.
ASKAR MELAYU
Setelah melarikan diri dari khemah tahanan Tanjung Berus, Melaka, Rashid Maidin telah menyertai Tentera Pembebsan Bangsa Melayu ke – 10, di negeri Pahang yang bermarkas dalam rimba di daerah Temerloh.
Pada tahun 1950 itulah Tentera Pembebasan Bangsa Melayu di negeri Pahang telah menubuhkan semula pasukan Askar Melayu Ke – 10 di negeri itu. Pada masa itulah juga Chin Peng telah membawa anggota-anggot Komunis lebih kurang seramai dua ribu orang dari negeri Perak telah memerintahkan orang-orangnya memujuk orang-orang Melayu di daerah Temerloh yang luas itu untuk menyebelahi pihak Komunis, membenci British dan Kerajaan Tanah Melayu supya bangkit memberontak.
Pejuang-pejuang Melayu yang dahulunya menentang British di Malaya sekarang telahh dibawa masuk oleh Chin Peng ke negeri Pahang menjadi pemimpin askar Melayu Ke-10 cawangan Tentera Pembebasan Bangsa Melayu di negeri itu, iaitu seperti Abdullah C.D., Musa Ahmad, Manap Jepun dan Shamsiah Pakeh. Orang-orang Melayu lain yang disifatkan sebagai pemimpin pengganas di negeri Pahang itu ialah Wan Ali, Wahi Anuar dan Budin bin Chok.
Pejuang Melayu yang menyebelahi Parti Komunis Malaya itu bertujuan hendak menghalau British dari Semenanjung Tanah Melayu dengan jalan berbaik-baik dengan Parti Komunis Malaya yang mempunyai askar dan senjata yang banyak itu, seperti kata mereka, ” Kalau hendak memburu harimau mestilah ada anjing pemburu yang garang!”
SEDANG SEDIH
Kira-kira setahun sebelum kejadian itu, aku telah bertemu dengan isteri dan anak-anak lelaki Rashid Maidin, di rumah mereka, di Sungai Itik, Gopeng. Sebatang paip air yang besar dan memanjang dari loji air di bukit hulu Sungai Itik ke kawasan luar, telah memisahkan rumah mereka dengan jalana raya. Untuk pergi ke rumah mereka itu terpaksa memanjat dan turun tangga yang tersandar pada batang paip itu.
Kira-kira satu jam aku telah berbual dengan isteri dan anak-anak Rashid. Semenjak hari itu aku yakin Rashid Maidin telah curi-curi pulang ke rumah keluarganya. Keyakinanku dikuatkan dengan perhatianku kepada isterinya. Perempuan itu tidak kelihatan seperti orang sedang sedih, rindu dan susah hati kerana telah lama ditinggalkan oleh suaminya.
’Waktu itu kira-kira penghujung Jun 1948. darurat telah diisytiharkan, tapi saya sendiri pun tak terbayang begitu cepatnya darurat diisytiharkan dan begitu kejamnya tindakan penjajah British. Isteri saya yang ketika itu sedang sakit merasa sesuatu perkara yang tak diingini akan berlaku ke atas saya.
Utusan yang ditunggu-tunggu tidak kunjung datang, tetapi yang datang ialah satu seksyen polis yang dipandu oleh seorang intelijen Melayu dengan membawa surat saman untuk mengiring saya ke balai polis. Sebelum meninggalkan rumah. saya memberitahu isteri dan membariskan anak-anak saya (tiga orang) lalu mencium mereka. Saya berjanji dengan mereka, ”Esok ayah akan pulang.” Saya turun tangga di dalam tangisan anak-anak. Isteri saya pula menangis di dalam selimut. Itulah saat-saat terakhir saya bersama anak isteri.
Saya ditangkap atas tuduhan seorang komunis. Mula-mula ditahan di lokap Teluk Anson sekarang Teluk Intan) kemudian dibawa pula ke penjara Taiping. Saya digari dengan seorang pemuda Tionghua yang tidak dikenali. Kami dibawa naik keretapi. Kebetulan pada masa itu saya terserempak dengan Aminuddin Baki yang dalam perjalanan balik ke Chemor dari persekolahannya di Singapura. Saya nampak dia jadi serba salah dan gelabah. ”Bung Rashid kena tangkap?” Dia berkata sambil mengggeleng-gelengkan kepala. Seterusnya dia menyambung kata’ ”Bong jangan bimbang, mesti teguh, jangan goyang.” Saya menjawab, ”Tak goyang.”
Sebelum berpisah kami bersalaman. Dia memberikan sebuah majalah Inggeris yang sedang dibacanya serta wang seringgit. Saya menolak, tapi dia menyatakan mungkin ada gunanya.’

Tidak bertujuan mengangkat diri, tetapi pada masa itu akulah wartawan yang terkemuka di negeri Perak – ramai orang yang suka dan ramai pula yang benci - , setiap orang diseluruh negeri Perak yang berkecimpung dalam arena politik dan kemasyarakatan sentiasa membaca dan suka memabaca surat akhbar dan buku-buku, kalau tidak kenal akan diriku, tentu mereka mengetahui namaku juga.
Kerana banyak tulisanku terutama berita yang bersifat ekselusif atau kontroversi dan menimbulkan perbincangan di kalangan yang orang ramai di negeri Perak, maka pada satu hari, Pengarah Urusan Syarikat Utusan Melayu, Allahyarham Dato’ Hussein bin Nordin telah menawarkan kepadaku untuk bekerja dalam syarikat itu sebagi wartawan. Kerana sebab-sebab tertentu aku telah tidak dapat menerima tawarannya itu.
Kira-kira sebulan kemudian, kebetulan aku sedang bercakap dengan Sultan Idris Shah di Istana Fairuz, Ipoh, Hussein Nordin telah datang mengadap Baginda. Pada waktu itu juga dia telah mengadu kepada Sultan Idris Shah mengenai aku telah menolak tawarannya untuk bekerja sebagai wartawan dalam syarikatnya.
”Mokhtar Petah ni Tuanku, nyombong, patik taworkan dia keghja journalist dalam Utusan Melayu, tak siornye...,”Hussein Nordin mengadu.
”...dia, dia, you tawor, ... takkan siornye, ...dia nak bebas,...tak boleh dikongkong...,” titah Sultan Idris.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

MAKSUD AYAT QURAN



MASUK SYURGA

Apakah kaliang menyangka – berharap – akan dapat masuk syurga – setelah mati - , sedangkan Allah belum mengetahui – belum menilai dan menentukan – siapa di antara kalian, orang – orang yang berjuang – pada jalan Allah – dengan penuh kesabaran.
Sesungguhnya, kalian mengharapkan kematian sebelum kalian menemuinya. Sesungguhnya kalian telah melihat kematian itu dan memperhatikannya.
– Ali Imran:142, 143.
Nota. Firman Allah ini memperingatkan kepada setiap individu Islam, supaya berjuang dengan penuh sabar, iaitu, kuat iman, tawakal, ikhlas, berani dan sabar , iaitu teguh menahan diri dan menyerah diri kepada Allah.
Perjuangan yang yang menjadi asas dalam firman ini, bukan perjuangan membela harta benda, kedudukan, keagungan agtau ketuanan, tetapi berjuang untuk membela dan mempertahan agama Islam dan melaksanakan segala ajarannya yang meliputi ibadar, muamalat, jenayah, ekonomi, politik dan lain.
Dalam Quran ada firman Allah yang bermaksud, ’ berjuang dengan harta dan diri kalian di jalan Allah’.
Sesiapa pun tidak boleh menggunakan firman Allah ini sebagai alasan aatau ransangan bagi orang – orang yang berjuang kerana mempertahankan politik nasional, kapitalisme, sisiolisme, komunisme dan segala fahaman politik yang lain dari Islam.

Monday, July 4, 2011

UNTUK RENUNGAN






TERSISIH MACAM TAK KASIH

Saya tidak mencari, tetapi terdengar sungutan dan rungutan orang ramai – orang kampung, luar bandar, pinggir bandar dan dalam bandaraya mengenai mengapa Kerajaan Malaysia, macam membiarkan isteri kepada Timbalan PerdanaMenteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Puan Seri Hajah Noorainee binti Abdul Rahman macam ’tersisih dan tak kasih’.’Tersisi dan tak kasih’, kerana Puan Seri Hajah Noorainee tidak pernah muncul merasmi, mengistihar atau apa – apaan pada majlis – majlis wanita anjura atau di bawah Kerajaan Malaysia.Orang ramai bersungut, bahawa mereka sering meleihat isteri Perdan Menteri, Dato’ Seri Nanjib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor mengambil bahagian merasmi dan apa – apaan pada majlis – majlis wanita anjuran atau di bawah Kerajaan Malaysia.Pada masa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri, isteri beliau, Datin Seri Endon Mahmood sama yang telah meninggal dunia dan yang baru dikahwininya, telah memberi peluang kepada isteri kepada timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjalankan peranannya.Pada suatu hari sebelum Endon Mahmood meninggal dunia, allahyarhamha telah berbisik kepada saya, bahawa beliau rasa berdiam diri sahaja, kerana ada perbuatan – perbuatan tidak mnenyenangkan hatinya, datang dari bawah. Dalam hal menjalankan peranan terhadap kaum wanita di negara ini.Menurut beberapa orang yang bersungut, bahawa pada masa ini, macam ada sekatan kepada isteri Timbalan Perdana Menteri dan sebaliknya isteri Perdana Menteri sahaja yang ligat ke sana ke mari dalam kalangan kaum wanita dan lain. Menurutg pendapat mereka, cara ’ menyekat dan membolot’ yang mengikatbatkan Hajah Noorainee seperti ’tersisih macam tak kasih’ akan menjadikan rasa tidak enak di hati Muhhyiddin Yasin sendiri, kerana kerajaan, UMNO dan BN, beliau juga ada peranan yang besar.Mereka berharap, Rosmah Mansor dapat ubah sikap dan mengagih – agihkan habuan untuk berdepan dengan kaum wanita, membela mereka dan berperana sebagai isteri pemimpin nombor 2 bagi negara ini. Jika hal seorang sahaja membolot dan berperanan, akan menimbulkan sangkaan orang ramai, bahawa antara Rosmah Mansor dengan Hajah Noorainee, hanya wajah sama manis tetapi hati masing – masing entah bagaimana.Harapan mereka, keadaan yang berlaku antara isteri Abdullah Ahmad Badawi dengan isteri Najib Tun Razak pada masa lalu tidak berlaku lagi dalam negara yang berfalsafahkan 1 Malaysia.Hendaknya dalam kerajaan yang mengamal dan menyanjung 1 Malaysia ini, isteri kepada Perdana Menteri dan isteri kepada Timbalan Perdana Menteri dapat mengamalkan dan menikmati falasafah tersebut, iaitu 1 Malaysia untuk bersama. – mokhtar petah

MENGENANG MASA SILAM





AKU ADALAH AKU

Walaupun aku tidak pernah masuk dalam mana-mana peraduan pidato, tetapi aku bersyukur kepada Allah kerana aku boleh berpidato dengan baik. Seringkali orang-orang kampung di sekitar Kepala Batas mengadakan majlis keagamaan, seperti maulidur rasul, Isra’ dan mi’raj dan sebagainya, mereka telah menjemput aku untuk memberi ucapan dalam majlis-majlis tersebut.
Sebenarnya pada masa aku belajar di Sekolah Nurul Anuar, di Kampung Gelok, Lenggong, aku adalah satu-satunya penuntut yang amat takut berpidato. Guruku, Ustaz Sulaiman Naji Taib pernah memaksa aku berucap kepada bangku-bangku kosong dalam bilik darjah, tetapi aku tidak dapat berucap, kerana aku takut, tubuhku menggigil dan terasa sejuk bedi.
Apabila aku belajar di Teluk Anson, aku telah mendapat fatwa mengatasi darah gemuruh dan malu dari guru agama tersohor di sana, Haji Sulaiman Pagar. Dia telah memberi petua kepadaku, iaitu pada waktu aku bangun tidur pada tiap-tiap, sekadar tiga pagi, menyapukan tapak kaki kanan atau tapak kaki kiri pada muka sebanyak tiga kali. Sebelum menyapu tapak kaki ke muka, mesti membaca tiga kali, ’basmalah’ dan ’Allahu Akbar, tarmihin bi hijaratin min sijjil’ (Allah Maha Besar, melimpari mereka dengan batu yang keras’). Aku telah mengamalkannya. Semenjak lepas mengamalkan petua itu, aku tidak takut berpidato, tidak berdarah gemuruh dan aku boleh berucap dalam satu-satu perhimpunan ramai.
Setelah aku mengamal fatwa aku telah berucap di banyak tempat, iaitu dalam majlis ihtifal madrasah al Yahyawiyah, Padang Rengas, berucap kerana menjual julap cacing kerawit di pasar minggu di Alor Setar, dalam majlis- majlis-UMNO dan sebagainya.
UNIVERSITI ISLAM
Sesungguhnya aku mengaku, kerana aku telah berkecimpung dalam bidang penulisan, menjadi aku terasa luas bergaul dan ramai kawan dari berbagai peringkat manusia. Rakan-rakanku di sekolah yang tidak berkecimpung dalam tersebut, aku mendapai mereka tidak luas bergaul dan mereka tidak mempunyai rakan-rakan yang aku telah alami.
Pada satu hari, secara kebetulan, aku telah bertemu dengan seorang pegawai di Konsulat Republik Indonesia, Pulau Pinang, Ghazli, di pejabat Warta Negara. Dalam pertemuan bersama wartawan Zin Arif, Ahmadi Asmara dan Ramli, pegawai tersebut telah menawarkan kepadaku untuk melajukan pelajaran ke universiti Islam Cokroaminoto , di Indonesia.
Tiga hari kemudian, Ghazali telah menjemputku ke pejabatnya, di Konsulat Indonesia. Dia telah memberi surat tawaran itu untuk aku melanjutkan dalam jurusan syari’ah dan sains politik Islam di universiti tersebut.
Dalam surat tawaran itu, pihak Konsulat - dari sebuah badan bukan pemerintah- , hanya akan mengadakan wang untuk tambang, makan dan minum dalam pelayaran ke Indonesia serta yuran universiti. Sewa tempat tinggal dan makan minum selama aku menuntut, di sana kira-kira $500 menjadi tanggunganku sendiri.
MENGIKAT PERUT
Dua harinya kemudian, aku telah pulang ke kampungku untuk berbincang dengan ibu dan bapaku mengenai aku tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti Cokroaminoto itu. Walaupunh ibu dan bapaku setuju aku melanjut pelajaran ke sana, tetapi aku sendiri tidak sanggup. Jika ibu dan bapaku menanggung aku menuntut pelajaran di sana, selain dari adiku, Ghazali Petah tidak dapat melanjutkan pelajarannya, pada saban hari ibubapa terpaksa dalam keadaan mengikat perut kerana tidak cukup belanja.
Setelah aku menolak tawaran dari pihak konsul Indonesia itu, seorang hartawan Melayu (aku tidak sebut namanya di sini), melalui Yusof Rawa telah menawarkan bantuan kewangan kepadaku untuk aku melanjutkan pelajaran ke Universiti Cokroaminoto. Tetapi dia dengan baik hati telah mengenakan syarat yang aku tidak dapat menerimanya, maka aku telah menolak tawarannya itu dengan baik.
Aku terus belajar di Daeratul Maariful Wataniyah, Kepala Batas. Selepas kegagalan aku melanjutkan pelajaran ke Universiti Chokroaminoto itu, aku sentiasa berada dalam keadaan tidak gembira.
Semenjak itu aku bertekad; kalau mahasiswa mampu membaca lima buah buku dalam masa sebulan, aku akan mampu akan mampu membaca dua kali ganda lagi. Aku telah membeli buku mengikut yang aku mampu. Maka universitiku adalah buku-buku dan alam maya ini.
MENOREH GETAH
Pada pertengahan tahun 1955, aku telah berhenti dari sekolah Daeratul Ma’arifula Wataniyah. Aku telah pulang ke kampungku. Sementara menunggu mendapat pekerjaan, aku telah menjalankan kerja-kerja biasa, di kampung, iaitu menoreh getah dan menangkap ikan, di Tasik Chenderoh.
Selain dari itu, aku telah meneruskan juga kegiatanku dalam bidang penulisan. Aku telah menulis berita-berita dan rencana –rencana untuk surat khabar Warta Negara, Utusan Melayu di Singapura dan beberapa buah surat khabar dan majalah Melayu yang pada masa itu kebanyakkannya terbit di Singapura.
Kira-kira dua bulan kemudian, aku bersama pemuda-pemuda Melayu di kampungku, Kampung Sauk, Kampung Biong, Kampung Changkat Pinang, Kampung Seterus dan Kampung Jenalik telah menubuhkan Pemuda UMNO cawangan Sauk. Cawangan itu bersama cawangan UMNO (dewasa) terletak di bawah UMNO bahagian Kuala Kangsar.
Pada masa itu, semangat perjuangan menuntut kemerdekaan sedang membara dalam dadaku. Aku bersama beberapa orang ahli jawatankuasa pemuda, kaum ibu dan UMNO bahagian Kuala Kangsar telah menjelajah ke kampung-kampung di seluruh daerah itu untuk memberi penerangan berkenaan perjuangan UMNO dan mengajak penduduk-penduduk menyertai parti tersebut.
PERJUANGAN UMNO
Di antara kawasan dalam daerah Kuala Kangsar, ialah Padang Rengas, Lubuk Merbau, Kati, Manong, Manora, Chegar Galah, Enggor dan Sungai Siput Utara. Pada masa itu belum ada bahagian dalam kawasan Sungai Siput Utara.
Kadang-kadang aku telah dijemput untuk memberi penerangan mengenai perjuangan UMNO di bahagian-bahagian parti itu di beberapa kawasan di negeri Perak.
Aku masih teringat, iaitu sebaik-baik sahaja aku selesai memberi ucapan di sebuah kampung, berpuluh-puluh orang lelaki dan perempuan termasuk pemuda telah menyerahkan borang keahlian UMNO bersama yuran kepada jawatankuasa cawangan kampung tersebut. Mereka telah menyertai UMNO dengan harapan parti kebangsaan Melayu itu dapat memerdekaan Tanah Melayu dari penjajah Inggeris dan sebilangan dari mereka berharap Tanah Melayu akan yang merdeka akan menjadi sebuah negara Islam.
Kebanyakan warga seluruh kampung sekitar daerah Kuala Kangsar pada zaman itu, apabila menyebut kerajaan Islam, maka yang terlintas dalam kepala mereka, ialah pemerintahan Islam di Madinah, pemerintahan para sahabat Nabi Muhammad s.a.w., para Khalifah hinggalah kepada kerajaan Othmaniyah Turki.
KERAJAAN ISLAM
Kerana cetek ilmu pengetahuan mereka tentang politik dan sejarah negara-negara Islam, mereka mempunyai kepercayaan yang kerajaan Arab Saudi itu sebuah kerajaan Islam, kerana Mekah dan Madinah wujud di dalamnya.
Pada masa itu tidak ramai dari jawatankuasa UMNO bahagian Kuala Kangsar dan cawangan-cawangannya yang memiliki kereta. Untuk pergi ke kampung-kampung yang masih menggunakan jalan tanah merah, berlumpur atau berdebu terpaksa menggatih basikal atau menumpang kereta sewa yang menggunakan minyak tanah.
Pada satu hari aku telah memberi ucapan dalam satu perjumpaan yang telah diadakan oleh UMNO Bahagian Parit, Perak, di sebuah dewan dalam bandar Parit. Ramai ahli-ahli UMNO dalam perjumpaan itu telah bertanya kepadaku mengenai perjuangan UMNO, hala tuju perjuangannya, Sejauh mana keikhlasan UMNO hendak menegakkan kedaulatan bangsa Melayu dan negara Islam. Pertanyaan-pertanyaan mereka itu sama dengan falsafah perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya pimpinan Dr Burhanuddin Helmi.
Kawasan Parit – meliputi kawasan Simpang Tiga Manong, Belanja, Lengkuas, layang-layang-layat, Bota, Pulau Tiga hingga ke kawasan Pasir Salak mempunyai semangat juang yang kuat untuk memerdekaan tanah air.
PEMBAKAR SEMANGAT
Semangat juang orang-orang dewasa Melayu dalam kawasan tersebut masih tegar, kerana mereka masih tidak melupakan perjuangan orang Melayu di Pasir Salak menentang penjajah Inggeris pada sekitar tahun 1875. Cerita kematian Residen British, J.W.W.Birch di tangan orang Melayu menjadi pembakar semangat mereka.
Mereka itu terdiri dari orang-orang Melayu yang kuat berpegang kepada semangat bangsa Melayu dan masih wujud dalam hati mereka, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) adalah satu-satunya parti politik Melayu yang berjuang untuk mendaulatkan bangsa, negara Melayu dan agama Islam. Mereka tidak yakin yang UMNO akan dapat menyambung perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya.
Aku telah mendapati orang-orang Melayu di sana pada zaman itu, mempunyai semangat kebangsaan Melayu dan keagamaan Islam, kerana beberapa faktor, di antaranya:
( 1 ) Kesan sejarah jihad orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Pasir Salak sehingga terbunuhnya Rasiden British, J.W.W.Birch pada minggu pertama bulan Julai 1875.
( 2 ) Pengaruh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Di sana ramai bekas ahli parti tersebut, di antaranya, Ustaz Haji Zabidi, Nasaruddian Rais dan Abdullah C.D. atau Che Dat.
( 3 ) Pengaruh alim ulama dan kesultanan dan kepahlawanan Melayu.
( 4 ) PAS menjadi parti politik alternatif bagi kebanyakkan penduduk- penduduk di sana.
SAHABAT PENA
Rakan-rakanku dalam Sahabat Pena dan bekas ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Belia Sedar(AWAS) dan ahli Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS) telah mengecam aku kerana berjuang dalam UMNO. Mereka telah menuduh aku menjadi alat untuk memusnahkan cita-cita pejuang-pejuang kemerdekaan Tanah Melayu pada tahaun 1945.
Pada hakikatnya pada masa itu, orang-orang Melayu, ulama, penulis, guru, orang-orang kampung yang berpendidikan Islam dan anti kapitalis serta yang faham akan kemana hala tuju UMNO, telah enggan menyertai UMNO. Mereka lebih berminat menyertai Parti Islam Se Malaya (PAS) atau berdiri atas pagar sahaja.
Mereka itu telah serik dengan tindak tanduk Yang Dipertua UMNO Pertama, Onn bin Ja’afar yang telah bekerjasama dengan British mengeluarkan perintah menangkap pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair dalam parti-parti politik di luar UMNO, pada tahun 1948 dan tahun-tahun berikutnya.
Mereka juga telah menyifatkan UMNO telah membuka pintu kepada orang-orang bukan Melayu mengambil bahagian dalam politik di Tanah Melayu .

Seorang bekas pejuang kemerdekaan tanahair pada masa sebelum perang dunia kedua dan telah dibuang bersama keluarganya ke Pulau Labuan, Ali Kafi, tinggal di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, telah berkata kepadaku, ”....deme tu, oghang-oghang Melayu yang ditangkap oleh keghajaan oghang putih pada tahun 1951, pejuang kemerdekaan yang sebenornye, ...oghang-oghang Melayu dalam UMNO banyak yang main taghik tali dengan oghang putih,... orang-orang pendatang.”
”Meke tengokle, ...kalau dibiorkan, oghang lain naik kepale..., oghang kita jadi macam pak kadukle...,”katanya lagi.
Pada zaman sebelum perang dunia kedua, pertubuhan-pertubuhan politik orang Melayu tidak didaftarkan. Kerajaan Inggeris tidak meluluskan pendaftaran parti politik, maka Ali Kafi dengan ramai pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair telah berjuang dalam pergerakan rahsia. Oleh yang demikian Kerajaan Inggeris telah menganggapkan mereka itu ahli-ahli kongsi gelap atau ’gangster’.
Demikian juga Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Islam Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan badan-badan wanita dan pemuda di bawahnya tidak didaftarkan oleh kerajaan Inggeris. Sementara orang-orang Melayu yaang memihak kepada Inggeris telah menuduh semua organisasi Melayu itu sebagai sarang golongan komunis dan merancang untuk menyerahkan Tanah Melayu kepada Republik Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Soekarno.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)
.

MAKSUD AYAT QURAN




JALAN YANG BENAR

Tunjukkanlah kami jalan yang benar. (iaitu) jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan - jalan - mereka yang dimurkai dan bukan juga jalan mereka yang sesat. - Al Fatihah: 6 , 7 .

MASAKAN HARINI




RENDANG PEDAS PERUT KAMBING DGN KACANG BUNCIS

Kira – kira sekilo perut kambing dibersihkan dan dipotong pendek, sekadar seinci atau setengah inci.
Bahan: Lengkuas, serai, bawang merah, cili api dan garam, ditumbuk halus.
Daung kunyit dihiris halus.
Kerisik kelapa.
Gaulkan dengan perut kambing dan kacang buncis. Dan masakkan dengan santa kelapa yang agak pekat, dalam periuk tanah atau periuk biasa. Sedaaap!

Sunday, July 3, 2011

MASAKAN HARINI





GULAI TERUNG DENGAN JERING

Buah terung telunjuk kira – kira 20 (dibelah dua) biji dan buah jering tua 10 biji (dihiris nipis), campur ikan masin (sebaik – baiknya dari Sabah atau Sarawak) kira - kira setengah ekor ( ikut ukuran ikan).
Masak gulai rempah dengan santan kelapa yang agak pekat. Masukan sedikit (atau dua keping) asam gelugur. Sedaaaap!

MAKSUD AYAT QURAN




PERBINCANGAN RAHSIA

Hai orang – orang yang beriman, apabila kalian mengadakan perbicaraan – berpincangan – rahsia, jangan kalian berbicara – brbincang – tentang membuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan berbicara – berbincanglah – tentang melakukan kebajikan dan takwa – kepada Allah – yang kepadaNya kalian akan dikembalikan.
Sesungguhnya perbicaraan – perbincangan – rahsia itu adalah dari syaitan – atau orang – orang jahat - , agar orang – orang yang beriman itu berduka cita, sedangbkan perbicaraan – perbincangan – tidak memberi mudarat sedikit pun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan hendaknya, kepada Allahlah orang – orang beriman bertakwa,
– Al Mujaddalah (Wanita yang mengajukan gugatan): 9,10.

Saturday, July 2, 2011

MASAKAN HARINI







MASAKAN HARINI


Jeruk mamah gulai lemak dengan ikan tengas.
Satu kilo ikan tengas – sejenis ikan terdapat dalam lubuk – lubuk di suangi yang berlata atau air terjun dalam gunung di Negeri Perak, Kelantan dan Terengganu - , dengan jeruk maman kira – kira satu bungkus.
Bahan – bahan: Lengkuas, serai, bawang merah, cili padi dan garam, ditumbuk lumat. Gaulkan dengan ikan – ikan tersebut.
Masah dengan santan kelapa yang agak pekat.
Yang baiknya, masak dalam periuk tanah.
Sedaaaap!

MAKSUD AYAT QURAN





KASIHKAN ALLAHKatakan – Muhammad s.a.w. -: ” Jika kalian – benar- benar – kasihkan Allah, ikutilah saya*, nescaya Allah mengasihi kalian dan mengampunkan dosa – dosa kalian.” Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.Katakan: ”Taatilah Allah dan RasulNya; jika kalian berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang – orang kafir. – Ali Imran: 31,32* Mengikut Nabi Muhammad adalah mengakut segala hukum – hjakam dalam agama Islam yang ditunjukkan dalam Quran dan Sunnah.Sejak zaman berzaman hingga pada masa ini, bangsa Melayu di antara bangsa – bangsa yang amat kurang mengikut Rasul Allah, Muhammad s.a.w., iaitu kebanyakan dari bangsa Melayu lebih mementingkan kebendaan, keduniaan, permusuhan sesama sendiri, lebih suka membuka dan menyebarkan keburukan orang Melayu yang mereka tidak sukai atau tidak sama dalam organisasi mereka.Sejak pada zaman para Rasul Allah hingga pada masa ini, mana – mana bangsa; pemerintahan (tidak beraja) dan kerajaan (beraja) tidak menlanggar hukum Allah dan tidak mengikuti para RasulNya, dijatuh dan dibinasakan Allah dengan berbagai cara. Di antaranya, banjir besar, peperangan, permusuhan sesama semndiri dan sebagainya.Setelah bangsa; pemerintah dan kerajaan itu hancur binasa, maka, Allah menggantikan dengan pemerintah dan kerajaan yang baru.Apabila Allah hendak menjatuh atau membinasakan sesebuah pemerintahan dan kerajaan tidka ada siapa dapat menghalangnya. - mp

CERPEN DAN SAJAK (Ulangan)

BERTEMU SUAMI DI GUA MUSANG

Oleh: Mokhtar Petah

“Abang, abang, abang ...,” laungan hati Mona.

“Abang lama tak balik ...,”

“Dah sebulan.”

“Mona rindu abang.”

“Rindu sangat...”

“Mona takut, takut abang kawin ...”

“Kawin dengan anak dara Gua Musang.”

“Nikah dengan janda...”

“Di Gua Musang ramai anak dara ..., janda muda.”

“Abang jangan kahwin.”

“Abaaaang.”

Mona mengkat pedal minyak kereta pada saat mengikuti jalan bersiku Kampung Raja – Lijing. Keretanya mewahnya buatan orang Jepun membelah kabus senja. Dua bola mata Mona tercampak ke puncak gunung ganang dalam pelukan kabus senja.

“Lamba ..., lambat kereta ni ...,”sungut hati Mona.

Suami Mona, Ir Wahid - al fil, bertugas di Gua Musang. Dia jurutera dalam sebuah syaikat yang sedang membina Universiti Islam, perojek Kerajaan Negeri Islam, di Hulu Negeri Kelantan.

MENUNTUT DI SEBUAH

UNIVERFSITI DI LONDON

Pada tika dua bola mata Mona tersangkut pada kepala keretanya dan meluru jalan raya nan sepi, hatinya terkenang akan pertemuanya dengan pemuda Wahid – suaminya - , pada masa dia menuntut di sebuah universiti, di kota London, pada dua belas tahun lalu.

Pertemuan tersebut, ditakdirkan Allah, tumbuh merucup perasaan cinta mereka seperti debunga pokok – pokok dalam rimba raya yang bertebaran, menghinggap dan mengusap bebebunga dara di pohon – pohon. Kemudiannya perkahwinan bebunga itu menumbuhkan pepuitk buah.

Mona bekerja dalam sebuah jabatan kerajaan. Dia dan suaminya terpaksa berenggang jauh semenjak tiga tahun lalu. Kerenggangan tersebut menyebabkan hati Mona didera kerinduan dan kerisauan yang bertali arus.

Rindu tidak dapat memadu cinta.

Risau, entah – entah suami ada kekasih,

Entah – entah ada gadi di Gua Musang,

Entah – entah gadis Orang Aslai di Lijing,

Jatuh cinta,

Memadu cinta dengan suaminya.

“Abang ....!” Menona menjerit pada saat dia memberik keretanhya, kerana seekor tenggiling melintas atas jalan raya di hadapan keretanya.Tenggiling menghubankan badan betkinanya dalam semak di tepi jalan seolah – olah meraung:

“ ...maaf, saya juga nak jumpa laki saya.”

TERLUPA AKAN

GADIS – GADIS CANTIK

Mona mengucap syukur, kerana tayar keretanya tidak menggilas tenggiling betina tersebut. Dia teringatkan kata – kata gurunya, Ustaz Nazim al Hafiz, sesiapa yang membunuh dengan senga atau tidak sengaja akan binatang liar sama dengan membunuh manusia, nisbah sedih dan sesalnya.

“Di universiti dulu, abang ramai girl freind ..., ada anak dara Melayu, anak dara Cina, anak dara Inggeris, Amerika, African, Jepun, Pakistan, Mongolia ...,” hati Mona seperti membuka lambaran buku tentang manusia.

“ ...Laila cantik.”

“Mee Ling cantik.”

“Mary cantik.”

“Khadija Bibi cantik.”

Suara hati Mona menyebut nama rakan – rakan suaminya di universiti. Dia tidak mengetahui, sama ada mereka menghubungi suaminya. Harapann ya melangit. Suaminya telah terlupa akan gadis – gadis cantik tersebut.

Mona mengistikamah dirinya pada setereng keretanya. Keretanya terus menuju ke Gua Musang. Dia dan suaminya akan menginap di hotel ‘Laila wa Majnun’, di pinggir bukit.

“Mona takut, abang.”

“...takut macam kata suami kawan Mona.”

“Lelaki macam abang ramai anak dara ...”

“ ...banyak jandi suka.”

Mona memberek keretanya. Seorang lelaki tua bertongkat melintas di hadapan keretanya. Lekaki itu berhenti di tepi jalan raya dan melampaikan tangannya memegang tongkat kepada Mona.

“Dia lambai aku ..., dia nampak aku cantik,” bisik Mona sambil tangan kirinya menarik bingkai ‘kaca mata ‘ payu daranya. Dia amat yakin dengan keindahan buah dadanya menandakan dia seorang wanita yang cantik atau jelita. Suaminya suka begitu.

MONA DIKOPAK

PERASAAN CEMBURU

Bandar peninggalan Parti Komunis Malaya – PKM - , Gua Musang dalam pelukan malam muda. Kabus membungkus bandar kecil itu laksana debu bedak pada wajah gadis hitam di Afrika. Mona memberhentikan keretanya di tepi jalan, di muka persimpangan Jeli – Gua Musang.

“Cik nak pisen goghe..., cucur badak?” Perpuan muda penjual di warong bertanya kepada Mona.

Mona mengangguk.

“Saya nak pisang goreng.”

“Nak beghapa?”

“Seringgit.”

“Enam butir ...”

“Murahnya, tak macam di Kuala Lumpur, setengah biji seringgit,” sahut Mona.

Perempuan itu senyum. Sepasang lesung pipit berpupur pada dua pipinya.

“... sini semua mughah, cik. Oghe tina pun mughah, cik.”

Mona diam. Dia faham akan kata – kata perempuan itu. Bergurau pada pelamnggannya. Tetapi hati Mona dikopak perasaan cemburu. Dia cmburu. Dia takut akan suaminya berminat dengan makanan murah, barang murah dan wanita murah.

“Abang, Mona dah tiba depan hotel ni,” Mona membertahu suaminya melalui telefon bimbitnya.

“Dah sampai, ia, dalam dua puluh minit abang sampai,” sahut suaminya.

Ir Wahid – al fil meninggalkan setia usaha perinbadinya, Nik Na’imah, di rumah sewa gadis itu. Seperti pelomba kereta, Ir Wahid – alfil menekan pedal minyak keretanya. Kereta membelah jalan raya dalam warna malam berkabus putih menuju ke hotel tempat isterinya sedang menunggu.

“Allahu Akbar ..., hamMu syukur, isteri hamba tak tahu ...,” bisik Wahil – al fil. Semum. Menelan air liur tawarnya.

Dari dalam petik keretanya, dikeluarkan pofeum bau lelaki. Dirinjis - rinjiskan air wangi itu kepada tengkuk dan sepasang ketiaknya. Baunya, bau seorang lelaki menghilang bau harum Nik Na’imah.

NIK TAK ‘MBUH

JADI MACAM KELAH

Dalam bilih hotel, Mona meleraikan tubuhnya dalam pelukan suaminya. Rindu yang panjang mederakan dirinya telah hilang dalam bau harum lelaki pada lehir suaminya.

“Kita keluar makan.”

“...abang nak makan apa?”

“ Nasi air, nasik dengan ikan siakap masak kukus.”

“Nak.”

Mona merenung wajah suamimnya dengan renungan seorang isteri yang setia. Isteri yang lama berendam dalam tasik kerinduan. Suaminya senyum.

“Kita makan roti ajalah, abang.”

“Ngapa”

“Mona tak nak keluar.”

“Nona penat, abang.”

Wahid – al fil memicit ceropong hidung isterinya yang seperti ceropong hidung Madhu Bala itu.

Bandar Gua Musang muram dalam pelukan malam.

Nik Na’iman memandu keretanya ke stesyen keretapi. Di situ dia merenung ikan - ikan kelah dalam kolam kaca. Dia sedih. Kasih. Melihat ikan – ikan kelah itu kempunan sepanjang hayat kerana tidak pernah bercinta. Tidak berkahwin.

“Hai Kelah, Nik tak ‘buh jadi macam muma tu ...,” bisik Nik Na’imah sambil meninggalkan ikan- ikan kelah tersebut.

“Wahiiiiiiiid ...!” Hati Nik Na’imah meraung.

Butir- burit air mata bergolek dan cair atas sepasang pipi Nik Na’imah yang gebu. Dingin. Hatinhya bersama Wahid – al fil. Bossnya.

Gua Musang sepi.

Tamat.

*** ***

AYAH

Di mana – mana majlis ilmu,

Ada ayah intelektual,

Bersamanya anak gadisnya,

Yang ditakdirkan cacat anggota.

Aya syukur,

Puterinya syukur jua,

Mereka dua insan menanti reda Allah,

Mereka dua insan disayang Allah,

Bapa dan anak prihatin janji Maha Esa.

Puteri milik ijazah,

Dirinya cendekiawan bangsa Melayu,

Anak ayah penyayang bangsanya,

Bapa dan anak milik bangsa mulia.

“Sayang, hanya pengetahuan,

dalam dirimu,

bukan emas dan harta,

... ayah tinggalkan,

jadilah dirimu manusia di hadapan Allah!”

Ayah,

Menyurung puterinya,

Dua beranak itu pamit kepada laut,

Mereka menuju distinasi,

Dengan pengetahuan dalam dada,

Kasih sayang ayah dan puterinya.

Batu Peringgi, P. Pinang ......Mokhtar Petah

Friday, July 1, 2011

MENGENANG MASA SILAM







KISAH MENTERI BESAR DAN SULTAN

Datuk Sri Wan Mohamed bin Haji Wan Teh dari Grik Adalah bekas kerani Keretapi Tanah Melayu. Kemudian dia berpindah kerja ke dalam Jabatan Penerangan sebagai Pegawai Luar, di Grik. Pada masa itu dia telah menjadi rakan yang rapat denganku. Kemudian kerana dia bergiat dalam UMNO bahagian Grik, maka dia telah dipilih menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Perak.
Setelah Ghazali Jawi mengundurkan diri dari kerusi Menteri Besar Negeri Perak pada 1977, maka dengan petunjuk pucuk pimpinan parti, maka Wan Mohamed telah dilantik oleh Sultan Perak untuk mengisi kekosongan kerusi itu. Sekali gus krisis antara UMNO Negeri itu dengan Sultan Idris Shah telah reda.
Oleh kerana Ghazali Jawi tokoh paling lama dalam UMNO Perak, iaitu semenjak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, maka dalam rundingan dengan UMNO negeri, dia berperanan sebagai penasihat tidak rasmi kepada Wan Mohamed. Semua perkara-perkara besar yang hendak dilaksanakan oleh Wan Mohamed hendaklah mendapat nasihat dari Ghazali Jawi lebih dahulu.
TANAK KOMERSIAL
Wan Mohamed telah mengikut keputusan rundingan itu. Di antara beberapa perkara yang mesti mendapat nasihat Ghazali Jawi, ialah berhubungan dengan meluluskan semua permohonan atas tanah komersial (untuk perumahan dan perindustrian) kerajaan negeri oleh syarikat-syarikat, hendaklah mendapat nasihat Ghazali Jawi sebelum diluluskan.
Satu contoh, Raja Ahmad Zainuddin (kini ahli Dewan Rakyat) dan Norlian binti Haji Muslim (pemberita BERNAMA) dan Zabedi Haji Salleh bekas pemberita surat khabar WATAN, dengan menggunakan syarikat mereka telah memohon sebidang tanah komersial (perumahan) Kerajaan Negeri Perak , kira-kira 28 ekar, dalam Bandar Ipoh.
Apabila Ghazali Jawi mendapat tahu akan permohonan itu tidak ada namaku, maka dia telah menasihat Wan Mohamed supaya memsukkan namaku sebelum permohonan itu dibawa ke mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) Negeri Perak. Kira-kira jam 11.00 malam Zabedi Haji Salleh dan Raja Ahmad telah datang ke rumahku dan memberitahu yang mereka telah memasukkan namaku dan syarikat mereka dan meminta aku menandatangani beberapa borang syarikat mereka.
FAHAMAN KOMUNIS
Wan Mohamed juga sering berbincangkan denganku mengenai sesuatu isu, kerana dia telah mengetahui aku mempunyai perhubungan dengan ramai penduduk-penduduk luar bandar di Negeri Perak.
Di antara perkara-perkara yang kami telah berbincang, ialah:
1 - Masalah pelajaran agama Islam di kalangan pemuda-pemudi di luar bandar. Cara untuk mengatasinya, Kerajaan Negeri Perak patut memberi bantuan kewangan dan sebagainya kepada semua sekolah agama (rakyat).
2 - Menguatkan kefahaman Islam di kalangan umat Islam dalam dan luar bandar untuk menangkis fahaman komunis dan beberapa fahaman lain yang berlawanan dengan Islam. Pendekatan yang patut dibuat, ialah Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak hendaklah mempergiatkan dakwah Islamiyah, majlis ilmu Islam dan sebagainya.
3- Pengagihan habuan oleh kerajaan kepada rakyat hendaklah diberi secara saksama dan tidak wujud sikap pilih kasih.
4 - Pulihkan semula hubungan antara UMNO dengan Institusi Istana Perak, kerana kalau tidak dipulihkan, banyak masalah tidak dapat diselesaikan kerana ada beberapa perkara menurut Perlembagaan Negeri, Sultan mempunyai kuasa, seperti hal ehwal agama Islam dan tanah kerajaan negeri (state land).
5 – Untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat luar bandar, kerajaan negeri mengadakan peluang bagi rakyat mendapatkan tanah untuk tujuan pertanian dan sebagainya.
6 - Untuk menjamin jumlah undi orang Melayu dalam Bandar Ipoh, seperti kawasan Mengelembu, Palim, Pasir Putih dan beberapa kawasan lagi, kerajaan negeri hendaklah mengadakan peluang kepada orang-orang Melayu tinggal di sana, seperti memberi kawasan tapak-tapak rumah kepada mereka.
Wan Mohamed telah menerima idea-ideaku dalam perbincangan antara aku dengannya itu. Ada beberapa perkara telah dijalankan oleh pihak-pihak kerajaan negeri dengan arahannya.
Pada tahun pertama hingga awal tahun ketiga Wan Mohamed memegang jawatan Menteri Besar Perak, dia telah diterima oleh Sultan Idris sebagai seorang Ketua Eksekutif yang boleh dibawa berunding.Tetapi setelah masuk pada tahun seterusnya sehingga tahun 1982 telah berlaku pula krisis antara Sultan dengannya.
FIKIRAN SULTAN
Krisis itu yang ibarat ’parut berdarah semula’ telah menjadikan institusi istana tidak besefahaman dengan institusi politik, iaitu UMNO Negeri Perak. Keadaan itu telah berlaku akibat dari Wan Mohamed dikatakan lebih banyak menjalankan kuasanya sendiri sebagai Ketua Eksekutif Negeri Perak dan tidak berunding atau tidak meminta fikiran Sultan Idris Shah terlebih dahulu.
Hampir setiap hari Sultan Idris telah berunding denganku dan meminta nasihat dariku mengenai keadaan politik di negeri Perak, bahkan ada hari-harinya sampai tiga kali kami berunding mengenai ’Sultan dengan Perlembagaan negeri dan Menteri Besar dengan kuasa politik’.
Sepanjang masa krisis dengan Wang Mohamed, Baginda lebih kerap berunding denganku berbading dengan kalangan Orang Besar-Besar Negeri Perak. Aku mengakui pada masa itu, hanya Sultan Idris Shah seorang Sultan atau Raja Memerintah yang bersikap tegas menghadapi masalah negeri Baginda. Ketegasan itu disebabkan keintelektualan Baginda, mempunyai kefahaman Baginda dalam bidang sains politik, pentadbiran dan sikap mementingkan rakyat jelata.
MELAYU PATTANI
Di antara yang telah ditimbulkan oleh Sultan Idris yang menyebabkan Baginda tidak memberi kerjasama dengan Menteri Besar, Wan Mohamed, di antaranya,ialah:
* Menteri Besar telah mempertikaikan keputusan Sultan Idris Shah melantik seorang ulama tokoh PAS Negeri Perak, Ustaz Haji Abdul Samad Noh menduduki kerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak.
* Amalan tidak saksama dalam pembahagian kawasan tanah komersial kepada syarikat-syarikat milik orang Melayu dan bukan Melayu.
* Pengagihan kawasan kayu balak diamalkan secara tidak saksama, ada syarikat yang mendapat dua tiga kawasan kayu balak dan banyak pula yang hampa kerana tidak mendapatnya, walaupun satu kawasan.
* Beberapa orang dari Orang-Orang Besar Negeri Perak mempengaruhi Sultan Idris Shah, iaitu semenjak Menteri Besar Pertama selepas negara mencapai kemerdekaan, semua Menteri Besar dari keturunan orang Melayu Pattani. Ghazali Jawi, Ahmad bin Said, Haji Kamaruddin Haji Mat Isa dan Wan Mohammed bin Haji Wan Teh adalah keturunan orang Pattani.

Sesungguhnya aku telah menaruh perhatian yang mendalam kepada Dr Mahathir Mohamad setelah aku membaca suratnya kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Kandungan surat itu sebagai intipati dari bukunya Malay Dilemma atau Dilema Melayu yang telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia semenjak Tunku Abdul Rahman hingga kepada Perdana Menteri, Hussein Onn.
Walaupun kalangan ahli-ahli UMNO dan seluruh rakyat negara ini menyifatkan surat tersebut sebagai surat layang, tetapi sebenarnya surat itu tidak bersifat demikian. Surat itu dari seorang yang amat menghormati Tunku Abdul Rahman dan dengan ikhlas memberi nasihat, tetapi telah dijadikan alat untuk merenggangkan antara Dr Mahathir Mohammad dengan Tunku Abdul Rahman.
PERDANA MENTERI
Allahyarham Haji Sulaiman Palestin dan Abdul Aziz Ahmad (Pustaka Antara) telah memberitahu kepada aku, bahawa surat itu, bukanlah surat terbang seperti yang sangkakan oleh orang ramai. Surat tersebut telah dikirimkan oleh Dr Mahathir Mohamad kepada Tunku Abdul Rahman ke Jabatan Perdana Menteri, tetapi seorang pegawai kepada Perdana Menteri (bukan Melayu) telah membuka surat itu dan tidak diserahkan kepada Tunku Abdul Rahman.
Menurut Haji Sulaiman dan Abdul Aziz Ahmad, pegawai itu dengan kerjasama dua orang Melayu, telah menyalinkan surat itu dengan menggunakan mesin cyclostyle dan mereka telah menyebar surat–surat itu kepada orang ramai. Setelah surat itu disebarkan sebagai surat layang, maka berlakulah clash antara Tunku Abdul Rahman dengan Dr Mahathir Mohamad sehingga beliau dipecat dari UMNO.
Hingga pada waktu aku menulis buku ini, aku masih yakin, sekiranya selepas Hussein Onn orang lain dari Dr Mahathir Mohamad telah menajadi Perdana Menteri, tentulah Malaysia tidak berubah seperti yang wujud sekarang.
TERTARIK HATI
Perubahan yang mengkagumkan itu disebabkan seperti pendapat pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka, Encik Jaafar Abdul Rahim, bahawa Dr Mahathir Mohamad salah seorang dari beribu-ribu orang dalam dunia ini yang memiliki fikiran ’gila-gila’.
Orang yang memiliki fikiran ’gila-gila’, biasanya mencapai kejayaan dalam apa jua kerjanya yang luar biasa dan tidak terfikir oleh orang lain, sekiranya dia mempunyai kuasa dalam kerajaan, wang yang banyak dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para pegawai kerajaan.
Aku tertarik hati kepada banyak tulisan Dr Mahathir Mohamad, di antara banyak tulisannya, adalah seperti di bawah ini:

’Perubahan minat orang Melayu terhadap politik telah memeranjatkan orang lain bukan sahaja kerana hebatnya penglibatan mereka tetapi juga kerana perubahan tersebut kekal. Walaupun objektif asal mereka telah tercapai namun orang Melayu masih terus berkecimpung dan aktif dalam politik. Parti-parti politik telah menjalar ke seluruh kampung-kampung Melayu hingga ke kawasan pendalaman di mana orang- orang Melayu yang tidak kenal huruf mengadakan perjumpaan, memilih jawatan-jawatan dalam parti, menubuhkan cawangan-cawangan yang menjadi tenaga penggerak kepada jentera politik kebangsaan. Dalam keadaan ini orang Melayu juga dapat mengenepikan kesetiaan utama mereka kepada negeri masing-masing dan telah memberikan taat setia mereka kepada negara yang baru ditubuhkan, sedangkan pada suatu masa dahulu mereka tidak sedar akan adanya konsep ’negara’ itu. Pilihanraya yang boleh dikatakan tidak difikirkan langsuang kira-kira satu dekad yang lalu, bukan sahaja telah diterima tetapi juga telah diamalkan dan dijalankan dengan penuh semangat oleh setiap orang Melayu. Pendek kata, perubahan sikap orang Melayu terhadap politik begitu radikal dan menyeluruh.’

Apabila Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, aku telah mengirim surat tahniah kepada beliau. Dalam surat itu aku telah menyelitkan sedikit pandangan (idea)ku kepada beliau. Aku juga telah menjangkakan dalam surat itu, iaitu Dr Mahathir Mohamad akan memimpin negara ini seperti seorang doktor bedah yang menghadapi pesakit. Kalau mana-mana anggota pesakit itu patah, dia akan memotong anggota pesakit itu dan kalau pesakit itu bengkak dan bernanah, dia akan membedahnya.
Dr Mhathir Mohamad telah menjawab suratku pada 28 Mei, 1981. Surat beliau itu telah seperti berikut:

’Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana ucapan tahniah yang agak terawal dan juga pandangan yang diberi’.
(Disunting dari manuksri buku, Memoir, Patah Saya Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)










CERITA RAKYAT




MENTERI BESAR DAN PENARIK BECA

Kuala Terengganu. Dalam badar ini ada kira – kira 30 beca – basikal tua kembar dengan kerusi roda untuk membawa penumpang – dengan sebanyak itu juga pemilik dan penggatihnya yang terdiri dari orang Melayu anak Terengganu yang termasuk dalam golongan rakyat termiskin.Saya duduk bersama penarik beca, Aswad bin Mohammad, 62 tahun, di tepi jalan pasar Kedai Payang dan saya mnendengar ceritanya berbaur sedih. ”Menterghi besar tak tahu kami ni hidup, dia duk tengok atas, tak macam menteghi besar Datuk Idris Jusoh dulu, dia tolong kami, ni bsi pengaolang beca ni, dia tolong,” kata Aswad sambil menelan air liur pekatnya. ”Tak minta bantuan, tak payah minta kalau menteghi besar nak tolong kami, dia banyak pegawai, boleh tengok kami, kami susahka ..., tak makanka..., anak – anak kami belajar molekka...,” katanya lagi. ”Nalk ceghita susa, kami ni susah sungguh, tambah la ni oghe suka naik motoka, moto, bas ..., tak sir naik becaaaa...,”katanya sambil merenung kepada orang lalu lalang di hadapa pasar besar. Saya melihat Negeri Terengganu yang muncul sebagai negeri terkaya kerana hasil minyak – bantuan Kerajaan Pusat - lebih mengutamakan kemasyhuran dan kurang memberi perhatian kepada rakyat yang miskin dan termiskin. Rakya tmiskin dan termiskin masih ramai. Rumah – rumah buruk seperti sangau masihn banyak di pinggir bandar dan di kampung – kampung, tetapi kalangan yang kaya saban hari memandu kereta mewah dan kereta 4x4 dan mereka bercakap tentang kemewahan Negeri Terengganu. ”Sapa maghi ke sini, tengok banyak keghopok lekor, oghen tak tahu ..., keghopok lekor tuala jadi simbul rakyat negehgi ni ghame yang miskin,” kata seorang wanita Melayu berpelajaran tinggi. ”Saya tak campur parti politik, tapi saya tengoklaa, UMNO tak dak haghapan mene besar dalam pilihan ghaya ke 13 ..., sebab banyak dah orang – orang UMNO yang pege keghajaang negeghi yang tak ambil peduli ghatyat miskin,” katanya sambil merenung ke puncak Masjid Abidin.

MAKSUD AYAT QURAN



RENDAH HATI

Hamba – hamba Allah Yang Pemurah itu – ialah - , orang – orang yang berjalan di atas muka bumi ini dengan – perasaan – rendah hati, dan apabiloa orang – orang jahil menyapa mereka, mereka mengucap – menjawab – dengan kata – kata yang baik.
Dan mereka yang melalui – menuruti waktu malam – dengan bersujud dan berdiri untuk Penguasa – Allah – mereka.
– al Furqan: 63, 64.