"Aku terus menulis sehingga ada orang menulis sesuatu kalimat atas kain kapanku".
Berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan penulisan sejak 1954.
Menjadi Penasihat Hal Ehwal Politik Sultan Idris Shah ibni Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak.
Sesungguhnya dalam (Quran) ini suatu penjelasan (satu cara hidup – way of life) untuk orang - orangyang menyembah Allah.
Dan Kami tidak utuskan kamu melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam. – Al Anbia: 106, 107.
HADIS
JUMAAT
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Jumaat itu hak yang wajib dikerjakan oleh tiap - tiap orang Islam dengan berjemaah bersama - sama.
-Peraswi: Abu Daud.
PETUA
ADAT ISTIADA
Ingatlah, walau bagaimana baik adat istiadat orang Melayu, tetapi jang diikut adat yang berlawanan dengan hUkum dalam Quran. Perbuatan itu mengkufurkan diri yang mengamalkan ada istiadat itu.
Terdapat proses tertentu yang perlu dilaksanakan sebelum pasangan Islam berkahwin. Pasangan yang ingin berkahwin perlu mematuhi prosedur pentadbiran mengikut ketetapan undang-undang Islam dan juga mengikuti kursus perkahwinan di pusat yang diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Kerajaan Negeri.
Permohonan perkahwinan hendaklah diajukan kepada jabatan tersebut. Pengesahan status perkahwinan pasangan yang hendak berkahwin perlu diperoleh daripada pihak-pihak tertentu yang berkenaan.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
POLIS BENARKAN PERHIMPUNAN ESOK, RAKYAT'TETAMU' ISTANA NEGARA
Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Polis telah membenarkan perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) esok dan sebagai satu 'signal' positif bahawa pihak berkuasa sanggup bekerjasama dengan rakyat yang mahu menyuarakan hasrat mereka terhadap dasar yang cuba meminggirkan Bahasa Melayu selama ini.
Bagaimanapun, permit dibenarkan untuk perhimpunan di Masjid Negara sahaja dan tidak di dua lokasi yang berbeza iaitu Pasar Seni dan pusat membeli-belah Sogo malah perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyampaikan memo juga tidak dibenarkan.
Sungguhpun begitu, Timbalan Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Suhaizan Kaiat berkata pihaknya sedang berurusan dengan pihak polis pagi ini bagi membenarkan perarakan diadakan daripada Masjid Negara ke Istana Negara bagi mencapai matlamat mereka untuk menyuarakan bantahan kepada Yang Di-Pertuan Agong melalui memo yang bakal disampaikan.
"Istana Negara telah bersedia untuk menerima memo tersebut. Jadi kita mahu berarak daripada masjid negara ke Istana Negara dan berharap polis akan benarkan.
"Kalau penjajah pun boleh membenarkan perhimpunan membantah Malayan Union, takkan kerajaan sendiri pun tak dapat benarkan sedangkan rakyat dianggap sebagai 'tetamu' Istana Negara," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Oleh yang demikian katanya, rakyat tidak perlu bimbang untuk hadir menyertai himpunan ini kerana ianya sah di segi undang-undang walaupun ianya terhad di lokasi tertentu dan berharap seluruh rakyat Malaysia akan sama-sama memberi sokongan kepada perjuangan memartabatkan bahasa.
"Polis dah benarkan dan rakyat tidak perlu takut. Hadirlah bersama keluarga, sahabat atau sesiapa sahaja untuk menzahirkan sokongan seterus membantah dasar PPSMI yang sudah jelas mengundang masalah kepada para pelajar khususnya kepada yang duduk di luar bandar," katanya.
Jam 3.00 petang ini satu mesyuarat khas berhubung himpunan esok aan diadakan di Pena untuk memastikan kelancaran perjalanan majlis dan perarakan tersebut.
Hai orang-orang yang beriman, kalian Taatkan Allahdan kalian taatkan perintah Rasul (Muhammad s.a.w.) , dan kalian janganbuangkan (batalkan) amalan-amalan kalian.
Sesaungguhnya orang – orang yang tidak beriman (kafir) dan mnenghalangi (orang lain) dari jalan Allah, kemudian itu mereka mati dalam kekafiran, Allah tidak akan mengampun mereka.
Oleh itu, janganlah kalian lemah hati (bacul) dan berteriak meminta perdamaian, kerana kalian lebih tinggi (mulia), dan Allah bersama kalian dan Allah tidak akan menghilangkan amalan-amalan kalian. – Muhammad: 33 - 35
HADIS
NABU MUSUHI TIGA ORANG
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Tiga orang yang aku mnusuhi pada hari kiamat nanti, iaitu orang yang telah memberi (sesuatu) kepada sayadan meminta kembali, orang yang menjual manusia dan memakan hasil jualan manusia dan orang yangmengupah seseorang (untuk menjalankan kerjanya), tetapi tidak membayar upahnya.
- Perawi: Abu Hurairah
PETUA
MEMILIH GADIS
Jika hendak memilih seseorang gadis untuk dijadikan kekasih dan isteri, hendaklah lihat pada lima yang baik dan lima yang keji, itu: 1 - Rupa dan perawakannya, 2 - pegangai atau budi bahasanya, 3 - ilmu pengetahuannya, 4 –Percayakan dirinyadan 5 – Mengutamakan ibadat kepada Allah. Lima yang keji: 1 – P
Perjuangan GAPENA dansemua organisasi penulis di bawahnya menentang PPSMI, memang disokong oleh setiap individu yang mempertahankan kedaulatan bahasa kebangsaan (Melayu), tetapi mengadakan perarakan dan perhimpunan, elok ditentang, kerana cara begitu menghina semua sasterawan dan penulis di negara ini.
Menurut berita dalamHarakah Daily semalam:
Demi memastikan kedaulatan Bahasa Melayu dijunjung sekaligus membantah dasar Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang jelas mengundang '1001 masalah' kepada para pelajar khususnya di luar bandar, orang ramai diseru untuk sama-sama menyatakan sokongan dan menyertai 'Himpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI' pada 7 Mac ini (Sabtu).
Menurut Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Hasini Abas, perhimpunan akan diadakan di tiga lokasi bermula 2.00 petang iaitu Pusat Perniagaan SOGO, Central Market, dan Masjid Negara yang kemudiannya berarak ke Istana Negara untuk serahan memorandum.
Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato' A. Samad Said, Dato' Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof. Emeritus Abdullah Hasan, Prof. Emeritus Dato' Nik Safiah Karim, dan diikuiti pemimpin terkenal Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi.
Perhimpunan itu yang telah diberi amaran oleh pihak polis, memperlihatkan para sasterawan dan penulis yang akan melibatkan diri dalam perarakan dan perhimpunan tersebut secara tidak langsung menjolok jelunjuk ke dalam mata kerajaan.
Dengan para pemimpin dari parti-parti pembangkang akan hadir, seperti Tuan Guru, Datuk Sri Haji Abdul Hadi Awang (PAS), Dato Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Kit Siang (DAP) telah memperlihatkan; kalau para sasterawan dan penulis tidak menjadi alat pihak golongan politik, sekurang-kurangnya mereka disertai oleh para politikus pembangkang.
Saya melihat tindakan beberapa orang sasterawan dan penulis dalam GAPENA seperti mengikut budaya Anwar Ibrahim pada zaman Hamid Tuah, Baling dan beberapa demonstrasi jalanan lain.
Para sasterawan dan penulis termasuk dalam golongan orang yang menggunakan fikiran, ahli fikir dan inteletual. Mereka mestilah mengadakan perundingan dengan pihak kerajaan hingga ke peringkat atasan, tetapi kalau dengan perhimpunan dan demonstrasi jalanan yang disertai para politikus pembangkang adalah tidak molek dan merosakkan nama semua sasterawan dan penulis di negara ini.
Langkah GAPENA itu seperti mengheret semua sasterawan dan penulis renggang atau bermuka kelat dengan pihak kerajaan.
Sementara pula pihak polis melarang diadakan prhimpunan tersebut, saya kira, semua kawan – sasterawan dan penulis eloklah tidak mengadakan dan tidak menghadiri perhimpunan tersebut, kerana kehadiran itu nanti akan memburukkan keadaan dan nama diri sendiri.
A. Samad Said, Hassan Ahmad, Baha Zin dan beberapa orang sasterawan dan penulis eloklah berusahalah mencari jalan untuk mengadakan perundingan dan bukan perselisihan antara kita dengan kerajaan.
Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Hussein nampaknya, walaupun bersuara keras terhadap mereka yang menentang PPSMI, tetapi saya percaya, beliau sebagai ahli politik, pemimpin dan berkuasa dalam bidang pendidikan masih ‘lembut untuk berunding bagi kepentingan orang Melayu dan bahasa Melayu'.
Begitu juga GAPENA – para sasterawan dan penulis eloklah berusaha berunding dengan rasa ikhlas dengan Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi atau selepas Mac ini dengan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Eloklah kita berfikiran dan bertindak sebagai sasterawan dan penulis yang melihat sesuatu dengan perasaan yang halus dan mulia. Kita berbeza dengan para politikus, kerana mereka boleh menghalalkan apa sahaja, hatta Mesyuarat Dewan Undangan Negeri di bawah pokok rendang.
Kalau hulubalang atau pahlawan berkeris memegang besinya, kalau petani memegang bajaknya, maka sasterawan dan penulis menggunakan fikiran dan budi mereka.
Dan jika Kami kehendaki pastilah Kami hapuskan pengelihatan mata mereka dan mereka meraba - raba (mencari) jalan; maka betapakah mereka dapat melihat.
Dan jika Kami menghendaki, pasti Kami mengubahkan kedudukan mereka dari tempat merek berada, mereka tidak sanggup berjalan lagi dan tidak kembali (ke tempat itu).- Yasin: 66, 67
HADIS
BOROS
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya Allah Taala reda (suka) bagi kalian, tiga perkara dan membenci kalian tiga perkara; suka jika kalian menyembah-Nya dan tidak menyengutukan-Nya dengan sesuatu dan berpegang teguh dengan Quran tali ikatan kalian semua dan tidak bercerai berai. Dan membenci kalian daripada banyak bercakap, banyak bertanya dan memboroskan harta.
- Perawi: Abu Hurairah dan Imam Muslim.
PETUA
Jika anda mengikut ajaran Islam dengan benar dan kental iman, anda tidak mengikut petunjuk dan pengaruh orang kafir (yang tidak sesuai di segi Islam), kerana mengikut petunjuk dan pengaruh orang kafir, anda akan menerima akibat seperti mendengar cakap orang terjun masuk lubuk.
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) - Demi memastikan kedaulatan Bahasa Melayu dijunjung sekaligus membantah dasar Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang jelas mengundang '1001 masalah' kepada para pelajar khususnya di luar bandar, orang ramai diseru untuk sama-sama menyatakan sokongan dan menyertai 'Himpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI' pada 7 Mac ini (Sabtu).
Menurut Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Hasini Abas, perhimpunan akan diadakan di tiga lokasi bermula 2.00 petang iaitu Pusat Perniagaan SOGO, Central Market dan Masjid Negara yang kemudiannya berarak ke Istana Negara untuk serahan memorandum.
"Bagi memudahkan perjalanan himpunan ini maka semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam untuk hadir dalam himpunan ini. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang.
"Kawalan keselamatan akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit himpunan telah dipohon kepada Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Peserta adalah dilarang samas ekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan," katanya dalam satu kenyataannya yang terdahulu.
Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato A.Samad Said, Dato Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato Nik Safiah Karim, dan diikuiti pemimpin terkenal Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi.
Warna tema himpunan pada hari tersebut ialah 'putih' dan peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI, katanya.
"GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP.
"GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul dihadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang," katanya.
(Berita ini diambil dari Harakahdaily, 4 Mac 2009)
Awang Sarian, Wong Kampung, Samad Said dan Hassan Ahmad
Banyak bijak pandai;
yang dipakai, yang memandai - mandai
kononnya nampak lebih pandai
dari yang pandai - pandai
sebenarny 'gagak mengaku punai'.
Jangan salahkan songkok di kepala,
sepatu di kaki keran dipakai mengikutnhati sendiri..
- Dr. Ibrahim Ghafar
Pada hari Sabtu minggu ini, mereka dan pejuang bahasa Melayu akan berada di Istana Negara untuk menyertai perhimpunan Gerakan Mansuhkan PPSMI. Mereka tidak rela melihat bahasa kebangsaan (Melayu) diperkotak-katikkan oleh mereka yang kononnya memperjuangkan “agama, bangsa dan negara” tetapi gagal mempertahankan peruntukan Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Melayu).
Berita
Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada kerajaan untuk membatalkan pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Jika gagal, ia bercadang untuk mengambil tindakan serius terhadap kerajaan termasuk mempertikaikan dasar itu di mahkamah, lapor Bernama.
Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin.
"Menteri Pelajaraan boleh cakap kami beremosi.
"Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat Bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan," katanya selepas majlis makan malam Gapena bersama media malam tadi.
Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek itu kepada Bahasa Melayu.
"Kami bersedia untuk mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf.
Pada majlis yang sama, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan akhbar Utusan Malaysia menerima anugerah sulung Anugerah Citra Gapena.
Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di bawah pokok rendang, tidak jauh dari Bangunan Darul Redzuan - di dalamnya DUN sebenar. (Gambar dari Berita Harian online)
IPOH - Beberapa jam sebelum Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak tidak booleh diadakan dan kalau di adakan tidak sah, Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar telah memimpin sidang tergempar ADUN, di bawah pokok, tidak jauh dari Bangunan Darul Redzuan, pada pagi semalam. Semua ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat - DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS telah hadir.
Dalam sidang tergempat itu semua ahli Dewan telah mengangkat tangan menyokong usul yang dibawa ke dalam sidang tersebut. Punca yang rapat dengan istana Sultan Perak memberitahu, bahawa sidang bawa pokok itu sebagai menyindir Sultan Perak dan mengikut adat istiadat Melayu, bahawa perbuatan itu satu penderhakaan kepada Sultan. Sidang Dewan Undangan Negeri di bawah pokok itu menjadi catatan sejarah Malaysia dan Negeri Perak. Catatan itu sama dengan catatan dalam sejarah: * Cerita legenda 'Hang Jebat menentang Sultan Melaka kerana setianya kepada kawannya Hang Tuah'. * Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar dan para pengikutnya menentang Raja Melayu bersabit dengan isu cadangan beliau untuk melantik Timbalan Pesuruhjaya Tinggi PTM dari anak Melayu. * Segolongan orang Melayu Perak memaki hamun Sultan Yusuf Abdul Aziz Shah (1938 - 1948) kerana menandatangani warkah persetujuan penjajah Inggeris menubuhkan Malayan Union pada 1946. * Para ahli UMNO Selangor yang diketuai oleh Tan Sri Mohammad bin Mohd. Taib menanggah Sultan Selangor, Sultan Salahudin Abdul Aziz kerana kes kapitan Cina'. * Dr. Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Ghafar Baba dan para pengikut mereka melaung kata-kata derhaka kepada Sultan Johor dan Sultan Kelantan yang kemudiannya Parlimen memutuskan 'menghapuskan immunity (kekebalan) Raja Melayu. Setelah merenung jauh ke hadapan, krisis politik di Perak yang berlarutan, maka amat patut Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, timbalan beliau, Dato Seri Najib Tun Razak dan Majlis Raja-Raja Melayu bersama dengan Suruhanjaya Kehakiman Malaysia mencari ikhtiar bagi menyelesaikan isu atau masalah tersebut. Setiap yang bertanggungjawab, mestilah ambil kira, keributan atau pergolakan golongan dalam parti-parti politik yang meraung tidak puas hati kepada Sultan Perak, sebilangan besar rakyat yang tidak berparti politik berada dalam keadaan seperti 'arnab lapar dalam hujan'. Kita yang menyanjung 'Islam Agama Persekutuan' (Pelembagaan), hendaknya mematuhi firman Allah dalam Quran yang bermaksud: Taatkan Allah, taatkan Rasul, dan ulil amri (orang yang berkuasa memerintah), jika berlaku perselisihan, kembalilah kepada Allah dan rasul (Quran dan Sunnah). Bagaimana pendapat Mufti Perak, Dato' Sri Harussani Zakaria dan Majlis Mufti Malaysia? Bukankah masalah ini menjadi tanggungjawab semua yang diberi tanggungjawab di negara ini?
Hai orang - orang yang beriman, jangan kalian mengambil musuh Akudan musuh kalian (orang kafir) menajdi pemimpin. Kalian menunjukkan kepada mereka kasih sayang, sedangkan mereka menyangkal kebenaran yang telah datangkepada kalian, dan mereka mengusir rasul (Nabi Muhammad) dan kalian keran kalian beriman kepada Allah, Tuhan kalian. Kalau kalian pergi berjuang pada jalan Aku dan mencari keredaan - Ku, kalian menyetakan kasih sayang kalian kepada mereka dengan rahsia, sedangkan Aku mengetahui apa yang kalian sembunyikan dan apa yang kalian terangkan. Dan siapa di antara kalian yang melakukan demikian, sesungguhnya diatelah tersesat dari jalan yang betul - Al Mumtahanah: 1
PEMIMPIN
MELUKIS
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Mereka yang melukis gambar (mengukir timbul imej makhluk bernyawa sepertri patung, seperti togu Negara) akan disiksa pada hari kiamat, dan diperintahkan supaya menghidupa apa yang dilukis (ukir) itu.
- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim,
PETUA
DOA
Para ulama mursyid berpesan, walaupun kamu pandai berdoa dan doa kamu sering dikabulkan Allah, jangan kamu berdoa untuk orang kafir dan membaca doa di tengah orang - orang kafir yang sedang marahkan orang Islam, kamu akan mendapat bala.
IPOH, 3 Mac (Hrkh) - Sidang tergempar DUN telah diadakan di bawah sepohon pokok berdekatan tempat letak kereta di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Speaker tidak dibenarkan masuk pagi tadi
Sidang itu dikendalikan dan dipengerusikan sendiri oleh Speaker DUN V Sivakumar dan meminta orang ramai yang hadir meyaksikan 'acara penuh sejarah' itu agar tidak menepuk tangan ataupun memberi sorakan. Siva meminta mereka yang dianggarkan kira-kira 300 orang supaya menghormati sidang DUN itu.
Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.
Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.
Kira-kira jam 10.20 pagi usul pertama yang dibentangkan bahawa menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah diluluskan dengan sebulat suara.
Ipoh -Perasaan geram, marah, kecewa dan ingin terus berkuasa menjadi laksana pepohon berbunga dalam hati setiap diri para ahli dan penyokong parti - parti pembangkang - DAP, PKR dan PAS - Pakatan Rakyat, pada ketika mereka berkumpul di hadapan pintu utama Bangunan Darul Redzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang, dalam Bandaraya Ipoh, yang ditutup, pada pagi ini. Polis FRU berkawal ketat sekitar jalan masuk ke bangunan yang mengandungi pejabat Menteri besar, Speaker, pejabat-pejabat dan Dewan Undangan Negeri itu. Jika polis tidak berkawal entah apa akan terjadi kepada bangunan tersebut. Ratusan rakyat Sultan Perak yang terdiri dari berbagai kaum, datang membatah pintu utama bangunan itu ditutup dan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri yang dipanggil oleh Speaker V.Sivakumar gagal diadakan dalam dewan keramat itu, sebaliknya di adakan di bawah pokok. Sidang itu dihadiri oleh Dato' Sri Mohamed Nizar Jamaluddin (Menteri Besar yang diberhentikan oleh Sultan) dan semua ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat. Mereka yang berhimpun itu tidak mengganas, tetapi telah mengeluarkan kata-kata parti yang sering dijerit dan dilaungkan oleh orang-orang yang terlalu marah. Saya melihat, sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi (atau lebih aras), usaha dan tindakan para ahli dan penyokong parti-parti pembangkang itu tidak akan berjaya. Buat masa ini kekuatan Sultan Perak dan kerajaan mengatasai kekuatan mereka yang tersingkir itu. Difahamkan, pihak polis sedang mengekori individu-induvidu yang menjadi 'master mind' peristiwa pagi ini dan polis juga mencari individu yang mengeluarkan maki hamun kepada pihak polis. Para penulis dan pemerhati politik berpendapat, peristiwa itu tidak mencerminkan perjuangan jihad atau mengikut Islam, sebaliknya hanya bertujuan unjtuk mempertahankan kuasa yang sedang terlepas dari tangan. Bagi orang Melayu yang di atas pagar - tidak menyertai mana-mana parti politik - Barisan anggota-anggota Exco di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato Dr. Zabry Abdul Kadar lebih menguntungkan orang Melayu berbanding dengan barisan anggota Exco PKR pimpinan Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin.