Saturday, April 26, 2008

Wang Yayasan Perak


IPOH, Sabtu - Kerajaan negeri Perak dan Badan Pencegah Rasuah akan diminta menyiasat kedudukan kewangan Yayasan Perak lebih RM 1 juta dikeluarkan untuk menerbitkan filem sejarah ‘Pasir Salak’ pada zaman Menteri Besar, Tan Sri Ramli Ngah Talib, tetapi hingga kini filem itu belum wujud.

Ketua Persatuan Penulis dan Pemiat Sastera Perak (PENTAS), Osman Bakar memberitahu, bahawa pihaknya ingin tahu mengenai projek fiem sejarah ‘Pasir Salak itu .

“Wang Yayasan itu, wang rakyat, macam mana wang dikeuarkan tetapi projek tak jadi, ke mana wang itu dibelanjakan?” tanya Osman Bakar.

“Setahu saya filem itu akan diterbitkan oleh Jin Shamsuddin pada masa itu, tetapi hingga kerajaan Perak telah berubah, filem itu bekum diterbitkan lagi,” katanya.

“Saya harap Kerajaan Perak dan Badan Pencegah Rasuah siasat perkara itu," tambahnya.

Difahamkan, wang yayasan itu dikeluarkan pada masa Ketua Eksekutifnya, Dato Anuar Zaini yang kini pengerusi BERNAMA.

Pada masa Ramli Ngah Talib Menteri Besar Perak, beliau telah memberitahu kepada seorang penulis, bahawa beliau sedih, kerana filem itu gagal diterbitkan, sedangkan wang Yayasan Perak hilang begitu sahaja.


No comments: