Sunday, April 27, 2008

Empat Negeri Pembangkang

Oleh: Noor Iskandar

Perdana Menteri dan Presiden UMNO – BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh disalahkan kerana empat negeri – Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah terlepas kepada parti-parti pembangkang.

Nasib negeri - negeri itu disebabkan Menteri Besar, Ketua Menteri dan wakil-wakil rakyat (ketua bahagian parti) tidak menjalankan tanggungjawab, mengabaikan amanah kepada orang ramai dan mencerca ulama..

Negeri Selangor disebabkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, sebilangan anggota Exco dan wakil rakyat (ketua bahagian) melakukan perbuatan berlawanan dengan kehendak rakyat, adat Melayu dan agama Islam.

Di antara perkara-perkara tersebut:

  1. Menteri Besar dan Kerajaan Selangor tidak berjaya menyelesaikan masalah setinggan di seluruh negeri itu.Mereka meruntuh rumah-rumah setinggan dan merunruh surau di kampung Beremabang, dekat Jalan Ampang.
  2. Pada satu masa dulu Khir Toyo telah mencerca Datuk Nik Azis Mursidul ‘am PAS dengan menuduh beliau memberi syarahan di masjid atau surau di Negeri Selangor, tetapi sebenarnya Nik Aziz tidak pernah melakukan demikian.
  3. Para pegawai dan kakitangan kerajaan marah kerana Khir Toyo melakukan ‘membawa sial’ kerana menghadiahkan penyapu kepada Pengerusi Majlis Daerah Hulu Selangor, Encik Tukiman Nail pada 13 November 2007.
  4. Kerajaan Selangor merobohkan tokong Hindu di Asam Jawa yang menyebabkan pengundi-pengundi beragama mengundi parti Pembangkang.
  5. Terdapat ketua-ketua bahagian tidak membelanjakan dengan betul akan wang peruntukan pilihan raya ke -12.
  6. Sebelum Pilihan Raya Umum ke -12, ada ahli Dewan Rakyat skandal dengan isteri orang, sehingga gambar mereka disiar dalam sebuah surat khabar.

Kejatuhan Negeri Pulau Pinang disebabkan Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan sebilangan anggota Exco negeri itu seperti lebih mengutamakan golongan korporat daripada golongan bawahan termasuk setinggan, penarik beca dan penjaja.

Di antara diabaikan oleh Kerajaan Pulau Pinang di bawah Koh, ialah:

  1. Tidak mengambil langkah positif untuk mengatasi masalah setinggan, penduduk-penduduk ats tanah perkuburan dan mereka yang tidak berumah.
  2. Nasib penarik beca terabai dan mereka hidup di bawah kerajaan negeri itu sebagai pendatang asing.
  3. Sebilangan ahli GERAKAN yang cenderung kepada sosio-demokratik atau sesuai dengan fahaman mereka.
  4. Kerajaan Pulau Pinang mengabaikan kebersihan kawasan persekitaran termasuk suangai-sungai di pulau itu.
  5. Penduduk-penduduk Melayu rasa kecil hati kerana banyak kawasan kediaman mereka sejak zaman Persekutuan Tanah Melayu telah diambil oleh kerajaan negeri dan di keluarkan kepada pemaju-pemaju seperti yang telah berlaku di Tanjung Tokong.

Selain dari kelemahan Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli dan sebilangan anggota Exco kerajaan negeri itu, terdapat perkara yang menjadikan rakyat (pengundi-pengundi) rasa jemu menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Di antara yang menjadi sebab, ialah:

  1. Kelemahan Tajol Rosli sebagai pemimpin dan ketua yang mentadbir negeri itu.
  2. Walaupun beribu lesen pembalak (tukul besi) dikeluarkan dan pemiliknya terpaksa membayar lebih RM300 setahun kepada Pejabat Perhutanan Negeri, tetapi yang mendapat kawasan balak orang-orang tertentu sahaja.
  3. Kemunduran Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP); banyak tanah komersial terlepas kepada pemaju-pemaju bukan Melayu, dan dikatakan banyak pula tanah dicaveatkan oleh pembeli-pembekli yang belum menyempurnakan bayaran.
  4. Kilang simen di Padang Rengas usahasama PKNP dengan syarikat lain, tetapi kemudiannya kilang itu terlepas dari perbadanan itu.
  5. Penutupan lapangan terbang yang dilihat oleh rakyat, bahawa kerajaan Perak gagal mencari jalan untuk membuka semula.

Manakala Negeri Kedah yang kini dikuasai oleh PAS, disebabkan Menteri Besar dan para Exco kerajaan negeri itu ‘lemah’ menjalankan tanggungjawab kepada negeri dan rakyat.

Di antara sebab-sebab yang mengakibatkan UMNO -Barisan Nasional berputih mata, ialah:

  1. Dalam keadaan negeri kekuarangan Wang, tetapi kerajaan telah membelanjakan banyak wang dengan tujuan yang tidak penting, termasuk mengadakan lawatan ke luar negara kerana mencari pelabor.
  2. Pembangunan dalam Bandaraya Alor Setar (seperti diberitahu oleh pihak Dewan Bandaraya) tidak dapat dibangunkan dengan lancar kerana campur Tangan Menteri besar, akibatkan.
  3. Kerana pengaruh PAS lebih kuat dari UMNO di negeri itu, maka percakapan atau kata-kata wakil rakyat dan pihak bahagian - bahagian dan menentang usaha parti PAS menegakkan negara Islam menjadikan pengudi-pendundi memilih parti pembangkan yang berjuang untuk menegakkan Negara Islam.
  4. Bantuan kepada mangsa Tsunami tidak berjalan dengan licin dan menimbulkan banyak sungutan.
  5. Campur tangan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pilihan Raya Umum ke-12 menjadi penyebab pengundi-pengundi memilih parti-parti pembangkang.
  6. Peranan Dr. Mahathir Mohamad mengkritik atau merendah-rendahkan kewibawaan Abdullah Badawi sehingga timbul kesalahna beliau sendiri (membuka pekung didada) pada sepanjang masa memegang jawatan Perdana Menteri dan bagi pengundi-pengundi menyangka Abdullah Badawi yang salah.
  7. Ada khabar angin yang tersebar di kalangan orang ramai, kononnya, wakil rakyat skandal dengan isteri orang.

Setelah meneliti dan mengkaji kesilapan di atas, maka mereka siapa pun dapat belajar, bahawa inividu-individu yang ‘menyembunyikan kesalahan sediri’ dengan tidak silu-silu menyalahkan pucuk pimpinan parti.

Elok dimenungkan sebagai ‘orang bijak’; Abdullah Badawi telah memegang jawatan Perdana Mengeri kira-kira empat tahun, beliau terpaksa memikul segala macam kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang lalu, yang berkuasa sejak tahun 1980-an.

Nasib Abdullah Ahmad Badawi sama dengan orang yang membeli rumah lama atau kereta terpakai yang rosak lebih banyak dari yang baik

No comments: