Sunday, April 27, 2008

Bolehkah Anwar Ibrahim jadi PM..?


Oleh: Raja Razman Shah

KUALA LUMPUR - Hajat bekas Timbalan Perdana Menteri dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri setelah beliau menang kerusi dalam pilihanraya kecil atau Pilihan Raya Umum lima tahun lagi, tidak akan tercapai kerana Raja-Raja Melayu akan menimbangkan banyak aspek untuk berkenan melantik seseorang pemimpin negara.

Dari kalangan Raja-Raja Melayu difahamkan, bahawa Raja-Raja Melayu amat teliti untuk memilih seseorang untuk menduduki kerusi Perdana Menteri, kerana mereka tetap berpegang kepada prinsip kebudayaan dan agama Islam.

Menurut kalangan itu, siapa sahaja orang Melayu dari parti yang menang besar boleh dilantik menduduki kerusi Perdana Menteri, tetapi orangitu mestilah tidak ada perkaa-perkara yang bercanggah dengan kebudayaan, agama dan undang-undang.

Seseorang yang akan diterima menjadi Perdana Menteri, mestilah seorang Melayu dan Islam seperti Menteri Besar di tiap-tiap negeri, seorang lelaki; tidak perempuan dan tidak khunsa, seorang yang tidak pernah dihukum atas kesalahan jenayah termasuk rasuah, kalau telah dihukum pun hendaklah ada pengampunan oleh mana-mana Raja Melayu.

Oleh kerana orang perempuan tidak akan diterima oleh Raja-Raja Melayu untuk menjadi Perdana Menteri, Maka isteri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan (PKR), Datin Wan Azizah Ismail tidak akan dapat menduduki kerusi tersebut.

Sementara itu Raja-Raja Melayu yang memandang serius akan perpecahan orang Melayu, mahu setiap pemimpin Melayu dalam parti-parti politik – walau berlainan ideologi - , hendaklah menerima Islam sebagai amalan bernegara dan dalam masyarakat majmuk.

“Kami percaya, ketuanan dan keistemewaan orang Melayu akan hilang dan Raja Melayu akan tidak bererti, kalau negara diperintah oleh parti politik yang mengamalkan konsep sosialis atau sosio-demokrasi seperti PAP Singapura atau menolak Islam,” kata kalangan itu.

“Selagi Islam ada, orang-orang bukan Melayu di negara ini diterima dan dilayan sama dengan orang Melayu, tetapi kebudayaan Melayu dan agama Islam mestilah menjadi perkara utama,” katanya.

“Perlembagaan dan undang-undang mestilah dipatuhi dan dihormati oleh semua rakyat negara ini,” tambah kalangan itu.

No comments: