SEJARAH SELANGOR
Shah Alam, Selasa - Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Selangor akan menerbitkan tiga buku, iitu ‘Sejarah Selangor Moden ;1957 Ke Ambang Milinia Baru’, ‘Tokoh Wanita Selangor’ dan ‘Sejarah Daerah Sabak Bernam’, demikian menurut pengerusi, Haji Mohd. Said Haji Mohd. Razi.
Tiga buah buku itu ditulis oleh anggota sebuab penal dan editornya, terdiri dari Dr. Mohd. Yusof Ibrahim, Mardiana Nordin dan Dato Dr. Yusof Hassan.
Pada hujung tahun ini, sebuah buku ‘ Sejarah Hulu Langat’ akan diterbitkan.
Persatuan itu akan bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Selangor mengadakan ‘Seminar Penghayatan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah’, pada bulan 23 Mei nanti.
DR.MAHATHIR PEMBOHONG?
Putrajaya, Selasa – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ‘ tak sabar’ marahkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah disifatkan oleh seorang wartawan kanan di Negara ini, sebagai ‘melakukan pembhongan’.
Wartawan itu, Datuk Hishamuddin Aun, Ketua Pengarang Kumpulan New Starits Times telah menulis dalam laman ‘Kaca Mata’, Berita Harian (27 April), telah menekankan, ‘ … jelaslah dalam soal ini, Dr Mahathir melakukan pembohongan’.
Hishamuddin Aun telah menulis mengenai Dr. Mahathir Mohamad telah bercakap dalam temu bual dengan pengacara, Hard Talk, Stephen Sackur, melalui saluran BBC yang disiarkan peda petang Isnin lalu.
Dalam temu bual itu, Dr. Mahathir Mohamad telah membelasah Abdullah Ahmad Badawi secara ‘tidak berlapik’, tetapi semua yang dicakapakan itu menimpa dirinya sendiri atau membuka pekung di dadanya.
Stephen Sucker telah bertanya betubi-tubi kepada Dr. Mahathir Mohamad sehingga bekas Perdana Menteri itu tercungap-cungap dan tidak dapat menjawab dengan sempurna.
Semua Pertanyaan yang diasak oleh pengacara Had Talk itu telah mendedahkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh Dr. Mahathir Mohama selama 22 tahun beliau berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Hishamuddin Aun menulis mengenai akhbar minguan The Edge yang antara lain telah mededahkan Perkelahian Dr Mahathir Mohamad dengan Timbalannya, Tun Musa Hitam, pemecatan dan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemecatan ke atas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan mengadakan kuota 30 pertaus pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO.
Sementara itu, kalangan ulama di Kuala Lumpur dan Selangor tekah menasihatkan Dr. Mahathir Mohamad, “Pada masa tangga kata pergi dan kubur kata mari, berhentilah mencerca dan mengupat orang lain …, baiklah bertobat kerana dosa-dosanya kepada orang ramai sangat banya,” kata seorang ulama tua yang tidak mahu disiarkan namanya.
HAMPA TAK DAPAT AP
Kuala Lumpur, Selasa - Seorang peniga Melayu – berniaga kereta import di Sentol di sini, kecewa kerana selama lebih 15 tahun berniaga tidak pernah mendapat AP, walaupun rayuan telah dibuat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya.
Peniaga yang beasal dari Bagan Seri, Perak itu tidak mahu disiarkan namanya, telah mengimport kereta-kereta mewah dari luar Negara, tetapi terpaksa disimpan ‘baunded’ kerana tidak ada AP.
Peniaga tersebut mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk mendapatkan AP, iaitu modal, bangunan sendiri dan kawasan tempat pameran - simpan kereta dan menjadi wakil dari syarikat-syarikat mengeksport kereta di luar Negara.
“Pada masa Dato Rafizah Aziz menjadi Menterei Perdagangan Antarabansa dan Industri, saya telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan AP, tetapi tidak mendapat jawapan …,”katanya.
“Kalau yang terakhir saya membuat permohon kepada Pengerusi Jawatankuasa yang mengagih AP, Datuk Mohd.Najib Tun Razak dan salinannya kepada Perdana Menteri, tetapi kena tolak juga,” katanya.
“Saya pun tak tahu mengapa permohonan saya tak dilayan, sedangkan syarat untuk mendapatkan AP telah ada …, tapi syarikat atau orang yang dah banyak AP, di beri AP lagi oleh kerajaan, ”katanya dengan sedih.
Dia memberitahu, untuk menjual keretanya, dia terpaksa menyewa AP dari orang lain dengan bayaran yang tinggi, kalau tak menyewa AP tidak dapat berniaga.
Menurutnya, pernah ada orang-orang tertentu telah mendatanginya dan meminta wang yang banyak kepadanya kalau mahu permohonannya diluluskan tetapi dia tidak dapatr menunaikan permintaan mereka itu.
Peniga ini adalah dari sebilangan peniga kereta Bumiputera yang kecewa mendapatkan AP.