Friday, June 15, 2012


Berita dalam 'sinar Harian', pada hari ini. 


DR MAHATHIR MOHAMMAD 

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang memberi jaminan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak akan berhadapan dengan nasib dialami dua pemimpin negara Arab digulingkan, Hosni Mubarak dan Muammar Gaddafi.
Hosni digulingkan awal 2011 manakala Muammar akhir tahun lalu. Minggu lalu, mahkamah khas Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Hosni.
"Biar saya beri jaminan kepada Perdana Menteri Malaysia yang keempat bahawa beliau tidak perlu bimbang beliau akan mengalami nasib Gaddafi (pemimpin Libya) dan Mubarak (bekas presiden Mesir)," kata Kit Siang dalam satu kenyataan media menerusi blognya hari ini.
Penasihat DAP berkata, beliau juga tidak mahu melihat Dr Mahathir masuk penjara, tetapi sekurang-kurangnya tidak menghalang siasatan penuh berkaitan dengan skandal politik dan kewangan ketika 22 tahun kepimpinannya.
-----------------------------------
Mana- mana kerajaan yang dipimpin dan dikendalikan manusia - manusia berbagai agama - mementingkan keadilan. Untuk melaksanakan keadilan, siasatan dan pengadilan perlu dilakukan kepada ssiapa sahaja yang dianggap atau disangka (tersangka) melakukan kesalahan - kesalahan pada masa memegang kuasa. Untuk menghukum, terpulang kepada hakim dan untujk melaksanakan hukum tergantung kepada pemimpin tgertinggi negara.

Tetapi, sebgai orang Islam dan mukmin, kita kena sedar, kesalahan seseorang Allah melihat, walaupun sebesar zara (atom). Hukuman dari pemerinta , hanaya di dunia.

Maka Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu' tak usah takut, kalau beliau tidak melakukan kesalahan.

No comments: