Saturday, June 2, 2012



Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.

PAS MESTI KERJASAMA DENGAN UMNO

Saya menghormati dua buah parti orang Melayu dan orang Islam, iaitu UMNO dan PAS. PAS lahir pada 1951, dari orang - orang alim dalam UMNO yang keluar dari parti tersebut.Ertinya PAS anak kandung, atau anak gtiri atau anak angkat UMNO.

Maka, saya tidak setuju kalau PAS melaungkan suara bersemangatnya ke langit zaman ini, yang ia akan menggantikantempat UMNO memerintgah negara ini, kerana, kalau PAS memerintah sendiri, akan banyak masalah timbul. Iaitu dari musuh luar dan musuh dalam. Banyak perbezaan fikiran dan pegangan mazhab dalam PAS dan ramai pula yang menyertai PAS, hanya menganggap UMNO lebih musuh darfi segala musuh.

Saya amat berharap, PAS dan UMNO saling bekerjasama. Ertinya , PAS tidak menyuertai BN tetapi bekerjasama dengan UMNO. Bekerjasama akan memberi banyak manfaat kepada negara dan rakyat.

Kalaulah pilihanraya akan datang, UMNO - BN menang dan berkuasa semula di negara ini, ia tidak akan dapat menmcapai kejayaan dalam pembangunan, kerana negeri - negeri yang dikuasai oleh PAS dan parti - parti lain, kerajaan UMNO - BN tidak dapat membangun, terutama mengenai kawasan - kawasan tanah negeri (state lands).

Maka, yang paling baik, kerajaan Malaysia dan negeri - negeri berkongsi bersama UMNO dengan PAS. UMNO sebagai pemimpin kepada parti - parti politik dalam BN. Dan PAS sebagai pemimpin bagi parti -parti politik bersamanya.

Semua parti politik yang tidak mementingan Melayu dan Islam, hendaklah akur dengan negara ini yang ada Yang Dipertguang Agong dan Raja -Raja Melayu, yang memegang kauasa Ketua Adat Istaidat Melayu dan agama Islam.

No comments: