Tuesday, April 10, 2012





Hisham Suhaily Othman was tagged in Asfanizam Abdullah's photo. — with Orenji Ren Oren and 48 others.

BEKAS MB KEDAH MAHATDIR KALID MENYELEWENG WANG STDC KEDAH RM 7.5 JUTA UTK KEPENTINGAN PARTI BUKAN UTK MENOLONG RAKYAT.... Dalam Sidang DUN baru-baru ini, Dato� Amiruddin Hamzah mendedahkan bagaimana STDC telah membelanjakan RM7.5 juta sebagai sumbangan, walhal ianya tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai. Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen terlalu banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia � RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah � RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok � RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap � RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka � RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap � RM26,150.00 (01.01.08). Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap � RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap � RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno � RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap � RM21,700.00 (15.02.08). Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08). Banyak lagi pembayaran yang disifatkan oleh Audit sebagai �tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC�.

CERPEN PENULIS KHAYALAN

Kalau betullah kisah ini, saya amat terkejut, kerana, setahu saya, di antara para Menteri Besar di Malaysia ini, MB Kedah, Dato Seri Mahatdir Khalid orang yang paling mempertahankan amanah; sama ada pada Allah, pada dirinya, isteri dan anak - anaknya, kerajaan Negeri Kedah, rakyat jeolata negeri terdebut.
Saya berharap kisah ini tidak benar; maca cerpen penulis khayalan sahaja. - mokhtar petah

No comments: