Sunday, April 8, 2012



BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI.


 SAYANG SHARIZAT

Sambil menyifatkan beliau seorang yang optimis dan percaya pada 'qada dan qadar", Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengakhiri tugas rasmi sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini, berjanji akan terus mencurahkan khidmat ke atas kumpulan sasar walaupun tanpa jawatan Kabinet.

“Saya akan teruskan khidmat saya terhadap kumpulan sasar kementerian walau di mana saya berada kerana saya amat menyayangi mereka.

“Walaupun tiada jawatan, tidak bermakna saya tidak boleh meneruskan khidmat saya kepada mereka. Saya akan terus berkhidmat,” kata beliau pada sidang media terakhirnya sebagai menteri Kabinet, di Masjid Wilayah Persekutuan sekitar jam 4.30 petang tadi.

Sesungguhnya pejuang yang baik, walaupun bekerja tidak dapat alauns atau bayaran, terus berjuang juga dengan ikhlas dan tawakal. Jangan menjadi seperti kebanyakan orang - orang besar dalam UMNO, masa ada kedudukan, ada alauns berjuang dengan pemnuh semangat, bercakap melaung - laung ke langit zaman, tetapi bila telah hilang kedudukan, hilkang semangat dan seperti penyu merajuk ke Tanjung Hantu.
Sayang Sarizat,
Juangnya tergangu - gugat,
Dik sayang kasih suami sendiri,
Walau menangis berladung air mata,
Hendak buagt macam mana,
Dugaan dati Tuhan,
Perlu ada kesabaran.

No comments: