Saturday, June 7, 2008

KELAB TASIK PUTRAJAYA

Putrajaya: Kelab Tasik Putrajaya telah mengambil tindakan membatas kredit (hutang makan minum) ahli-ahlinya sekadar RM500.00 sahaja, berkuat kuasa pada 15 Jun ini.

Tindakan itu telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasanya Bil.2/2008.

Pemberitahuan itu terkandung dalam ‘Surat Peringatan Penting’ yang dikeluarkan oleh kelab itu kepada semua ahlinya, tanggal 26 Mei 2008 dan ditandatangani oleh Pengurusnya, Encik Shamsul Kamar b. Mohd Yusof.

Menurut kenyataan, bahawa mana-mana ahli kelab yang hutangnya melebihi RM500.00, maka semua kemudahan kredit dan kemudahan-kemudahan lain akan digantung.

Ahli Jawatankuasa bersama Pengerusi,

Tan Sri Shamsuddin Osman.

Pada masa lalu ahli kelab itu boleh berhutang makan minum dan kemudahan lain tanpa sekatan. Ada beberapa orang ahlinya telah tidak menjelaskan hutang dan tidak berkunjung ke kelab itu lagi.

Kelab itu juga telah melantik sebuah syarikat untuk memungut hutang tertunggak daripada ahli-ahlinya.

Kelab tersebut di bawah naungan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pengerusinya. Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsuddin bin Osman.

No comments: