Friday, March 11, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN




SERU DENGAN HIKMAH


Seru – ajak – suruh – umat manusia kepada jalan Penguasa – Allah – anda – hair Muhammad s.a.w. – dengan pengajaran dan nasihat yang baik – termasuk brain wash – dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; ssaungguhnya Penguasa – Allah – anda itu Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dilah yang lebih mengetahui akan orang – orang yang mendapat hidayat – petunjuk.
– An Nahl: 125.



HADIS

PAKAIAN

Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian menyerupai perempuan – termasuk memakai inai dan emas – dan Allah juga melaknat perempuan yang memakai pakaian menyerupai lelaki – Perawi: Imam Abu Daud dan Imam Ahmad.





----------------------------------------


MENCARI MELAYU ASLI

Sekarang, telah menjadi penguatg nafsu - jahat dan keji - pada kebanyakan orang Melayu sehingga mereka menjadi orang yang tidak berakhlak dan jahil akan ilmu pngetahuan yang bersifat internasional, itu membambikit asal usul atau keturunan pemimpin negara dan negeri - negeri.
Mereka mempertikaikan Tun Dr Mahathir Moahamad dan MB Perak, Dato' Seri Zambir Abdul Kadir keturunan orang India Islam atau mamak.
Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan dengan huikmatt dan arahan Allah, bahawa ketuanan Arab di hapuskan, bangsa Arab digunakan selagi bangsa itu menerima agama Islam, dan semua bangsa dianggap mulia di sii Allah, selagi bangsa itu, beragama Islam, beriman kepada Allah, bertakwa kepada Allah, beramanah dan berakhlak mulia.
Di Malaysia ini tidak ada lagi orang Melayu Asli (iaitu anak Melayu keturunan dari Tanah Semenanjung Melayu ini) yang menjadi pemimpin. Sejak zaman berzaman, kebanayakan Raja Melayu dan pemimpin dari keturunan orang Melayu di luar Tanah Semenanjung Melayu, iaitu orang Melayu Nusantara, iaitu Patani dan kepulayan Melayu atau Nusantara.
Dalam Nusantara ada orang Melayu Pattani, orang Melayu Aceh, orang Melayu Minangkabau, orang Melayu Jawa, orang Melayu Banjar,orang Melayu Siak, orang Melayu Rawa. Orang Melahyu Mendahiling, orang Melayu Bugis.
Raja - Raja Melayu:
Kedah keturunan orang Iran - Pattani.
Perak, orang Melayu Aceh dan Minangkabau.
Kedah, Melayu - Parsi atau Iran.
Perlis, Melayu - Arab.
Selangor, orang Melayu Bugis.
Pahang, orang Melayu Bugis.
Terengganu, orang Melayu, Pattani dan Arab.
Kelantan, orang Melayu Pattani.
Negeri Sembilan, orang Melayu Pagar Ruyung atau Minangkabau.
Johor, orang Melayu Bugis.
Semua pemimpin Melayu di negeri - negeri tidak terdiri dari orang Melayu Asli. Mereka dari berbagai keturunan seperti Raja Melayu juga.
Orang - orang Melayu Asli Selangor telah tidak ada di tengah padang, mereka terepinggir di Hulu Selangor. Orang Melayu Asli Perak terbuang ke tebing sungai Perak. Orang Melayu Kedah, terpinggir entah ke mana. Dan begitulah juga orang Melayu di negeri - negeri lain.
Menurut Pertembagaan adalah penting bagi orang Malaysia. Kita harus terima pemimpin dari orang Melayu: DKK, DCA, DCB, DCI dan DC dan DI.
Agama Islam membolehkan orang Islam menerima pemimpin dari apa bangsa sekalipun, asalkan mereka itu beragama Islam, ertinya tidak munafik dan tidak kafir.
Sekarang, yang pentingkan bagi kita, sejauhmanakan orang - orang Melayu beriman kepada agama Islam danm mempraktikan petunjuk - petunjuk Allah dalam Quran, terutama kenengaraan.
Kita bernegara apa sebenarnya? Negara nasional kapitalis, negara sosialis atau negara Islam. Kalau negara Islam mengapa segala hukum, undang - undang hudud seperti yang ditetapkan Allah dalam Quran tidak digunakan.

Thursday, March 10, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN

SEPERTI ANJING

Muhammad Rasul Allah s.a.w: ... baca – umumkan – kepada mereka berita, seorag yang Kami – Allah – kurniakan kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat – ayat Kami – kitab Allah - ,kemudian dia dia menjadikan dirinya terkeluar dari memtuhinya – ayat – ayat kitab -, lalu didiikuti oleh syaitan – orang – orang jahat dan kafir - , maka ia menjadi dari orang – orang sesat.
Dan kalau Kami - Allah – kehendaki nescaya Kami – Allah – tinggikan pangkatnya dengan - sebab mengamalkan – ayat – ayat itu. Tetapi dia cenderung kepada kepada dunia – segala kemewahan dan keburukan – dan menurut hawa nafsunya, maka bandingan dia adalah seperti anjing, jika anda menghalaunya, ia menjelirkan lidahnya termengah – mengah dan jika anda membiarkannya, ia menghulurkan lidahnya termengah – mengah. Begitulah bandingan orang – orang yang mendustakan ayat – ayat Kami – Quran dan kitab lain yang Allah telah turunkan kepada para rasul sebelumnya - , maka maklumkanlah kisah – kisah tersebut agar mereka – orang – orang yang tidak mahu mengikut petunjuk dalam Quran – berfikir.
- Al A’araaf: 175 , 176.

NOTA:
Di antara orang – orang yang disebut dalam ayat di atas, ialah seorang alim besar dan kerabat Nabi Musa alaihis salam, iaitu Qarun.
Mengikut petunjuk dalam kitab – kita Allah – segala yang mudah, seperti ibadah, tetapi petunjuk – petunjuk lain, seperti ekonomi, sosial dan politik atau kenegaraan tidak. Dia mengikut petunjuk orang – orang kafir.


HADIS

AKHLAK

Rasul Allah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Sesaungguhnya, saya dibangun – utuskan - untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak – budi pekerti - .
– Perawi: Al Baihaqi



---------------------------

"SAYA ORANG FELDA"

Beberapa orang dari dunia Felda di Pahang, setelah mendengar penceramah wanita dari Kuala Lumpur membelasah, memfitnah dan mengeluarkan kata - kata yang amat ditegahkan oleh Agama Islam - terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim seorang Islam - dalam kempen pilihan raya kecil di DUN di Pahang baru - baru ini, mereka memberitahu saya, bahawa mereka sedih dan rasa takut berdosa kerana UMNO - BN bawa perempuan celupar mulut seperti itu.
"Saya orang Felda, janganlah nak pedaya kami dengan bawa perempuan macamn tu untuk beri ucapan," kata seorang dari Felda Jengka.
"Saya orang Felda, bila saya dengar perempuan tu cakap buruk kepada pemimpin kita, saya tengok dia macam golongan isi neraka, saya langsung benci kepada UMNO," kata orang Felda dari Padang Piol.
"Saya sedih, MB Pahang bawak perempuan macam tu, dia tu belum tentu baik buruknya, kata orang tak takut dosa," kata peserta Felda Kota Gelengi.
Beberapa orang lagi memuji Anwar Ibrahim dan mengemukakan sedih kerana Najib Razak yang kuat berpegang kepada agama Islam dan adat istiadat Melayu membenarkan perempuan tersebut masuk berbohong kepada ahli - ahli Felda yang kuat berpegang kepada agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Sesungguhnya, saya tahu, walaupun diluar brlaku perpecahaan masyarakat kerana politik yang berbeda, tetapi dalam semua Felda tidak berlaku demikin.
Harap Najib Raza beri asuhan moral atau akhlakmulia kepada orang - orang UMNO. Carilah kemenangan, tetapi jangan gunakan segala yang ditegah atau dilarang Allah.
Saya khuatir, perbuatan demikian akan dilaknat Allah. Bila dilaknat Allah:
Kalau kaya, macam Qrun.
Kalau menang dan berkuasa,
macam Fir'un.
Kalau baik, macam Abu Lahab.
Kalau dihormati orang,
macam orang jahil hormat syaitan dan hantu raya.

Wednesday, March 9, 2011

MENGENANG MASA SILAM

CINTA BAPA DAN BERUK

Bapaku telah jatuh cinta kepada seorang janda beranak seorang,(Ani-bukan nama sebenar).Dia ada bau-bau bacang dengan ibuku dan tinggal sekampung – kampung seberang. Cinta bapaku kepadanya telah bersambut dan kemudian mereka berkahwin . Ibuku yang faham dengan firman Allah dalam Quran mengenai Allah membolehkan orang lelaki beristeri lebih dari seorang, maka dengan hari yang ikhlas dia reda dimadukan .

Cinta bapaku kepada Ani bermula dari seekor beruk bernama Pandak. Beruk itu dipelihara oleh seorang penduduk kampung itu. Dia telah menggunakan beruk jantan dan besar itu sebagai ’buruh haiwan’nya. Beruk itu dinamakan Pandak dan pandai mengambil buah kelapa atas pokok, mengambil buah petai dan menyelam dalam lubuk memungut siput sedut.

Tuan beruk itu sentiasa menambat Pandak dengan rantai pada sebatang tiang di belakang rujmahnya. Di bahagian atas tiang itu dibuat ran atau pondok kecil tempat Pandak berteduh. Biasanya pada waktu malam, apabila Pandak ’naik minyak’, tenaganya menjadi lebih kuat dari tenaga biasanya. Rantainya sering putus. Tiap-tiap kali rantainya putus, Pandak berkejar ke rumah Ani yang jauhnya kira-kira sesuku kilometer dari rumah tuan beruk itu. Pandak telah naik ke atas bumbung rumah Ani yang beratapkan daun rumbia kering itu.

MELOMPAT – LOMPAT GATAL

Mungkin pandak ’berkenan’ kepada janda itu. Ia telah menyelak rabung dan atap untuk melihat Ani yang sedang ketakutan dalam rumahnya. Sambil membunyikan suara ’ hok, hok, hok’, pandak melompat-lompat gatal atas atap itu. Ani menjerit dan melolong ketakutan. Setiap kali Pandak terputus rantai dan datang ke rumah Ani, tuan beruk itu telah datang menangkapnya dan dibawa pulang. Tidak ada siapa yang berani menangkap beruk tersebut, selain dari tuannya dan bapaku.

Pada satu malam, tuan beruk itu tidak ada di rumah, Pandak telah mengacau Ani. Jiran tetangga Ani tidak berani menghampiri rumahnya kerana mereka takutkan Pandak. Seorang berdua jiram Ani telah memberitahu kepada bapaku supaya datang menangkap beruk itu. Bapaku telah datang menangkap Pandak. Sebentar kemudian tuan beruk itu telah tiba dan bapaku menyerahkan Pandak kepadanya.

Semenjak kejadian pada malam itu Ani telah terhutang budi kepada bapaku, kemudian ’cinta’ seperti ’Laila dengan Qais’ dalam kisah klasik ’Laila dan Majnun’ telah menghanyutkan Ani dan bapaku.

ISTERI YANG SOLEHAH

Bapaku telah memberitahu ibuku yang dia berhasrat hendak berkahwin dengan Ani. Ibuku seorang isteri yang solehah – kasih dan tulusnya kepada bapaku ’berbunga kembang’ dalam dirinya. Ibuku reda dimadukan. Apa salah berkongsi suami dengan perempuan lain, kalau perkongsian itu secara halal dan mengikut sunnah Nabi Muhammad.

Ibuku amat yakin, seseorang isteri yang membantu suaminya hendak berkahwin lagi, Allah akan menganugerahkan kepadanya syurga. Dua hari kemnudian ibuku telah datang meminang Ani. Ibuku telah berharap; moga-moga madunya itu menerimanya sebagai kakaknya sendiri.

Seminggu kemudian, bapaku telah diijabkabulkan dengan Ani, dalam satu majlis yang sederhana di rumah Ani. Setelah bapaku berkahwin dengan Ani, ibuku dan madunya berkeadaan seperti dua beradik seibu sebapak.

MELAKSANAKAN HAJAT SUAMI

Semenjak ibuku bermadu, ramai perempuan di kampungku marahkannya kerana dia baik dengan madunya dan ramai pula memujinya, kerana dia telah menjadi seorang isteri contoh dan isteri solehah.

Ibuku tidak menghiraukan benci dan puja perempuan-perempuan di kampung kami, yang penting dia telah dapat melaksanakan hajat suaminya dan mematuhi hukum-hukum Allah. Ibuku amat faham akan tujuan firman Allah dalam Quran.

’Kahwinlah dengan perempuan-perempuan yang kamu sukai (cinta), dua, tiga dan empat, tetapi kalau kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (antara isteri-isteri), hendaklah satu (seorang isteri) sahaja...’[1]

Aku anak ibuku. Aku mengesyorkan kepada perempuan-perempuan yang beriman kepada Allah; amat baik bagi mereka merelakan suami masing-masing memadukan mereka(jika cukup syarat-syaratnya), kerana dengan kerelaan itu mereka akan dapat menolong ramai gadis dan janda yang tidak bersuami. Ada di antara mereka itu meneruskan kehidupan dengan tidak bersuami hingga ke akhir hayat.

(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)


[1] Quran - An Nisa: 3

QURAN, HADIS DAN LAIN

KUASA ALLAH

Allah menciptakan kalian, kemudian Dia – Allah – mengurniakan rezeki kepada kalian, kemudian Dia – Allah - mematikan kalian, kemudian Dia – Allah – menghidupkan semula kalian. Adakah di antara makhluk – makhluk yang kalian sekutukan dengan Allah – seperti jin, sayiatan, saka dan sebagainya - , sesiapa yang dapat membuat sesuatu dari segala yang tersebut? Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaanNya dari sesuatu yang mereka sekutukan (denganNya)
Telah berlaku berbagai kerosakan – bala – di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan umat manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan – perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, agar mereka kembali (insaf dan bertaubat).
– Ar Ruum: 40, 41.



HADIS

TAWAKAL DAN REZEKI

Rasul Allah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Andainya akalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar – benar tawakkal, nescaya Dia akan kurniakan kepada kalian rezeki sebagaimana Dia mengurniakan rezeki kepada burung yang pergi pada wakgtu pagi dalam keadaan perut kosong dan pulang dalam keadaan kenyang.
– Perawi: Imam Ahmad




-----------------------------------------


TANDA KECEWA DAN MENYESAL

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah negarawan terkenal di sebahagian besar negara - negara dunia. Walaupun sepanjang masa memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak berjaya menyatu padukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini, tetapi beliau telah berjaya membangun negara ini menjadi sebuah negara yang maju, makmur, indah dan sebilangan besar rakyat negara ini mementingkan kebenadaan.
Saya menyanjungi beliau dengan bukti, iaitu saya telah menulis tiga buah buku mengenai diri beliau. Sebuah dari buku - buk tersebut, ialah, ' Perjuangan Belum Selesai' terjual ke seluruh dunia.
Apabila beliau menghunjam Dato' Seri Anwar Ibarhim dengan tuduhan - tuduhan keji dan memecat beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, maka, hati saya berubah - kurang yakin akan perjuangan beliau dan kemampuan beliau sebagai seorang pemimpin bangsa Melayu khasnaya dan rakyat Malaysia amnya.
Setelah Dr. Mahathir Mohamad meninggal jawatan PM Malaysia danm beliau sering membebel - tidak puas hati dan menghina Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi - beliau mengaku silap pilih - , maka saya beranggap beliau seorang pemimpin yang kecewa kerana tidak berjaya dan menyesal kerana melakukan banyak ke salahan terhadap rakayat.
Baru - baru ini beliau mengeluarkan kata - kata yang beliau menolak dirinya keturunan orang India dan mengakui yang beliau keturunan orang Melayu.
Memanglah, jika kita mengikuti Perlembagaan negara ini yang digubal dan diperakui dulu dengan persetujuan Inggeris, beliau adalah seorang Melayu, kerana ibunya, Wan Tempawan, orang Melayu. Tetapi, bila kita melihat dalam kepompong sejarah bangsa, maka, Dr Mahathir Mohamad adalah ' orang Melayu keturunan orang India'. Bapanya bernama, Mohamad dan datukny bernama , I.C. Kandar.
Kita menumpukan kepada demokrasi dan kemanusian dalam Islam, maka Dr Mahahtir Mohamad adalah seorang Melayu dan beragama Islam. Beliau diterima oleh semua orang Melayu sebagai seorang lelaki keturunan Melayu, walaupun menurut jalur beliau keturunan sebalah ibunya, iaitu tanah.
Pada masa breliau mula masuk UMNO, memkritik Tunku Abdul Rahman, di pecat dari UMNO dan kemudia masuk UMNO semula di cawangan UMNO Rawang, nama beliau ialah, Dr Mahathir Mohamad Iskandar. Setelah beliau dilantik sebagai santor, semua surat klhabar tidak memakai nama panajang tersebut, iaitu dengan membung ' Iskandar'. Iskandar itu diambil dari kata ' I.C. Kandar'.
Semua pembaca boleh menelitik dalam surat khabar lam.
Setelah Dr Mahathir Mohamad menimbulkan perkara demikian, maka, telah mendatangkan kefahaman kepada kita, bahawa beliau sekarang dalam keadaan resah, sunyi dan beliau ingin menemui orang ramai untuk meluahkan isi hatinya.
Seorang rakan saya memiliki kedudukan tinggi dan memilkik segulung ijazah Ph D telah bertanya kepada saya: Apa Dr Mahathir Mohamad mahu?
Saya menjawab: Kepuasan.

Tuesday, March 8, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN





ORANG DALAM


Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kalian mengambil injdividu – indiviu yang bukan dari kalangan kalian untuk mejadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti – henti berusaha mendatangkan bencana kepada kalian. Mereka suka akan sesuatu yang menyusahkan kalian. Telah nyata – tanda - kebencian pada pertuturan mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami – Allah – telah menjelaskan kepada kalian keterangan – keterangan tersebut jika kalian - mahu – memahaminya.
- Ali ’Imran: 118


NOTA:
Jika anda menajdi pemimpin atau ketua negara dan sebagainya, ambillah orang – orang dari kaum keraba kalin, kerana mereka boleh dipercayaai dan kluat amanah mereka kepada anda. Tetapi jika anda mengambil orang luar, maka anda akan menerima akibat buruk dari perbuatannya.


HADIS

MENYAKITI HATI JIRAN

Rasul Allah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka dia tidak boleh – jangan – menyakiti hari jirannya.
– Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.

NOTA:
iran adalah orang – orang yang berada dalam bilangan 40 buah rumah dengan rumah kita.



------------------------------------

BERNIAGA TIDAK UNTUNG

Ada orang bertanya kepada saya, mengapa orang - orang Melayu berniaga, terutama berniaga pasar malam, gerai makanan dan sebagainya tidak mendapat untung dan tidak enang hidup. Saya tidak menjawab.
Kemudian saya yakin orang - orang Melayu adalah orang - orang Islam. Mereka mengucap dua kalimah syahadah. Ertinya mereka bersumpah akan taat atau mengerjakan segala yang disuruh atau perintah oleh Allah dan meninggalkan atau menolak segala yang dilarang oleh Allah.
Di antara yang dirusuh oleh Allah, menjual beli dengan ikhlas, akad jual beli, bersiah dan ihsan.
Di antara yang dilarang, ialah menipu, mengamalkan riba dan laba atau untung yang berganda - ganda.
Kebanyakan peniaga Melayu meminjam wang dari bank, ceti atau Ah Long. Mereka tahu pinjaman itu ada riba, tetapi mereka lakukan juga.
Mereka mengenaka harga yang berlipat ganda atau melampau.
Mereka tidak menjaga kebersiahan dengan sempuna.
Saya pernah makan mee rebus di sebuah wsarung tepi jalan, harganya RM4.00 sepinggan. Mee di dalamnya kira - kira lima kali suap sahaja.
Di sebuah warong dalam bandar Kuala Lumpur, cawan, gelas dan piring terdapat kalat - kalan hitam tidak bersih.
Saya percaya, perbuatan - perbuatan demikian menyebab kan mereka melanggar pengakuan mereka ke pada Allah dalam ucapan dua kalimah syahadah.

Sunday, March 6, 2011

KISAH DARI NOVEL




PEMUDA MELAYU QURBAN SYAHID DI IRAQ

Pada pagi ‘Alimin bertolak ke Mosul, Syamila datang mengambil Tengku Intan dan dibawa ke rukmahnya. Syamila mahu Tengku Intan tinggal bersamanya. Kalau apa-apa kemungkinan akan berlaku, mudahlah dia membantunya.
“Kakah fikir, adik dan ’Alimin pindah ke rumah kakak ini,”kata Syamila sebaik-baik sahaja tiba di rumahnya.
“Kakak tinggal dengan Umar Safwan saja, kalau adik berdua tinggal di sini, kami tidaklah kesunyian,”kata Syamila.
“…nantilah ‘Alimin balik, kakak, saya ikut saja,”sahut Tengku Intan.
“Ialah, …kakak tidak ada orang lain, adik berdua tempat kakak menumpang kasih, menggantung harap …,”kata Symila.
“Ia, kakak, ‘Alimin dengan Intan pun begitu, kakak,”kata Tengku Intan.
“Kakak tidak ada siapa lagi,…kakak hanya ada adik dengan 'Alimin,”kata Syamila.
“Ia,kakak, kami pun tidak ada siapa di sini,… hanya kakak,”sambut Tengku Intan.
Mereka berpeluk sejenak
.Tengku Intan mengangkat Umar Safwan dari atas katil. Bayi itu diampu dan dibawa ke atas sofa lalu diribanya sambil mencium pipinya.
“Kalau ayahmu ada, sayang…,”bisik Tengku Intan.
Syamila datang membawa minuman. Tengku Intan mengangkat Umar Safwan dan menyerahkan kepada Syamila.Perutnya terasa sakit. Mungkin telah tiba waktu akan bersalin.Sakit begitu belum pernah dialami oleh Tengku Intan sebelumnya.
“Kaka, saya rasa perut saya tidak sedap,”kata Tengku Intan sambil tanganya mengusap perutnya.
“Ia, kakak ingat baik kita pergi ke hospital, mana tau…,”kata Syamila.
“Ia, kakak,”sahut Tengku Intan.
“Mungkin telah sampai waktunya,”kata Syamila.
“Tak taulah, kakak, …menurut doktor, lusa…,”sahut Tengku Intan.
“Ia, kita pergi,…mana tau,”kata Stamina.
“Kakak, saya ingat nak rehat di hospital,”kata Tengku Intan.
“Ia, …kita kena bersiaplah,”kata Syamila.
Tengku Intan merenung bujamnya yang terletak atas sofa. Semua surat-surat dan dokumen penting dirinya dan ‘Alimin ada dalam bujam itu.
“Kakak, …dalam bujam tu ada semua dokumen kami,…rumah saya di London, syarikat saya di Malaysia, bank dan lain lagi, kakak simpanlah,”kata Tengku Intan.
“Baik, …kakak simpan,”sahut Syamila.
BERTOLAK KE HOSPITAL
Syamila mengambil bujam itu dan dibawa masuk ke biliknya. Pada waktu itu hatinya rasa tidak sedap. Mungkin ada sesuatu yang akan berlaku. Tetapi entah apa. Sambil mengucap istighfar beberapa kali, dia melangkah keluar dari biliknya.
“Macam mana, adik telah telefon ‘Alimin?”Tanya Syamila kepada Tengku Intan.
“…ia, sudah lebih lima kali, tetapi tidak dapat, …tidak ada jawapan,”jawab Tengku Intan.
“Tak pa, kita cuba lagi,”Syamila memujuk Tengku Intan.
Tengku Intan pulang ke rumahnya bersama Syamila. Bayi, Umar Sawfan dipangku oleh Syamila. Setelah Tengku Intan mengambil pakaian dan barang-barang keperluannya, mereka bertolak ke hospital. Dalam perjalanan, Tengku Intan teraasa sakitnya kian kuat. Terasa semua isi perutnya akan keluar berlungguk. Saat-saat akan melahirkan anak sulungnya hampir tiba. Sebai-baik tiba di hospital, dia dikejarkan ke wad bersalin.
Syamila menunggu di luar bilik bersalin. Risau mendera hatinya. Doanya kepada Tuhan, agar diselamatkan perempuan yang amat disayanginya itu. Dengan telefon bimbitnya, dia menghubungi ‘Alimin, tetapi tidak mendapat jawapan. Pada saat-saat begitu perasaan hairan. Risau. Cemas membelit hatinya.
UJIAN DARI TUHAN
Dua orang doktor perempuan dengan beberapa orang bidan dan jururawat sedang membidani Tengku Intan. Bebrapa saat kemudian Tengku Intan telah lulus ujian dari Tuhan. Selamat melahirkan bayi lelaki.
“Anak saya…, sihatkah anak saya doktor,?”Tengku Intan bertanya dalam bahasa Inggeris.
“Alhamdulillah, sihat,”jawab doktor.
“Terima kasih,”ucap Tengku Intan.
“Sama-sama,…nanti kami bersihkan bayi itu dulu…,”kata Bidan yang berdiri di sisi katil Tengku Intan.
“Terima kasih,”sahut Tengku Intan.
Dari katil tempat bersalin itu,Tengku Intan telah dipindahkan ke sebuah katil dalam sebuah bilik khas. Seorang jururawat datang menjemput Syamila masuk mendapatkan Tengku Intan.
Sebentar kemudian, bayi Tengku Intan yang telah dipotong tali pusat dan dibersikan, dibawa oleh seorang bidan kepada ibunya..
“Siapa yang akan azan?” Ketua bidang bertanya.
“…tak ada orang, bapanya tidak ada di sini,”jawab Tengku Intan.
“Tak apa, saya akan dapatkan juruazan,…ada seorang pensyarh universiti di luar tadi,” sahut ketua bidan.
“Terima kasih,”kata Tengku Intan.
Ketua bidan keluar mendapatkan juruazan.
“Syukurlah, adik, selamat....,”kata Syamila.
“Alhamdulillah, kakak,”sambut Tengku Intan.
MENDAPAT ANAK LELAKI
Air mata Tengku Intan mengalir atas kedua belah pipinya. Tangisnya kerana gembira mendapat anak lelaki. Dan tangisnya kerana suaminya tidak ada di sisinya, pada detik-detik dia berjuang antara hidup dengan mati sebentar tadi.
“Adikku, siapa nama anak kita ini?”Syamila bertanya.
“ ‘Alimin dan saya telah setuju akan namakan, Muhammad Iskandar, kakak,”jawab Tengku Intan.
“Alhamdulillah, bagus nama itu, ...adik bisikkan nama itu kepada tlinga anak kita itu,”kata Syamila.
Tengku Intan merapatkan mulutnya kepada telinhga kanan anaknya. Dia berkata kepada anaknya dengan suara manja, “ Dengan nama Allah dan Muhammad, rasul-Nya, namamu anak emak, Muhammad Iskandar.”
Ketua bidan masuk mengiringi Profesor Dr. Abdul Rauf. Pensyarah di sebuah universiti di Bandaraya Baghdad.
“As salamu alaikunna...,”Profesor Dr. Abdul Rauf memberi salam.
“…wa alaikumus salam,”suara Tengku Intan dan Syamila menjadi satu.
“Nasib baik Profesor ada di luar,”kata ketua bidan.
“Ia, kebetulan, saya datang menziarah anak saudara saya,” sahut Profesor Abdul Rauf.
“Minta maaf Prof,”kata Tengku Intan.
“Ia, apa saya boleh tolong?”Tanya Profesor Dr. Abdul Razak
“Saya orang Melayu, dari Malaysia, saya minta lepas Prof. azan, tolong buka mulut bayi saya sekali,” minta Tengku Intan.
“Boleh, insya Allah,…saya tau adat orang Melayu…,saya pernah tinggal di Kuala Lumpur,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
Profesor Dr. Abdul Rauf mengangkat bayi Tengku Intan dan dipangkunya. Sebaik-baik sahaja selesai membaca Al Fatihah, dia melakukan azan di telinga kanan bayi itu.
DITITIKKAN MADU LEBAH
Selesai azan, Profesor Dr. Abdul Rauf. menyerahkan bayi itu kepada Tengku Intan. Sambil merenung bayi itu, dia berkata, “…bayi ini, bila telah besar, dia akan jadi seorang yang bijak, berani….”
Tengku Intan mengeluarkan botol kecil mengandungi manisan lebah dari bujamnya. Botol itu diserahkan kepada Syamila. Kemudian botol itu berpindah pula ke tangan Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Manisan itu telah disediakan oleh suami saya,”kata Tengku Intan.
“Ia, saya akan buka mulut bayi puan,”kata Profesor.
“…ia, tuan,silakan,”sahut Tengku Intan.
Profesor Dr. Abdul Razak melangkah ke besen dalam bilik air untuk membasuh tangannya. Dia datang semula dan membuka penutup botol. Madu dalam botol itu dikeluarkan sedikit. Dititikkan madu lebah itu pada jari manis tangan kanannya. Basmalah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dilapazkannya. lalu Jari manisnya yang bersalut madu itu diletakkan dan dipetapkan pada dua ulas bibi bayi itu sebagai syarat membuka mulutnya.
“Allah berkatkan bayi ini. Jadikanlah bayi ini manusia pintar, bijaksana, petah dan prcakapannya didengar oleh sekalian manusia. Taatkan Allah dan taatkan ibu bapa, amin,” Profesor Dr. Abdul Rauf telah melafazkan doa kepada Tuhan.
“ Insya Allah... dia menjadi seorang yang petah bercakap, beriman dan bertakwa kepada Allah,” kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Terima kasih, Prof.,” ucap Tengku Intan.
“Terima kasih,” ucap Syamila pula.
“Al hamdulillan,…terima kasih,”sahut Prof.Dr. Abdul Rauf.
MENGELAP JARI MANISNYA
Profesor Dr. Abdul Rauf mencelupkan jari manis bermadunya kepada mulutnya. Di jujup jarinya itu. Dengan sapu tangannya,dia mengelap jari manisnya.
“Siapa nama bayi ini?” Profesor Dr. Abdul Rauf bertanya kepada Tengku Intan.
“Muhammad Iskandar, Doktor,”jawab Tengku Intan.
“Alhamdulillah, dua nama besar..., nama Nabi keturunan Nabi Ismail, Muhammad...,nama Iskandar penakluk dunia..., Zulqurnain...,”kata Profsor Dr. Abdul Rauf.
Profesor Dr. Abdul ?Rauf merenung Muhammad Iskandar. Renungannya berpindah kepada wajah Tengbku Intan. Senyum.
“ Maafkan saya, siapa suami puan?”Profesor Dr. Abdul Rauf bertanya.
“Beliau, ‘Alimin, Prof.,”jawab Tengku Intan.
“ …dia Timbalan Editor majalah At Tahrir, Prof...,”sambut Syamila.
“Ooo, ia, dia adalah mahasiswa saya, dalam tahun dua,…di mana dia sekarang?” Tanya Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Dia, di Mosul, Doktor,”jawab Tengku Intan.
“Syukurlah, saya kirim salam kepada beliau,” kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Insya Allah,” sahut Tengku Intan.
Profesor Dr. Abdul Rauf meninggalkan bilik itu. Tinggal Tengku Intan dan Syamila dengan bayi masing-masing.
DUA TELAGA MATA
Tengku Intan mengangkat telefon bimbitnya. Ditekan punat telefon itu untuk menghubungi suaminya. Tetapi tiada jawapan diterima.
“Saya khuatirlah, kakak, ‘Alimin, kakak,…telefon tak berjawab,”kata Tengku Intan. Wajahnya muram. Dalam dua telaga mata bergenang air jernih.
“Sabarlah, adik, tak apa, mungkin dia berada di kawaasan yang sukar dihubungi, …mungkin bawah tanah,” Syamila memujuk.
“Ia, kakak,”kata Tengku Intan.
Pada ketika itu berbagai ingatan buruk. Rasau. Sedih. Takut. Ngeri membubui hatinya
Seorang bidan masuk ke bilik Tengku Intan. Wajahnya berhias senyuman mesra. Sambil memberi salam dan berjabat tangan dengan Tengku Intan dan Syamila. Setelah melakukan pemeriksaan ringkas ke atas Tengku Intan,dia memberitahu, pihak berkuasa hospital beranak telah membenarkan Tengku Intan pulang.
“…dalam keadaan sekarang, elok balik berehat di rumah,”katanya.
“Ia, terima kasih,”ucap Tengku Intan.
“…, al hamdulillah,”sambutnya.
“Kita tidak tahu, entah apa yang berlaku, bom, peluru menjadi mainan askar Amerika, askar kuffar,”katanya.
“Ia, sungguh,”sahut Syamila.
Tengku Intan membawa bayinya, Muhammad Iskandar meninggalkan bilik hospital beranak itu. Syamila memangku Umar Safwan mengiringi mereka ke kereta. Seorang jururawat membantu Tengku Intan membawa bujam dan barang-barangnya.
“Sampai di rumah, kakak akan panggil bidan,”kata Syamila.
“Baik, kakak,”sahut Tengku Intan.
SESUATU YANG BURUK
Tengku Intan kembali ke rumah Syamila. Keluh kesah benar keadaannya. Dia risaukan suaminya kalau-kalau sesuatu yang buruk telah menimpanya.
Pada ketika Muhammad Iskandar sedang nyenyak tidur, Tengku Intan membisikkan kepada telinga bayinya akan lagu dari kalimat-kalimat suci Quran. Kalimat-kalimat itu diterjemahkan kepada bahasa ibundanya:

“Hai, anakku,
Muhammad Iskandar, sayang,
Jangan anakku sekutukan,
Allah.
Alaaa payung! anak Sayung!
Anakku,
Muhammad Iskandar,
Sekutukan Allah,
Sangat besar salahnya.
Alaaa payung! anak Sayung!

Pada ketika hatinya resah. Seluruh diri Tengku Intan dituarkan oleh risau dan sedih, dia bernekad; jika Tuhan mentakdirkan suaminya meninggal dunia, dia ditinggalkan bersama anaknya, maka dia tidak akan pulang ke Malaysia. Mereka akan menetap di Iraq. Sesekali dia akan kembali ke Malaysia dan berkunjung ke Bandaraya London.
MENERIMA LAPORAN SULIT
Malam hitam. Hujan turun renyai-renyai. Beribu-ribu bintang bercahaya sedih di dada langit, Bandar Tarmiyah.
Umat Islam telah berhimpun dalam sebuah masjid di bandar itu untuk sembahyang hajat. Mereka akan memohon kepada Allah agar peperangan diberhentikan segera. Meminta Allah melindungi mereka dari kekejaman orang-orang kafir.Mereka mengutuk Bush, Blair dan ketua-kertua negara yang terlibat jenayah memerangi rakyat Iraq.
Siang tadi pejuang-pejuang Islam telah menerima laporan sulit. Laporan sulit itu diberi oleh askar Amerika yang beragama Islam. Askar-askar Amerika akan menyerang bandar Tarmiyah. Masjid tempat umat Islam sembahyang hajat akan dimusnahkan. Ketua tentera Amerika di Iraq mengadakan tuduhan palsu; kononnya orang-orang yang akan sembahyang hajat dalam masjid itu terdiri dari penyokong-penyokong Al Qaedah pimpinan Osama bin Laden.
SEPUCUK PISTOL AUTOMATIK
Pejuang-pejuang Islam telah menyusup masuk ke bandar Tarmiyah. ‘Alimin telah dipilih mengetuai satu pasukan pejuang berani mati yang bergerak ke sana. Mereka akan menyerang askar-askar Amerika dalam beberapa serang hendap di jalan-jalan raya ke Tarmiyah. Menyerang terak-terak musuh dalam bandar dan luar bandar.
Pemergian ‘Alimin dan pasukannya ke Tarmiyah satu pemergian yang akan menentukan mereka membunuh atau terbunuh. Kembali kepangkuan keluarga dengan keadaan hidup atau mayat kujur dengan tubuh tembuk-tembuk dan hancur dimamah peluru dan bom.
‘Alimin memegang sepucuk senjata automatik buatan Rusia.Sepucuk pistol automatik buatan Afganistan, dalam sarung tersangkup kemas pada tali pinggangnya. Bercupak-cupak peluru dalam jabil pelurunya. Sebilah pisau waja tajam lunit dalam sarung tersangkut pada tali pinjggangnya juga.
PERJUANGAN PARANG PANJANG
Hati ‘Alimin, hati anak Melayu berani mati. Seberani orang Melayu pada zaman Hang Tuah, di Melaka. Mat Kilau, Tok Gajah, di Pahang. Sama nekad dengan pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman Dato’ Sagor, di Pasir Salak, Negeri Perak. Laksana semangat angkata Melayu dalam perjauangan parang panjang tahun 1945- 47 . Segarang dan seberani orang Melayu pada tragedi 13 Mei ’69, di Kuala Lumpur.
‘Alimin anak kampung Sayung. Keturunan Melayu menjulang keris.Jiwa raganya anak Melayu menunai wasiat ayah, ‘berjihad pada jalan Allah’, beranai mati demi Allah dan Islam.
Dalam detik-detik menunggu ketibaan musuh, ‘Alimin mengambil tempat di sebalik batu besar. Dua biji matanya mudah melihat datangnya trak-tark askar kuffar. Allah amat hampir dengan dirinya. Cekal hatinya. Waja semangatnya. Dengan tulus dan kudus dia membisik-zikir firman –firman Tuhan. Ayat-ayat suci itu difahami dan dihayati dalam bahasa ibundanya.:

“Kalau Quran ini diturunkan atas sebuah gunung, sudah tentu kamu akan melihat gunung itu tunduk dan belah kerana takutnya kepada Allah. Itulah misalan yang Kami buat untuk manusia, supaya mereka dapat memikirkan.
Dialah Allah, tiada tuhan selain dari-Nya. Maha Tahu perkara yang tersembunyi dan yang terang. Dia Pemurah dan Penyayang.
Dialah Allah, tidak ada tuhan selain dari Dia. Raja, Maha Suci, Pembawa Keselamatan, Pemelihara keamanan, Penjaga segala sesuatu, Maha Kuasa, Maha Perkasa, Maha Agung, Maha Suci Allah dari semua yang mereka persekutuan.
Dialah Allah, Pencipta, Yang Mengadakan, Pembentuk Rupa. Dia mempunyai nama-nama yang baik. Apa yang ada di langit dan di bumi mentasbihkan memuliakan-Nya. Dan Dia Maha Kuasa dan Bijaksana.”
MUSUK – MUSUH KUFFAR
Semua muncung senjata pejuang-pejuang Islam di halakan ke arah satu selekoh jalan raya. Terak-terak askar Amerika akan tiba di selekoh itu. Mananti waktu akan memuntahkan peluru api. Serangan begitu mesti dilakukan untuk melengahkan musuh-musuh kuffar. Mereka mesti dihalang dari menyerang dan memusnahkan masjid dan membunuh beramai-ramai sidang jemaah. Sembahyang hajat mesti diselesaikan. Mereka akan dapat pulang ke rumah masing-msing dengan selamat.
Dada langit cerah. Hanya bintang-bintang bercahaya cahaya muram. Tidak ada sebuah helikopter atau kapal terbang di ruang udara. Sebuah terak askar tiba di selekoh. Tiga buah terak lagi menyusul di belakangnya.Lampu-lampu dari trak-trak itu menyuluh terang ke sekitar kawasan kiri kanan jalan.
’Alimin melepaskan tembakan senjata automatiknya. Peluru-peluru api menyambar dan membakar terak pertama dan terak kedua. Di susul pula oleh beratus-beratus butir peluru dan beberapa biji bom kecil pejuang menerpa terak ketiga dan ke empat menjadi unggun-unggun api yang marak .
PEJUANG – PEJUANG ISLAM
Dalam api menyala marak itu dapat dilihat askar-askar kuffar terpelanting keluar dari trak-trak itu. Jerit. Lolong Raung mereka kendengaran ke mana-mana.
Pejuang-pejuang Islam berpecah. Mereka mengambil tempat masing-masing. Di udara kedengaran injin beberapa buah helikopter. Helikopter- helikopter itu berlegar-legar di udara. Seorang pejuang Islam menembak sebuah helikopter yang melintas atas kawasan serang hendap indusemen itu terbakar dan jatuh kira-kira dua kilometer dari situ..
Beberapa orang askar Amerika yang berjalan susup sasap ke arah pejuang-pejuang Islam dapat ditembak oleh ‘Alimin. Kawasan tempat mereka bertahan menjadi terang kerana pancaran lampu-lampu dari helikopter -helikopter.
“Allahu Akbar,”ucap ‘Alimin. Beberapa tembakan dilepaskan ke arah sebuah helikopter. Peluru-peluru api menembusi dinding dan lantai pesawat canggih itu. Beberapa saat kemudian helikopter itu meletup dan berkecai di udara dan gugur entah di mana.
“Allahu Akbar,”ucap ‘Alimin untuk menguatkan daya dirinya.
LETUPAN BAGAIKAN BERTIH
Terak-terak musuh berpatah ke belakang. Askar-askar kuffar itu telah tidak berjaya membakar masjid dan membunuh sidang jemaah yang sedang sembahyang hajat. Sidang jemaah itu segera pulang ke rumah masing-masing. Mereka meninggalkan masjid itu dalam keadaan terburu kerana bunyi letupan bagaikan bertih dan bunyi bom menggegarkan alam maya.
Sebuah helikopter melintas laju di atas kawasan pejuang-pejuang Islam. Peluru-peluru api yang muntah dari muncung machine gun menerjah dan meluru sasaran. Pokok-pokok kayu terkopak, dahan-dahan putus dan dedaun berguguran di sambar peluru-peluru. Sebutir peluru telah menyambar dada ‘Alimin. Dadanya tembus, terkopak dan darahnya melimpah keluar. Bajunya basah kuyup dik darahnya. Senjata automatik panas kaku di sisinya.
Seorang pejuang Islam yang berlindung di sebilik batu besar, telah berjaya menembak helikopter itu dengan moternya. Helikopter tersebut telah ditembusi peluru dan terbang membawa api yang membakar badannya. Beberapa saat kemudian helikopter itu meletup di udara.
“ …Intan, …Intan, …Intan, …la ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah,” suara‘Alimin tersekat-sekat pada halkumnya.
MENGIRINGI RUHNYA
Darah merah menerjah keluar dari dadanya seperti air banjir menerjah benteng dan tembok. Daging-daging merah basah seperti ‘daging korban’ berkecai dan tersangkut, terlekat, tertempek dan terleleh pada batu besar, batang kayu dan dedaun di sekitar ‘Alimin yang sedang berjuang antara mati dengan hidup itu.
“…la ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah,” mengucap ‘Alimin.
“Lailaha illallah, …Muhammadur Rasulullah,”suaranya amat lemah.
“…la…ialaha…illa….llah, …Muhammadud …Rasulullaaah,”suara ‘Alimin tersangkut-sangkut pada halkumnya.
‘Alimin telah terdaya mengucap kali yang terakhir. Ucapannya telah mengiringi ruhnya yang berpisah dari tubuhnya. Ruh syahidnya telah ditatang Malaikat maut.‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un’. Dia seorang dari makhluk-makhluk bernyawa; ‘Apabila telah sampai ajal, tidak dapat bertempoh walau pun sesaat’.
Tubuh ‘Alimin longlai berlumuran darah. Anak Melayu telah mati syahid di bumi peninggalan dua cucu Nabi Muhammad s.a.w., Hassan dan Hussein. Bumi yang telah dibasahi oleh darah para syuhada. Bumi wali abdal dan para wali Allah.
“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un,” ucapan pejuang- pejuang yang meriba dan memangku tubuhnya.
“…syahid, …dia syahid,”kata seorang pejuang.
“Ia, syahid,…siapa mati syahid,… dia tidak mati,” sahut seorang pejuang lagi.
Beberapa orang pejuang Islam telah mengangkat tubuh ‘Alimin. Mereka membawa tubuh syahid itu ke suatu tempat. Di sana tubuh ‘Alimin dibalut dengan kain putih. Beberapa orang pejuang dengan wajah muram telah melakukan sembahyang jenazah ke atas mayatnya.
Pejuang-pejuang membawa mayat Alimin dengan sebuah kereta pancuan empat roda. Pada cermin hadapan kereta itu masih tertampal pelekat ‘Press’. Kereta berlari atas jalan raya membelah malam dan kabus duka, menuju ke suatu tempat berhampiran dengan Bandaraya Baghdad.
SEBUAH RUMAH SULIT
Untuk mengelakkan keluarga-keluarga para pejuang Islam dari diiniayai atau dizalimi oleh askar Amerika, maka setiap pejuang Islam yang terkorban dalam mana-mana pertempuran, mayat mereka tidak dibawa pulang ke rumah masing-masing. Mayat ‘Alimin telah dihantar ke sebuah rumah sulit kira-kira satu kilomter dari sempadan Bandaraya Baghdad.
Pihak hospital telah mengeluarkan sijil kematian ‘Alimin. Sijil kematian itu sama dengan sijil-sijil kematian yang telah dikeluarkan pejuang-pejuang sebelumnya. Hospital telah menyertakan surat yang mengesahkan kematian ‘Alimin. Dia telah meninggal dunia kerana sakit biasa.
Jenazah ‘Alimin telah disebahyangkan sekali lagi oleh kira-kira lima puluh orang yang teridiri dari anggota-anggota ‘MAFI’ dan pejuang Islam. Sembahayang jenazah itu telah diimamkan oleh Profesor Dr. Abdul Rauf.
“…asy syahid ini orang Malaysia,…mahasiswa saya di universiti,”Profesor Dr. Abdul Rauf memberitahu orang-orang berwajah sedih dalam rumah itu.
“Dia anak Melayu,…seorang muslim yang berani,…dia berani…, jihad, berani mati kerana Allah,” kata Profesor Dr. Abdul Rauf lagi.
“…dia, ‘Alimin, …sedang menuntut,Tuan?” seorang lelaki bertanya.
“Tidak lagi, sudah tamat,…tetapi dia tidak pulang ke Malaysia,”jawab Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Begitu, Allah berkati dia,”sahut lelaki itu.
“Ia,… dia wartawan, … editor majalah At Tahrir,”jelas Profesor Dr. Abdul Rauf.
‘Allahu Akbar, kami tau namanya,” sambut seorang lelaki berjanggut.
Profesor Dr. Abdul Rauf berjalan keluar dari rumah itu. Dua orang pejuang Islam datang menghadapnya. Secebis kertas kecil diserahkan oleh profesor itu kepada seorang pejuang.
“…tuan-tuan pergi ke rumah ini, jemput isteri as syahid dan kakaknya…, kita hendak kebumikan jenazah as syahid ini segera,” kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Ia, Prof.,”sahut seorang dari mereka.
“Hati, hati,” pesan Profesor Dr.Abdul Rauf.
“Baik, Prof.,”sahut mereka.
Dua pejuang Islam itu berjalan menuju ke kereta pacuan empat roda di tepi padang. Kereta itu bergerak menuju ke jalan raya. Dr. Abdul Rauf masuk semula ke rumah yang sedang menunuggu para pejuang Islam, para malaikat, jin-jin Islam dan wali-wali.
Profesor Dr.Abdul Rauf dan tujuh orang pejuang Islam menunggu jenazah ‘Alimin. Mereka menunggu sambil membaca ayat-ayat suci Quran hingga menjelang waktu Subuh.
(Disunting dari manuskrip novel, Cinta Dan Jihad, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN, HADIS DAN LAIN

QURAN

... Ini kitab – Al Quran atau Al Furqan – yang Kami – Allah – turunkan yang mengandungi berkat – banyak petunjuk, pengajaran, faedah dan manfaat - , lagi mengesahkan kebenaran (kitab – kitab - , di antara Zabur – yang diturunkan sebelumnya, dan agar anda – Nabi Muhammas s.a.w. – memberi peringatan kepada penduduk – penduduk Ummul Qura – Makkatul Mukarramah serta orang – orang yang tinggal sekelilingnya; dan orang – orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara solat – sembahyang mereka.
– Al An’aam: 92

NOTA
Semua orang Islam tetapi Islam. Allah mengakui mereka Islam. Tetapi keyakinan atau iman mereka kepada Islam tidak cukup jika mereka beriman kepada Quran sekadar beribadat, nikah cerai, mal dan hukum – hukum lain, tetapi mereka menolak hukum hudud dan negara Islam.
Dalam Quran Allah memaklumkan: Baldatun tayyibah wa Rabbun Ghafur, negara bertuah dan Allah Pengampun. Mana – mana negara yang mengamalkan politik dan ekonomi tidak mengikut petunjuk Allah, Quran dan RasulNya Muhammad s.a.w., maka individu dalam negara itu tidak sempurna iman, ibarat orang berjalan ke bandar tidak memakai baju.


HADIS

PENYAKIT TA’UN

Razul Allah Muhammad s.a.w. mengeluarkan larangan: Jikalau kalian mendengar menjangkit penyakit kolera – ta’un – di sesuatu negeri, maka jangan kalian masuk ke negeri itu, dan apabila kalian berada dalam negeri yang kolera – ta’un berebak - , maka jangan kalian keluar dari negeri tersebut.
– Perawi: Usamah dan para ahli Hadis.



--------------------------------------------

PEGAWAI KERAJAAN

Sebagai rakyat negara Malaysia yang demokrasi, pada peringkat awalnya saya tidak percaya akan kata - kata orang yang arif, bahawa ada sebilangan pegawai kerajaan - para Timbalan pengarah - yang melakukan kcurangan atau tidak jujur dalam menjalankan tugas dan kepada orang - orang bawahan mereka, dari penolong pengarah hingga ke bawah, tetapi setelah saya menerima aduan dan menyelidik, maka saya mengakui ada kecurangan tersebut.
Individu dalam beberapa jabatan kerajaan di bawah beberapa kementerian meluahkan isi hati kepada saya dan para penulis lain, tentang para timbalan pengarah mereka melakukan kerja tidak betul dan menindas mereka menjalankan kerja. Di antaranya kementerian itu, ialah kementerian pertanian, indusri Asas Tani.
Minta Menterinya, Datok Sri Noh Omar dan timbalannya, Dato' Mohd. Johari Bahaom siasat dan perbetulan perkara tersebut.
Para timbalan mengarah tidak melakukan kerja dengan sempurna, atau tidak dapat melakukannya, maka untuk menyembunyikan kelemahan mereka, mereka melakukan tidakan memperbodohkan, menindas, menahan akan hak - hak untuk para penolong pengarah, sehingga ada yang menahan dari mengeluarkan wang yang perlu digunakan bagi kerja - keraja penolong pengarah.
Ada sebuah jabatan, timbalan pengarah menahan penolong - penolong pengarah yang tidak disukainya untuk melakukan kerja - kerja dan diberikan kerja - kerja itu kepada penolong pengarah yang disukainya.
Pada umumnya kebanyakan timbalan pengarah dalam jabatan - jabatan kerajaan didera oleh perasaan buruk, iaitu iri hati, sakit hati dan sebagainya.
Kebanyakan timbalan pengerah yang melakukan demikian terdiri dari wanita.
Berlaku juga perbuatan tidak memberi peluang penolong pengarah melawat keluar negeri, sebaliknya, peluang itu dia sendiri yang ambil atau diberi kepada orang - orang yang dia sayang.
Saya melihat perkara ini adalah penyakit kepada kerajaan. Penyakit yang merosakkan hasrat Perdana menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak hendak menjakan pentabdiran kerajaan dan rakyat diutamakan.
Harap pihak - pihak tertentu melakukan siasat dan bersihkan penyakit dan kekotoran dalam kerajaan itu.
Saya menganggap pebuatan para timbalan pengarah demikian, merugikan kerajan dan bahaya.

Friday, March 4, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN




PETUNJUK DARI ALLAH


Dan perempuan – Zulaikha - yang Yusuf (Nabi Yusuf alaihissalam) tinggal di rumahnya, bersuangguh – sungguh memujuk Yusuf berekehendakkan dirinya dan perempuan itu menututp semua pintu dan berkata: ”Mari kemari, aku bersedia untuk anda”. Yusuf menjawab: Saya berildung kepada Allah (dari perbuagtan yang keji itu); sesungguhnya Allah telah memelihara saya dengan sebaik – baiknya, sesaungguhnya orang – orangd yang zalim tidak akan berjaya.
Dan sesaungguhnya perempuan – Zulaikha – telah berkenan – berahi - kepaanya dan Yusuf beringinan juga kepadanya, kalaulah (Yusuf) tidak menyedari kenyataan Allah – tentang keji perbuatan zina - , demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara – eprakara yang tidak baik,keranasesaungguhnya, dia (Yusuf) dari hamba – hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.
– Yusuf: 24,24.


HADIS

PENCURIAN

Nabi Muhammad s.a.w. memaklumkan: Sesiapa yange kami (Junjungan atau ketua negara Islam) lantik untuk (memegang) sesuatu tugas – pegawai, wakil rakyat, menteri dan lain -, kemudian kami berikan dia gaji – dan lain – lain bayaran - , maka, apa yang dia ambil selapas – selain - dari itu – wang – pemerintah dan wang sogokan dari orang yang meminta tolong kepadanya - , maka dia – melakukan – pencurian.
– Perawi: Abu Daud dan Ibnu Majah.


----------------------------



KEJATUHAN PEMIMPIN NEGARA

Sejak zaman berzaman parapemimpin negara jatuh tersungkur kerana dijatuhkan oleh rakyat jelata. Baru - baru ini, Presiden Masir, Husni Mubarak dibenci rakyat jelata dan dia terpaksa melepaskan kekuasaan di tangannya. Dia jatuh dalam kebencian rakyat jelata.
Mengapa jadi demikian? Mesir negara makmur. Rakyat lebih ramai berpengetahuan Islam atau pengetahuan sekuler barat. Sedikit yang tidak berpelajaran. Tetapi Husni Mubarak dibenci dan dipaksa turun?
Saya melihat para pemimpin yang menerima tentangan dan dibenci rakyat sedemikian rupa kerana beberapa sebab yang mereka lakukan. Di antaranya:
1 - Mementingkan diri sendiri, isteri dan anak bernak.
2 - Janji banyak tetapi tunainya sendikit.
3 - Boros wang negara, ia itu mengunakan wang negara kepada perkara - perkara yang merugikan. seperti:
a. Belanja kempen - kempen untuk memenang dan memasyhurkan
diri pemimpin.
b. Sering melawat ke luar negara walaupun perkara - perkara kecil yang boleh dilakukan oleh para duta.
Maka, saya beharap negara - negara yang belum jatuh pemimpinnya, moga - moga dihidayatkan oleh Allah agar tidak melakukan salah satu atau semua yang di atas.
Sesungguhnya pada masa pemimpin baru naik, semua rakyat sayangkan pemimpin. Tetapi setelah pemimpin itu lama memimpin, maka, dia menyeleweng, maka rakyat umum membencinya. Kebencian rakyat akan menyebabkan pemimpin jatut tersungkur.

Thursday, March 3, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN





BUNUH ANAK


Sesungguhnya rugilah orang – orang yang membunuh anak – anak mereka kerana kejahilan – bodoh – dengan tidak berilmu (sedangkah Allah mengurniakan rezeki kepada makhluk – makhlukNya), dan juga (rugilah orang – orang yang mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan berdusta terhdap Allah. Sesungguhnya mereka itu sesat dan mereka tidak mendpat petunjuk.
– Al An’aam: 140

NOTA
Pada zaman dikatakan moden ini, terdapat ramai, terutama
wanita yang berpelajaran tinggi, mahu bercinta dan kehawin
dengan lelaki, tetapi mereka tidak mahukan anak.
Alasan, takut tidak dapat beri makan anak – anak mereka itu.
Hendak jaga tubuh badan yang cantik. Tidak mahu anak – anak
menjadi penghalang kerjaya mereka.
Sesungguhnya pendapat yang demikian itu dari orang – orang
dalam golongan ’ jahiliyah moden’ . Mereka jahil pengetahuan
agama Islam. Mereka tidak tahu firman Allah seperti di atas
atau mereka sepertgi orang – orang kafir yang tidak percayakan
Quran dan mungkin tidak ada iman kepada Allah.


HADIS

Rasul Allah Muhammad s.a.w. memberi nasihat: Jangan anda menjadi orang yang pertama kali masuk ke pasar dan jangan pula menjadi orang yang terakhir keluar dari pasar. Di pasar itulah syaitan bertelur dan menetaskan anaknya.

NOTA.
Hadis ini sebagai kiasan, bahawa di pasar terdapat banyak perkara maksiat.



--------------------------------


LYBIA DAN MUAMAL GADAFI

Lybya adalah sebuah negara di Afrika yang berpegang kepada 'Asyu'ubyiah wal istirakiyah', iaitu kebangsaan dan sosialisme seperti Iraq di bawah Presiden Saddam Hussein dahulu. Presiden Saddam Hussein dan Muamal Gadafi dipndang oleh Amerika Syarfikat, terutama pada masa Presiden Bush, adalah sebagai musuh paling ketat kepada negara - negara kapitalis, iaitu Amerika Syarikat dan sekutunya.

Penentangan rakyat Lybia kepada Muamal Gadafi berbeda dengan penetangan rakyat Masir terhadap Presiden Husni Mubarak.
Keruntuhan pemerintahan Muamal Gadafi adalah akan menguntungkan Amerika Syarikat dan sekutunya.
Sekarang, seperti yang diistiharkan ke seluruh dunia, Pertubuhan Bangsa Bersatu - PBB menentang Muammal Gadafi. Semua wang miliknya dan keluarganya dalam bank dibeku.
Kejatuhan Muamal Gadafi tidak menguntungkan rakyat Lybia. Kejatuhan itu akan menguntungakan Amerika Syarikat dan sekutunya. Seperti kejatuhan pemerintahan Taliban di Afghanistan dan kejatuhan Presiden Saddam Hussein di Iraq.
Muamal Gadafi tahu siapa di belakang orang ramai yang menentangnya. Dia masih ramai lagi rakyat yang menyokongnya.
Tetapi, saya yakin, kalau Muamal Gadafi masih mempertahankan diri dan pemerintahannya, tentera Amerika Syarikat akan menyerang negara itu. Muamal Gadafi akan menerima keburukan seperti Presiden Saddam Hussein.
Bagi Muamala Gadafi , dia lebih baik mempertahankan negara dan rakyatnya dari berundur. Dia lebih menutamakan mati syahid daripada hidup menjadi hamba orang.

Wednesday, March 2, 2011

MENGENANG MASA SILAM




SAHABAT PENA


Aku teringat kepada kawan-kawan yang sama dalam Sahabat Pena, ada di antara mereka telah berjaya menempa nama sebgai penulis tersohor, sasterawan, politikus dan sebagainya. Ramai yang terkandas di pertengahan jalan dan ramai pula yang telah kembali ke alam baqa.
Di antara mereka itu, Mahmud Ahmad, M.Ghazali, Abu Zaki Fadzil, Jimmy Asmara, Ahmadi Asmara, Kris Mas, Meor Aris Abu Bakar, Jihati Abadi dan Usman Awang.
Mereka itu telah berjihad dengan fikiran dan pena masing-masing. Kalau tidak keseluruhan dari fikiran mereka, sekadar separuh tentulah telah menjadi panduan, wadah dan daya ‘brain wash’ kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang telah mengemudikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan makmur.
ORGANISASI PENULIS
Mereka dalam Sahabat Pena dan badan-badan penulis seperti ASAS 50 dan penulis-penulis di luar organisasi penulis telah menarik perhatian Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu selepas pilihanraya 27 Julai 1955. Allahyarham Abdul Razak bin Dato’ Hussein sebagai Menteri Pelajaran, telah melihat perkembangan bahasa Melayu yang telah menjadi kekuatan politik Melayu, telah mengisytiharkan penubuhan Balai Pustaka.
Kongres bahasa dan Persuratan Melayu III yang telah diadakan di Singapura, pada 16 hingga 21 September 1956, telah mengusulkan nama Balai Pustaka itu diubah kepada nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Menteri Pelajaran telah bersetuju Dewan Bahasa dan Pustaka di letakkan di bawah Kementerian Pelajaran. Pensyarah ekonomi di Universiti Malaya Singapura, Ungku Aziz telah dilantik untuk memegang jawatan Ketua Pengarah Dewan tersebut.
Rumusan yang telah dibuat dalam Sidang Bahagian A (ii) dari Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu, ialah:
TUJUAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
( a ) Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah menjadi pusat bagi menjaga hal ehwal dan perkembangan bahasa dan persuratan Melayu supaya tidak cacat asal usul bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan Tanah Melayu kelak.
( b ) Dewan Bahasa dan Pustaka itu hendaklah menyiasat, membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil-hasil kesusasteraan Melayu dari semenjak zaman purba.
TUGAS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
( a ) Melaksanakan perkembangan dan percantuman Bahasa Melayu Semenanjung dengan bahasa Indonesia.
( b ) Membongkar dan menyelidik sastera Melayu lama.
( c ) Mempunyai kuasa-kuasa menapis buku-buku penerbitan luar yang hendak digunakan oleh Jabatan Pelajaran di sekolah-sekolah.
( d ) Membuat penentuan-penentuan tentang pemakaian bahasa (tata- bahasa, istilah-istilah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya) untuk dilaksanakan dan diisytiharkan kepada umum.
( e ) Mengeluarkan hadiah-hadiah bagi mencipta buku-buku dalam bahasa Melayu dalam segala lapangan kepada:
i . Pengarang-pengarang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura dan Kalimantan Utara.
ii .Pengarang-pengarang asing.
( f ) Bekerjasama dengan penerbit-penerbit Melayu.
( g ) Mengadakan buku-buku yang menjadi punca ilmu pengetahuan yang penting seperti kamus, ensiklopedia dan lain-lain.
Aku dan seluruh individu rakyat Malaysia mengakui, bahawa jasa para penulis dalam Sahabat Pena dan organisasi-organisasi penulis adalah besar dan mulia, kerana perjuangan merekalah, maka bahasa Melayu yang telah didaulatkan dengan kuat kuasa Perlembagaan Negara perkara 153 (1) iaitu untuk menguatkuasakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dilaksanakan dengan memuaskan hati semua orang Melayu yang berjiwa Melayu dan Islam.
(Disunting dari manujskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah).

QURAN, HADIS DAN LAIN




SUMPAH DAN AZAB


Katakan Muhammad Rasulullah: Jangan kalian jadikan sumpah sebagai tipou daya sesama kalian, kerana dengan yang demikian itu menyebabkan anda tergelincir kaki setelah ia (kedua kaki itu) tetap teguh (atas jalan yang benar); dan kalian pula akan menghadapai balasan buruk (di dunia) disebabkan kalian menghalangi manusia dari jalan Allah, dan bagi kalian juga disediakan (oloeh Allah) azab yang besar di akhirat. – An Nahl: 94

NOTA:
Setiap orang Islam dan beriman kuat kepada Allah dilarang bersumpah untuk mengistiharkan yang dia tidak melakukan keburukan (sedangkan dia telah melakukannya dan Allah melihatnya). Perbuatan sumpat demikian akan mengakibatkan seseorang itu akan jatuh – berbagai kejatuhan, kalau dia pemimpin orang ramai beransur membencinya, negaranya mengalami keadaan yang buruk atau susah walaupun hasil mahsul banyak dan orang ramai tidak bersatu padu.
Orang yang bersumpah demikian, adalah munafik dan tidak sahaja menderita nyata dan batin di dunia – ketawanya sedikit tangisnya banyak – tetapi dia terap senyum juga. Sesungguhnya Allah menyediakan baginya azab yang amat dahsyat di akhirat nanti.
Sesiapa yang menjadi pemimpin masyarakat dan negara, hati – hatilah dari bersumpah demikian itu.


HADIS

ORANG MUNAFIK

Rasulullah Muhammad s.a.w. memberi amaran: La taquluu lil munafiq sayyid, fa innahu in yaku sayyidan asghattum Rabbukum ’Azza wa Jalla. Jangan kalian mengucapkan sayid – atau tuan – kepada orang munafik, kerana sesungguhnya, jika orang itu benar –benar sayid – ertinya tinggi mertabatnya di atas orang lain, yakni menjadi pemimpin, dia tidak melakukan munafik , maka kalian benar – benar telah membuat kemungkaran (kepada) Allah.
– Perawi: Imam Abu Daud



------------------------------


JANJI TIDAK TUNAI

Dalam tiap - tiap kempen, sama ada pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum, orang - orang yang bekempen - pihak parti menguasai kerajaan dan pihak parti - parti pembangkang meluahkan janji - janji kepada para bakal mengundi dan orang ramai, hatta akan bina jambatan tengah padang.
Allahyarham Tun Ghafar baba, telah berjanji kepada orang satu kawasan di Negeri Kelantan, bahawa Kerajaan Pusat akan bina masjid di sana, lalu diletakkan batu asas. Tun Ghafar Baba telah bepindah dari dunia ke akhirat dan hingga kini masjid yang dijanji itu tidak di dirikan.
Begitulah janji tinggal janji. Lepas pilihan raya, sebilangan besar rakyat menelan air liur dan menelan kalat - kalat di gigi sendiri sahaja.
Saya kira, saiapa sahaja berkempen, jangan berjanji, kalau tentu janji itu tidak dapat ditunaikan. Kita sebagai orang mukmin takut, orang yang berjanji tidak tunai janji dimasukkan dalam golongan orang munafik.
Maksud Hadis Nabi Muhammad s.a.w.: Orang munafik; bercakap, bohong. Janji, tidak tunaikan janji.
Kalau hendak menang dalam pilihan raya, jadikanlah kemenangan itu dengan keredaan Allah.
Kemenangan tidak pastinya berjaya. Kemenangan tidak pasti diredai Allah. Kemenangan tidak pasti tidak akan jatuh pada masa hadapan. Jadilah orang politik yang baik dan jangan jadi orang politik yang munafik. Kalau orang munafik memerintah, rakyat akan rugi dan negara akan binasa.

Tuesday, March 1, 2011

QURAN, HADIS DANLAIN





KEBENARAN DAN KESALAHAN


Muhammad Rasul Allah pohonlah: Wahai Penguasa saya – Allah - , masukkanlah saya kedalam urusan agama saya – Islam – dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkan saya daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan kurniakanlah kepada saya dari sisi anda hujjah keterangan serta kekuasaan yang menolong saya.
Muhammad s.a.w., katakan: Telah datang kebenaran – iaitu agama Islam – dan hilanglah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang
salah itu satu perkara yang tetap lenyap – tidak diterima Allah dan melaknatinya.
– Al Isra: 80, 81.


HADIS

TAAT PERINTAH

Rasul Allah Muhammad s.a.w. mengarahkan: Hendaklah kalian mendengar dan mematuhi perintah – iaitu dari orang yang memerinta - , walaupun yang diangkat untuk memerintahkan kalian seorang hamba sahaya kaum Habsyi yang rambutnya bagaikan anggur kering – kerinting menguning.
– Perawi: Anak bin Malik.

NOTA:
Sekarang, telah lebih 1431 tahun Nabi Muhammad s.a.w. telah meneluarkan nasihat seperti di atas ini, nasihat itu telah sebilangan besar rakyat Amerika Syarikat yang berkuligt putih. Pada zaman silam orang – orang kulit putih di Amerika memuduhi orang- orang kulit hitam. Mereka memperhambakan orang – orang tersebut. Sekarang mereka menerima lelaki keturunan orang kulit hitam Barak Obama menjadi presiden negara mereka.
Inilah menandakan kebesaran Allah keberakatan nasihat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.



---------------------------------


UNDANG - UNDANG

Berdasarkan Perlembagaan Malaysia, negara kita ada undang - undang dan negeri - negeri di dalamnya ada undang - undang. Undang - undang itu ada kuat kuasanya. Sesiapa yang melanggar undang - undang, maka dia melakukan kesalahan dan boleh diambiln tindakan gterhadapnya
Semua tanah dalam kerajaan negeri di bawah kerajaan negeri, kecuali tanah yang telah diperuntukkan kepada Kerajaan Pusat, iaitu untuk JKR, Polis, Kementerian Pelajaran dan lain. Sesiapa yang menceroboh tanah kerajaan negeri, bererti melakukan keslahan.
Tindakan merobohkan gerai, rumah dan sebagainya milik mereka atas tana kerajaana tanpa izin, boleh dilakukan. Tidak boleh dianggap zalim.
Saya mendapati sebilangan orang UMNO dan BN di di Pulauj Pinang dan negeri negeri lain yang dikuasai oleh parti - parti pembangkang, membuka mulut luas - luas dan melaung ke langit mengutuk kerajaan negeri- negeri tersebut kerana meroboh gerai, rumah dan sebagainya yang didrikan atas tanah kerajaan.
Tindakan meroboh gerai, rumah dan sebagainya itu adalah mengikut kuat kuasa undang - undang.
Mengapa sebilangan orang UMNO melakukan demikian?
Adakah mereka bertujuan untuk menjatuhkan parti - parti pembangkang dengan apa cara sekalipun, walaupun dengan cara yang salah di sisi undang - undang.
Semua rakyat Malaysia patut sedar, UMNO - BN, dan PAS, PKR dan DAP serta parti - parti politik lain sama tarafnya , iaitu sama - sama berdaftar pada Jabatan Pendataran Pertubuhan dan dilindungi oleh Perlemabagaan Malaysia.
Mungkin UMNO - BN mulia, kerana mereka menguasai Kerajaan Pusat dan beberapa negeri, tetapi jika hendak diambil kira, modal insan, perikemanusiaan, keadilan kebijasanaan, maka tuduhan yang tidak menasabah itu tidaklah elok dilakukan oleh orang UMNO atau orang parti politik lain.
UMNO - BN kuat dan serba boleh kerana mereka memerintah dan boleh menggunakan wang kerajaan untuk kepentingan negara dan rakyat. Jika parti - parti pembangkang menang dalam pilihan raya umujm akan datang dan dapat menguasai kerajaan, mungkin mereka lebih mampu dan lebih praktikal membantu negara dan rakyat umum.
Saya berpendapat, sesiapa pun tidak boleh memperbodohkan rakyat kerana bertujuan merebut kuasa. Perbuatan itu akan didatangi oleh akibat yang amat buruk.
Paganglah kuasa, tetapi jagalah: KeTuhanan dan segala perintahNya. Keadilan dan perikemanusiaan. Modal insan dan rakyat diutamakan.Ajar rakyat jadi cerdik dan bijaksana dan jangan jadikan mereka seperfti siput di belakang rumah atau katak bawah tempurung.