Wednesday, August 5, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


MELAMPAUI BATASAN


Katakan (Muhammad s.a.w.): Hai hamba – hamba - Ku, yang melampaui batasan terhadap diri mereka sendiri (melakukan maksiat), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa – dosa seluruhnya. Sungguh, Dialah zat yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. - Az Zumar:53.


HADIS

PEMIMPIN BODOH


Sesungguhnya Allah tidak menghapuskan ilmu pengetahuan dengan mencabutnya dari umat manusia, tetapi akan menghapuskannya dengan jalan memupuskan para ulama, sehingga tidak ada lagai ulama, walau seorangh mualim (maka) umat manusia akan memilih dan menajadikan orang – orang bodoh sebagai pemimpin mereka. (pemimpin - pemimpin itu) pada ketika ditanya akan sesuatu, akam memberi petua (menjawab) dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan sehingga sesat dan menyesatkan orang ramai.

- Perawi: Imam Bukhari dan beberapa perawi Hadis.


PETUA

PEMIMPIN

Jika seseorang dipilih dan diangkat menjadi pemimpin umat manusia, tidak boleh diharapkan kepimpinannya menjadi baik, memberi faedah kepada rakyat dan diredai oleh Allah, jika dia tidak mengubah watak, sikap dan prbuatan berikut:

1 - Tidak sembahyang fardu, 2 - Dia, isterinyadan anak – anaknya melaku - kan rasuah, 3 - Bila bercakap terlihat takburnya, 4 - Bila bercakap banyak tipu dayanya dan menampakkan kelemahannya, 5 - Menggunakan wang rakyat ungtuk membantu rakiyat dengan tujuan agar rakyat menyokongnya dan kerajaannya, 6 - Sikap pilih kasih antara rakyat jelata, 7 - Tidak suka, mencerca atau menentang ulama Islam.


BUKU BIOGRAFI

Di negara kita ini ramai orang bijak pandai, berjasa kepada kerajaan dan rakyat, tetapi setelah mereka bersara atau telah tua ataupun tealah meninggal dunia, jasa mereka tidak diketahui oleh anak cucu mereka dan orang ramai. Walaupun mereka hidup lebih setengah abad, namun mereka seolah – olaha tidak pernah lahir ke dunia ini. Sebabnya, aanak cucu mereka dan sesiapa tidak menulis dan menerbitkan biografi mereka.

Kami bersedia menulis buku biografi mereka, jika mereka atau anak cucu mereka berhasrat untuk mengabadikan jasa mereka dan di terbitkan untuk bacaan orang ramai.

Kami telah menulis buku - buku biografi seperti berikut:

1 - Zulkifli Muhammad Dalam Kenangan (Pustakan

Aman Press Sdn.Bhd. Kota Bharu, Kelantan)

2 – Datuk Abdullah Badawi, Pejuang Kemanusiaan

Sejagat, (Kuala Lumpur, Putaka Antara, 1997)

3 - Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh

Kemerdekaan Negara 31 Og0s '57, (Kuala

Lumpur, Pustakan antara, 1997)

4 - Abdul Kadir, Peguam Rakyat, (Peguam Negara)

(Kuala Lumpur Tabung Kebajikan Ronald McDonald

untuk Anak - Anak Melaysia, 1998)

5 - Meniti Derita Ke puncak (Datuk Rahmat Ismail

Pengerusi Persatuan Syarikat Keselamatan

Malaysia), Kuala Lumpur, Darul Fikir, 1998

6 - Ishak Tadin. Pentingkan Amanah (akan terbit)

7 - Dato' Noh Omar, Jihadnya Membela Rakyat

Jelata (belum terbit).

Hubungi kami: mokhtarpetah@hotmail.com


Tuesday, August 4, 2009

MENGENANG MASA SILAM

Mokhtar PetaH

KALAU ADA JODOH

Semenjak zaman berzaman, telah menjadi kebiasaan di kalangan orang-orang Melayu di kampung-kampung, apabila anak lelaki telah meningkat teruna dan anak perempuan telah bergelar dara, maka mereka segera mencari pasangan bagi anak-anak mereka itu.

Orang tua-tua Melayu berpendapat, pasangan hidup anak-anak mereka mestilah ditentukan oleh ibu bapa. Anak-anak mesti menerima pasangan hidup mereka yang telah dipilih oleh ibu bapa mereka. Perkahwinan anak-anak mereka dengan ’cinta-cintaan’ tidak boleh dilakukan dan bahkan mesti ditolak, kerana mereka berpendapat, ’manusia mengadun cinta dan memusnahkan cinta’.

Adik beradik dan rakan-rakan ibu dan bapaku yang ada anak gadis, telah merisik kepada mereka, kalau-kalau ibu dan bapaku sudi berbesan dengan mereka, iaitu dijodohkan aku dengan anak gadis mereka. Ada beberapa orang pula telah bertandang atau menziarah ke rumah ibu dan bapaku bersama anak gadis masing-masing untuk ’suai kenal’ dengan bakal mertua.

BERJIWA KECIL

Ada pula di antara mereka itu yang memperkenalkan anak-anak gadis mereka kepadaku. Maksud mereka baik; menghubung atau memdekatkan keluarga dengan keluarga.

Aku telah menolak semua maksud mereka yang disampaikan oleh ibuku kepadaku dengan baik dan beralasan yang menasabah, itu, ”...sabarlah emak, saya berhajat nak belajar lagi.”, ”...takkan emak nak cepat bernantu kut, saya belum bersedia...” dan ” ....tak apalah emak, ...kalau ada jodoh saya tak ke mana.”

Pada masa itu, walaupun aku berani berhadapan dengan siapa sahaja, tetapi aku takut berhadapan dengan ibu-ibu yang ada anak gadis, kerana aku ’berjiwa kecil’. Di antara sebab-sebab aku ’berjiwa kecil’, ialah kerana aku telah membandingkan rumah ibu bapaku dengan rumah ibu bapa gadis-gadis itu. Rumah kami ibarat ran atau sangkar di rimba, manakala rumah mereka, rumah gedang tiang seribu. Selimut mereka kain sekayu sedangkan selimut kami kain panjang lima; tutup kepala kaki telanjang, tutup kaki kepala terbuka. Pendeknya aku dan ibu bapaku terkepung dalam penjara kemiskinan.

SANGKAAN BURUK

Seorang gadis anak saudara bapaku, sering datang ke rumah kami. Aku menyayangi dia seperti menyayangi adik kandungku sendiri. Kadang-kadang hanya kami berdua dalam rumahku. Pada waktu aku menulis atau membaca, dia duduk dekatku dan ikut membaca. Makan dan minumku disediakan. Pendeknya dia benar-benar seperti adik kandungku sendiri. Ibu dan bapaku pula tidak menaruh sebarang sangkaan buruk terhadap kami.

Setiap bunga mekar diziarah kumbang, begitulah adik saudaraku itu. Dia dilamar dan dipinang oleh seorang pemuda dari keluarga berada. Ibunya setuju menerima lamaran dan pinangan pemuda itu.

Kira-kira dua minggu lagi perkahwinan adik saudaraku dengan pemuda itu akan berlangsung, aku telah datang ke rumahnya. Pada waktu itu ramai tetamu yang terdiri saudara mara dan sahabat handai dalam rumah ibu saudaraku itu. Pada ketika kami bercakap-cakap, tiba-tiba kami dikejutkan dengan perbuatan adik saudaraku itu, sambil menangis dan meraung seperti diserang histeria(letusan emosi yang sukar dikawal). Dia telah menojah atau menikam beberapa biji periuk tanah dan periuk aluminium dengan golok tumpul di dapurnya.

TUBUHKU MENGGIGIL

Apabila aku menghampiri adik saudaraku itu dan meminta dia bertenang dan bersabar, dia telah menghalau aku dan meluahkan kata-kata, ”...gi balik, ...dah tak suka..., tak sudi buat apa maghi...”. Pada saat itu, barulh aku mengetahui akan tujuan dia telah bertindak begitu.

Ibu saudaraku telah berkata kepadaku pada ketika aku akan meninggalkan rumahnya, ”...sedih mak long, ...kasian dia, ...mu laa, tak kesian dia...”

Seminggu kemudian pertunangan adik saudaraku itu dengan pemuda tersebut telah dibatalkan. Kira setahun kemudian, adik saudaraku telah berkahwin dengan seorang pemuda dari sebuah kampung, di Hulu Perak.

Kira-kira sebulan kemudian, seorang kanak-kanak perempuan yang baru pulang dari sekolah telah memberi satu sampul surat kepadaku sambil berkata, ”...surat cikgu.” Setelah aku membaca surat itu, aku telah terkejut dan tubuhku menggigil, kerana surat itu mengandungi perasaan ’kasih’ penulisnya kepada diriku. Dia seorang gadis bekerja guru, anak kepada seorang dari kaum kerabat bapaku.

BEKERJA POLIS

Walaupun selepas menerima surat guru itu, aku sering bertemu dengannya di rumah ibunya, tetapi aku tidak menjawab suratnya. Aku telah berpura-pura tidak mengetahui akan perasaan hatinya kepadaku. Sesungguhnya, walaupun guru itu cantik, tetapi dalam diriku, tidak ada perasaan cinta terhadap dirinya. Aku telah menganggap dia seperti adikku sendiri.

Kira-kira tiga bulan kemudian guru itu telah ditunangkan dengan seorang pemuda tempatan yang bekerja polis. Pertunangannya dengan persetujuan antara ibunya dengan ibu pemuda itu. Pada satu hari aku telah bertanndang ke rumahnya. Pada waktu itu dia bersama ibunya serta empat lima orang perempuan sedang membuat bunga-bunga kertas dalam rumah itu. Tiga biji tudung saji bersulam benang emas terleka dekat gadis tersebut. Sebaik-baik sahaja aku mengucapkan ’selamat pengantin baru’ kepadanya, tiba-tiba dia bertindak menikam-nikam semua tudung saji itu dengan hujung gunting besar di tangannya sambil menangis dan meraung.

Melihat keadaan gadis itu seperti orang diserang histeria, timbul perasaan ’bersalah dan kasihan’ kepadanya. Aku segera meninggalkannya. Ibunya berwajah muram, telah mengikuti aku hingga ke kaki tangga rumahnya.

(seddutan dari buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah. -Editor, Petah Sharir Aidid)

KAMBING DAN TUAN


Kanbing: Kelihatan manja. Hormati tuannya. Harapannya, akan terus bersahabat dengan tuannya hingga ke akhir hayatnya. Bek 1: Tuanku mulia. Bek 2: Aku setia. Bek 3: Aku tak tahu hati dia.
Tuan kambing: "Aku beri kamu makan. Makalah rumput, kulit pisang hatta seluar dalam aku. Bila kamu dah besar dan banyak daging, aku sembelih atau aku jual. Duit aku gunakan untuk mebeli pakaianku dan seluar dalam yang kaumakan."

* Layari blog: Edit-Thinker dan mokhtarpetah

MELAYU TIDAK BOLEH BERPECAH



PERPADUAN MELAYU


Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

ISA

KERAJAAN PERLU BERDAYA FIKIR INTELETUAL

Oleh: Mokhtar Petah


Gambar Agenda Daily
Kerajaan telah menangkap dan menahan 589 orang rakyat negara ini yang telah mengadakan 'demonstrasi jalanan' kerana menuntu dan mendesak kerajaan Malaysia menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act (ISA) yang mereka anggap berlawanan dengan perikemanusiaan dan agama Islam.
Akta tersebut yang diguna pakai semenjak kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahaman hingga kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak adalah 'sebuah undang - undang purba' - amalan orang - orang jahiliah modan' , berlawanan dengan ajaran Allah dalam Quran. Akta tersebut yang diwarisi dari penjajah Inggeris dilihat lebih banyak unsur kezaliman dan sedikit unsur kedilan.
Selaras dengan undang darurat yang dikuatkuasakan di seluruh Semenanjung Tanah Melayu oleh Pesuruh Jaya Tinggi British, Sir Edward Gent, pada 13 Jun 1948, adalah satu dasar Penjajah Inggeris menggunakan akta tersebut dengan kekerasan 'serampang dua mata', iaitu untuk menentang Parti Komunis Malaya dan pengganas komunis yang mahu menjdikan Tanah Melayu negara komunis baru dan menghapuskan sebilangan besar orang Melayu yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu yang dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir (Parti Hizbul Muslimin) di luar UMNO pada tahun 1948.

Yang Dipertua UMNO 1946 - 1951, Dato Onn Jaafar pegawai tinggi dalam kerajaan British di Tanah Melayu - bertaraf Menteri Dalam Negeri - , adalah yang bertanggungjawab memperkasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan melumpuhkan perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekan Tanah Melayu dengan asas kedaulatan:
1 - Satu negara: Negara Melayu
2 - Satu bangsa: Bangsa Melayu
3 - Satu bahasa: Bahasa Nelayu
4 - Agama Islam: Agama Negara.
Dato' Onn telah ber asa besar kepada Tanah Melayu, iaitu menghimpukan orang Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946, menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO dan melumpuhkan perjuangan kiri orang Melayu (tidak pro British dan di luar UMNO) menuntut kemerdekaan sebanar bagi Tanah Melayu.
Akta Keselamatan Dalam Negeri peninggalan Inggeris itulah yang dituntut oleh para penunjuk perasaan agar Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak menghapuskannya.
Saya tidak menyalahkan atau kesal kerajaan mengarahkan polis menangkap dan menahan (akan dibicarakan) 589 orang yang menyertai demonstrasi tersebut, kerana hak bertindak adalah milik kerajaan untuk menjaga keselamatan awam.
Begitu juga saya tidak menyalahkan mereka yang mengadakan demonstrasi, kerana dalam nenara demokrasi, perbuatan demikian dan menuntut kerajaan melajukan, sesuatu yang baik kepada rakyat jelata adalah hak mereka sebagai rakyat yang dilindungi maruah demokrasi.
Tindakan menangkap, menahan dan membicarakan orang - orang yang bedemokrasi dalam mahkamah tidak akan berjaya bagi kerajaan menyelesaikan masalah serius tersebut ,kerana demonstrasi sebagai ' layar putih dunia' memaklumkan kepda ujat manusia seleutruh dunia akan pri ketidak -telusan dan tidak tulus kerajaan dalam mengahadapi ' hapus atau pinda' ke atas Internal Security Act (ISA).
Menteri Dalam Negeri, Dato' Hisyamuddin Tun Hussein yang saya lihat 'kurang teguh pendirian' dalam perjuangannya, telah bersuara banyak mengenai ' angan - angan' beliau untuk meminda akta tersebut, tetapi bagi mereka yang menunggu, terasa kurang sabar menanti dan menganggapnya seperti mendengar suara orang sedang mimpi sahaja.
Saya sendiri tidak setuju Akta Keselamatan Dalam Negeri itu diguna pakai selama - lamanya. Telah lapuk(kata Dr. Mahathir Mohamad), kerana akta itu berlawanan dengan ajaran Allah dalam Quran dan prinsip kemanusiaan sejagat.
Allah telah mengajar manusia melalui Nabi Daud alaihi ssalam. Sila rujuk dalam Quran mengenai Allah memerintahkan Nabi Daud sebagai khalifah (pemerintah) agar belaku adil kepada manusia.
Negara kita dan rakyatnya yang menjadi mangsa ketidak prihatinan para pemimpin kita yang lalu, telah menerima 'konrak sosial' yang dipaksa secara halus oleh penjajah Inggeris , maka, saya tidak ' setuju' Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan sema sekali. Tetapi elok dipinda, ubah suai dan bersifat adil di segi prinsip kemanusia sejagat dan agama Islam.
Jika negara kita tidak seperti negara lain yang rakiyatnya hanya satu jenis atau satqu bangsa sahaja Akta tersebut tidka perlu di gugna - pakai. Negara kitamempunyaiu rakyat yang berbilang kaum atau keturunan, jika tidak ada Akta Keselamatan Dalam Negeri, nescaya negara akan menjadi seperti sebuah dewan tempat jamuan arak atau rakyatnjelata tidak selamat dan tidak tenteram.
Meminda atau mnengubah - suai Akta tersebut, diharapkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Hishanuddin Tun Hussein, adakahn perbincangan dengan pihak alim ulama terutama Majlis Mufti Malaysia untuk mencapai titik koma keadilan mengikut ajaran Islam.
Jika pindaan itu dibuat oleh mereka yang arif dengan undang ciptaan manusia sahaja dan tidak berdasarkan hukum Islam (Quran danb Hadis), maka akta itu tidak akan memberi jaminan akan diterima oleh rakyat jelata.
Akta tersebut nanti akan membolehkan pihak brwajib melakukan penangkapan, perbiacaraan dan jika cukup alasan untuk menahan seseaorang, maka tindakan menahan selama masa ditentukan boleh dilaksanakan.
Dengan persetujuan parlimen dan perkenang Yang Dipertuan Agong, setiap orang yang boleh diambil tindakan dibawah kuat kuasa Akta Keselamatan Dalam negeri, tidak dibenarkan menggunakan peguam (kebanyakan peguam mencari makan, mereka boleh membela seseorang yang benar - benar melakukan keslahan) untuk membela mereka kerana hasil siaisatan pihak polis dan bukati -bukti yang cukup.
Pwndwknya tatacara bertindak dan menghukum tidak berlawanan dengan Islam dan perikemanusiaan.
Tindakan menangkap, menahan dan membicarakan mereka yang berdemokrasi selain tidak dapat menyelesaikan, akan menjadikan parti politik yang mendukung kerajaan akan dibeci oleh rakya jelata dan pilihan raya umum mendatang mereka akan memilih parti lain untuk memimpin kerajaan Malaysia.
Contoh rakyat jelata tidak percaya kepada parti politik yang mendukung kerajaan telah berlaku pada piliahan raya umum yang lalu, iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah kerajaan Barisan Nasional ' patah susuh' dan diperintah oleh parti - parti politik yang menentang UMNO dan Barisan Nasional.
Diramalkan, jika Najib Tun Razak tidsak hati - hati dan berlaku telus kepada rakyat jelatan, pada pilihan raya umum akan datang UMNO dan Barisan Nasional mungkin kecundang dan terpaksa menjadi seperti sang merana yang menyanyikan lagu, 'Hendak kubawa perahuku sempit, hendak kutinggalkan tak sampai hati."
Saya berharap, kerajaan Malaysia hendak mengahadapi tunjtutan atau desakan rakyat dengan berdaya intelkcual atau bijaksana, kerana cara demikian parti politik yang mendukung kerajaan akan selama pada masa hadapan.
(selesai)

*Layari Edit-thinking.blogspot.com

QURAN, HADIS DAN LAIN


NYAMUK


Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga kepada sesuatu yang lebih daripadanya (kerana prbuatan itu ada hikmatnya), iaitu jika mereka yang beriman (kepada Allah) mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar - benar dari Tuhan mereka, dan kalau orang -orang yang kafir pula, maka mereka akan berkata: “Apakah tujuan Allah membuat perbndingan dengan ini (nyamuk)/”. (Jawabnya): “Allah akan menjadikan ramai orang sesat dengan perbandingan itu dan akan menjadikan ramai pula mendapat tetunjuk dengan sebabnya (nyamuk). Allah idak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan mereka yang pasik. - Al Baqarah:26.


HADIS

MATI SYAHID


Mati syahid itu ada lima macam: 1 - Mati kerana wabak penyakit (seperti taun), 2 – mati kerana sakit perut, 3 – Mati lemas dalam air, 4 – Mati kerana dtimpa runtuhan bangunan (termaasuk gunung dan sebagainya) dan 5 – mati dalam perang sabilullah.

- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim)


PETUAN


ULAMA


Sesiapa yang berima kepada Allah dengan iman yang kukuh tidak akan menentang, mencerca dan menghina ulama, kerana ulama itu waris para nabi Allah. Kalau mahu melihat jahil seseorang yang beragama Islam, lihat bagimana dia mecerca dan menghina ulam. Orang begini, jika menjadi pemimpin tak usah dikut, kerana dia dikutuk oleh Allah dan para malikat, nanti kita juga terkutuk.



TAHUKAH


Orang - orang asing yang menumpang rumah, tanah dan negara orang lain, tidak akan rasa puas hati, jika mereka tidak dapat memiliki, memiliki rumah dan tanah tersebut dan tidak dapat menguasai negara itu sebagai hak mereka.


Monday, August 3, 2009

PERDANA MENTERI DAN MB KELANTAN

Kejutan di Lapangan Terbang Kota Bharu…

Ia satu kejutan.Malah Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui ia sesuatu yang beliau sendiri tidak duga.Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz tiba-tiba muncul menyertai pimpinan UMNO Kelantan menyambut ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu Sabtu.Ini mengenangkan beberapa hari sebelumnya Mursyidul Am PAS itu membuat kenyataan terbuka ‘ pergi jahanam UMNO’ ketika menjelaskan beliau hanya berminat nak merapatkan hubungan kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan pusat dan bukan nak berbaik dengan UMNO. IAgenda Daily, 2 Ogos 2009

---------------------------


NIK AZIZ AKUI DIJEMPUT PERDANA MENTERI HADIR DI AIRPORThadir di 'airport'
Salmah Mat Husain

PENGKALAN CHEPA, 2 Ogos (Hrkh) - Mungkin ramai pemimpin Umno terkejut kehadiran Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik menyambut ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam.

Ini memandangkan kehadiran Menteri Besar Kelantan itu di atas jemputan Dato' Seri Najib Razak sendiri.

"Walaupun kehadiran saya pada awalnya tidak dirancang kerana ia dibuat begitu mendadak, namun untuk kepentingan umum saya terpaksa membatalkan beberapa program lain yang lebih awal dirancang," katanya.

Beliau memberitahu perkara it kepada pemberita ketika ditemui di lapangan terbang sebelum berlepas ke Kuala Lumpur petang semalam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pertemuan empat mata yang berlangsung lebih kurang 20 minit itu memperlihatkan ada perkembangan positif ke arah meningkatkan lagi kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat.

Beliau juga melahirkan rasa bersyukur kerana pada pertemuan tersebut Perdana Menteri menerima dengan wajah yang manis setiap perkara yang dibangkitkan.

Antara isu yang dibincangkan pada pertemuan tertutup tersebut berkenaan tuntutan royalti, jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan pembinaan pelabuhan di Tumpat.

"Cumanya Dato' Seri Najib sebut kalau boleh Tok Guru tak payahlah cepat sangat menyebut provokasi-provokasi terhadap Umno, tetapi waktu tu saya tak kata apa kepadanya.

"Saya tak jawab apa pada waktu tu, tetapi maknanya beliau faham, kalau tak jawab. Kami PAS dan Pakatan Rakyat tidak ada surat khabar sendiri, kami tak ada radio dan kami juga tak ada televisyen untuk menjawab," ujarnya.

Najib pertama kali datang ke Kelantan setelah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas pemilihan Umno April lalu.

Beliau hadir pada dua program di Kota Bharu iaitu pecah tanah projek pembangunan di kompleks sekolah di Wakaf Mek Zainab dan merasmikan persidangan Umno Bahagian Kota Bharu.

Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya memekakkan telinga tanpa menjawab sebarang tuduhan ia tidak boleh kerana akan menimbulkan masalah kepada penyokong Pakatan sebab tidak tahu jawapan sebenar.

"Kerana itulah saya terpaksa menjawab untuk memberi kefahaman terhadap penyokong dan rakyat seluruhnya.

"Sedangkan kalau Perdana Menteri tidak menjawab apa pun ia tidak menjadi masalah kerana media milik kerajaan Barisan Nasional sentiasa membantu menjawab sebarang spekulasi," ujarnya.

Malah Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sejak dari dahulu lagi beliau sentiasa menjaga hubungan baik dengan pusat dan tidak pernah pernah berniat untuk mengacau sesiapa.

"Tetapi kalau orang asyik dok kacau saya macam mana, jadi tolong menolong dan bukannya tolong saja, sama-sama jagalah," ujarnya.

Sementara itu ditanya berhubung permohonan maaf Utusan Malaysia terhadapnya Menteri Besar berkata, perkara itu sedang diurus peguam yang dilantik.

"Ya saya pun ada membaca tentang permohonan maaf itu, tetapi perkara itu sedang dirunding melalui peguam saya," ujarnya.

Baru-baru Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai lalu di halaman depan menyebut memohon maaf kepada Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiar Utusan bertarikh 15 Jun 2009.

(Harakah Daily, 3 Ogos 2009)




Gambar Agenda Daily

ISA: KERAJAAN PERLU BERDAYA FIKIR INTELETUAL

Oleh: Mokhtar Petah


Gambar Agenda Daily
Kerajaan telah menangkap dan menahan 589 orang rakyat negara ini yang telah mengadakan 'demonstrasi jalanan' kerana menuntu dan mendesak kerajaan Malaysia menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act (ISA) yang mereka anggap berlawanan dengan perikemanusiaan dan agama Islam.
Akta tersebut yang diguna pakai semenjak kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahaman hingga kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak adalah 'sebuah undang - undang purba' - amalan orang - orang jahiliah modan' , berlawanan dengan ajaran Allah dalam Quran. Akta tersebut yang diwarisi dari penjajah Inggeris dilihat lebih banyak unsur kezaliman dan sedikit unsur kedilan.
Selaras dengan undang darurat yang dikuatkuasakan di seluruh Semenanjung Tanah Melayu oleh Pesuruh Jaya Tinggi British, Sir Edward Gent, pada 13 Jun 1948, adalah satu dasar Penjajah Inggeris menggunakan akta tersebut dengan kekerasan 'serampang dua mata', iaitu untuk menentang Parti Komunis Malaya dan pengganas komunis yang mahu menjdikan Tanah Melayu negara komunis baru dan menghapuskan sebilangan besar orang Melayu yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu yang dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir (Parti Hizbul Muslimin) di luar UMNO pada tahun 1948.

Yang Dipertua UMNO 1946 - 1951, Dato Onn Jaafar pegawai tinggi dalam kerajaan British di Tanah Melayu - bertaraf Menteri Dalam Negeri - , adalah yang bertanggungjawab memperkasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan melumpuhkan perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekan Tanah Melayu dengan asas kedaulatan:
1 - Satu negara: Negara Melayu
2 - Satu bangsa: Bangsa Melayu
3 - Satu bahasa: Bahasa Nelayu
4 - Agama Islam: Agama Negara.
Dato' Onn telah ber asa besar kepada Tanah Melayu, iaitu menghimpukan orang Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946, menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO dan melumpuhkan perjuangan kiri orang Melayu (tidak pro British dan di luar UMNO) menuntut kemerdekaan sebanar bagi Tanah Melayu.
Akta Keselamatan Dalam Negeri peninggalan Inggeris itulah yang dituntut oleh para penunjuk perasaan agar Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak menghapuskannya.
Saya tidak menyalahkan atau kesal kerajaan mengarahkan polis menangkap dan menahan (akan dibicarakan) 589 orang yang menyertai demonstrasi tersebut, kerana hak bertindak adalah milik kerajaan untuk menjaga keselamatan awam.
Begitu juga saya tidak menyalahkan mereka yang mengadakan demonstrasi, kerana dalam nenara demokrasi, perbuatan demikian dan menuntut kerajaan melajukan, sesuatu yang baik kepada rakyat jelata adalah hak mereka sebagai rakyat yang dilindungi maruah demokrasi.
Tindakan menangkap, menahan dan membicarakan orang - orang yang bedemokrasi dalam mahkamah tidak akan berjaya bagi kerajaan menyelesaikan masalah serius tersebut ,kerana demonstrasi sebagai ' layar putih dunia' memaklumkan kepda ujat manusia seleutruh dunia akan pri ketidak -telusan dan tidak tulus kerajaan dalam mengahadapi ' hapus atau pinda' ke atas Internal Security Act (ISA).
Menteri Dalam Negeri, Dato' Hisyamuddin Tun Hussein yang saya lihat 'kurang teguh pendirian' dalam perjuangannya, telah bersuara banyak mengenai ' angan - angan' beliau untuk meminda akta tersebut, tetapi bagi mereka yang menunggu, terasa kurang sabar menanti dan menganggapnya seperti mendengar suara orang sedang mimpi sahaja.
Saya sendiri tidak setuju Akta Keselamatan Dalam Negeri itu diguna pakai selama - lamanya. Telah lapuk(kata Dr. Mahathir Mohamad), kerana akta itu berlawanan dengan ajaran Allah dalam Quran dan prinsip kemanusiaan sejagat.
Allah telah mengajar manusia melalui Nabi Daud alaihi ssalam. Sila rujuk dalam Quran mengenai Allah memerintahkan Nabi Daud sebagai khalifah (pemerintah) agar belaku adil kepada manusia.
Negara kita dan rakyatnya yang menjadi mangsa ketidak prihatinan para pemimpin kita yang lalu, telah menerima 'konrak sosial' yang dipaksa secara halus oleh penjajah Inggeris , maka, saya tidak ' setuju' Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan sema sekali. Tetapi elok dipinda, ubah suai dan bersifat adil di segi prinsip kemanusia sejagat dan agama Islam.
Jika negara kita tidak seperti negara lain yang rakiyatnya hanya satu jenis atau satqu bangsa sahaja Akta tersebut tidka perlu di gugna - pakai. Negara kitamempunyaiu rakyat yang berbilang kaum atau keturunan, jika tidak ada Akta Keselamatan Dalam Negeri, nescaya negara akan menjadi seperti sebuah dewan tempat jamuan arak atau rakyatnjelata tidak selamat dan tidak tenteram.
Meminda atau mnengubah - suai Akta tersebut, diharapkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Hishanuddin Tun Hussein, adakahn perbincangan dengan pihak alim ulama terutama Majlis Mufti Malaysia untuk mencapai titik koma keadilan mengikut ajaran Islam.
Jika pindaan itu dibuat oleh mereka yang arif dengan undang ciptaan manusia sahaja dan tidak berdasarkan hukum Islam (Quran danb Hadis), maka akta itu tidak akan memberi jaminan akan diterima oleh rakyat jelata.
Akta tersebut nanti akan membolehkan pihak brwajib melakukan penangkapan, perbiacaraan dan jika cukup alasan untuk menahan seseaorang, maka tindakan menahan selama masa ditentukan boleh dilaksanakan.
Dengan persetujuan parlimen dan perkenang Yang Dipertuan Agong, setiap orang yang boleh diambil tindakan dibawah kuat kuasa Akta Keselamatan Dalam negeri, tidak dibenarkan menggunakan peguam (kebanyakan peguam mencari makan, mereka boleh membela seseorang yang benar - benar melakukan keslahan) untuk membela mereka kerana hasil siaisatan pihak polis dan bukati -bukti yang cukup.
Pwndwknya tatacara bertindak dan menghukum tidak berlawanan dengan Islam dan perikemanusiaan.
Tindakan menangkap, menahan dan membicarakan mereka yang berdemokrasi selain tidak dapat menyelesaikan, akan menjadikan parti politik yang mendukung kerajaan akan dibeci oleh rakya jelata dan pilihan raya umum mendatang mereka akan memilih parti lain untuk memimpin kerajaan Malaysia.
Contoh rakyat jelata tidak percaya kepada parti politik yang mendukung kerajaan telah berlaku pada piliahan raya umum yang lalu, iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah kerajaan Barisan Nasional ' patah susuh' dan diperintah oleh parti - parti politik yang menentang UMNO dan Barisan Nasional.
Diramalkan, jika Najib Tun Razak tidsak hati - hati dan berlaku telus kepada rakyat jelatan, pada pilihan raya umum akan datang UMNO dan Barisan Nasional mungkin kecundang dan terpaksa menjadi seperti sang merana yang menyanyikan lagu, 'Hendak kubawa perahuku sempit, hendak kutinggalkan tak sampai hati."
Saya berharap, kerajaan Malaysia hendak mengahadapi tunjtutan atau desakan rakyat dengan berdaya intelkcual atau bijaksana, kerana cara demikian parti politik yang mendukung kerajaan akan selama pada masa hadapan.
(selesai)







MENGENANG MASA SILAM


Mokhtar Petah

Ustaz Haji Abdul Samad Noh, Mudir Ma’ahad Al Yahyawiyah, Padang Rengas dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Dia adalah salah seorang dari alim ulama di Negeri Perak yang tersohor.1 Seperti yang aku telah catatkan di atas, dia telah dilantik oleh Sultan Idris untuk menduduki kerusi Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.

Perlantikan ke atas Ustaz Haji Abdul Samad oleh Sultan Perak, tidak dipersetujui oleh Wan Mohamed. Dia mahu seorang ulama dari UMNO dilantik menduduki kerusi majlis tersebut.

Sebelum itu aku telah menasihati Sultan Idris supaya melantik Ustaz Haji Abdul Samad Noh menduduki kerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak itu. Aku telah merafakkan nasihat kepada Baginda, bahawa Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak milik umat Islam dan bukannya milik sesebuah parti politik tertentu.

”Majlis akan menjadi jambatan untuk menyatukan semula umat Islam yang sekian lama bercakaran kerana perbedaan fahaman politik, ...sampai bila orang Melayu atau umat Islam akan terus hidup dalam bergeseran..., permusuhan, sedangkan Allah dan Nabi Muhammad melarang permusuhan demikian” aku telah merafakkan kata-kata bersurat itu kepada Sultan Idris.

”Kalau Sir tidak dapat mencari penyelesai atau menyatukan semula umat Islam, Sir akan menerima beban dosa, kerana Sultan atau Raja Melayu ketua agama Islam di negeri masing-masing...,’sembhahku lagi.

”...Sir patut menjadi pelopor Raja-Raja Melayu untuk menyatukan umat Islam, ...ambil Ustaz Haji Abdul Samad Noh duduk dalam Majlis itu, ...itu satu contoh yang baik bagi perpaduan ummah,”tambahku.

”... aku dah lama duk fikir like that..., tapi kuasa kami, ...Raja-Raja Melayu terhad...,”titah Sultan Idartis.

”...hanya terhad dalam hal ehwal politik, ...tapi dalam perkara lain tidak, ...tapi I sendiri kesal...,”aku berkata.

”...ngapa?”Sultan Idris Shah bertanya.

”...apa tidaknya, ...ramai Raja-Raja Melayu macam renggang dengan rakyat deme dari umat Islam, ...mereka menengok rakyat melalui jendela istana saja, tak macam Sir turun padang menemui rakyat...,”aku memberanikan diri berkata demikian.

”...aku dah kena pikul amanah, ...aku tak boleh jauh dari rakyat..., aku kena ambil tahu hal deme..., agama Islam...,”titah Sultan Idris Shah.

Sultan Idris Shah telah memanggil Ustaz Haji Abhdul Samad Nor ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Baginda telah menitahkan kepada ulama itu yang Baginda berkenan melantiknya duduk dalam Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.

Kehendak manusia tidak selalu mencapai kejayaan, tetapi kehendak Allah mengatasi segala-galanya. Pada hari Jumaat dalam bulan Februari 1980, satu perjumpaan Jawatankuasa Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan adat Istidat Melayu Perak dengan alim ulama dari seluruh negeri itu, telah diadakan di dewan Bangunan Pejabat majlis tersebut, di Ipoh.

Perjumpaan itu telah dihadiri oleh Menteri Besar, Wan Mohamed. Aku telah hadir dalam perjumpaan itu. Wan Mohamed telah berucap di luar teks ucapan yang telah disediakan. Dia telah berucap dengan dipengaruhi oleh sentimen politiknya; dia telah menyelar dan menyindir ulama yang disifatkan ’berangan-angan Mat Janin’ hendak menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Di antara kata-kata Wan Mohamed yang kesat, di antaranya,” ...pergi ke Mekah belajar agama tak sebanyak mana, balik nak tubuh negara Islam, ...ulama, (minta maaf, aku tak dapat terangkan kata-kata itu) orang Melayu tak akan menerima negara Islam, ...karut,...rakyat negara ini tak akan balik ke zaman kuno...,”katanya.

Setelah Wan Mohamed selesai berucap, pada waktu jamuan tea, Haji Mat Saman Kati (guru agama Istana), Ustaz Haji Abdul Samad Noh dan ystaz Ismail Mu’in telah menemui aku. Mereka telah meluahkan perasaan kesal mereka atas ucapan Wan Mohamed itu. Aku telah meminta mereka bersabar, ”....orang jahil, musuh Islam, ...orang kafir sahaja yang menentang negara Islam...,”aku telah berkata kepada mereka.

Aku telah mengingatkan mereka dengtan sepotong ayat Quran yang bererti:

Mereka pekak, bisu dan buta, sebab itulah

mereka tidak dapat kembali kepda kebenaran.2

Pada pagi esoknya (Sabtu), Persatuan Kadi Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat agung dalam dewan dan yang sama dengan tempat perjumpaan anggota-angota Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Perak semalam. Wan Mohamed telah dijadualkan merasmikan mesyuarat agung tersebut.

Wan Mohamed telah dijemput untuk memberi ucapan. Belum sempat ucapannya masuk kepada tujuan merasmaikan ucapannya itu, tiba-tiba tubuhnya luruh atas pentas tempat dia berucap. Semua yang hadir terkejut dan bangun lalu menolong mengangkat tubuh Wan Mohamed. Kemudian dia dikejarkan ke Hospital Besar Ipoh. Keadaan sakitnya sukar dipulihkan. Pihak hospital tidak mendapat sebarang kesan yang beliau telah diserang darah tinggi.

Pada satu petang, beberapa bulan kemudian aku telah bertemu dengan Wan Mohamed, di Ipoh Club. Dia berkeadaan kurang sihat. Pada waktu itulah aku terasa hiba. Betapa persahabatanku dengannya dulu telah menjadi renggang disebabkan oleh faktor peranan dan perjuangan yang berbeda.

Pada 1 Mac 1983, dengan persetujuan Presiden UMNO, Dr Mahathir Mohamad, Sultan Idris Shah telah melantik Ramli Ngah Talib (Tan Sri) untuk menduduki kerusi Menteri Besar Perak yang telah dikosongkan oleh Wan Mohamed. Ramli adalah orang yang pertama berkelulusan undang-undang menerajui Kerajaan Negeri Perak. Pada zaman terakhir penjajahan Inggeris, seorang peguam, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz menduduki kerusi Menteri Besar Negeri Perak.

’Tan Sri Dato’ Seri Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja, Ramli Ngah Talib telah dilahirkan di Pasir Salak, di rumah datuknya Penghulu Alang Talib tereletak 30 meter daripada tempat J.W.W.Birch, Residen British Perak yang pertama dibunuh. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Pasir Salak, St. Anthony School Teluk Anson dan seterusnya di Malay College Kuala Kangsar, Queen’s University dan Lincoln’s Inn. London. Kariernya telah membawa beliau dari pensyarah undang-undang ITM ke jawatan Pegawai Undang-undang Lembaga Letrik Negara, firma undang-undang sendiri.3

Sesungguhnya tidak sama orang yang berpengatahuan dengan yang tidak berpengetahuan. Gerak kerja orang yang berpelajaran tinggi tidak sama dengan gerak kerja orang yang rendah pelajarannya. Begitulah aku membandingkan Ramli Ngah Talib dengan para Menteri Besar yang sebelumnya.Menteri Besar pilihan Sultan Idris Shah itu mempunyai sikap berhati-hati mengatur dan melaksanakan rancangan-rancangan untuk kerajaan dan rakyat. Sultan Idris sentiasa memerhatikannya dan rakyat jelata sentiasa merenungnya.

’Dato’ Sri Ramli adalah anak kampung yang jauh dari bandar. Pengalaman hidupnya dalam kampung cukup untuk mengajarnya menjadi seorang pemimpin yang mempunyai perasaan ’mementingkan orang ramai atau rakyat lebih dari segala-galanya’ – lalu beliau menguatkan azam; selagi pucuk pimpinan parti menaruh kepercayaan kepadanya mengetuai Kerajaan Negeri Perak dan memimpin rakyatnya, beliau akan terus memperjuangkan nasib rakyat dengan daya tenaga, daya fikiran dan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang ada padanya.’4

Semenjak Ramli Ngah Talib meminpin kerajaan dan rakyat negeri Perak, maka negeri itu telah masuk ke dalam ’Era Baru’ dan pembangunannya dijalankan

Seiringan dengan Kerajaan Negeri Selangor, pimpinan Tan Sri Muhammad Mohd.Taib.

Pada tahun 1992 Ramli Ngah Talib dan Muhammad Mohd.Taib telah menandatangani perjanjian ’Kerjasama Pembangunan’5 dalam kawasan sempadan negeri Perak dengan negeri Selangor. Antara pambangunan sempadan yang berjaya, ialah pembinaan Bandar Proton, di Behrang, Tanjung Malim, menaik taraf Maktab Perguran Sultan Idris Tanjung Malim kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim juga.

1 Mokhtar Petah, Haji Abdul Samad Noh, Mingguan Tempo, 2 Mei 1993.

2 Quran - Al Baqarah:18.

3 Ramli bin Ngah Talib, 1997, Pasir Salak Sehamparan Sejarah Perjuangan, Ipoh, Yayasan

Perak, hl.162.

4 Mokhtar Petah, Perak Di bawah Pimpinan Menteri Besar Dato’ Sri Ramli Ngah Talib, Kuala

Lumpur, Karya Bistari Sdn.Berhad, 1987, hl.23.

5 Mokhtar Petah, Reformasi – Fikiran Dan Pembangunan, Kuala Lumpur, Mata

Publication,1993, hl.190 – 208.

(Sedutan dari buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah. Editor, Petah ShahrirAidid.


KAMBING DAN TUAN


Kanbing: Kelihatan manja. Hormati tuannya. Harapannya, akan terus bersahabat dengan tuannya hingga ke akhir hayatnya. Bek 1: Tuanku mulia. Bek 2: Aku setia. Bek 3: Aku tak tahu hati dia.
Tuan kambing: "Aku beri kamu makan. Makalah rumput, kulit pisang hatta seluar dalam aku. Bila kamu dah besar dan banyak daging, aku sembelih atau aku jual. Duit aku gunakan untuk mebeli pakaianku dan seluar dalam yang kaumakan."

* Layari blog: Edit-Thinker dan mokhtarpetah

MELAYU TIDAK BOLEH BERPECAH

PERPADUAN MELAYU

Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.

Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.

Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.

Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.

Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.

Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.

Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

QURAN,HADIS DAN LAIN


MEREKA YANG BERIMAN


Hai hamba – Ku, pada hari ini kalian tidak berasa ketakutan dan tidak berdukacita.

(iaitu) mereka yang beriman kepada keterangan - keterangan (segala pernyataan Allah dalam Quran) Kami dan tunduk menyerahkan diri (kepada Allah).

Masuklah kalian dan isteri – isteri kalian ke dalam syaurga dengan perasaan beruntung. - Az Zukhruf: 68 - 70


HADIS


SYURGA DAN NERAKA


Raulullah s.a.w. Telah bersabda: Api neraka diliputi oleh berbagai keinginan shahwat – hawa nafsu -, sedangkan syurga diliputi oleh segala yang tidak digemari oleh syahwat - hawa nafsu.

- Perawi:Imam Bukhalriu dan Imam Muslim.


PETUA


PEMIMPIN


Jika pemimpin datang ke sesuatu kampung orang miskin dengan menaiki kereta mewah, berpakain mewah dan lagaknya berbeza daripada masa dia belum menjadi pemimpin sahulu, tak usah percaya kepadanya, kerana, dia sebenaarnya adalah seorang badot bodoh dan tidak beramanah.



TAHUKAH?


Pada ketika bercakap dengan seorang penulis di Taiping Perak, pada tahun 70 – an, Tun Abdul Razak tidak berharap atau tidak mahu seorang pun dari anak – anak lelakinya memegang jawatan seperti yang beliau pegang, kerana beliau takut mereka itu tidak dapat diterima oleh orang ramai, tidak amanah dan tidak berjaya menunaikan amanah Allah kepada mereka.


Saksi: 1 - Menteri Besar Perak, Dato' Sri Haji Kamaruddin Mat Isa.

2 - Setiausaha Keerajan Perak, Dato' Ishak bin Tadin.