Sunday, August 2, 2009

CERITA DARI NOVEL


INTEKETUAL ISLAM


Paduka Yang Mulia,

Undang-undang ciptaan Allah s.a.w. tidak dilaksanakan

dan terabai. Hukum-hukum-Nya dibiarkan dan tidak

dilaksanakan.Dan semuanya itu berlaku dalam sebuah

Negara yang undang-undang dasarnya, disebut, ‘Agama

negara ialah agama Islam’.

Kedai-kedai arak, rumah-rumah maksiat, pusat-pusat

perjudian dan pemandangan yang tidak baik setiap

ketika dikecapi oleh bangsa ini di setiap sudut dan

terlalu banyak pertaruhan dan perjudian yang

membuang waktu dan harta mereka dan

ianya diterajui oleh penguasa.

Masyarakat jadi terumbang ambing sehingga para pekerja

di kota-kota besar dilanda kerosakan moral.

Pembesar-pembesar Negara ini telah memberi contoh yang

tidak baik kepada rakyat, sama ada dalam perangai individu

ataupun dalam kedudukan jawatan mereka, hal ini menjadi

sasaran kritikan rakyat dan akibatnya makin menurunlah

kepercayaan mereka kepada pemerintah.

Para pelancong asing bergambar dengan pakaian mini dan

perhiasan yang tidak sesuai dengan kesopanan dalam Islam

dan ajaran yang diwajibkan oleh Allah bagi kaum

wanita. Menutup aurat dengan sempurna dan tidak

menjadi

tumpuan pandangn mata.

Gambar wanita(separuh bogel) terpampang dalam akhbar-

akhbar besar dan kecil sehingga menjadi halua yang mesti

diletakkan untuk tatapan pembaca-pembaca dan mengundang

nafsu jahat.

Remaja-remaja lelaki perempuan bergaul dengan bebas

dalam pesta-pesta dan majlis yang rasmi dan juga tidak rasmi

seperti kekeluargaan, gelas-gelas arak dan malam dihabiskan

dengan kegiatan yang sia-sia,…mabuk sahaja,

Paduka Yang Mulia,

Ini semua dan beberapa hal yang lain telah menghilngkan

keyakinan diri bangsa kita, serta memalingkan mereka dari

keindahan teladan yang baik, mengabaikan ketaatan dan

takwa kepada Allah, membuat jahat dan menghabiskan

harta, menumpulkan fikiran dan merosakkan kesihatan.

Rumah tangga porak peranda, menyulitkan kepentingan

masyarakat, disertakan pula berita, rencana dan gambar dalam

akhbar yang menjijikkan. Oleh yang demikian mestilah segera

menangani bagi membebaskan masyarakat dari

kehancuran, keburukan, kegilaan itu.

Untuk tujuan itu, berilah perintah yang tegas dan keluarkanlah

keputusan kerajaan agar Masir yang Muslim ini tidak dilanda

keburukan kecuali yang baik sesuai dengan ajaran agama

Islam.

‘Alimin sedang tekun membuat kerja kuliahnya, dalam biliknya, pada satu malam. Dia sedang meneliti memorandum pemimpin Parti Islam – Ikhwanul Muslimin-, Mesir, Hassan Al Bana kepada Raja Masir, Al Malik Faroq pada 8 Muharam 1858 Hijrah, dalam buku ‘Limaza Ightayalil Imam Asy Syahid Hassan Al Bana’ oleh

Abdul Muta’al Al Jabari. Pada saat-saat begitu, sedih bagaikan pengopak dan mengoyak hatiknya yang seketul dalam dadanya. Sedih kerana berjauhan dari kekasihnya. Dalam keadaan meronta payah melawan kesedihannya, dibaca AL Fatihah untuk ulama, politikus dan pengarang Islam yang mati syahid itu.

Hassan Al Bana telah mati ditembak oleh musuh politiknya, pada waktu Allahyarham hendak menaiki teksi, dekat pejabat rakannya, di Qahirah, Mesir, pada malam 12 Februari 1949.

‘Alimin sedang melakukan penyelidikan ilmiyah. Dia dikehendaki oleh pensyarahnya untuk melakukan penyelidikan terhadap pergerakan umat Ialam di Masir melalui parti politik Islam, Ikhwanul Muslimin dan susur galur perjuangan salah seorang pelopor yang telah menubuhkan parti Islam itu, Asy Syahid Hassan Al Bana.

MENUNTUT KEMERDEKAAN

Perjuangan Hassan Al Bana telah menjadi contoh dan ikutan bagi pemuda-pemuda Islam di Tanah Melayu yang berjuang menuntut kemerdekaan, sekitar tahun 1945 – 1948. Parti politik pertama di Semenanjung Tanah Melayu, Hizbul Muslimin yang telah ditubuhkan oleh Allahyarham ustaz Abu Bakar Al Baqir dan para patriotik Islam, di Gunung Semanggul,Perak, pada tahun 1945 banyak mencontohi perjuangan parti Hizbul Muslimin.

Pada ketika itu,’Alimin teringat akan kata-kata ustaz Adham, di kampungnya, bahawa penjajah Inggeris terlalu takut kepada parti politik Islam sehingga mereka terpaksa memujuk orang-orang Melayu menubuhkan parti politik nasionalis.

Kakak angkat ‘Alimin, Syamila, banyak membantunya melakukan kerja-kerja kuliahnya, seperti penyelidikan dan berhubung dengan pejuang Islam di Iraq. Syamila mahu adik angkatnya menjadi seorang intelektual Islam yang tahan lasak dalam perjuangan mempertahankan agama Islam dan umatnya.

“Walau pun kita orang Islam, orang beriman kepada Allah, tetapi kita belum tahu adakah Allah menerima kita masuk syurga-Nya selagi kita tidak berjihad pada jalan-Nya, kerana-Nya dan kerana agama Islam,”Syamila berkata kepada ‘Alimin.

“Ramai orang bercakap penuh perasaan tentang Allah, bercakap dengan semangat membara tentang agama Islam dan umat Islam, tetapi terlalu sedikit yang sanggup mati demi perjuangan pada jalan Allah dan agama Islam,” Shamila menambah.

ADIK ANGKAT

Shamila pernah berkata kepada ‘Alimin pada satu malam, bahawa dia hidup dan meneruskan hidupnya dengan berfalsafahkan ‘satu’; Allah satu, kitab suci satu, dirinya satu, bapanya satu, ibunya satu dan adik angkatnya satu.

Kekasih Syamila dimamah peluru tentera Yahudi. Kematian pemuda itu menjadi tembok sempadan baginya mencintai lelaki lain.Tidak wujud perasaan cintanya kepada mana-mana lelaki. Nalurinya tertutup rapat dari diresapi rasa cinta yang menempah kehendak kelamin atau jantina.

Masa berjalan mengikut hukum Allah. Tidak pernah berhenti. Masa ibarat pedang memotong atau mencantas siapa sahaja yang leka. ’Alimin seorang pemuda yang tidak pernah leka. Dia adalah seorang mahasiswa yang berjaya menggunakan masa. Tiga tahun telah berlalu dan masuk tahun yang keempat dia di Baghdad, universitinya telah menganugerahkan kepadanya, segulung ijazah B.A kelas pertama dalam bidang syari'ah Islam dan sosiolgi Islam. Bidang tersebut merangkumi sejarah dan sains politik Islam. Sesuai dengan bakat dan minat yang ada pada dirinya, Alimin telah mengambil kesempatan mempelajari ilmu kewartawanan, penulisan dan komunikasi di universiti tersebut.

BUMI IRAQ

Dengan pertolongan Syamila, ‘Alimin bekerja sebagai penolong editor dalam sebuah syarikat yang menerbitkan majalah-majalah berbahasa Arab di Bagdad. Di antaranya majalah mingguan at Tahrir , majalah setengah bulan, al Jihad dan majalah bulanan, al Istqlal.

Semenjak Presiden Saddam Hussein bertindak terhadap Kuwait pada 17 Julai 1990, kerana negara di bawah telunjuk kapitalis Amerika dan British itu dikatakan telah menyedut secara haram minyak dari bumi Iraq, maka musuh-musuh Saddam Hussein dengan kerjasama orang-orang Iraq yang munafik, telah melakukan kegiatan subversif terhadap pemerintah dan rakyat negara tersebut.

Pada tiap-tiap hari keluar masuk ke Iraq ajen-ajen perisik Amerika Syarikat dan British. Berjuta-juta dolar telah dibelanjakan untuk agen-agen mereka. Usaha menjatuhkan Saddam Hussein dijalankan secara berdiplomasi dan teratur. Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan negra-negara Arab lain menjadi ‘warong tea tarik’ bagi para balaci Amerika dan British.

POLITIK KEBENDAAN

‘Alimin telah mengkaji suasana politik di Iraq. Saddam Hussein dan para penyokongnya bemazhab Sunni atau Ahlu Sunnah wa Jama’ah . Kebanyakan orang-orang politik tidak berminat menggunakan Quran dan Sunnah sebagai dasar perlembagaan negara. Mereka menganut fahaman kebangsaan dan kebendaan.

Pada waktu dalam masjid, mereka menghadap Tuhan berikrar dengan Maha Kuasa itu serta memegang Quran. Wirid atau zikir nama-nama Maha Suci. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. sampai berbuih mulut. Tetapi di luar masjid, mereka mengamalkan kapitalisme, sosialisme atau komunisme. Mereka menjadi umat hipokrit berwirid dan berwirid zikir politik kebendaan macam Abdullah Ibnu Ubai pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., di Madinah.

Manakala rakyat golongan Syi’ah pula, mereka seperti lalat; dalam kesusahan puji-puja Tuhan. Bila berselimutkan kemewahan, sanjung Amerika dan Inggeris. Sebilangan kecil sahaja dari mereka yang berhajat dan berjihad menegakkan negara Islam.

RUKUN HIDUP

‘Alimin mendapati kebanyakan orang-orang Iraq yang menentang perlembagaan Islam atau negara Islam kerana takut kehilangan lima rukun hidup mereka; rasuah, arak, zina, zalim, kaut kemewahan atas penderitaan rakyat.

Saddam Hussein digemari oleh sebilangan besar rakyatnya. Dia mnencintai bumi Iraq dan mempraktikkan keadilan sosial kepada rakyat yang tidak menentangnya. Sesiapa yang menentang dasar pemerintahannya; kadang kala dia menggunakan kuasa diktatornya. Gila kuasa atau menjadi ahli politik yang gila-gila.

Pada pandangan ‘Alimin, Arab Saudi tidak boleh diakui sebuah Negara Islam. Negara dan rajanya mempergunakan Islam bagi kepentingan keluarga di raja. Keluarga diraja yang memegang kekuasaan kerajaan menjadi boneka Amerika Syarikat, Inggeris dan negara-negara Kristian dan kapitalis.

MENDEDAHKAN KECURANGAN

‘Alimin menatap kulit sebuah buku, ‘The Thieve Of Riyadh’ yang diedit oleh Haroon M. Jadhakhan dan diterbikan oleh, Muslim Cronicle, London, pada tahun 1990. Buku yang mengandungi artikel-artikel yang ditulis oleh penulis-penulis Arab yang tinggal di luar Arab Saudi itu, mendedahkan kecurangan, corrupted, kemaksiatan dan perjudian yang diamalkan oleh Raja Arab Saudi dan kaum kerabat di Amerika, England, Francis dan negara-negara lain.

Pada muka surat 33- 38 memaparkan peranan CIA di negara-negara Arab termasuk Iran.’Alimin menemui sebuah karton raja Arab Saudi dan dekat pipinya ada tulisan tebal, ‘His London house which costs S50 m makes Buckingham Palace look like a bunglow’.

Pada halaman 50 tertera sebuah gambar penari perempuan, Pamela Bordes yang memakai pakaian wanita Arab. Dia duduk dan mendedahkan sebatang kakinya hingga ke paha. Pada malam itu juga sebuah salinan visanya untuk melawat Riyadh.

BERLUMURAN DARAH

'Alimin ketawa sendirian. Dia menatap halaman 82 buku itu, terpampang sebuah karton Raja Muda Arab Saudi sedang memegang sebilah pedang berdarah.Tangan kirinya berlumuran darah. Dia sedang berdiri dalam kolam renang dan di sekelilingnya tujuh biji kepala manusia yang telah tercerai dari tubuh masing-masing. Pada bahagian atas kepalanya tertulis, ‘Prince knife got more blood on his hand than dracula’.

“Di mana-mana ada manusia tidak jujur,”sungut ‘Alimin.

“Kalau umat Islam tidak bangun dengan iman, akhlak dan berani mati kerana Allah, sampai bila pun mereka hidup di bawah pengaruh orang-orang Yahudi, Kristian dan golongan yang menjadi musuh Allah,”sungut ‘Alimin lagi.

‘Alimin dan Syamila telah menyertai sebuah pergerakan pemuda pemudi Islam Iraq .Pergerakan itu berperanan membela umat Islam di Iraq dan negara-negara lain yang dijajah dan ditindas oleh kuasa-kuasa penjajah dan penguasa-penguasa yang zalim.

SENYMAN IKHLAS

Pergerakan Islam itu dinamakan ‘Mafi’. Orang Itali menyebut ‘Mafia’. Ahli-ahlinya terdiri dari belia-belia Islam yang berani mati kerana Allah, kerana mempertahankan agama Islam dan penganut-penganutnya. Mereka tidak mengenali antara satu dengan lain. Pergerakan tersebut mempunyai cawangan-cawangan di negara-negara umat Islam dan bandar-bandar besar di seluruh dunia. Di antaranya, London, New York, Paris dan Tronto.

Pada ketika ‘Alimin sedang membaca sebuah buku dalam biliknya,tiba-tiba daun pintu bilik itu diketuk orang dari luar. Sebaik- baik sahaja daun pintu itu dikuakkan, berdiri di hadapannya, ibu angkatnya – ibu Syamila -, Zaharah. Wajah berbunga senyuman ikhlas.

“Mak cik,”sapa ‘Alimin.

“…saya nak bercakap dengan kamu, anakku,”kata Zaharah.

“Ia, masuklah’” kata Alimin dan mengundurkan dirinya.

“Terima kasih,”kata Zaharah.

Mereka duduk atas kerusi dalam bilik itu. Pintu bilik itu dibiarkan terbuka,kerana sebentar lagi suami perempuan itu, Mustafa Ramadhan akan tiba.

“Apa, mak cik?” ‘Alimin bertanya.

“Begini,…mak cik minta tolong kepada ‘Alimin…,”kata Zaharah

‘Alimin diam dan merenung wajah perempuan itu.

“…macam ni, mak cik dan pak cik nak minta tolong anakku nasihatkan Syamila,”kata Zaharah.

“Nasiha?”Tanya ‘Alimin.

“Ia,…nasihat,” jawab Zaharah.

Di pintu bilik berdiri Mustafa Ramadhan. Wajahnya terhias senyum merkah. Sambil mengucap salam dia melangkah masuk lalu duduk atas kerusi di hadapan ‘Alimin.

“…kami tidak ada anak,…Syamila itulah satu-satunya anak kami,”kata Zaharah.

“Ia,sungguh kata mak cik kamu itu,”sambut Mustafa Ramadhan.

“…kami dah tua,…kami rasa tak sempurna hidup kami selagi kami tidak dapat menimang cucu kami,”Kata Zaharah.

“Ia, anakku,”kata Mustafa Ramadhan.

“Kami minta ‘Alimin nasihatkan Syamila, nasihatkan supaya dia kahwin,”kata Zaharah.

‘Alimin tunduk. Berat hatinya untuk menasihti Syamila. Gadis itu bukan kepalang orang. Tetapi kerana ibu dan bapa angkatnya, dia akan mencuba juga sekadar termampu baginya.

“Insya Allah, saya akan cuba, mak cik, pak cik,” ‘Alimin berkata.

“Alhamdulillah, terima kasih, anakku,”suara suami isteri itu menjadi satu.

‘Alimin merenung wajah ibu dan bapa angkatnya. Wajah dua orang tua itu ceria. Mereka menggantungkan harapan kepada ‘Alimin.

Dua orang tua itu mengajak ‘Alimin minum gahwa di ruang tamu rumah mereka. Pada waktu mereka berjalan masuk ke bahagian ibu rumah itu, Syamila melangkah masuk dan memberi salam kepada mereka.

(Dipindahkan dari manuskrip novel Cinta Dan Jihad, oleh: Mokhtar Petah.

QURAN , HADIS DAAN AIN

* **

PERANG

Perangilah kaum musyrikin (kaum kafir Arab Qurisy yang menyengutukan Allah dan kaum - kaum lain) semuanya sebagai mana mereka memerangi kalian sekalian. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah bersama orang - orang yang takwa. - At Taubah:36


HADIS

HAK RAKYAT

Sesungguhkan akan datang sesudah (wafat) saya sikap mementingakn diri sendiri (sama ada pihak pemerintah mahupun pihak rakyat) dan urusan – urusan yang lain yang kalian ingkarkan. Tunaikanlah hak yang wajib atas kalian (mendengar dan mentaati selagi pmerirntah tidak melanggar perintah atau hukum Allah) dan pohonlah kepada Allah akan hak kalian.

Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.


PETUA


BERTINDAK KERAS

Mana – mana pemerintah (republik) dan kerajaan (monarki) yang menentang dan bertindak keras ke atas massa (orang ramai) yang berdemonstrasi kerana membantah sesuatu undang - undang ciptaan manusia, sedangkan memperbaikinya tidak dilakukan dengan segera,

maka lambat laun pemerintah dan kerajaan itu akan lumpuh atau jatuh.










TAHUKAH

PEMIMPIN WANITA

Setiap wanita Islam menjadi pemimpin (dari wakil rakyat hingga perdana menteri atau presiden), dia tidak dapat lari dari melakukan khianat terhadap amanah kepada dirinya dan suaminya. Dan walau banyak mana dia bercakap, kebenarannya amat sedikit tetapi pembohongannya banyak.


Saturday, August 1, 2009

KEPADA ALLAH DIA KEMBALI


MUJAHID ISLAM
(Untuk Allahyarham Hamdan Abdul Rahman)
Pada ketika kita bertemu dulu,
depan rumah rumah Allah di pulau,

anda politikus mujahid Islam.
Iman takwamu kukuh amat.
Katamu, " ...biar dibenam dalam pasir bara,
disumbat ke dalam penjara, bawah rahang ISA,
saya berjuang terus ke titik akhir hidup."

madah
mu sedingin air di tasik gua,
" ...buku tuan,
Bangsa Melayu Menggugat
dunia,
Zulkifli Mohammad Dalam Kenangan,
saya study sungguh - sungguh,

jadi rangsang perjuangan." Katamu jua,
"Biar ditawar emas laksana Pulau Jerjak,
darjah laksana Maha Raja,

saya tetap bersama harakahIslam,
Jihad saya kerana Allah,

Negara Islam, negara kita.
Tika khabar pemergianmu,
Setitik air mata tumpah dari telaga mataku,
Sukmaku pilu,
Kau pergi meninggalkan kami,
menyambung juang Nabi,
di bumi bertuah ini.
Janji Allah kepadamu
Syurga 'An Na'im', kerana jihadmu,
jihad pada jalan Allah,
jihad mejahid mulia.

Genting Hailand ....................Mokhtar Petah



GUGUR SEORANG MUJAHID ISLAM

Datuk Hamdan Abdul Rahman,63 tahun, Ahli Dewan Undangan
Negeri PAS kawasan Permatang Pasir, Pulau Pinang tela
Kuala Lumpur, jam 6.30 petang Jumaat . 31 Ogos lalu.

Allahyarham adalah 'mujahid Islam' telah menyandang taraf Ahli
Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh
itu selama tiga penggal sejak tahun 1999.


























MENGENANG MASA SILAM

Mokhtar Petah

Perjuangan umat Islam menuntut kemerdekaan empat wilayah di Selatan Siam dari dijajah oleh Kerajaan Siam telah memakan masa yang terlalu lama. Aku mengambil kira dari masa yang pendek sahaja, iaitu dari zaman kerajaan Siam pimpinan Phibul Songgram sekitar pada hujung tahun 1938.

Perjuangan itu berlanjutan di bawah kezaliman kerajaan Siam sehingga mereka membunuh peminpin Gerakan Umat Islamn Pattani, Pimpinan ulama Allahyarham Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir. Dia telah dibunuh oleh polis Siam pada 13 Ogos 1954, seperti yang aku telah jelaskan dalam bahagian 13 di atas.

Perjuangan mereka itu tidak mendapat perhatian yang serius dari kebanyakan kerajaan-kerajaan umat Islam di dunia dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Sebab utama perjuangan mereka telah tidak diberi perhatian, kerana mereka itu umat Islam yang menuntut hak dari kerajaan bukan Islam.

UMAT ISLAM

Sebenarnya perjuangan orang Melayu dan umat Islam Selatan Siam sama dengan perjuangan umat Arab di Palestin. Beribu-ribu orang telah terkorban syahid akibat kezaliman umat manusia beragama lain dari Islam.

Semenjak peristiwa itu aku telah didesak oleh keinginanku sendiri untuk menemui Tok Janggut. Menurut banyak punca, bahawa pemimpin mujahidin Selatan Siam itu tidak akan mendeahkan nama sebenarnya. Dia hanya memperkenalkan dirinya dengan nama ’Tok Janggut’.

Menurut cerita yang masih samar-sama, bahawa gelaran ’Tok Janggut’ telah wujud sejak umat Islam menentang penjajah Siam pada zaman silam. Apabila Tok Janggut telah meninggal dunia, muncul orang kanannya bergelar Tok Janggut juga dan begitulah hingga kepada Tok Janggut pada masa kini. Nama itu diturunkan kepada pengganti-penggantinya seperti yang telah berlaku pada wali abdal’(berganti) di Iraq.

PEMIMPIN GERILA

Pada bulan Januari 1974, aku telah pergi ke Bandar Betong, sebuah bandar kecil kira-kira 8 kilometer dari bandar kecil Pangkalan Hulu Perak. Di sana aku telah bertemu dengan seorang yang dikatakan orang Tok Janggut. Dia seorang guru agama Islam (tidak sebut namanya), tinggal di Kampung Rambung. Aku telah meminta bantuannya suapaya aku dapat bertemu dengan pemimpin gerila itu.

Pada satu hari dalam bulan Februari aku telah menerima surat dari Pengkalan Hulu. Surat itu dari seseorang dan memberitahu kepadaku, yang Tok Janggut sedia menemui di suatu tempat di Grik, Hulu Perak pada 27 Mac 1974. Dia telah meminta aku menghubungi Penolong OCPD, Balai Polis Grik, ASP Faizol bin Uda Sohor.

Pada tahun 1974, Pegawai Daerah Grik, Kamaruddin Ma’amor, OCPD, Datuk Zaman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Polis, ASP Faizol bin Uda Sohor dan Pegawai Polis Bahagian Cawangan Khas, Ahmad bin Susah.

MAKAN MALAM

Sebelum aku pergi ke Kampung Pelang, aku telah menghubungi ASP Faizol di Balai Polis Grik menerusi telefon. Dia telah ketawa terkekeh-kekeh dalam telefon sebaiki-baik sahaja mendengar maksudku itu.

”...you datang, I tunggu, ...I tak pernah jumpa dia, I takut...,”ASP Faizol berkata.

”...you tau le, ...wartawan macam I ni mana ada rasa takut,”aku berkata.

ASP Faizol ketawa lagi.

Setiap kali Tok Janggut datang ke kawasan negeri Perak, dia telah bertemu dengan ASP Faizol. Mereka seperti dua rakan yang sukar dipisahkan. Tetapi pegawai-pegawai atasan ASP Faizol tidak mengetahui akan perhubungannya dengan ketua mujahidin di Selatan Siam itu.

Aku telah tiba di Bandar Grik pada petang 26 Mac 1974. Aku telah menginap di Rumah Rehat Grik. Sebaik-baik sahaja kami selesai makan malam di Rumah Rehat itu, kami telah pergi ke Kampung Pelang dengan menaiki kereta ASP Faizol. Kampung Pelang teletak di luar Bandar Grik, iaitu hala ke Pengkalan Hulu. Rimba raya di belakang kampung itu sambung menyambung dengan rimba raya di Selatan Siam.

PERGERAKAN MUJAHIDIN

Dalam perjalanan ke Kampung Pelang, ASP Faizol telah menceritakan kepadaku akan latar belakang Tok Janggut. Pergerakan mujahidin itu mempunyai wakil-wakil atau pejuang-pejuangnya di beberapa buah negara umat Islam di seluruh dunia, di antaranya, Libya, Iran, Arab Saudi, Sudan dan Indonesia.

”...you berani, ...I puji you, ”kata ASP Faizol kepadaku setelah kami tiba di kampung Pelang.

”Mengapa?” Aku bertanya.

”Ialah, tak ada orang yang berani jumpa orang tua tu, ...I dulu baru jumpa dia, menggigil you...,”jawabnya.

Aku telah memberitahu kepada ASP Faizol yang aku membawa amanah dari sebuah negara umat Islam, yang mahukan laporan lengkap tentang Tok Janggut dan perjuangannya. Akulah orangnya yang akan membuat laporan itu. Negara itu mahu membantu wang kepada Tok Janggut dan organisasinya. Aku telah diberitahu, wang bernilai $1juta telah disediakan oleh negara itu, di kedutaannya, di Kuala Lumpur.

NEGARA ISLAM

ASP Faizol telah memberhentikan keretanya di bawah pokok besar, dekat sebuah rumah berdinding buluh dan beratapkan daun - daun rumbia atau daun sang. Kami telah dibawa oleh dua orang lelaki Melayu, ke sebuah rumah penduduk kampung itu.

Di beberapa buah kampung di sekitar Pengkalan Hulu, Kelian Intan dan Grik banyak kaum kerabat Tok Janggut. Setiap kali Tok Janggut datang menziarah kaum kerabatnya di sana, tidak ada siapa pun yang menyangka dia seorang pemimpin gerila umat Islam Selatan Siam, kerana dia berpakaian sebagai seorang lebai-lebai di Selatan Siam dan di Malaysia.

Dalam pertemuan aku dengan Tok Janggut, aku telah memaklumkan kepada- nya mengenai hasrat sebuah negara Islam untuk membantunya.

”...Allahu Akbar, kami ni dok jihad tak sudah-sudah... Selagi negeghi kami tak bebas daghi musuh Siam, kami tak beghenti, ...kami jihad kerana Allah, ...kami nak bebaskan umat Islam daghi oghang kafir yang duk jajah negeghi kami,”katanya.

”...adat oghe bepeghe, biasalah..., kalau kami tak bunuh oghe, oghe pulak bunuh kita..., tapi kalau mati kami..., mati syahid,”katanya.

”Kami ni duk sambung pejuange oghe dulu, ....pejuange kami akan disambung pulak oleh anak cucu kami, ...selagi bumi kimi tak bebas daghi penjajah Siam, sampai bila pun kami bejuang...,”tambah Tok Janggut.

PERGERAKAN PEMISAH

Tok Janggut memberitahu, Kerajaan Siam telah menjalankan tindakan memperkecilkan penduduk-penduduk Islam di sesuatu tempatan dalam wilayah Selatan Siam dengan menempatkan orang-orang Siam dan Cina yang didatangkan dari tempat-tempat lain.

Tanah milik orang-orang Islam telah diambil oleh kerajaan Siam dengan sesuka hati dan diberikan kepada orang-orang Siam dan China mendudukinya. Tindakan itu telah menjadikan umat Islam hidup dalam kemiskinan.

Tok Janggut juga memberitahu, askar dan polis Siam sering menjalankan tindakan menculik alim ulama yang mereka sangka telah menyebelahi pergerakan pemisah di sana. Ramai dari mereka itu telah dibunuh dan mayat mereka di campak dalam sungai atau dalam longkang. Ramai pula dari ulama-ulama itu telah hilang kerana diculik oleh askar dan polis Siam.

PENULIS ISLAM

Dalam pertemuan itu, Tok Janggut memberitahu kepadaku, yang dia dan orang-orangnya hanya mengetahui namaku sebagai salah seorang penulis Islam, tetapi mereka tidak pernah mengenali aku secara dekat. Tok Janggut juga memberitahu, bahawa buku karanganku, ’Bangsa Melayu Menggugat Dunia’ telah menjadi buku bacaan pejuang-pejuang Islam di sana.

Sepanjang percakapanku dengan Tok Janggut, ASP Faizol tidak banyak bercakap. Sebelum kami meninggalkan rumah itu, Tok Janggut dan kami telah sama-sama berdoa kepada Allah memohonkan umat Islam di Selatan Siam dan di seluruh dunia dipeliharakan oleh Allah dan meredhakan perjuangan mereka.

Pada waktu dalam perjalanan pulang, ASP Faizol memberitahu, bahawa dia bersimpati dengan perjuangan Tok Janggut, kerana mereka bukan pengganas, tetapi rakyat yang berjuang menuntut hak negara mereka sendiri.

POLIS HUTAN

Pada masa itu Malaysia telah bekerjasama dengan Kerajaan Siam untuk membasmikan musuh-musuh kedua negara termasuk gerila-gerila pemisah yang berjuang menuntut kemerdekaan empat wilayah di Selatan Siam. Mereka itu dianggap sebagai pengganas oleh Kerajaan Siam.

Kerjasama Malaysia dengan Siam telah terikat dengan satu perjanjian yang telah dibuat pada zaman Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Perjanjian itu dikuatkan lagi oleh maufakat negara-negara dalam ASEAN.

Sesuai dengan perjanjian itu, satu batalion Polis Hutan Malaysia telah ditempatkan di bandar kecil Betung, dalam wilayah Yala. Aku sering melawat ke khemah Polis Hutan Malaysia di sana bersama pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia dengan menaiki helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Dalam tahun 1970-an juga batalion Polis Hutan di Betong telah ditarik balik ke Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara penting dalam OIC. Aku berharap, Malaysia di bawah pimpinan Abdullah Badawi akan dapat mencari jalan bagi menyelesaikan masalah umat Islam di Selatan Thailand. Sejarah mengajar kita, bahawa wailayah Selatan Siam adalah hak orang Melayu di sana. Mana-mana jua negara yang menguasai negara orang lain adalah dianggap penjajah. Maka masalah itu perlu diselesaikan oleh organisasi-organisasi dunia dan Asia.

Aku mendapati dan yakin, selagi masalah menebus kedaulatan umat Islam di Selatan Thailand tidak diselesai, maka selama – lamanya – seperti umat Islam di negara – negara lain – penentangan, pemberontakan,pengemoman berani mati (syahid) akan terus berlaku, kerana individu – individu yang kuat iman, tulus sebagaki hamba Allah dan Takwa, tidak takut mati. Bagi mereka kematian itu satu kelazatan. Mati adalah mati syahid.(Ulangan)

(Sedutan dari buku, Memoir,Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar petah. - Editor, Petah Shahrir Aidid.


**** ****


BUKU BIOGRAFI

Jika sesiapa yang telah berjasa kepada negara dan orang ramai yang berhasrat untuk merakam - abadikan biografi atau riwayat hidup dalam sebuah buku yang akan menjadi pusaka inteketual, cendakiawan atau ulul albab, dan sukar mendapatkan penulis, bolehlah hubungi kami: mokhtarpetah@hotmail.com







KAMBING DAN TUAN


Kanbing: Kelihatan manja. Hormati tuannya. Harapannya, akan terus bersahabat dengan tuannya hingga ke akhir hayatnya. Bek 1: Tuanku mulia. Bek 2: Aku setia. Bek 3: Aku tak tahu hati dia.
Tuan kambing: "Aku beri kamu makan. Makalah rumput, kulit pisang hatta seluar dalam aku. Bila kamu dah besar dan banyak daging, aku sembelih atau aku jual. Duit aku gunakan untuk mebeli pakaianku dan seluar dalam yang kaumakan."

* Layari blog: Edit-Thinker dan mokhtarpetah

MELAYU TIDAK BOLEH BERPECAH

PERPADUAN MELAYU

Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.

Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.

Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.

Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.

Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.

Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.

Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

QURAN, HADIS DAN LAIN


PENGHORMATAN

Apabila kalian diberi penghormatan dengan suatu penghormatan (di antaranya mengucapkan salam), maka balaslahpenghormatan itu dengan yang lebih baik dripada (penghormatan) nya atau balaslah penghormatan tersebut ( serup dengan penghormatan)nya. - An Nisa:86

HADIS

KAYA

Rasulullah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Bukanlah dikatakan kaya seseorang itu kerana banyak hartanya, tetapi kaya itu, ialah cukup hatinya (menerima apa yang ada dengn reda).

Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslaim.


PETUA

PEDAYA

Orang yang berilmu pengegtahuan dan orang jahil tidak dapat mengelak dari pedaya orang lain yang mencari keuntungan, nama atau kuasa. Maka untuk mengelak dari diperdaya, berlajar dari peribahasa Melayu ini: Dengar cakap enggang makan buah belolok, dengar cakap orang terjun masuk lubuk.


TAHUKAH?


RASUAH

Jika mengikut para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. dan alim ulama yang mursyid, memberi dengan ada sebab musabbab kepada para pegawai dan


kaki tangan pemerintah atau kerajaan, adalah rasuah. Pihak kerajaan (atau parti politik yang mendukung kerajaan) memberi bantuan atau peruntukan kewangan untuk membangunan sesuatu projek dan sebagainya untuk rakyat dengan tujuan agar rakyat menyomong kerajaan, sesungguhnya perbuatan itu adalah rasuah juga. Maka, dalam kerajaan Malaysia tentulah tidak ada seorang pun di antara para menteri , menteri besar dan wakil rakyat yang tidak melakukan rasuah.

* Allah melaknat pemberi, penerima dan orang tengah antara memberi dan penerima rsuah ' Hadis.