Friday, January 2, 2009

RENUNGAN PADA AHARI JUMAAT

MAZHAB DALAM ISLAM

Pada zaman silam, kewujudan Mazhab dalam agama Islam telah dijadikan alat menegak dan mempertahankan kekuasaan seseorang yang memerintah atas umat Islam. Mazhab itu pula menjadi jambatan penjajah-penjajah untuk memperkotak katikkan umat Islam di Negara mereka..

Contoh yang jelas, ialah mazhab Wahabi yang menghancurkan golongan ‘Al Quran dan As Sunnah dan Ijmak Ulama’ dan mazhab Ahlus Sunah wal Jamaah di Hijaz atau Arab Saudi telah menyebabkan kebanyakan umat Islam di Semenanjung Arab dan di Negara-negara lain mengalami kelemahan dalam bidang kemasyarakatan, perekonomian, kepolitikan dan segala bidang kehidupan mereka.

Hasil penyelidikan ilmiah, bahawa mazhab Wahabi yang menjadi alat penjajah-penjajah – Biritish dan Amerika Syarikat -, telah menjadi pegangan umat Islam dalam hal ehwal agama Islam, tetapi pada umumnya kalangan ahli-ahli perniagaan dan golongan tertentu telah menggunakan mazhab tersebeut untuk kepentingan mereka.Akibatnya rakya jelata tinggal mudur dan terus mengamalkan sikap hidup di dunia hanya untuk beribadat dan untuk akhirat semata-mata.Atau dengan mazhab itu mereka memudahkan atau meringankan sebilangan besar dari hukum-hukum Allah.

Sesiapa jua yang pernah melawat ke semenanjung Arab dan negara-negara Arab akan bertemu dengan tiga jenis manusia,iaitu satu jenis berpakaian cantik mengikut tradisi orang-orang Arab dengan tradisi ‘Ahlul bait’ dan bau harum semerbak. Jenis yang kedua berpekaian selekeh mengikut tradisi Arab padang pasir atau golongan sufi dan bau mereka busuk atau hapak.Dan jenis yang ketiga mereka yang berpakaian ala orang-orang barat.Jenis yang pertama dan ketiga kebanyakannya bermazhab Wahabi.

‘Gerakan Wahabi ditubuhkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab (1703 – 1792M).Gerakan ini pula mulanya merupakan gerakan intelek, kemudian setelah pertengahan abad ke-18, berubah menjadi gerakan intelek dan politik.

Awalnya, dalam tahun 1740, Muhammad binh Abdul Wahab mendapat

suaka politik dari Muhammad bin Saud,ketua suku Anzah yang tidak

sependapat dengan ketua suku Uyana yang tinggal di ad Dir’iyyah, yang

jaraknya 6 jam perjalanan dari Uyaynah. Di ad Dir’iyyah,pemikiran

Wahabi mendapat sambutan dari penduduk tempatan dan sekelilingnya.

sekelilingnya.Amir Muhammad bin Saud mula mendekatinya.

Pada tahun 1745, British melalui talibarutnya, ‘Abd al Aziz bin Muhammad

bin Saud telah cuba untuk menentang Negara Islam dari

dalam dengan menubuhkan kerajaan Saudi I (1745 -1818M).

Pada tahun 1745, Amir Muhammad bin Saud mengumumkan bersetuju dan menerima pendapat dan pemikiran Muhammad bin ‘Abd al Wahab. Ibn Saud turut menunjukkan sokongan kepada beliau. Kumpulan Wahabi sejak ketika itu telah berubah dari gerakan intelek kepada politik. Britishlah yang membekalkkan senjata dan wang kepada mereka. Kumpulan Wahabi mahu menakluki wilayah khalifah Islam dan memerintahnya berdasarkan kepada faham mazhab mereka, serta mernindas mazhab-mazhab lain secara paksa.

Tahun 1765, Muhammad bin Saud meninggal dunia. Beliau telah digantikan oleh anaknya, Abd al Aziz yang menjadi ketua suku Anzah. Anaknya mengikuti jejak langkah ayahnya dan memerintah kawasan di bawah kekuasaannya.Pada masa ini gerakan Wahabi terhenti.

Walau bagaimanapun, 41 tahun selepas lahirnya gerakan Wahabi, iaitu dari tahun 1747 hingga 1788, dan 31 tahun selepas ianya terhenti (dari tahun 1757 -1787) aktiviti gerakan itu tiba-tiba aktif semula. Gerakan ini menggunakan kaedah baru dalam menyebarkan mazhab ini dan ia turut disebar-luaskan dan mendapat publisiti di luar sempadan negeri hingga tersebar ke seluruh Negara Islam dan lain-lain kuasa untama dunia. Gerakan ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan negara-negara jiran dan seluruh Negara Islam.

Tahun 1788, Kuwait berjaya ditawan oleh gerakan Wahabi.Gerakan ini terus bergerak ke utara sehingga berjaya menawan Baghdad.Mereka mahu menawan Karbala dan makam al Husayni r.a.,memusnahkannya

dan mengharamkan ziarah ke makam tersebut. Perlu dicatat, sebelumnya pihak British telah cuba untuk menawan Kuwait dari Khalifah Uthmaniyyah tetapi gagal. Ini kerana negara-negara lain seperti Jerman, Russia dan Prancis telah menentang British selain tekanan dari Negara Islam.

Tahun 1792, Muhammad bin ‘Abd al Wahab meninggal dunia dan anaknya telah menggantikannya seperti Saud menggantikan ayahnya, Abd al Aziz. Amir Saudi kemudiannya telah dilantik secara warisan dan menjadikan Wahabi sebagai alat untuk menentang Khalifah Uthmaniyyah dan mencetuskan peperangan mazhab di tengah umat Islam.

Tahun 1803, kota Makkah diserang dan dikuasai oleh kumpulan ini.

Tahun 1804, tepatnya pada musim bnunga, Madinah jatuh ke tangan mereka.Mereka telah memusnahkan kubah besar yang melindungi makam Rasulullah s.a.w. dan mengambil semua batu permata dan perhiasan berharga yang melekat di kubah tersebut.Selepas berjaya menakluki keseleuruhn Hijaz, mereka menuju kea rah Sham.

…satu kenyataan yang dikethui umum, ialah bahawa kempen Wahabi tercetus akibat hasutan pihak British memandangkan Saud adalah talibarut British. Mereka mengeksploitasi mazhab Wahabi, yang merupakan salah satu mazhab Islam yang diasaskan oleh seorang mujtahid dan mengheret kumpulan ini dalam kancah politik dengan tujuan untuk menentang Negara Islam dan memulakan pergeseran dengan mazhab-mazhab lain dengan tujuan untuk mencetuskan peperangan mazhab dengan Khlifah Uthmaniyyah.Pengikut mazhab ini tidak mengetahui hal ini yang semuanya dalam pengetahuan Amir Saudi dan

rakyat Saudi. Ini kerana hubungan yang wujud bukan pihak British dengan Muhammad bin Abd al Wahab, tetapi antara pihak British dan Abd al Aziz bin Muhammad bin Saud, kemudian dengan anaknya, Saud.’[1]

Di Malaysia, pada masa Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim satu tindakan yang dikatakanh ada hubung-kait dengan mazhab Wahabi[2] telah dilakukan ke atas kumpulan pendukung mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, iaitu Darul Arqam pimpinan Ustaz Ashaari Muhammad.Kumpulan itu diharamkan oleh kerajaan dan Ustaz Ashaari Muhammad telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalamj Negeri dan kemudian dibuang ke Labuan.

Pada masa itu hampir setiap ucapannya di khalayak umum, Anwar Ibrahim menggunakan ajaran atau kata-kata Ibnu Taimiyah (Abu Abbas bin Shihabuddin bin Abdul Mahasin Abdul Halim bin Sheikh Majuddin Abil Barakah Abdus Salam bin Abi Muhammad Abdillah bin Abi Qassim al Khadar,bin Al Kadhar bin Ali Abdillah. Lahir di Heran, Palestin, pada 10 Rabiul awal 661H dan meninggal dalam penjara di Damsyik,pada tahun 724H).

Pada perinhgkat awalnya, Ibnu Taimiyah bermazhab Ahlus Sunnah wal Jamaaf,iaitu sebhalah Imam Shafie.Kemudian dia membentuk mazhabnya sendiri bernama ‘Zahiriyah’,iaitu ‘kaum lahir’ atau kaum Mujassimah atau Musabbihah.Dia berfahaman, bahawa Tuhan duduk bersila atas ‘Arras (seperti manusia).Dia pernah mendakwa, “duduk Tuhan di atas Arsy sama dengan duduknya Ibnu Taimiyah atas kerusinya dan turunnya Tuhan dari langit sama dengan turunnya Ibnu Taimiyah dari mimbarnya dan Tuhan itu dilihat atas boleh ditunjuk dengan anak jari ke atas”.[3]

Kebanyakan dari orang-orang Islam di Semenanjung Tanah Melayu pada zaman silam telah menerima ilmu pengetahuan agama Islam dari para mu’allim (guru agama) atau mubaligh yang terdiri dari pengembara – pengembara Arab dari Yaman. Mereka itu penjaja-penjaja Quran, buku-buku agama, minyak atar, manik, batu permata, kayu sugi dan barang-barang perhiasan yang menjaja di kampung-kampung.

Sebilangan dari orang-orang Arab dari Yaman yang berhijrah ke negeri Johor, pada zaman negeri

itu diserang oleh tentera-tentera dari Kedah yang dipimpin oleh Tunku Kudin.Sultan Johor telah mengambil orang-orang Arab dari Yaman untuk menjadi tentera upahan bagi mempertahankan negeri tersebut.

Mereka itu terdiri daripada orang-orang Arab dari Hadhral Maut,Yaman yang masing-masing menyandang gelaran ‘sayed’ pada pangkal nama dan pada hujung nama,di antaranaya: Al Sagaf (Mesir),Al Habshi (Habashah),Al Attash,Al kaf,As Sahab, Al Haddad (tukang besi), Yamani dan Jamalul lail.

Ramai juga yang datang dari India (Pakistan) dan Afghanistan (Qabul), yang bergelar pada pangkal nama masing-masing ‘sayed’(biasanya yang lahir pada malam Jumaat) dan di hujung nama, ‘maulana’,‘faqir’, ‘ghulam’dan ‘muallim’.

Mereka itu terdiri daripada penaiaga-peniaga kecil dan kerana memiliki sedikit sebganyak pengetahuan agama Islam (kebanyakan sekadar fardu ‘ain dan fardhu kifayah yang keciul-kecilan), mereka menjadi pendakwah dan berpeluang mengajar di masjid-masjid.

Ilmu pengetahuan yang mereka ajar kepada orang-orang kampung, dik antaranya, ilmu tauhid, fiqh, tasawuf dan nahu Arab (tidak mengajar bahasa Arab).Pada umumnya merekalah yang mengajar orang-orang Melayu di kampung-kampung yang orang Islam tidak boleh mengerjakan hal-hal duniawi kerana dunia ini untuk orang kafir. Mereka diasak dengan fahaman zuhud, iaitu hidup di dunia ini untuk beramal ibadat untuk hari akhirat sahaja.

Para muallim itu juga telah mengajar amalan ilmu suluk atau tariqat kepada orang-orang Islam.Pengamal-pengamal tarikat itu dijuruskan kepada mengenepikan hal ehwal dunia, lebih-lebih lagi untuk mencari kekayaan dan kemewahan. Ramai orang lelaki meninggalkan rumah tangga berbulan-bulan lamanya untuk beramal ilmu sulkuk atau tariqat. Sepanjang mengerjakan ibadat tersebut mereka tidak memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri masing-masing.

Ada pula di antara guru-guru ataga atau muallim mengjar ilmu pengetahuan agama kepada orang-orang kampong dengan serampang dua mata – mengajar dan mencari makan. Biasanya mereka dating mengajar di masjid-masjid atau surau-surau pada tiap-tiap mingu. Tiap-tiap orang kampung yang dating belajar itu membeeri wang kepada mereka. Maka mereka mengajar sesubuah buku hingga bertahun-tahun lamanya,iaitu tidak bertukar-tukar kitab.

Sebagai contok,pada tahun 1951 orang-orang kampung saya mengaji agama di surau kampung menggunakan buku kecil dan nipis ilmu usul atau tauhid bernama ‘Umul barahin’.Pada tahun itu juga saya

telah melanjutkan pelajaran agama ke sekolah agama Islam. Pada tahun 1954, saya telah mencapai pelajaran diperingkat ‘‘Ali’ – menengah atas -, orang-orang kampung saya itu masih belum tamat mengaji buku tersebut.

Kebanyakan dari para mu’allim pendatang itu menggunakan ayat-ayat al Quran, hadis-hadis dan kata-kata para sahabat Nabai Muhammad s.a.w. yang berkisat pada peribadatan sahaja. Mereka juga menterjemahkannya dengan cara yang dianjurkan oleh Ibnu Taimiyah, iaitu, menurut erti lafaznya yang lahir,yakni cara harfiah atau mengikut huruf.

Contoknya, sebuah hadis, “addunya jifah, man talabuha kilab” – “dunia itu bangkai, siapa yang menuntutnya (ialah) anjing-anjing”. Mereka ‘dunia’ dengan hal ehwal kehidupan di dunia.Tetapi dunia pada hadis itu ialah, segala kemewahan hidup yang bersifat kemungkaran atau sesuatu yang ditegah oleh Allah dari melakukannya.

Dua buah hadis Nabi Muhammad s.a.w. mengenai beramal untuk kehidupan dunia, maksudnya:

Beramallah untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk hari akhirat kamu seolah-olah kamau akan mati esok.[4]

Laksanakan lima kesempatan sebelum datang lima kesempatan, 1 – Laksanakan kesempatan sihatmu sebelum datang sakaitmu, 2 - Laksanakan kesempatan lapangmu sebekum datang kesempitanmu, 3 – Laksanakan hari mudamu sebelum datang hari tuamu, 4 – laksanakan waktu kekayaanmu sebelum datang

kemiskinanmu , 5 – Laksanakan kesempatan masa hidupmu sebelum datang saat matimu.[5]

Kebanyakan mereka menggunakan perkataan tasyabbuh (syubhat), iaitu menyerupai orang kafir-, dari Hadis Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam-imam besar dalam Islam secara ‘borong’,iaitu tidak diberi keterangan atau menghuraiankan yang mana ‘tasybbuh’ boleh diguna pakai dan yang mana pula tidak boleh. Maka orang-orang kampung yang mendengar ajaran mereka itu telah menjadi ‘jumud’.Mereka tidak tidak mahu memakai,mengguna hatta belajar dan bekerja seperti yang dilakukan oleh orang-orang Kristian dan pemeluk-pemeluk agama lain.

Sunguhpun begitu, kebanyhakan dari para mu’allim tidak pula melarangkerana tashabbuh yang menyerupai orang-orang agama Hindu atau Budha yang menjadi amalan dalam budaya orang Melayu, seperti wayang kulit, istiadat menepung tawar,melenggang perut, istadat memuja dewa-dewa, menjamu penunggu kampung, bersanding dan sebagainya.

Sama ada penyelidikan yang saya telah lakukan mahupun pengalaman yang telah dapat saya timba dari kalangan orang-orang Islam di kampung-kampung dalam beberapa buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu, bahawa pada sekitar tahun 1930-an dan l940-an, kerana tasyabbuh atau menyerupai orang kafir, mereka tidak melakukan atau guna pakai, di antaranya:

1- Seluar atau celana panjang (trousers).

2- Tali leher (necktie).

3- Menggunakan garpu dan camca atau penyepit.

4- Bergunting rambut atau berambut panjang bagi lelaki.

5 - Memakai sebarang topi.

6 - Bermain bola sepak,bulu tangkis, hoki, polo,keriket,

golf dan sebarang permainan dari barat.

7 - Bermain alat-alat musik.

8 – Peti menyanyi dan piring hitam.

9 – Menggatih basikal bagi wanita.

Alangkah baiknya kalau mereka menerangkan sesuatu yang menyerupai amalan, ragaman dan pakaian orang kafir yang tidak baik atau melawanan dengan tegahan dalam agama Islam, seperti:

1 - Pegaulan bebas lelaki dan perempuan yang sah nikah.

2 - Pakaian yang mendedahkan aurat bagi lelaki dan perempuan.

3 - Tari menarian; sebarang jenis taria, kerana semua tarian

mempromosi atau mempamira pelakuakn seks dan memberahi,

mennghairah atau mengkhayalkan orang-orang yang menonton.

5- Menyanyi di khlayak ramai oleh perempuan,kerana suara perempuan

adalah aurat atau menimbulkan berahi bagi oranglelakii yang

mendengarnya.

6 - Makan dan minum yang dilarang oleh agama Islam.

7 - Belajar bahasa Inggris mesti didahului atau disertakan

belajar ilmu agama Ialam sekurang-kurangnya fardhu ‘ain.

Mereka juga sering menggunakan hadis Nabi Muhamamad s.a.w., “al ulama warithatul anbia” – “para guru (agama Islam) waris para nabi”,sebagai senjata bagi kepentingan mereka.Orang-orang yang belajar kepada mereka mengikut kata-kata mereka itu secara jahiliyah.Sedangkang kebanyakan daripada mu’allim atau guru-guru agama yang terdiri dari pendatang-pendatang itu belum mencapai taraf ulama seperti yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Dengan mengunakan cara-cara demikian, guru-guru (agama Islam) pendatang itu dapat mengaut peluang-peluang dari orang-orang kampung yang menjadai murid mereka,di antaranya mereka mendapat harta seperti tanah,wang, sedekah seperti zakat atau fitrah.Ada yang berkahwin dengan janda-janda atau gadis-gadis orang kampung.

Mereka telah mengeluar fatwa, iaitu anak-anak gadis berkahiwn dengan mereka (muallim) akan masuk syurga.

Ada kemungkinan ada di antgara para mu’allim pendatang itu diperalatkan oleh penjajah Inggeris atau Amerika Sayarikat atau mana-mana pihak menerusi mazhab Wahabi , mazhab Qadiani atau tidak bersandar kepada mana-mana mazhab dengan tujuan untuk melemahkan umat Islam.Ajaran-ajaran menjadikan orang-orang Islam berfikiran sempit atau jumud.

Sementara Yahudi antarabangsa telah menjalankan dakwah di kalangan orang-orang Melayu yang berpendidikan tinggi – lepasan universiti atau institusi pengajian tinggi dari begara-negara barat -, menerusiu kelab-kelab dan seumpamanya. Mereka melamahkan orang-orang Islam dengan berbagai-bagai

cara. Di antaranya:

1 – Bermain atau melepak dalam kelab-kelab atau bersukan sehingga

meninggalkan waktu sembahyang fardhu.

2- Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dan masing-masing rela

berukar-tukar pasangan untuk menari dan debagainya.

3– Ajaran orang Islam tidak perlu bekerja keras untuk hehidupan dunia,

kerana Imam Mahadi akan lahir untuk menolong mereka.

4 - Menawarkan biasiswa kepda pelajar-pelajar Melayu untujk melanjutkan

pelajaran ke luar negeri.

5 - Menanamkan ajaran kepada wanita-wanita Islam supaya menuntut hak

dari kaum lelaki hingga melebihi ketentuan dalam agama Islam, seperti

maksud firman Allah berikut ini:

‘Orang-orang lelaki itu pemimpin atas orang-orang perempuan’[6].

- An Nisa:34

Perhatian: Sekitar tahun 1954 - 1959, saya mempunyai tujuh belas orang rakan karib. Lapan orang dari mereka telah menuntut pelajaran di sekolah agama (sekolah rakyat atau pondok), sembilan orang termasuk dua orang perempuan telah menuntut di sekolah Inggeris hingga ke universiti luar negeri; England, Australia dan Amerika Syarikat. Tiga orang dari mereka anak kepada mu’allim atau guru agama dan seorang cucu kepada seorang ulama.

Rakan-rakan saya yang telah menuntut di sekolah agama meneruskan hidup sampai tua atau hingga ke akhir hayat, kuat beribadat, berkecimpung dalam perniagaan dan perusahaan, seperti kilang kayu balak, percetakan, eksport dan import.

Manakala yang menuntut di sekolah Inggeris dan tidak belajar pengetahuaan agama Islam; Seorang mencapai pelajaran peringkat doktorat atau Ph.D. dan murtad di luar negara.Lima orang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, jadi kaki botol (minum arak),zina dan melakukan perbuatan hampir dengan zina dan hidup berfoya-foya hingga akhir hayat. Dua orang dari mereka, seorang melibatkan diri dalam perniagaan khjinzir dan seorang lagi dalam perniagaan yang bersifat perjudian.Akhirnya mereka muflis.

Manakala yang perempuan, hidup cara orang barat, bebas bergaul, suami menjadi tunggul di tebing dan ramai lelaki menjadi suami part timenya.Pada akhir hayatnya dia mengidap penyakit barah dalam perut. - mokhtar petah.

Bab Yang Ke Enam



[1] Ahmad Mustafa, 2001, Jurnal Liwa’ Ul-Haq,bilangan 2 (tidak diketahui alamat penerbitnya).

[2] Catatan Wartawan:Pada masa itu Anwar Ibrahim rapat dengan kerajaan Arab Saudi.Pembninaan Pusat

Islam dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dijayakan dengan bantuan kerajaan Arab

Saudi.Sebilangan mualim muda,termasuk kadhi telah dihantar mengikuti kursus singkat mazhab

Wahabi di Universiti Madinah. Dalam satu pertengkaran antara Anwar Ibrahim dengan penulis yang

rapat dengan Ustaz Ashaari Muhammad, Mohd.Sayuti Omar, di lobi Parlimen Malaysia, pada thaun

1990 – di hadapan saya –, Anwar Ibrahim berkata “..kamu un Islamic’ dan penulis itu membalas, “you

are politiction munafiq”.

[3] K.H.Sirajuddin Abbas,1978, I’TIQAD AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH, Kota Bharu,Pustaka Aman

Press Sdn.Bhd.hl.261,264.

[4] Hadis, riwayat, Ibnu Shakir.

[5] Hadis,riwayat,Al Baihaqi.

[6] An Nisa:34

SAINS POLITIK

NEGARA ISLAM

(Sambungan dari mijnggu lalu)

KETUA NEGARA DAN RASUAH

Oleh: Mokhtar Petah

Negara Islam mestilah diketuai atau dipimpin oleh seorang lelaki Islam lagi mukim – taqwa kepada Allah.Create Tidak melakukan maksiat termasuk rasuah. Berpengetahuan tentang politik Islam dan pengetahuan – poengetahuan lain. Berakal dan sebaik – baiknya tidak cacat seperti buta mata, tempang dan sebagainya.

Sesorang Islam yang hendak menjadi ketua Negara Islam – Presiden atau Perdana Menteri dan sebagainya, sebelum dia menamakan dirinya menjadi calon untuk dipilih oleh rakyat atau orang ramai, maka, dia hendaklah sedar dan insaf akan dirinya; adakah dia seorang yang telah melakukan rasauah tidak sembahyang lima waktu, tsakut kepada isteri atau bawah kuasa isteri dan melanggar hukum Allah.

Jika dia melakukan perkara di atas, maka dia hendaklah mengundurkan diri dari dicalon atau menyertai pilihan raya atau pungutan suara oleh rakyat.

SEDAR DAN TAKUT

Atas nama orang beriman, dia mestilah sedar dan takut, bahawa orang yang melakukan rasuah di laknat oleh Allah. Tidak menunaikan kewajiban, seperti sembahyang, melakukan dosa besar, maka dengan dirinya menjadi pemimpin negara Allah akan melaknatinya bersama negara dan rakyat.

Di antara laknat – lakanat Allah itu, ialah:

1 - Walaupun negara kaya raya tetapi tidak mendapat

keredaan Allah.

2 - Walaupun negara kaya raya tetapi rakyat jelata tetap

miskin, menderita dan ramai yang papa kedana.

3 - Berlaku kecurangAN atau tidak ada amanah di kalangan

mereka yang bertanggungjawab dengan pemerintah.

4 - Di landa mala petaka atau musibah, seperti banjir besar,

ribut taupan, kebakaran dan sebagainya.

UNTUK KAUM KERABA

Negara hendaklah menjaga muslihat rakyat. Adil dan ihsan. Tidak boleh pilih kasih. Hak kerajaan termasuk projek dan sebagianya, tidak digutamakan untuk kaum kerabat. Pendeknya habuan yang dikurniakan kepada rakyat mestilah adil.

Apabila menghadapi pilihan raya umum atau peilihan raya kecil ketua negara dan para menteri serta ahli-ahli syura – Parlimen ,tidak boleh menggunakan wang pemerintah, kenderaan pemerintah dan kemudahan dari pemerintah untuk berkempen dan sebagainya. Perbuatan itu adalah salah. Hendaklaah menggunakan wang sendiri atau wang parti politik sendiri.

Pemerintah tidak boleh membantu rakyat – mencurahkan wang berjuta – juta ringgit pada masa menghadapi pilihan raya atau pemilihan umum kerana mahukan rakyat mengundi calon – calonnya atau rakyat menyokongnya, kerana perbuatan itu rasuah juga. Perbuatan itu akan dilaknat oleh Allah.

UNDANG – UNDANG ISLAM

Negara Islam mestilah mengguna dan mengamlkan perlembagaan Islam dan perundangan Islam. Semua rakyat yang beragama Islam dan bukan Islam yang melakukan kesalahan di bawah hudud – jenayah dalam Islam mesti dihukum mengikut yang ada dalam undang – undang Islam.

Rakyat yang beragama lain dalam Negara Islam yang menentang hukum Islam, seperti hudud, maka dia adalah termasuk orang yang mendurhaka kepada negara dan boleh dihukum berat.

Rakyat dalam dalam Negara Islam tidak boleh menjatuhkan ketua atau pemimpin yang beriman kepada Allah, taqwa – tidak rasuah, tidak meninggalkan sembahyang wajib dan pendeknya dia seorang yang soleh. Jika sesiapa yang menurunkannya, sama ada dengan kekerasan atau muslihat lain, maka perbuatan itu salah di sisi agama Islam.

DENGAN CARA BERUNDING

Seorang calon dari parti politik Islam telah dipilih menjadi ketua negara – Presiden atau Perdana Menteri, maka dia telah menjadi milik rakyat atau orang ramai. Maka pemimpin itu tidak boleh meninggal atau meletakkan jawatannya dengan cara berunding sesama dua tiga orang atau oleh partinya.

Contohnya, tindakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan meletakkana jawatannya pada Mac nanti setelah berunding dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib dan parti mereka bersetuju, maka langkah itu di segi Islam tidak baik dan ‘ berdosa” kepada orang ramai. Selain dari meninggalkana tanggungjawab dan amanah, mengenepikan Yang Dipertuang Agung yang melantiknya dan rakyat yang memilihnya.

Yang Dipertuan Agung juga berdosa, jika membiarkan Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya sama ada dengan cara baik atau paksaan, kerana amanah Baginda kepada negara dan rakyat jelata tetapi wujud.

PARTI BANGSA MELAYU

Abdullah Badawi memikul amanah Yang Dipertuan Agung, negara dan rakyat. Rakyat juga boleh menentang langkah itu, jika mengikut sistem negara Islam.

Yang Diperetuan Agung kena fikir masak –masak. Abdullah Badawi kena fikir baik-baik. Rakyat jelata kena fikir dengan amanah. UMNO kena fikir sebagai parti bangsa Melayu yang beragama Islam.

Menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi dengan cara baik atau cara keras, maka perbuatan itu seperti berusaha menghapuskan usaha Abdullah Ahmad Badawi yang hendak meneruskan kerajaan berunsur Islam di negara ini.

Fikir secara orang Islam dan beriman!.

(Tamat).

QURAN

TIMBANGAN

Sempurna (cukup) kan timbangan (atau sukatan) dan jangan kalian termasuk orang - orang yang merugikan.
Dan timbang dengn neraca yang lulus,
Dan jangan kalian merugikan manusia - manusia pada hak - hak mereka dan kalian jangan bermaharajalela di muka bumi ini dengan melakukan kerosakan. -Asy Syu'ra: 181 - 183.


HADIS

UNDANGAN

Apabila seorang dari kalian diundang (ke majlis kenduri) , maka penuhkanlah (undangan) itu, dan jika dia berpuasa berdoalah dan jika tidak berpuasa makanlah.
Hadis Nabi Muhammad s.a.w. dan perawi: Ahmad, Muslim dan Abu Daud.


PETUA

LAKNAT

Kalau anda telah sedar diri anda telah melakukan rasuah dan meninggalkan sembahyang, jangan cuba hendak menjadi pemimpin orang ramai atau negara, kerana dikhuatirkan di bawah tangan anda orang ramai atau negara dilaknat Allah dan orang ramai akan musnah bersama anda, disebabjan dosa anda dan laknat Allah ke atas anda,

Thursday, January 1, 2009

RASUAH

RASUAH MUSNAKAN NEGARA

Pengamal Rasuah Manusia Hina Dilaknat Tuhan

Oleh: Mokhtar Petah

[Apabila Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, amalan rasuah – penyakit bahaya - yang dilakukan oleh para pegawai penjajah telah berpindah kepada para pemegang amanah negara kita pula.

Semenjak negara ini di bawah Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra hingga kepada Perdana Menteri yang kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, amalan rasuah telah menjadi seperti orang makan nasih lemak setiap pagi.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang dikaktakan terkongkong sejak tahun 1981 hingga 2003, kini, telah bangkit dengan semangat baru dan tanggungjawab yang telus, di bawah telah menjalankan tindakan ke atas mereka yang melakukan amalan rasuah dan yang bersifat tidak amanah kepada negara.

Suruhanjaya Basmi Amalan Rasuah (2008) telah memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaan Malaysia bertanggungjawab membasmi amalan rasuah di negara ini.

Berikut ini kami menyiatkan sedutan dari dua bab dalam buku Basmi Rasuah, oleh: Mokhtar Petah yang akan terbit. Di harapkan akan dapat memberi manfaat kepada pembaca. Editor, Petah Shahriri Aidid.]

Jika amalan rasuah dalam sesebuah negara tidak dibendung atau wujud kebebsan mengamalkan rasuah dari peringkat atasan – raja pemerintah, presiden, perdana menteri, menteri, gobernor, ahli parlimen - hingga pegawai badan awam kaki tangan bawahan seperti polis, tentera, petugas bandaran, kerani, buruh dan sebagainya, maka negara itu akan menjadi miskin dan muflis atau dijajah oleh kuasa-kuasa lain.

Sejarah umat Arab yang telah dijajah oleh penjajah-penjajah dan pada masa ini mereka tertekan atau terkekang di bawah kuasa-kuasa besar, disebabkan raja dan orang-orang atasa – al malik atau sultan dan pembesar-pembesar termnasauk pegawai pegawai tinggi kerajaan - di negara-negara tersebut mengamalkan rasuah.

Semenjak kejatuhan kerajaan Islam Othmaniyah Turki (1299 – 1922) jatuh, dan dijatuhkan dengan berbagai menggunakan berbagai corrupted (rasuah) dan persenjataan, maka negara-negara Arab telah terkekang di bawah kuasa penjajah – British,Amerika, Yahudi,Perancis dan kuasa-kuasa lain dalam bidang politik dan ekonomi.

KIBLAT

Demikian juga kejayaan Yahudi membentuk negara Israel di bumi Baitul Muqdis, adalah menerusi rangkaian rasuah British dan Yahudi kepada pembesar-pembesar dan golongan perdagangan Arab pad masa itu rasuah.

Dengan cara demikian memudahkan kuasa-kuasa besar(terutama Amerika dan British) dalam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan dengan keputusan badan dunia itu, maka bumi kiblat awal umat Islam itu telah men jadi negara Zionis.

Kehancuran Negara Islam Afghanistan (Toliban) dan kemusnahan Negara Sosio-nasionalis Iraq akibat diserang dan diperangi oleh Amerika Syarikat, adalah disebabkan sebilangan dari rakyat – rakyat di negara-negara tersebut menerima rasuah dari kkuasa besar itu.

MEWAH

Sebelum dua negara itu musnah – media melaporkan - , bahawa mereka yang menentang pemerintah Negara Islam Afghanistan (Toliban) dan Presiden Saddam Hussein dan kerajaannya, hidup mewah, sentiasa melawat atau bepergian ke Amerika Syarikat, Great Britain dan negara-negara lain dengan menaiki pesawat mewah, menginap di hotel-hotel mewah dan berfoya-foya atau berseronoh dengan segala kemewahan di tempat-tempat hiburan ekslusif.

Mereka itu telah menerima segala kemewahan itu daripada negara-ngara yang berhajat besar untuk menghancurkan dua buah negara itu – Afghanistan dan Iraq. Tindak tanduk yang tidak berperikemanusiaan Amerika Syarikat, Britain dan sekutu-sekutu mereka kerana beberapa sebab,di antaranya ialah:

* Memusnahkan agama Islam dan ummah.

* Kepentingan idustri senjata canggih.

* Kepentingan Ekonom, terutama minyak.

* Penjajahan bentuk baru pada zaman jahiliah moden.

* Membantu umat Yahudi.

HIKMAT

Jika sessiapa mengkaji buku ‘Protokol Yahudi’ – Zionist Sages Protocols - , maka tentulah tidak menafikan, bahawa amalan rasuah di negara-negara Arab dan di seluruh dunia sedikit sebanyak lahir dari hikmah atau pengajaran dari ‘protokol’ tersebut.

‘Dalam Prtocols kedua disebutkan:

‘…kitalah yang mempersiapkan Darwin, Marx, Neicthe dan kita tidak menganggap kecil kesan kerosakan yang ditimpakan oleh teori-teori mereka terhadap bangsa selain Yahudi.’

Protocols pertama membimbing orang Yahudi tentang cara memperdaya bangsa lain serta menanamkan bibit kekacauan dan kerosakan. ‘Sesungguhnya bangsa Nasrani akan menjadi dungu otaknya sebagai kesan dari minuman keras. Ramai orang muda yang hancur kerana tenggelam dalam kemaksiatana sebelum masanya. Hal itu sebagai hasil dari usaha pendukung-pendukung kita yang terdiri dari para guru, pembantu, wanita-wanita pendidik yang tinggal di rumah para korporat, pegawai dan wanita masyarakat biasa yang meniru gaya moden dan huru-hara.

KEWARTAWANAN

Saya telah berkecimpung dalam dunia kewartawanan dan penulisan, dan ramai rakan dan kenalan dari Raja memerintah, perdana menteri, menteri, wakil rakyat, pegawai dan kaki tangan kerajaan hingga buruh kasar dan petani di kampung-kampung air meleleh, maka saya telah ‘mengetahui dan mengenai’ bagaimana karena makan suap atau rasuah dan orang-orang yang memberi dan menerima rasuah. Saya yakin semua wartawan yang seusia dengan saya mempunyai pengetahuan tentang amalan rasuah itu seperti yang ada pada saya, atau lebih dari yang saya miliki.

Di antara pengetahuan saya berhubungan dengan amalan rasuah,ialah:

1. Sekitar tahun 1960-an, di sebuah negeri seorang peniaga

China (taukeh lombong) telah datang menemui seorang

anggota exco kerajaan yang sedang brcakap dengan saya.

Taukeh itu datang bersama seorang perempuan China yang

mudan dan cantik. Setelah memperkanalkan perempuan itu

sebagai anakj saudaranya kepadaa anggota exco dan saya,

dia telah mengemukakan sebuah fail mengandungi salinan

peremohonanya mendapatkan sebidang tanah lombong.

Permohonannya itu mesti dilulus oleh mesyuarat exco

kerajaan negeri.

Kira-kira setengah jam kemudian taukeh itu meminta maaf

kepada kami kerana dia ada hal penting. Dia pergi dengan

meninggalkan perempuana itu bersama kami. Kemudian

saya meminta diri dari anggota exco itu dan tinggallah dia

bersama perempuan catik itu.

Kira-kira sebulan kemudian taukeh itu telaah diluluskan

tanah yang dipohonnya.

2- Pada tahun 1970-an, seorang taukeh balak menyerahkan

wang dalam bungkusan kepada seorang pegawai Jabatan

Hutan Negeri dengan tujuan pegawai itu membenarkan dia

mengelurkan kayu balak di sebelah kawasan yang telah

diluluskan itu. Kawasan di sebalahnya belum diluluskan

kepada sesiapa. Dia mahu mengambil kayu balak di

situ secara tidak sah dan dikeluarkan melalui kawasannya.

Kayu balak yang dikeluarkan itu dicukai seperti yang

dilakukan atas kawasan yang telah diluluskan kepadanya.

3 - Pada tahun 1980-an seorang kontrektor Melayu (kawan

saya telah membawa melancong beberapa orang pegawai

dari sebuah jabatan keluar negara kerana mereka akan

menimbangkan tendernya. Dia berjaya mendapatkan

tender itu.

4 - Pada tahun 1990-an, pada satu malam, saya telah diajak oleh seorang kontrektor Melayu ke sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Di sana kami bertemu dengan tiga orang pegawai sebuah kementerian.

kontrektor itu telah berunding dengan pegawai-pegawai itu mengenai projek sebatang jalan raya bernilai lebih RM200 juta di sebuah negeri dengan cara runding terus atau tidak tender.

Dalam perundingan itu pegawai-pegawai itu tidak mahau dalal atau komisyen. Mereka memberi cara; harga projek lebih RM200 juta akan

dinaikkan (top up 40%). Setelah projek itu diluluskan, pegawai-pegawai itu akan mengambil 20% dan kontrektor itu akan mendapat 20%.

Besoknya kontrektor yang berpengetrahuan agama Islam itu berunding dengan saya mengenai kehendak pegawai-pegawai tersebut. Kerana saya telah menasihatinya; perbuatan itu bersifat rasuah dan merugikan kerajaan, maka dia tidak jadi meneriam projek tersebut.

Menilik kepada pengalaman saya nombor ‘ 4 ’ , terdapa

dua perbuatan curang atau kotor (corrupted).

a. ada rasuah,kerana pegawai kerajaan mengambil

kepentingan dari tugasnya, dan kedua Kerajaan Malaysia

kerugian, kerana jumlah tambahan pada kos sebenar.

Pada tahun ini, seorang ‘orang tengah’ mengemukakan

kepada saya sebuah projek membina jalan raya 29

kilometer berharga RM120 juta, yang telah diluluskan

kepada sebuah syarikat. Orang tengah itu mencari

syarikat yang boleh membeli dengan tawaran: a.Syarikat

berkenaan mahu RM5 juta termasuk untuk orang politik.

b. Orang tengah mahu dalal atau komisyen 3%. C. Jalan itu

hanaya 20 kilometer sahaja, tetapi dalam suratan

kelulusan itu tetulis 29 kelometer, termasuk jalan sedia

ada yang tidak perlu dibina.

Bermakna kerajaan membayar cuma-cuma kepada

konrtrektor atas jalan sepanajang 9 kilometer itu.

Terdapat unsure amalan rasuah dalam projek itu,

iaitu wang orang politik dan pegawai-pegawai

yang meluluskan mengetahui tentang jalan 9 kilometer

itu tetapi diluluskan. Kebanyakan amalan terbahagi

pada empat tingkatan,iaitu:

1. Peringkat atasan; iaitu dari istana, menteri,

peguam negara dan badan kehakiman,ahli parlimen

dan ahli Dewan Negeri.

2. Peringkat menengah iaitu dari pengarah atau

pegawai awam kerajaan, polis,kastam,pengerusi

bandaran, imigresen, cukai pendapatan atau

hasil dalam negeri, badan berkanun dan bank.

3. Peringkat rendah; iaitu Pegawai Penempatan

(pejabat tanah), polis, Jabatan Pengangkuran

Jalan (JPJ) kastam, penguasa bandaran,

pemungut cukai, kaki tangan badan berkanun

dan buruh kerajaan.

CUKAI

Semua negara negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia bergantung kepada hasil dalam negara, termasuk cukai, bayaran atas sesuatu benda atau urusan dan denda. Jika amalan rasuah tidak dapat dibendung atau berleluasa, maka akibatnya kerajaan-kerajaan tidak dapat memungut hasil-hasil dari pelbagai yang tersebut di atas.

Contoh yang boleh meyakinkan:

1 - Kalau pihak polis lalu lintas atau JPJ mengamalkan

rasuah; pegawai atau anggota polis atau JPJ tersebut

mendapat wang kerana pengguna jalan raya melakukan

kesalahan, dan kerajaan tidak mendapat hasil denda atas

kesalahan itu.

2 - Jika pegawai atau kaki tangan imeresen mengamalkan

rasuah,kerajaan tidak mendapat hasil yang ditentukan atas seseorang pendatang asing, dan negara terpaksa memikul beban kebanjiran pendatang haram.

3 - Kalau pegawa atau akaki tangan kastam mengamalkan rasuah, kerajaan tidak mendapat hasial cukai import dan export dan negara akan menjadi medan penyeludupan dan sebagainya.

4 - Kalau pegawai atau kaki tangan Jabatan Hasil Dalam Negeri mengamalakan rasuah – misalnaya menerima rasuah dari pembayar cukai pendapatan keran mengurangkan jumlah bayaran yang wajib dibayar oleb pembayar cukai, maka kerajaan mengalami kerugian.

5 Pegawai Penempatana atau kaki tangsn kerajaan mengamalkan rasuah, akibatnya tanah kerajaan dibolot oleh pihak-pihak yang memberi rasuah. Akibatnya rakyat miskin

atau orang Melayu dan Bumiputera terpaksa mengulum jari.

Akibat

Semenjak negara ini mencapai kemerdekaan hingga pada masa Perdana Menteri yang ke lima ini, kerajaan dan rakyat sentiasa berhadapan dengan masalah rasuah dari peringkat atasan (ikan jerung) hingga ke peringkat bawahan (ikan bilis).Ada di antara mereka yang telah melakukan perbuatan rasuah itu telah di tangkap, di bicara dan dihukum penjara.

Di antara mereka itu selain dari pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah ditangkap, dibicara atau dihukum penjara, ialah: Dua orang bekas menteri besar. Seorang daripada mereka telah ditangkap pada masa belum wujud Badan Pencegah Rasuah, tetapi kerana Tunku Abdul Rahman Putra telah campur tangan,maka kesus itu tidfak dikemukan ke mahkamah. Bekas menteri besar yang seorang lagi telah ditangkap pada zaman Perdana Menteri, Tun Abdul razak bin Dato’ Hussein telah dihukum penjara. Seorang bekas timbalan perdana menteri telah dihukum penjara pada masa Perdana Menteri,Dr Mahathir Mohamad.

Dalam tempoh setahun Dr Abndullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri, seorang menteri dan empat orang bekas anggota exco kerajaan kerajaan negeri atas tuuduhan melakukan rasuah.

‘Sekiranya mereka yang berkuasa – raja, menteri, pegawai kerajaan dan sebgainya lupa diri, suka berfoya-foya, tidak dapat tidak mereka melakukanm perbuatan rasuah – brbagai-bagai cara memberi dan menerimanya sehingg tidak dapat dihidu oleh para petugas pencegas rtasuah tetapi Allah Yang Maha Kuasa melihat, maka orang-orang itu termasuk dalam golongan yang dilaknat oleh Allah.

Pemberi dan penerima rasuah dilaknat oleh Allah.[1]

Laknat oleh Allah lebih besar atau dahsyat dari dosa. Kalau dosa mungkin Allah membalas dengan azab atau derita di dunia atau akhirat, tetapi laaknat, selain dari azab atau derita di dunia atau akhirat, akan berlaku ke atas orang-orang itu, di antaranya:

* Ditangkap oleh penguasa dan dihukum

penjara dan mungkin disebat beberapa kali.

* Mendapat malu.

* Kemalangan atau kecelakaan.

* Rumah terbakar dan sebagainya.

* Anak-anak menajdi penagih dadah atau

gemar kepada perbuatan maksiat, seperti

zina,judi dan seumpamanya.

* Isteri berlaku curang atau melcurkan diri

secara terhormat. setelah bersara dihinggapi

oleh berbgai penyakit, di antaranya: Kecing

manis, darah tinggi, jantung dan kenser.’[2]

Haram

Jika merenung pada ajaran agama Islam, maka akan jelas,bahawa orang-orang yang memakan makanan hasil dari sumber haram akan mengakibatkan dia akan dicampakkan oleh Allah ke dalkam neraka atau tubuhnya – sama ada jantung dan segala dalaman tubuhnya,daging,darah dan otak- akan diziarahji penyakit. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda tentang dua akibat tersebut seperti maksud di bawah ini:

Semua daging tubuh yang digemukkan dari makanan haram, maka api neraka amat berpatutan dengannya.[3]

Bahawa makanan halal itu tidaklah menjadikan kamu (mudarat) melainkan sekadar mengenyangkan dan (makanan) haram itu menajdikan kamui kenyang berlebihan (membawa medarat –penyakit).[4]

GELISAH

Orang-orang yang mengamalkan rasuah menjalani kehidupan sentiasa gelisah, serba tidak cukup, tidak pernah bersyukur kepada Allah, gemar melakukan maksiat, tidak senang melihat orang lain,iaitu hasad dan memikirkan diri sendiri sahaja yang lebih pandai dan bijak dari orang -orang lain.

Pendeknya orang yang melakukan amalan rasuah, adalah musuh kepada dirinhya, isteri dan anak-anaknya (isteri dan anak-anak sentiasa berdoa atau memohon razeki yang halal kepada Tuhan , tetapi dia membawa balik rezeki yang haram), masyarakat, rakayat dan negara.

(Tamat)

___________________________________________________________



[1] Hadis

[2] Mokhtar Petah, 2004, AMANAH CEKAL ADIL, Kuala Lumpur, Yayasan Amal Ma’aruf Malaysia,hl. 36, 37.

[3] Hadis

[4] Hadis

QURAN

BERIMAN

Hai orang - orang yang beriman, jika kalian bertqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengurniakan kepada kalian furqan (jalan fikir untuk membezakan baik dengan buruk) dan menghapuskan segala kesalahan kalian serta mengampuni (dosa - dosa) kalian.Dan Allah mempunyai kurniaan yang agung. - Al anfal: 29


HADIS

ISTERI

"Kalau saya boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang, maka tentulah saya menyuruh perempuan sujud kepada suaminya."
Hadis Nabi Muhammad s . a . w ., diriwayat oleh: At Tarmizi.


PETUA

Suami tidak boleh menengking dan mengkasari isteri (dan isteri - isterinya), kerana perbuatan itu akan menghilangkan kemuliaan dan mertabat dirinya, sebabnya isteri adalah manusia yang sejenis dengan ibunya.Lelaki yang paling mulia, ialah yang paling lemah lembut kepada isteri (dan isteri - isterinya).