Friday, March 30, 2012




PANTUN JUMAAT
WATAN

Telah atang hari ini,
Jumaat namanya dari Allah;
Telah hilang budi pekerti,
Tabiat nasional negeri punah.

Hari Jumaat turun hujan,
Hujan tabur menabur baja;
Jika tanbiat mengejar habuan,
Watan lebur bangsa binasa.

FELDA

Sayang Felda peneroka bisu,
Ada sawit tukar kertas;
Malang Felda akan tertipu,
Masa di muka pundut digalas.

Sayang Felda pesaka bapa,
Anak kejar pertolongan orang,
Usaha bapa digadai sedunia,
(Akhirnya) anak Felda hamba orang.

No comments: