Friday, June 25, 2010

SEJARAH KITA



Bila Dr Mahathir tidak belajar sejarah

Angkasanuri

Saya tak pasti kitab sejarah mana yang Tun Dr. Mahathir baca apabila beliau berkata Pas yang tertubuh hari ini diasaskan oleh bekas ulama yang sebelum ini berada di dalam Umno.
Beliau berkata demikian sebagai menghangatkan spekulasi penyertaan 100 'ulama' yang akan masuk secara borong ke dalam Umno esok.
Untuk makluman Dr. Mahathir sewaktu mengambil subjek sejarah di sekolah dahulu saya tidak pernah dapat gred A- ke bawah.
Minat dalam subjek sejarah menyebabkan saya membuat pengkhususan dalam subjek sejarah semasa di universiti walaupun kerjaya saya sekarang tidak lagi berkaitan dengan subjek sejarah.
Bukan nak bangga diri tetapi sekadar nak beritahu bahawa beliau mungkin boleh kelentong penyokong Umno tegar tetapi bukan generasi seperti saya.
Tidak pernah pun saya terbaca dalam mana-mana kitab sejarah bahawa tokoh-tokoh terulung yang mengasaskan penubuhan Pas seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Dr. Burhanudin Al Helmy,Dr. Hj Abbas Alias Ustaz Ahmad Fuad dan ramai lagi yang mengisi borang menjadi ahli Umno.
Mereka terdiri daripada golongan yang mendapat didikan di Timur Tengah yang digelar sebagai Kaum Muda yang berjuang secara konsisten menentang penjajah British.
Mereka mengasaskan institusi pendidikan untuk mendidik anak bangsa tentang Islam sebenar seperti Ehya Al sharif di Gunung semanggol yang disifatkan oleh British sebagai 'bahaya dari gunung'.
Kronologi kisahnya panjang tetapi sehingga hari ini tokoh-tokoh ulama yang mengasaskan Pas tidak sama sekali 'kebulur' untuk menjadi ahli Umno. (Harakah online24 Jun 2010)


BENARKAH BEGITU?
Saya bertanya dalam hati sendiri, “benarkah penulis artikel di atas ini, dalam Harakah, semalam, seorang bekas mahasiswa jurusan sejarah?”, kerana tulisannya seperti tulisan orang tidak menuntut ilmu sejarah.
Memang benar seperti kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa PAS ditubuhkan oleh ulama bekas ahli UMNO dan saya kira bekas PM itu lebih betul dari penulis Angkasanuri.
PAS ditubuhkan dalam kongres Alim Ulama – ketiga - , anjuran UMNO, di Kelab Melayu, Butterworth, pada tahun 1951. Kongres pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur dan kongres kedua, di Kota Tinggi, Johor, dirasmikan oleh (datuk kepada PM Najib Tun Razak), Allahyarham Dato’ Haji Mohd. Noah bin Omar, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Johor.
Haji Ahmad Fuah bin Hassan, ahli UMNO dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Islam dalam UMNO (mengganti tempat Sheikh Abdullah Fahim).Dia berasal dari Manong, Kuala Kangsar, Perak dan guru agama, di Madrasah Al Masriah, Bukit Mertajam.
Bersama beliau menubuhkan PAS, beberapa orang ulama lagi, di antara mereka itu, Ustaz Haji Ahmad Maliki bin Haji Ahmad (Kepala Bata, Seberang Perai), Haji Hussein Ce’ Dol dan Haji Abdul Rahman Merbuk (Kedah), Haji Ahmad bin Tuan Hussein (Pokok Sena, Seberang Perai).
Ustaz Abu Bakar Al Baqir, bekas Yang Dipertua parti Hizbul Muslimin, adalah murid kepada Sheikh Abdullah Fahim dan Dr. Burhanuddin Helmi tidak terlibat dengan alim ulama yang menubuhkan PAS.
Idea asal untuk menubuhkan sebuah parti Islam, ialah oleh Sheikh Abdullah Fahim, pada ketika Allahyarham pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Islam dalam UMNO, tetapi tidak berhasi, kerana beliau meninggalkan jawatankuasas tersebut. Idea itu tinggal menebal dalam otak beberapa orang ulama dalam UMNO, Haji Ahmad Fuad bin Hassan, Haji Ahmad Maliki bin Haji Ahmad, Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah dan beberapa orang lagi.
Kongres ulama itu diadakan dengan tujuan hubungan UMNO dengasn Raja – Raja Melayu tidak ‘berpatah arang’ dan ‘ berkerat rotan’, kerana pada masa itu Yang Dipertua UMNO, Dato’ Onn Jaafar bertelagah (krisis) dengan Raja – Raja Melayu ekoran dari isu Dato’ Onn menghantrar memorandum kepada Raja – Raja Melayu dan Kerajaan Inggeris, agar dilantik seorang anak Melayu untuk memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.
Raja – Raja Melayu menentang dengan alas an ‘ jika Pesuruhjaya Tinggi dari anak Melasyu, bererti si anak Melayu berkedudukan lebih tinggi dari Raja Melay’, tetapi orang Inggeris tidak mengapa.
Antara sebab – sebab PAS ditubuhkan oleh para ulama ahli UMNO (pada hari penubuhan itu mereka masih ahli UMNO dan belum disingkirkan dari UMNO), Ialah:
* UMNO atau PEKEMBAR, menolak Negara Islam (seperti yang diperjuangkan oleh Hizbul Muslimin). UMNO tetap mempertahankan Ketuanan Melayu dan Raja Melayu’, bertapak atas nasionalis Melayu dan berdasarkan kapitalis.
* UMNO menolak cita – cita perjuangan Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya PKMM), iaitu: Satu Negara; Negara Melayu, satu bangsa; Bangsa Melayu, satu bahasa; bahasa Melayu, Agama Islam; Agama Negara.
* Dato’ Onn adalah pegawai tinggi kerajaan Inggeris bertaraf Menteri Dalam Negeri, bertanggungjawab bersama Pesutuhjaya Tinggi Brisith, Sir Edward Geme (keputusan Kerajaan Inggeris di London kerana takutkan gerakan Islam dan gerakan komunis di Tanah Melayu) mengistiharkan Undang – Undang Darurat pada 17 Jun 1948.
Dengan kuat kuasa Undang _ Undang Darurat berates – ratus pejuang kemerdekaan Tanah Melayu , termasuk Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan Ishak Haji Muhammad), ditangkap dan ditahan dalam khemah tahanan.Di antara mereka di tahan, di Jil Pudu, Batu Gajah, Kelian Pauh Taipin,Pulau Jerjak, Ipoh dan Tajung Berus Melaka. – mokhtar petah.


No comments: