Tuesday, June 1, 2010

KE ARAH PERPADUAN

1MALAYSIA DAN HARAPAN


1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum
yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang
benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluan
untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat
Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan
perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuat
kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.
– Najib Tun Razak


Jika kita menilai disegi fasafah 1 Malaysia, akan kita mendapati dua jurusan yang luas yang memberi kebaikan kepada negara dan rakyat, iaitu kekuatan hakiki kepada bangsa Melayu mengikut Perlembagaan Negara, iaitu bangsa yang berhak kepada Malaysia dan mempunyai hak istimewa, agama Islam, Raja Melayu dan bahasa Mekayu - Malaysia, dan member hak hakiki kepada mereka dari keturunan pendatang, Cina dan India serta lain, hidup sebagai satu keluarga dengan orang Melayu, menikmati bersama dari habuan dari bumi ini, bepegang kepada falsafah; di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, dan sama – sama menjaga negara ini.Mereka adalah rakyat Malaysia seperti orang Melayu juga.
Bagi Prof Emiritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, gagasan 1 Malaysia bukan sesuatu yang mudah dilaksanakan. Menurutnya, walaupun idea itu dilihat sebagai sangat Positif, pelaksanaannya boleh menimbulkan masalah.
Beliau menjelaskan, orang Melayu dan bukan Melayu mempunyai pandangan yang berbeza mengenai konsep 1 Malaysia.

MENGORBANKAN HAK KEISTIMEWAAN
Bagi orang bukan Melayu, katanya, mereka berpendapat 1 Malaysia bererti semua warga negara hidup sama rata, adil dan saksama.
Sedangkan katanya, msih wujud sebahagian orang Melayu yang begitu mengutamakan hak – hak istimewa. Soalnya, adakah orang Melayu sudah bersedia untuk mengorbankan hak – hak keistimewaan yang selama ini mereka nikmati? .
“Secara seriusnya,m idea Dato’ Seri Najib Naji dilihat positif kerana berusaha menyelesaikan masalah perbezaan kaum. Keadaan ini tidak wujud di mana – mana Negara lain.
“Saya rasa kerajaan perlua membuat tinjauan dan kajian terlebih dahulu. Keranaan juga perlu menggunakan system pendidikan untuk mengubah sikap golongan muda agar menerima idea 1 Malaysia yangb membolehkan semua warga negara mempunyai status dan ketistimewaan yang sama demi mewujudkan perpaduan nasional,”katanya.
Beliau yakin apabila beberapa Langkah dipoerkenalkan kelak, kesan terhadap penerimaannya oleh seluruh rakyat terhadap konsep 1 Malaysia akan diketahui.
“Saya mencadangkan gagasan 1 Malaysia ini dimulai dengan pengubahsuaian system pendidikan di semua sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
Sistem persekolahan itu mestilah lebih banyak menumpukan kepada soal perpaduan Negara selaras dengan Penyata Razak, iaitu objektif utamna sistem pelajaran Negara,”jelasnya.

JIKA SILAP PERHITUNGAN
Prof Tan Sri Dr Khoo berkata, kesan sebanar kepada konsep 1 Malaysia hanya boleh dilihat selepas satu genarasi, iaitu lebih kurang 30 tahun dari sekarang.
“Semua rakyat perlu sabar. Kerajaan pula perlua mengambil langkah dan tndakan yang bertepatan dengan bijak. Jika tersilap perhitungan, kesan akibatnya sukar di atasi.
Adalah dibimbangkan, pihak yang tidak mahu melaihat perpaduan kaum akan menggagalkan usaha kerajaan,”jelasnya.
Prof Tan Sri Dr Khoo menegaskan, “Saya berpendangan, kalau benarlah tujuan adalah semata – mata untujk kepentingan politik untuk menarik pengundi Cina, 1 Malaysia akan gagal. Sesuatu dasar yang diuar –uarkan untuk membaw kemajuan an kebahagiaan kepada rakyat mesti mempunhyai tujuan yang murni dan bersih, bukan berniat politik.”
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom, dalam poerutusasn Hari Guru Malaysia 2010, di Kuantan pada 16 Mei 2010, telah menegaskan tentang pentingnya gagasan 1 Malaysia dipupuk di peringkat sekolah:
“Konsep 1 Malaysia yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri mnekankan kesejahteraan rakyat dan keberhasilan yang dapat dinikmati seperti yang terkandung dalam gagasan 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukna, Pencapaian diutamakan’. Bagi mencapai kesejahteraan, warga pendidikan harus (wajib) menghayati dan berkongsi bersasma falsafah dan objektif collegiality yang membawa maksud the cooperative relationship with colleages (keserakanan). Kita harus faham, nahawa prinsip keserakanan yang positif boleh mempercepatkan proses pencapaian kemerlangan secara bersama. Prinsip keserakanan harus wujud dalam diri setiap pendidik supaya aspirasinegara dapat diterjemahkan dalam satu kefahaan bersama.
Saya, dengan ini menyeru kepada semua warga pendidik supaya membulatkan tekad dan menguatkan azam untuk sama – sama bekerja bagi memertabatkan organisasi pendidikan kita.

KUALITI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
Adalah menjadi harapan saya, semua guru melaksanakan tanggungjawab dengan poenuh dedikasi dan amanah dengan semangatg keserakan bagi memertabatkan profesion keguruan dan meningkatkan kualaiti perkhidmatan pendidikan yang diberi kepada rakyat selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang menekankan ideologi, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Penerapan konsep 1 Malaysia harus (wajib) dipupuk di peringkat sekolah kerana pembentukan sahsiah dan karakter remaja adalah ketika di dalam persekolahan.”
Menilai pendapat Prof Dr Khoo Kay Kim dan Tan Sri Dato Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom, kita Nampak dengan jelas, abahaw aharapan untuk mengembang dan mnenjadikan gagasan 1 Malaysia sebagai budaya rakyat Negara ini, perlulah diterpakan kepada semua sekolah Kebangsaan dan jenis kebangsaan.

Satu cara yang baik dan jalan mudah untuk menjadikan gagasan 1 Malaysia sebagai ‘hikmat perpaduan’ atau memprakrikan gagasan tersehbut, semua keturunan yang menjadi rakyat negara hendaklah mengakuri untuk mewujudkan satu aliran sekolah sahahaja, iaitu sekoloah kebangsaan dan tidak ada sekolah jenis kebangsaan Cinda dan India.
Kita tidak dapat menolak, bahawa sekolah yang tidak satu aliran akan melahirkan golongan muda yang tidak berminat kepada gagasan 1 Malaysia dan ada di antara mereka menjadi individu – individu anti bangsa Melayu, Raja Melayu dan bahasa Melayu.
(dipetik dari mjanuskrip buku, FALSAFAH GAGASAN 1 MALAYSIA, yang akan terbit)





No comments: