Sunday, June 20, 2010

PERISTIWA

DITENTUKAN JABATAN PEGUAM NEGARA
Teka teki berhubung status Ahli Parlimen Batu, Tian Chua akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau yang kini berada di Jakarta berkata, bagi menggelakkan masalah berkaitan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat akan merujuk kes berkenaan kepada SPR untuk diputuskan.

Menurutnya, kadar denda yang dikenakan ke atas Tian Chua sebanyak RM2,000 berada di sempadan. Adalah lebih baik sekiranya ia diputuskan oleh Peguam Negara.

“Sekiranya mahkamah memaklumkan hal ini kepada Dewan Rakyat, perkara ini akan dirujuk kepada SPR sebelum mendapat nasihat daripada Peguam Negara sebelum diputuskan.

“Sekiranya denda yang dikenakan terhadapnya RM2,000 atau lebih kemungkinan beliau telah hilang kelayakannya sebagai wakil rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, perkara itu katanya, akan dibincangkan dengan Peguam Negara kerana masih belum menerima pengesahan daripada mahkamah.

Jumaat lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha memutuskan mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan selepas mendengar rayuan Tian Chua.

Sebelum itu, Mahkamah Majistret pada Oktober tahun lalu memutuskan penjara tiga bulan dan denda RM3,000 kerana mengigit seorang anggota polis pada Disember 2007 ((Sinar Harian).

No comments: