Friday, April 16, 2010

PERISTIWA DAN KITA



Mokhtar Petah



---- kita sama - sama fikir ----


CALON MIC
Calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan menganggap dirinya sebagai askar yang akan bertempur di medan perang bersama kepemimpinan BN, dan sasaran utama adalah merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor, pada 25 April ini. Walaupun terkejut apabila mengetahui dipilih sebagai calon, Ketua Penerangan MIC itu berazam memberi yang terbaik untuk parti dan seluruh rakyat Hulu Selangor. Malah, katanya, panggilan telefon Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tengah hari semalam untuk memaklumkan perkara itu adalah kepercayaan kepemimpinan BN, khususnya Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak terhadap beliau.

"Tanggungjawab yang diberikan ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk parti dan manfaat pengundi Hulu Selangor.

TIDAK UNTUNG

Para pengundi Melayu di Bukit Beruntung menganggap calon BN - MIC, P. Kamalanathan tidak akan menguntungkan umat Islam dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor, tetapi calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim banyak menfaatnya kepada umat Islam, menurut beberapa orang penduduk

BN SEPERTI MELUTUT
Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan BN seperti melutut kepada Amerika Syarikat apabila tidak tetap menyatakan pendirian berhubung isu penggunaan senjata nuklear.

Tegasnya juga, tidak salah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan Amerika Syarikat, namun bukan menjadi 'pak turut' kepada negara itu sehingga tidak berani menentang kezaliman yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap umat Islam.
(Harakah)

BOM API

Rumah seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor dibaling dengan bom api di Taman Jana Mulia, Kamunting, dekat Taiping, pada subuh ini.

Pegawai polis berusia 30-an, bertugas di Cawangan Jenayah Narkotik, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

No comments: