Friday, April 2, 2010

CATATAN DARI SEJARAH (ulangan)


PERJUANGAN ORANG MELAYU


Pada abad orang Melayu mencari erti ‘Ketuanan Melayu’, ‘kuasa Melayu’ dan ‘Melayu bangsa terjulang di langit zaman’ ini, maka negeri Melaka dan negeri Perak – Pasir Salak tidak lagi menjadi dataran tempat mengenang keunggulan kuasa Melayu, kerana dua negeri itu telah menjadi padang rumput tempat tumpah air mata orang Melayu, kerana bumi mereka dijajah oleh penjajah Belanda, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

Negeri Melaka dan Perak – Pasir Salak hanya tempat mengenang betapa ‘tulang berserakan’, ‘darah membasahi bumi’ dan ‘air mata berladung, menitik lalu tumpah membasahi tanah subur’ kerana Raja dan Orang Besarnya. Darah, tulang dan air mata orang Melayu kerana menentang penjajah tetapi kecundang kerana bumi pusaka mereka terlepas ke tangan orang lain.

Jangan salahkan ibu mengandung,

Usah diungkit bapa pemirah,

Kerana Raja hilang punca,

‘Beraja di mana bersultan di hati’.

Apa diratap nasib diri,

Memang kita keturunan mulia,

Tapi dik penjajah berkuasa,

Di bumi sendiri menjadi hamba.

Apa ditampi nyiru di huma,

Padi telah menjadi lalang,

Kita berbudi orang merasa,

Kita kebulur orang kenyang,

Tanah sebidang milik orang,

Anak cucu jadi hamba orang.

Kini kita membina dalam minda kita; bahawa Kepala Batas adalah secebis dari bumi Melayu yang menjadi tempat mulanya orang Melayu mendapat ruang untuk membela diri mereka. Tempat menaikkan nama menjadi bangsa yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua bangsa di dunia ini.


REFORMASI

BERDASARKAN

ARAJAN ISLAM


Di bumi Kepala Batas inilah bermulanya ‘reformasi’ perjuangan orang Melayu setelah kejatuhan Malaka dan Pasir Salak serta beberapa negeri di Tanah Melayu ini. Reformasi berdasarkan ajaran Islam itu mula ditarbiahkan oleh seorang mualim terkenal, Sheikh Abdullah Fahim kepada para pelajarnya di institusi pondoknya yang kini terkenal dengan nama besar, Daeratul Maariful Wataniah.

Selain ajaran membebaskan diri dari penjajah Inggeris, di dedah dan disebarkan kepada pelajar-pelajarnya, Sheikh Abdullah Fahim telah mentarbiahkan mereka dengan daya fikir dan semangat untuk membebaskan diri dari belenggu penjajah kepada individu-individu dari masyarakat Kepala Batas yang mengaji kepadanya di masjid – masjid atau mendengar ucapannya di mana-mana.

Ajaran itu telah diamalkan oleh semua bekas pelajar yang kembali ke kampung halaman mereka di seluruh Tanah Melayu ini. Di antara mereka itu, ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir yang telah menubuhkan parti Islam pertama di Tanah Melayu, iaitu Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak, pada bulan Mei 1945.

Elok dinyatakan di sini, iaitu sekitar tahun 1924 dan 1926, Sheikh Abdullah Fahim telah bersahabat rapat dengan dua orang tokoh ilmuwan dan pengarang Melayu, iaitu Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh Al Hadi, penerbit dan pengarang majalah Al Imam di Pulau Piang.


MENJULANG KE ATAS

SEBAGAI

PERDANA MENTERI


Setelah negara kita mencapai kemerdekaan, Sheikh Abdullah Fahim memegang jawatan Mufti Kerajaan Pulau Pinang. Anaknya, Haji Ahmad Badawi naik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Putera Sheikh Tahir Jalaluddin, bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Tun Hamdan Sheikh Tahir telah diangkat ke takhta Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Kemudian dengan ketentuan Allah, cucu Sheikh Abdullah Fahim, Abdullah Haji Ahmad Badawi terjulang ke atas sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Pada bulan Oktober 1945, bertempat di hotel FMS, Ipoh, beberapa orang bekas pelajar Sheikh Abdullah Fahim, bersama Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin dan Mukhtaruddin Lasso (dari Indonesia) telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan kemudian wujud Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

Apabila Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan pada tahun 1946, sebilangan ulama telah menyertai UMNO, maka Sheikh Abdullah Fahim ikut menyertai parti politik orang Melayu itu. Allahyarham adalah ahli pertama parti politik tersebut di Pulau Pinang. Kemudian Allahyarham dipilih memegang tanggungjawab sebagai ‘Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Islam’ dalam UMNO. Jawatan kuas itu menjadi tenaga penasihat hal ehwal agama Islam kepada parti politik orang Melayu tersebut.


YAKIN

ORANG MELAYU

BOLEH MERDEKA


Menilai dari segi sejarah Alam Melayu, bahawa Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang telah ditubuhkan selepas Kesatuan Melayu Muda (KMM), pimpinan Ibrahim Yaacob, adalah menjadi politcal pilot kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malaysia Nasional Organisation (UMNO).

Dato’ Onn Jaafar dan beberapa orang berpendidikan Inggeris telah mendapat kesedaran betapa derianya orang Melayu di bawah kuasa penjajah Inggeris. Manakala sebilangan orang Melayu yang berpendidikan dari institusi pengajian tinggi di Barat, tidak yakin yang orang Melayu boleh merdeka. Ada di antara mereka telah merendah-rendahkan orang Melayu yang berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh melemahkan orang Melayu yang berjuang. Di antara kata-kata itu:

“Macam mana orang Melayu nak merdeka, nak buat jarum pun tak tahu.”

“Kalau merdeka pun, sudahnya mati kebulur.”

“Kalau tak ada orang putih, orang Melayu mati tak makan.”

“Kalau merdeka, orang putih dah tak ada, kita tak makan mentegalah, jawabnya.”

Pada masa itu, mereka yang insaf dan rasa menderita di bawah penjajah Inggeris dan berjuang menuntut kemerdekaan adalah terdiri dari para guru agama, pelajar sekolah agama (rakyat) dan pondok, guru Melayu, peniaga kecil, petani, nelayan, buruh, penarik beca dan lain.


GURU AGAMA

HINGGA

KE PENARIK BECA


Apabila Dato’ Onn Jaafar menganjurkan kongres orang Melayu menentang gagasan Malayan Union oleh penjajah Inggeris, pada 1, 2, 3 dan 4 Mei 1946, maka sebilangan kecil sahaja dari mereka yang berpendidikan Barat yang menyertai kongres itu. Yang ramai adalah dari golongan guru agama hingga ke penarik beca seperti yang telah saya nyatakan di atas.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah menghantar paling ramai Wakil dan pemerhatinya ke perhimpunan menentang Malayan Union itu, iaitu 22 orang. Di antara mereka lepasan sekolah Melayu yang menyertai Perhimpunan Orang Melayu Menentang Malayan Union itu, ialah Abdul Ghafar Baba, kemudian menyertai UMNO dan sebelum meninggal dunia, memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia; Datuk Abdul Aziz Tapa (Melaka) kemudian menyertai UMNO dan dipilih memegang tugas sebagai ahli Dewan Undangan Negeri dan anggota Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Antara para bekas pelajar sekolah agama rakyat, ialah Haji Hassan Yunus, bekas pelajar Maahad Ehyausy Syarif, Gunung Semanggol, Perak dan mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Hassan Yunus ( Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, dia telah memegang jawatan Menteri Besar negeri itu. Dia adalah Menteri Besar pertama setelah merdeka.), Haji Ahmad Abdul Malik (Ahmad Maliki) dan Haji Ahmad Scor , Pajak Song.

Semenjak tahun 1946 hingga pada tahun-tahun saya tinggal di Kepala Batas, saya mendapati orang Melayu yang berpelajaran – sama ada berpendidikan Inggeris, Melayu mahupun agama Islam telah sama-sama menyertai perjuangan menuntut kemerdekaan. Ada yang menyertai UMNO dan ada yang menyertai PAS. Tetapi mereka mempunyai matlamat yang sama, iaitu merdekakan Tanah Melayu, bangsa dan agama.


LAGU

YANG MEMBAKAR

SEMANGAT RAKYAT


Seorang mualim dari Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Ali Baladram, pada ketika berucap dalam satu majlis ihtifah (perayaan tahunan) Daeratul Maariful Wataniah telah mengeluarkan pendapat (mungkin fatwanya), bahawa setiap orang Islam mesti menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan negaranya, kalau tidak mereka itu terhitung dari orang-orang yang berdosa.

Para petani sekitar Kepala Batas khasnya dan Seberang Perai amnya, apabila mereka bekerja dalam sawah atau waktu berehat, mereka telah menyanyikan lagu yang membakar semangat mereka. Di antara rangkap-rangkap nyanyi itu, ialah:

Kaum tani sudah berjaya,

Memoga hutan rimba dan paya,

Bersatu kita mara bersama,

Menuntut kemerdekaan negara.

Kaum tani sudah berjaya,

Berjuang membela bangsa,

Dalam lumpur kita bersuara,

Penjajah, penjajah, musuh kita.

Seorang gadis – guru sekolah Melayu, tinggal di Kepala Batas, dia kenal saya seorang penulis. Pada satu hari dia mengirim surat kepada saya melalui seorang kanak-anak lelaki. Dalam surat itu dia meminta saya menulis sebuah sajak yang menunjukkan dia seorang yang turut berjuang menuntut kemerdekaan.

Saya masih ingat-ingat lupa akan sajak yang saya telah tulis itu. Lebih kurang begini:

Biarlah kutinggalkan semua,

Cinta dan kasih penuh rela,

Demi tanah air kita,

Aku terus berjuang membela nusa.

Tinggallah sayang,

Air mata dibuang jangan,

Tepuk dadamu, laksana perwira,

Ke mana kita,

Ke medan jaya, merdeka.

Sebenarnya saya tidak pernah kenal guru itu. Setelah sajak yang saya tulis itu diterimanya, saya telah menerima surat daripadanya yang menyatakan terima kasihnya. Dan dalam surat itu ditulisnya, ‘saya mengenangmu hingga ke akhir hayat saya.’


CATATAN SEJARAH

ORANG MELAYU

BERJUANG


Dia tahu, kalau dia memperkenalkan dirinya kepada saya, di takdirkan pula kami bersahabat akrab; mungkin saya akan dikenakan tindakan ‘buang sekolah’ kerana sekolah tempat saya belajar itu ketat peraturannya.

Sesungguhnya, Kepala Batas ada dua, yang satu lagi di negeri Kedah. Tetapi Kepala Batas, Seberang Perai, telah menjadi bumi bertuah dan memiliki banyak kisah dan catatan sejarah orang Melayu berjuang untuk membebaskan tanah air mereka dari penjajah.

Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Badawi, Haji Ahmad bin Abdul Malik (Ahmad Maliki), Hashim Awang, Haji Ahmad Scor, Cikgu Ahmad Awang, Haji Ahmad bin Mat Nor, Cikgu Azmir Haji Mohd. Nor dan ramai lagi adalah insan yang tidak boleh dilupakan perjuangan dan jasa mereka.

Selain dari Subky Abdul Rauf (kemudian Ahli Dewan Rakyat kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang dan bergelar Datuk) yang paling rapat dengan keluarga Haji Ahmad Badawi, sayalah satu-satunya orang luar yang rapat dengan keluarga itu. Sekurang-kurangnya seminggu sekali saya dijemput oleh Haji Ahmad Badawi atau Sheikh Abdullah Fahim datang ke rumah mereka (kini rumah sejarah). Isteri Haji Ahmad Badawi, Allahyahamah Hajah Kailan binti Haji Hassan sering menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh. Katanya “Kalau wang ringgit, harta benda boleh hilang, boleh lesap, tapi ilmu tak hilang, ke mana kita pergi ilmu ikut kita.”

Seorang kanak-kanak cantik suka main ikan sepilai dan layang-layang di permatang dan tepi sawahnya, kini telah melonjak namanya ke langit zaman. Dia ialah Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, mantan pemimpin kita dan Perdana Menteri Malaysia. – Mokhtar Petah

LAUK TENGAHARI INI

GULAI LEMAK IKAN SEPAT

Ikan sepat benua (sepat Siam) masak gulai lemak cili api, camput mentimun muda yang dipotong - potong sekadar lebar seinci dan panjang dua inci dan asam, buah belimbing buluh.

SAMBAL

Sambal belacan, cili besar merah, asam, temato muda dan masukkan sedikit air buah limau purut. Ulam, pucuk ulam raja dan pucuk cekur.

LESUNG BATU

Isteri memakai kain batik ketang dada, tanpa baju, duduk
bercangkung dan sedang menumbuk sambal; cili aspi, garam,
belcan dan asam buah mempelam muda, dalam lesung batu
di ruang dapur.

Suaminya duduk di sisinya. Wajahnya senyum dan penuh cinta kepada isterinya, sambil merenung kain batik isterinya terbuka hala ke lesung batu.

Katanya: "Cinta kita suci benar sayang." Usah ada syah dan
sangka dalam hati sayang." Demi Allah, mas tetap jujur
dan bertanggungjawab kepada sayang.

Biar kita hidup semati;
jika terlentang sama - sama meneguk embun,
bila terterap,
sama - sama membaham pasir.

Ditakdirkan kita mendapat cahaya mata, abang hendak anak
kita sarat dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, tidak bermuduh dengan
orang - orang sebangsa, tidak sombong sesama mukimin dan mukminah,
Jihadnya dijalan, ajaran Allah.

Insya Allah dia tidak akan hidup merempat di bumi pusaka
datuk moyang kita.

mp

RUKUN NEGARA



KAJI SEMULA RUKUN NEGARA


Oleh: Mokhtar Petah


Kerajaan dan rakyat Malaysia yang beragama Islam, sedang berada dalam keadaan selesa dan tidak berfikiran serabut, kerana digugat oleh ‘ tidak hakikian’, atas penggunaan nama ALLAh oleh sebuah majalah Kristian yang telah diluluskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru – baru ini.

Dengan penangguhan mahkamah juga, nama ALLAH tidak boleh digunakan oleh majalah tersebut. Keputusan tersebut boleh dianggap, nama ALLAH tidak boleh digunakan oleh umat bukan Islam dalam apa jua bidang dan urusan.

Penggunaan nama Allah, hanya, boleh digunakan oleh umat Islam di seleuruh Malaysia dan di bawah Yang Dipertuan Agung. Dengan penggunaan ini saya yang menyanjung Rukun Negara yang lima, mengharapkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan para angota kabinet beragama Islam, terutama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejor Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir b. Hj. Baharom mengkaji semula bari (1) dan baris (2) Rukun Negara:

Kepercayaan kepada tuhan

Kesdetiaan kepada Raja dan negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan undang - undang

Kesopanan dan kesusilaan.

Pada kata hikmat pertama: Kepercayaan kepada tuhan, menimbulkan keraguan kepada saya mengenai ‘tuhan’ dan tidak menggunakan ‘ALLAH’. Saya harap kata ‘tuhan’ itu ditukarkan dengan kata ‘ALLAH’ atau kata – kata “Tuhan Yang Maha Esa’.

Kata nama ‘tuhan’, tidak boleh diertikan dengan kata nama ‘ALLAH’ dalam bahasa Quran dan bahasa Arab. ALLAH ertinya ‘Rab’ atau Rabbun’, iaitu Maha Penguasa atau Maha Pendidik (manusia kepada mernyembah dan mengabdikan diri kepada – Nya).

Kata ‘tuhan’ dalam Rukun Negara itu, adalah kata umum dan tidak mempunyai apa – apa kekuasaan. Kata ‘tuhan’ itu bererti :sesuatu yang disembah oleh mmanusia, seperti batu, api, matahari hatta kemaluan lelaki dan perempuan.

Dalam ilmu bahasa Melayu kuno, iaitu bahasa Melayu Campa dan empat wilayah Selatan Thailan serta Kepulauan Melayu - Nusantara, bahawa kata nama ‘tuhan’ itu dibentuk dari dua kata nama, iaitu ‘hantu’. Hantu yang masih belum menyatukan dirinya dengan sesuatu benda yang disembah manusia. Masih dinamakan ‘hantu’. Setelah ia bersatu dengan sesuatu benda yang disembah manusia, kata namanya, ialah ‘Tuhan’.

Maka, kita tidak mahu umat bukan Islam menggunakan nama “Allah’, tetapi kita sendiri sebagai umat Islam, tidak sedar atau tidak arif, iaitu dalam Rukun Negara yang kita sanjung itu, tidak menggunakan nama ALLAH, tetapi mengunakan kata nama, ‘sesuatu yang disembah oleh manusia’ iaitu tuhan – dua benda jadi satu, tuhan.

Presiden Indonesia, Ir. Soekarno dan Dr. Mohd. Hatta serta kabinet revolusi Republik Indonesia (1945), dengan meminta pandangan para ulama Islam, telah menggunakan kata – kata keramat ‘ Ketuhanan Yang Maha Esa’, iaitu tidak menggunakan kata nama, ‘tuhan’ sahaja.

Sebelum ‘Rukun Negara’ di kemukan ke kabinet dan ke pihak tertinggi, saya telah memaklumkan mengenai kata nama ‘tuhan’ dalam percakapan saya dengan Menteri Dalam Negeri,Tan Sri Ghazali Shafie. Beliau memberi jaminan untuk menelitinya.Tetapi, nama ‘tuhan’ digunakan jua.

Oleh itu hingga kini, Indonesia kukuh perpaduan rakyatnya yang terdiri dari berbagai keturunan.Tidak ada umat manusia dari keturunan pendatang (Cina dan India) menuntut hak – hak seperti di Malaysia.

Barisan akhir Tukun Negara, ‘Kesopanan dan kesusilaan’, mestilah diubah dan ditambah kata, ‘Amanah, Kesopanan dan kesusilaan. Adalam Agama Islam ‘amanah’ sama penting dengan kesopanan. Walaupun manusia sopan, tetapi jika tidak ada ‘amanah’, maka dia boleh atau sentiasa mahu’ jadi manusia yang corrupted – menyelewenga dan rasuah.

Saya amat bangga bahkan menyanjung ‘Runkun Negara’, tetapi kerana dua faktor yang saya utarakan di atas menyebabkan saya tidak puas hati.

MELAYU WAJIB BERSATU



PERPADUAN MELAYU


Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

QURAN DAN HADIS


PENAWAR

Kami turunkan dari Quran itu suatu yang menjadi penawar (ubat) dan rahmat bagi mereka yang beriman dan (Quran) tidak menambah (sesuatu) kepada mereka yang zalim, selain kerugian.

– Al Isra’: 82


HADIS

PENAWAR RACUN

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Fatihah itu kitab (dari Quran), adalah penawar (ubat) dari racun.

– Perawi: Sa’id bin Mansur Al Baihaqi.

Thursday, April 1, 2010

LESUNG BATU

Isteri memakai kain batik ketang dada, tanpa baju, duduk
bercangkung dan sedang menumbuk sambal; cili aspi, garam,
belcan dan asam buah mempelam muda, dalam lesung batu
di ruang dapur.

Suaminya duduk di sisinya. Wajahnya senyum dan penuh cinta kepada isterinya, sambil merenung kain batik isterinya terbuka hala ke lesung batu.

Katanya: "Cinta kita suci benar sayang." Usah ada syah dan
sangka dalam hati sayang." Demi Allah, mas tetap jujur
dan bertanggungjawab kepada sayang.

Biar kita hidup semati;
jika terlentang sama - sama meneguk embun,
bila terterap,
sama - sama membaham pasir.

Ditakdirkan kita mendapat cahaya mata, abang hendak anak
kita sarat dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, tidak bermuduh dengan
orang - orang sebangsa, tidak sombong sesama mukimin dan mukminah,
Jihadnya dijalan, ajaran Allah.

Insya Allah dia tidak akan hidup merempat di bumi pusaka
datuk moyang kita.

mp

BUKU PEMIMPIN

Abdul RazakB


Tun Abdul Razak



Najib Razak



MOKHTAR PETAH

NAJIB RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
DI BAWAH SANG SAKA BANGSA


Buku ini merakamkan ketabahan seorang
pemimpin
bangsa menghadapai cabaran
dan dugaan. Anwar
Ibrahim dijatuhkan ketuanya,
Mahathir Mohamad.
Kerana jujurnya Najib Razak,
beliau disayang
i ketuanya, Abdullah Badawi.
Beliau mendaki
ke puncak dengan kehendak
Allah jua. Bahunya
memikul amanah ummah
dan negara Malaysia - 1 Malaysia.


Layari: mokhtarpetah/edit-thinker/whohub.com/www.mokhtarpetah.ws

Buku - Buku lain: Ishak Tadin Jasanya Terukir Di langit Zaman * Norh Omar, Jihadnya Bela Rakyat
* Najib Pelopor 1 Malaysia.

RUKUN NEGARA



KAJI SEMULA RUKUN NEGARA


Oleh: Mokhtar Petah


Kerajaan dan rakyat Malaysia yang beragama Islam, sedang berada dalam keadaan selesa dan tidak berfikiran serabut, kerana digugat oleh ‘ tidak hakikian’, atas penggunaan nama ALLAh oleh sebuah majalah Kristian yang telah diluluskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru – baru ini.

Dengan penangguhan mahkamah juga, nama ALLAH tidak boleh digunakan oleh majalah tersebut. Keputusan tersebut boleh dianggap, nama ALLAH tidak boleh digunakan oleh umat bukan Islam dalam apa jua bidang dan urusan.

Penggunaan nama Allah, hanya, boleh digunakan oleh umat Islam di seleuruh Malaysia dan di bawah Yang Dipertuan Agung. Dengan penggunaan ini saya yang menyanjung Rukun Negara yang lima, mengharapkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan para angota kabinet beragama Islam, terutama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejor Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir b. Hj. Baharom mengkaji semula bari (1) dan baris (2) Rukun Negara:

Kepercayaan kepada tuhan

Kesdetiaan kepada Raja dan negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan undang - undang

Kesopanan dan kesusilaan.

Pada kata hikmat pertama: Kepercayaan kepada tuhan, menimbulkan keraguan kepada saya mengenai ‘tuhan’ dan tidak menggunakan ‘ALLAH’. Saya harap kata ‘tuhan’ itu ditukarkan dengan kata ‘ALLAH’ atau kata – kata “Tuhan Yang Maha Esa’.

Kata nama ‘tuhan’, tidak boleh diertikan dengan kata nama ‘ALLAH’ dalam bahasa Quran dan bahasa Arab. ALLAH ertinya ‘Rab’ atau Rabbun’, iaitu Maha Penguasa atau Maha Pendidik (manusia kepada mernyembah dan mengabdikan diri kepada – Nya).

Kata ‘tuhan’ dalam Rukun Negara itu, adalah kata umum dan tidak mempunyai apa – apa kekuasaan. Kata ‘tuhan’ itu bererti :sesuatu yang disembah oleh mmanusia, seperti batu, api, matahari hatta kemaluan lelaki dan perempuan.

Dalam ilmu bahasa Melayu kuno, iaitu bahasa Melayu Campa dan empat wilayah Selatan Thailan serta Kepulauan Melayu - Nusantara, bahawa kata nama ‘tuhan’ itu dibentuk dari dua kata nama, iaitu ‘hantu’. Hantu yang masih belum menyatukan dirinya dengan sesuatu benda yang disembah manusia. Masih dinamakan ‘hantu’. Setelah ia bersatu dengan sesuatu benda yang disembah manusia, kata namanya, ialah ‘Tuhan’.

Maka, kita tidak mahu umat bukan Islam menggunakan nama “Allah’, tetapi kita sendiri sebagai umat Islam, tidak sedar atau tidak arif, iaitu dalam Rukun Negara yang kita sanjung itu, tidak menggunakan nama ALLAH, tetapi mengunakan kata nama, ‘sesuatu yang disembah oleh manusia’ iaitu tuhan – dua benda jadi satu, tuhan.

Presiden Indonesia, Ir. Soekarno dan Dr. Mohd. Hatta serta kabinet revolusi Republik Indonesia (1945), dengan meminta pandangan para ulama Islam, telah menggunakan kata – kata keramat ‘ Ketuhanan Yang Maha Esa’, iaitu tidak menggunakan kata nama, ‘tuhan’ sahaja.

Sebelum ‘Rukun Negara’ di kemukan ke kabinet dan ke pihak tertinggi, saya telah memaklumkan mengenai kata nama ‘tuhan’ dalam percakapan saya dengan Menteri Dalam Negeri,Tan Sri Ghazali Shafie. Beliau memberi jaminan untuk menelitinya.Tetapi, nama ‘tuhan’ digunakan jua.

Oleh itu hingga kini, Indonesia kukuh perpaduan rakyatnya yang terdiri dari berbagai keturunan.Tidak ada umat manusia dari keturunan pendatang (Cina dan India) menuntut hak – hak seperti di Malaysia.

Barisan akhir Tukun Negara, ‘Kesopanan dan kesusilaan’, mestilah diubah dan ditambah kata, ‘Amanah, Kesopanan dan kesusilaan. Adalam Agama Islam ‘amanah’ sama penting dengan kesopanan. Walaupun manusia sopan, tetapi jika tidak ada ‘amanah’, maka dia boleh atau sentiasa mahu’ jadi manusia yang corrupted – menyelewenga dan rasuah.

Saya amat bangga bahkan menyanjung ‘Runkun Negara’, tetapi kerana dua faktor yang saya utarakan di atas menyebabkan saya tidak puas hati.

------------------

Nik Aziz sokong guna 'Allah' pada Rukun Negara

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 27 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dangan gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar kalimah Allah digunakan bagi menggantikan perkataan Tuhan dalam prinsip pertama Rukun Negara.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, penggunaan kalimah Allah itu mampu merungkai kekeliruan dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

"Sekarang ni rakyat keliru, Allahpun Tuhan, Nabi Isa pun Tuhan, kubur keramat pun tuhan, jadi hak mana sebenarnya tuhan, tapi kalau kita pakai satu nama Allah sahaja, yang mereka tertanya-tanya tu, kita sedia bagi penjelasan yang mana satu tuhan sebenarnya," ujarnya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra Warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Perdana Resort hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengarah Urusetia, Abdul Aziz Yunus, Setiausaha Sulit khas, Rosdi Abdullah dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Isu pindaan perkataan Allah pada prinsip Rukun Negara dibangkitkan Abdul Hadi sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ujar Tuan Guru Nik Aziz lagi, jika masih timbul kekeliruan berhubung penggunaan perkataan Allah itu, PAS bersedia mengambil tanggungjawab memberi penjelasan kepada masyarakat.

Mengulas kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS pula, beliau sedia memikul amanah tersebut jika terus diberi kepercayaan oleh parti.

Namun, beliau juga menyatakan kesediaan untuk berundur jika parti mempunyai pengganti yang lain.

Ketika ditanya Jom Heboh di Kelantan pula, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri akan sentiasa membuat apa yang sedia ada,namun akan dipantau dan diselaraskan dengan undang-undang dan berkaitan yang wajib mematuhi enakmen hiburan Kelantan.

"Tuan-tuan kena ingat, Islam ni orang lain kata tak boleh, tapi kita kata boleh, mereka pula akan kata adanya huru-haralah bila Islam memerintah, kemunduran dan sebagainya, ertinya walaupun mereka ini Islam, mereka ini mengatakan Islam tidak boleh,"katanya lagi.

Nik Aziz berkata pembentukan kerajaan Kelantan masa kini adalah hasil daripada kepercayaan rakyat dan akan diselaraskan dengan kehendak Islam termasuklah dalam hiburan.

"Alhamdulillah, Jom Heboh dapat berjalan dengan baik, tetapi kita baiki apa yang ada dalam program mereka ini agar selari dengan peraturan hiburan dalam negeri kita.

"Kita akan terima jika Jom Heboh ingin diadakan pada tahun hadapan sekiranya mereka akur dengan kehendak kerajaan," kata beliau.

(Berit aini diambil dari Harakah Daily,28 Mac 2010)

MELAYU WAJIB BERSATU



PERPADUAN MELAYU

Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

PETUA dan RAGAM

TIDAK BOLOEH DIPERCAYAI

Jika anda berniat menyertai perjuangan kerana tanah air, bangsa dan agama Islam, dalam sesebuah organisasi bersifat jihad pada jalan Allah, kemudian kerana masalah – masalah berat atau ringan yang membebankan diri anda, maka anda meninggalkan organisasi tersebut serta mencerca orang – orang dalam organisasi yang dulunya berjuangnya , maka, anda adalah terhitung orang munafik yang tidak boleh dipercayai hingga orang membungkus tubuh anda dengan kain kapan.

TAHUKAH

FELDA

Pada masa Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Timbalan Perdana Menteri melaksanakan rancangan FELDA, sedikit benar orang Melayu dalam Negeri Pahang berminat menyertai rancangan tersebut, kerana mereka tebal dengan semangat kebangsaan mjnentang Inggeris dan mereka menganggap beliau seorang agen Inggeris dan hendak melermahkan orang Melayu melalui rancangan FELDA seperti Inggeris melemahkan orang Melayu dengan Brazilian seed (benih getah asli).

Pada masa ini amat kurang orang Melayu Negeri Pahang menyertai FELDA.

QURAN DAN HADIS


MAKANAN

Makanlah rezeki yang dikurniakan Penguasa (Allah) kepadan kalian, yang halal dan baik, dan syukurilah kurniaan Allah, jika memang Dia (Allah) semata - mata yang kalian sembah.

Sesungguhnya Allah hanya mnengharamkan kepada kalian memakan bangkai, darah, daging babi (semua bahagian tubuh babi) dan haiwan yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa yang terpaksa (memakan kerana darurat), sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak melampau batas (tidak berdosa). Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

- An Nahl: 114, 115.

HADIS

HARAM

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Setiap orang yang saya telah lantik untuk melaksanakan pekerjaan tertentu (misalnya dalam jabatan pemerintah dari atas hingga ke bawah), kemudian saya (pemerintah Islam) memberi bayaran (gaji dan sebagainya), maka yang diambilnya lebih dari itu (terrmasuk upah, sagu hati atau rasuah), adalah ghulul (haram).

- Perawi: Abu Daud