Friday, April 26, 2013
Semakin banyak pula kes
tembak-menembak sejak akhir-akhir ini. Dengan kes ragutnya, rompakannya
sehinggalah membawa kepada pembunuhan. Berita terkini yang baru sahaja Berita
Semasa terima. Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin telah
pun meninggal dunia. Sebabnya?
Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah
ditembak tiga das tembakan yang mana salah satu darinya terkena dikepala.
Sebelum ini keadaannya cukup kritikal dan akhirnya Dato’ Hj. Shaharudin
Ibrahim telah kembali kerahmatullah sebentar tadi berdasarkan maklumat
yang Berita Semasa terima dari pihak HQ.
§ Kejadian
ketika Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dalam perjalanan ke pejabatnya di
Putrajaya, 8 pagi ini
§ Kena
tembak di lampu isyarat Presint 8
§ Penembak
menaiki kereta
§ Tiga
das tembakan dilepaskan terkena di bahagian leher dan juga dikepala di dalam
kereta Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim
§ Dato’
Hj. Shaharudin Ibrahim dikejarkan Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya
§ Sekarang
ini post mortem sedang dilakukan di Hospital Putrajaya.
§ Besar
kemungkinan selepas ini jenazah akan dibawa balik ke Negeri Sembilan
Dato’ Shaharuddin Bin Haji Ibrahim (Timbalan Pengarah Kastam
Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) cukup terdedah dengan risiko besar dan
menggalas tugas yang cukup mencabar….Arwah menjaga cdn import eksport pertek.
Apa bidang tugas bahagian cukai
dalam negeri dan perkastaman buat?
§ pertama
mana-mana perniagaan yang layak dilesenkan dan dikenakan cukai dibawah akta
cukai perkhidmatan, cukai jualan. (cukai dalam negeri).
§ keduanya,
pengawalan barang-barang bercukai keluar/ masuk ke negara kita. Pelabuhan-pelabuhan
dan juga mana lapangan terbang yang mempunyai kargo udara. (perkastaman)
termasuk barang-barang yang dibawa masuk melalui pejabat pos.
Jadi…lubuk besar mana yang terancam jika cara kerja arwah ini
betul-betul dilaksanakan mengikut lunas undang-undang?
Ada kaitannya?
Kastam rampas dadah RM14 juta2013/03/18 – 19:19:37 PM
Nilai: Kastam Diraja Malaysia merampas 73 kilogram dadah jenis
syabu bernilai RM14 juta yang cuba diseludup ke negara ini melalui kargo udara
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India.
Pihak kastam menyerbu sebuah premis kediaman di Taman Sri Merdeka,
Ampang pada Jumaat lalu dan menemui dadah itu disembunyikan dalam 17 kotak
daripada 50 kotak yang diikrarkan sebagai ‘Fresh Cut Roses’.*
* Berita ini dari Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment