Monday, March 25, 2013


BERITA



MENTERI BESAR PERAK  LEPAS PRU - 13

Ipoh, Ahad -  Jika UMNO - BN berjaya memnbentuk kerajaan Negeri Perak, lepas PRU  ke - 13 nanti kedudukan menteri besar negeri itu akan berubah, untuk mengelak dari berulang kembali krisis antara parti poltik tersebut dengan istana.
Menteri Besar Perak pada masa ini, ialah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dari Pulau Pangkor.
Beliau memegang jawatan Menteri Besar Perak, setelah Menteri Besar, Dato’ Seri Mohd. Nizar Jamaluddin dari PAS - PKR, diturunkan dalam ’kegelabahan politik di negeri tersebut’.
Dr Zambry Abdul Kader telah  memegang jawatan Menteri besar Perak, setelah ada ’ rundingan sulit’ antara Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada hari penentuan ke dudukan Menteri Besar.
Tidak lama kemudiannya Mahkamah Tinggi menyebelahi Zabry Abdul Kader. Beliau telah memegang jawatan tersebut hingga kini.
Sebilang daro tokoh - tokoh UMNO Perak dan orang rapat dengan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak memberitahu kepada saya, bahawa, lepasa PRU ke - 13, jikan Dr Zambry kembali memegang jwatan Menteri besar, dikhuatiri ’ krisisi’ antara UMNO - Istana akan berulang kembali, seperti yang teloah berlaku pada masa Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Mohd. Ghazali bin Haji Jawi, pada 1070 - an.
”Kami setia dengan keputuan pucuk pimpinasn parti dan Sultan Perak, Sultan Azlan  Shah meletakkan Dr Zambary di atas kerusi menteri besar, tetapi kami juga khuatir juga UMNO - BN tidak akan berjaya menguasai negeri itu pada masa depan,” kata seorang orang penting UMNO Perak.
”Kami dapati antara menteri besar la ni dengan Pemabgku Sultan, Raja dr Nazrih shah macam tak ’ngang’ atau tiak sebaluh dalam banyak hal, itu akan jadi penyebab ’krisis ’ UMNO dengan Istana berulang lagi,”katanya lagi.
Seorang tokoh lagi memberitahu, sepanjang masa Dr Zambry memegang jawatan Menteri besar Perak, keadaan pembangunan negeri tersebut berkeandaan mendatar, iaitu tidak meningkat, berbandingan pada zaman Menteri Besar, Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Orang rapat dengan Najib Razak memberitahu saya, bahawa seorang tokoh UMNO Negeri Perak, bekas pegawai tadbir kerajaan, akan dikemukakan kepada Presden UMNO dan Perdana Menteri, sebagai calon baik untuk memegang jawatan menteri besar.
- mokhtar petah

Tuesday, March 19, 2013




SYAIR
Pengantin baru surung kereta,
Isteri manja ketawa geli,
Suami ketawa macam ketua,
Tahun depan dapat cahaya mata.


 PANTUN

Orang Sabah diamuk resah,
Kerana gerila di Lahad Datu;
Senang susah kehendak Allah,
Semua manusia dicatat begitu.

Lahad Datuk tanah Sulu,
Kemudian jadi milik Malaysia;
Sebab datuk cucu malu,
Kemanusiaan sejati milik saya.

Sanda(r)kan bandar tercatat sejarah,
Raja rakyat disiksa penjajah;
Jangan dibiar jasad berdarah,
Wajakan semangat kerana Allah.

Perang kecil di Felda Sahabat,
Orang Islam bunuh membunuh;
Orang bakhil tidak berkat,
Menjelang malam tubuh berpeluh.(Pantun)
 ------------------------------------------------

PENGAMATAN


JAHILKAH DIA

Jahilkah dia. Sesiapa jua, yang mahu mengetahui seseorang itu jahil pengegtahuan Islam, tidak berakhlak mulia dan bodoh sombong, boleh perhatikan dari percakapan atau kata - katanya.
Jahilkah dia.
PEMIMPIN:
“Kalau tak kerana saya memimpin, semua ini papa kedana, mrempat.”
“Saya sahaja yang layak memimpin, orang lain memimpin, hancuuuur negara ini.”
“Parti kita sahaja yang dapat memakmurkan rakyat dan negara, parti - parti lain (pembangkang), tidak layak, negara dan rakyat akan bankrap.”
“ Selagi saya memimpin rakyat senang, makmur.”
“Ikut undang - undang hudud, nanti semua  rakyat kusung tangan.”
“Kalau kerajaan kita guna undang - undang Islam, jadi negara kuno, miskin.”

LELAKI:
“Aku  anak jantan, sepuluh, seratu perempuan boleh dapat.”
“Dia ingat dia seoreang yang cerdek, aku lebih cerdek dari dialah.”
“Tak sembahyang, tak puasa, aku dapat rezeki, aku kaya, aku senang.”
“Ada bini susah, baik tak payah ada bini.”
“Ada anak banyak buat papa kedana.”
“To guru tu orang kafir, tak ikut Islam, Iku kafir.”
“Dia tu jahat, berzina..., macam - macam.”

PEREMPUAN:
“Kalau laki aku kahwin lain, aku pun boleh dapat laki lebih baik dari dia.”
“Kita perempuan, mesti ada gaya, buagt apa tutup aurat, buat hodoh diri saja.”
“Aku ni kalau laki aku nak, tapi anak aku taaaak nak.”
“Kita mesti ikut kata pemimpin kita, kalau ikut laki kita, jadi macam katak bawah tempurunglah, jawabnya.”
“Berani, laki aku tak berani kawin lainlah, aku dah kekang dia.”
“Kita ni lebih baik jadi ketua laki dari laki jadi ketgua kita.’
“Aku nak jaga badan, aku tak mau anak.”
“Pakai seksi biar orang jantan teliurkan kita.”

GURU
“Aku ni makan garam sulu dari hampa.”
“Kalau tak kerana aku, guru ni, jangan haram kamu semua akan jadi cerdek.”
“Ibu bapa hampa oghang kampun, miskin, tengok cikgu, hidup senang, kegheta besak.”
“Otak kamu ni biol sangat, susah nak ajar.”
 ---------------------------------------------------

         

Malaysia Vs Sultan of Sulu

History:
in 1658, presented the Sultan of Brunei to the Sultan of Sulu Sabah region for assistance in fighting the insurgency in Brunei. Then in the British rule in 1878, the company hired by the British Sabah North Borneo.
The company had to pay taxes worth U.S. $ 1,600 per year to the heirs of the Sultanate of Sulu. Mentioned in the contract, the rent will continue to be paid during the Sabah still in power company.
But when the British left and Sabah became part of the territory of Malaysia, the Malaysian government still continue to pay it.
problems began to appear when the British liberated Malaysia. Since 1963, when the region entered Malaysia Sabah declared, England with unilateral interpret the contract differently than before.
The British considered the money paid to the Sultanate of Sulu as money to transfer ownership of Sabah, although payments are still ongoing and are passed to the Malaysian government to date. While the Sultanate of Sulu considers tax money is still just rent their territory in Sabah but does not change the ownership status

Map of Strength:

Malaysia
Active Army: 110,000
Reserve army: 41,600
Paramilitaries: 20,100
total: 171,700

Sultan of Sulu
224 militia
rental agreement
little prayer militia Moro (MNLF)

prizes:
sabah region
petroleum and natural gas

Who will win?*

*   News/ Short aricle  from Bubblews

 ----------------------------------------------------

FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

ALLAH ITU HAMPIR DENGAN HAMBANYA

‘... apabila hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad s.a.w.) mengenai Aku, maka (teranglah kepada mereka), sesungguhnya Aku (Allah) senytiasa hampir  - dekat - ; Aku (Allah) perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka, hendaklah mereka menyahut seruanKua (dengan mentaati perinta Allah), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka menjadi batik dan betul. *
- al Baqarah:186
* Ayat suci yang maksudnya di atas ini ditgurun Allah kepada RasulNya, Muhammad s.a.w. setelah seorang Arab Badawi (lain dari Arab Quraisy yang hidup dalam kawasan gunung batu dan padang pasir) di sekitar Makkah: “Adakah Tuhan kami itu dekagt sehingga kami menajat dan memohon kepadaNya atau Dia jauh sehingga kamu terpaksa menyeruNya?”
Mendengar pertanyaan itu, Rasul Allah, Muhammad s.a.w. diam. Sebentar kemudian Allah menurunkan wahyunya seperti dalam surah al Baqarah; 186 yang maksudnya di atas.
Peristiwa ini diriwayatkan oleh para ahli Hadis: Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim ibnu Marduwaih, Abu Sheikh, Adah  as Sajastani, Salt bin Hakim bin Mu’awiyah bin Jaidah dari bapa dan datuknya.
Ada diriwayatkan, bahawa ayat tersebut di turunkan Allah, berhubunga dengan sabda Rasul Allah, “Jangan kalian berkecial hati pada (waktu) berdoa kepada Allah, kerana Allah telah berfirman,”: ‘...berdoa (memohonlah) kepada Aku, nanti akan Aku perkenankan (prmintaan) kalian. Sesungguhnya orang - orang yang menyombongkan diri - takbur - dari menyembah Aku, akan masuk ke dalam neraka Jahannam dengan kehinaan.’
 - Ghafir atau al Mu’min:60.
Kita sebagai manusia, walaupun kita beragama Islam, beribadat kepada Allah dan wirid atau zikr tidak berhenti, tetapi, ada waktu dan ketikanya, apabila kita ditimpa kenurukan atau bala atau berkehndakkan sesuatu, kita lupakan Allah dan membelangi Allah; kita pergi memonta pertolongan kepada bomo ataua pwang yang menggunakan syaitan, jin dan sebagainya.
Apabila kita terlalu sakit atau terlalu sukar dalam kehidupan, kita meraung memarahkan Allah kerana menjadikan kita demikian. Ada di antara kita menjadi manusia putus asa. Jahir untuk mencari Allah untuk memohon pertolongan kepadaNya.
Allah amat berkenan mengurniakan permohonan kepada hamba -hambanya yang teraniaya, seperti dibunuh oleh manusia - manusia yang berkuasa, dtuduh melakukan kejahatan, dihina dan disikasa dengan berbagai cara - fizikal dan jiwa, maka, kita tidak sedar, bahawa perbuatan itu adalah dilihat Allah; Allah makbulkan doa orang - orang yang teraniaya dan  mereka yang melakukan kezaliman akan dijatuhkan atau dimusnahkan Allah.
Maka, sebagai orang mukmin, saya meminta rakan - rakan saya dan semua umat Islam, agar menjauhkan diri dari membunuh sesama orang Islam, menuduh, memfitnah dan mengadakan keburukan kepada seseorang mukmin dan manusia.
Jadikanlah diri kita, manusia yang besrsih dari jejahatan seperti di atas dan berdoalah kepada Allah, agar semua manusia mukmin dan mukminat diperlihara Allah dan diselamatkan dari segala keburukan.

                             MENGAMBIL HARTA ORANG

Pada masa Rasul Allah, Muhammad s.a.w. di Makkah dan Madinah, banyak kejadian, orang - orang kaya raya atau orang kuat, telah merampas harta - Tanah, ladang kurma, barang - barang berhaga, unta, kambing dan lain - milik orang yang lemah, susah dan sebagainya.
Perawi Hadis, Abdullah r.a. dan Imam Bukhari memberitahu, bahawa Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah mengmumkan:
“Sesiapa yang mengambil (merampas dan lain) harta (tanah, barang kemas, haiwan ternakan dan lain) orang Islam dengan sumpah palsu ( sama ada surat pejanjian sesama manusia, antara kerajaan atau antara organisasia antara bangsa dan lain), nescaya orang (individu, pemimpin organ isasi, pemimpin pemerintah dan lain) , akan menemui Allah (di dunia dan akhirat), sedangkan Allah murka kepadanya.”
Di antara contoh yang mudah, saya ada sebidang tanah, kira - kira satu hektar, kerana saya dalam keadaan kesusahan, ada dua orang telah berbincang untuk menjual dan membeli tanah saya itu dengan tidak saya ketahui atau tanpa keisinan saya. Mereka membuat surat perjanjian dalam mahkamah atau suruhanjaya sumpa untuk menentukan kuasa bagi pemilik baru atas tanah saya itu.  Maka perjanjian itu adalah falsu dan Allah murka. Dua manusia tersebut akan dicampak Allah ke dalam neraka.

 -----------------------------------------

PANTUN
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kebang tak jadi.


Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kebang tak jadi;
Melayu kurang ajar,
Sarat kasumat menjadi - jadi.

Ibarat bunga kebang tak jadi,
Wangi tiada busuk ada;
Sebab bangga dijulang diri,
Diri tertanda masuk neraka.

Dua tiga kucing belang,
Menggaru papa penghulu muda;
Tua - tua jarang sembahyang,
Menunggu masa menunju neraka.



Monday, March 11, 2013


Tengok gambar ni.. Korang agak Rosmah Mansor jealous tak ni?

Mula mula berita penting.. Lawatan sulung Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra ke Malaysia mampu memperkukuhkan lagi hubungan erat sedia ada antara kedua-dua negara yang berjiran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata lawatan singkat Yingluck pada Isnin menggariskan hubungan erat antara kedua-dua negara dan rakyatnya.

“Thailand dan Malaysia sentiasa menjadi lebih daripada sekadar jiran yang baik dan pertemuan hari ini merupakan satu langkah penting dalam proses mengeratkan lagi hubungan sedia ada.

“Jika kedua-dua negara terus maju pada tahun akan datang, adalah penting bagi kita bukan sahaja mengekalkan hubungan sedia ada malah meneroka kemungkinan bekerjasama dalam bidang lain selain memperluaskan lagi skop hubungan sedia ada,” katanya pada majlis makan malam sempena lawatan Yingluck di Seri Perdana pada Isnin.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Najib berkata hubungan perdagangan dua hala dan pelaburan antara Malaysia dan Thailand semakin meningkat.

“Ini adalah menggalakkan dan satu tanda keyakinan bahawa sektor swasta Malaysia mempunyai rakan sejawatan dari Thailand, kita tidak harus menganggap tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan lagi.

“Walaupun tanpa cabaran global ketika ini, ia merupakan satu langkah positif untuk meningkatkan lagi perdagangan intra-Asean.

“Memandangkan ekonomi utama barat terus berdepan dengan masalah dan pasaran eksport seberang laut tradisi semakin mengecil, langkah sedemikian dilihat penting bagi kedua-dua negara,” katanya.

Dalam ucapannya, Yingluck berkata lawatannya ke Malaysia membuahkan hasil, terutama dalam mempertingkat hubungan dua hala dan kerjasama serantau.

“Adalah menjadi harapan saya agar kerjasama dua hala kita menerusi Suruhanjaya Bersama (JC) bagi Kerjasama Bilateral akan terus berkembang demi faedah bersama ~ Bernama

Ini adalah beberapa keping gambar yang memaparkan Najib dan PM Thailand Yingluck Shinawatra sedang berjoget ketika lawatan itu.. aku jumpa dalam sebuah forum dari Thailand...

Korang agak Rosmah Mansor jealous tak?




Berdasarkan gambar yang terakhir.. pada pendapat anda adakah Rosmah Mansor jealous atau tidak?.. jika beliau jealous apa agaknya yang difikirkannya?


Nanti adalah macai UMNO yang akan kata aku dah tak ada isu nak dibawa.. Blog aku sedara.. ikut suka aku la...

Tuesday, March 5, 2013



BAHAGIAN 2: BAGAIMANA MENYELESAIKAN KES PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU?

POSTED BY DZULASREE @ ASREE SUG ON MONDAY, MARCH 4, 2013 2 ULASAN
PERJUMPAAN SILATURRAHIM ANTARA Menteri Pertahanan Malaysia DATO' SERI DR RADEN AHMAD ZAHID HAMIDI DENGAN WAKIL SULTAN BANTILAN II (Sulatniyah Sulu Darul Islam -SSDI) DI HOTEL PAN PASIFIC (PWTC) MALAM TADI 5hb Mac 2013.


Ditemani oleh saudara kami Tengku Muhammad Shahir bin As-Syafi'e (berkopiah putih), MUFTI BESAR SSDI Datu Paduka Maulana Shar'i Habib Rizieq Bin Hussein Shihab Al-Husseini (serban putih) yang bergegas ke Kuala Lumpur menemui Menteri Pertahanan Malaysia bersama Menteri Luar SSDI Datu Habib Zakaria Abdullah (bersongkok hitam) dan penulis (bertopi bereta hitam) sebagai wakil Tausug Global Media (TGM) merangkap Menteri Belia dan Sukan SSDI. Pertemuan bersejarah ini adalah usaha muslimin Malaysia dan Sulu untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian kepada kes yang berlaku di Lahad Datu demi Islam dan persaudaraan seagama.



PENJELASAN GAMBAR:

Alhamdulillah walau pun perjumpaan di atas begitu cepat dan ringkas namun Datu Habib Zakaria Abdullah sebagai Menteri Luar SSDI dan Datu Habib Rizieq Shihab sebagai Mufti besar SSDI yang tinggal di Jakarta itu sempat menjelaskan pendirian Sultan Bantilan II, para Datu dan Syarif serta rakyat SSDI, bahawa pencerobohan bersenjata ke atas wilayah kedaulatan Malaysia sebagaimana yang berlaku di Lahad Datu itu bukan sahaja sangat tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia malah rakyat Sulu secara majoriti tidak dapat menerimanya. 


Tindakan secara bersenjata yang hanya dilakukan oleh beberapa orang dari Sulu yang mengaku sebagai Tausug itu adalah tindakan bersendirian dan terdesak tanpa membabitkan majoriti Tausug di kepulauan Sulu mahupun yang ada di Sabah dan Malaysia amnya.


Bagi SSDI, apa sahaja permasalahan yang berlaku antara Malaysia dan Sulu ia sewajarnya diselesaikan di atas meja rundingan secara muhibbah dan penuh persaudaraan. Oleh itu, SSDI yang dipimpin oleh Sultan Bantilan II (PBMM Sultan Muhammad Bantilan Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan Puyo) sejak gerakannya yang bermula tahun 2006 di Jolo Sulu itu telah menjadikan slogan ANTI-PERANG dan ANTI-KEGANASAN sebagai dasar perjuangannya TANPA SENJATA.


Buktinya terdapat ucapan keamanan Sultan Bantilan II (ketika itu nama baginda ialah Datu Ladjamura) dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu (buku ini ditulis oleh penulis dalam bahasa Melayu dan kemudian diterjemah oleh Sabah Islamic Media Sdn Bhd ke bahasa Inggeris untuk edaran antarabangsa, buku ini dirasmikan oleh salah seorang Timbalan Menteri Sabah pada tahun 2007. Ini bermakna secara teknikal buku Tausug dan Kesultanan Sulu adalah buku yang diiktiraf oleh kerajaan Negeri Sabah termasuk kenyataan aman oleh Datu Ladjamura di situ. RTM dan beberapa akhbar tempatan negeri Sabah turut membuat liputan pada perasmian buku Tausug dan Kesultanan Sulu itu di Dewan Perpustakaan Tawau tahun 2007.


Walau pun SUARA DAMAI dan KEAMANAN dari keluarga BANTILAN itu sudah lama berkumandang di Malaysia sejak 2007 itu namun tiada siapa yang peduli, hanya dipandang sebelah mata oleh kerajaan Malaysia. Malah laungan DAMAI dan KEAMANAN ini terus menerobos kepulauan Sulu sehingga menjadikan keluarga KIRAM berasa terancam pula. SSDI sudah lama mengutus utusan damai kepada keluarga KIRAM sejak 2006 lagi untuk sama-sama bersatu dalam gerakan aman SSDI tanpa senjata.


Nampaknya KUASA BESAR yang sedang melabuhkan punggungnya di pulau Jolo itu itu tidak senang hati perjuangan KEAMANAN SSDI.
Sehingga kita berasakan bahawa mereka telah bertindak mendokong pencerobohan di Lahad Datu itu.

Untuk mengakhiri catatan ini, ayuh kita sama-sama membaca Salawat Tafrijiyyah ini, yang mana amalan Salawat ini turut menjadi amalan harian Dato' Seri Dr Raden Ahmad Zahid Hamidi (beliau berketurunan yang ada kaitan dengan Ahlulbait dari kesultanan Jogjakarta). Saya tidak menyangka, seorang Menteri Malaysia seperti beliau sangat istiqamah dalam amalan Salawat hebat ini. Tidak hairan wajah-wajah para pengamal salawat ini senantiasa tenang dan terpancar NUR barokah. Semoga Allah swt menghapuskan segala Fitnah besar yang sedang melanda ini buat kita umat Islam Malaysia dan Sulu malah Dunia amnya. berkat pembacaan Salawat Tafrijiyyah ini AMIIIIIN YA RABBAL ALAMIN.







BAHAGIAN 2: BAGAIMANA MENYELESAIKAN KES PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU?

POSTED BY DZULASREE @ ASREE SUG ON MONDAY, MARCH 4, 2013 2 ULASAN
PERJUMPAAN SILATURRAHIM ANTARA Menteri Pertahanan Malaysia DATO' SERI DR RADEN AHMAD ZAHID HAMIDI DENGAN WAKIL SULTAN BANTILAN II (Sulatniyah Sulu Darul Islam -SSDI) DI HOTEL PAN PASIFIC (PWTC) MALAM TADI 5hb Mac 2013.


Ditemani oleh saudara kami Tengku Muhammad Shahir bin As-Syafi'e (berkopiah putih), MUFTI BESAR SSDI Datu Paduka Maulana Shar'i Habib Rizieq Bin Hussein Shihab Al-Husseini (serban putih) yang bergegas ke Kuala Lumpur menemui Menteri Pertahanan Malaysia bersama Menteri Luar SSDI Datu Habib Zakaria Abdullah (bersongkok hitam) dan penulis (bertopi bereta hitam) sebagai wakil Tausug Global Media (TGM) merangkap Menteri Belia dan Sukan SSDI. Pertemuan bersejarah ini adalah usaha muslimin Malaysia dan Sulu untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian kepada kes yang berlaku di Lahad Datu demi Islam dan persaudaraan seagama.



PENJELASAN GAMBAR:

Alhamdulillah walau pun perjumpaan di atas begitu cepat dan ringkas namun Datu Habib Zakaria Abdullah sebagai Menteri Luar SSDI dan Datu Habib Rizieq Shihab sebagai Mufti besar SSDI yang tinggal di Jakarta itu sempat menjelaskan pendirian Sultan Bantilan II, para Datu dan Syarif serta rakyat SSDI, bahawa pencerobohan bersenjata ke atas wilayah kedaulatan Malaysia sebagaimana yang berlaku di Lahad Datu itu bukan sahaja sangat tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia malah rakyat Sulu secara majoriti tidak dapat menerimanya. 


Tindakan secara bersenjata yang hanya dilakukan oleh beberapa orang dari Sulu yang mengaku sebagai Tausug itu adalah tindakan bersendirian dan terdesak tanpa membabitkan majoriti Tausug di kepulauan Sulu mahupun yang ada di Sabah dan Malaysia amnya.


Bagi SSDI, apa sahaja permasalahan yang berlaku antara Malaysia dan Sulu ia sewajarnya diselesaikan di atas meja rundingan secara muhibbah dan penuh persaudaraan. Oleh itu, SSDI yang dipimpin oleh Sultan Bantilan II (PBMM Sultan Muhammad Bantilan Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan Puyo) sejak gerakannya yang bermula tahun 2006 di Jolo Sulu itu telah menjadikan slogan ANTI-PERANG dan ANTI-KEGANASAN sebagai dasar perjuangannya TANPA SENJATA.


Buktinya terdapat ucapan keamanan Sultan Bantilan II (ketika itu nama baginda ialah Datu Ladjamura) dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu (buku ini ditulis oleh penulis dalam bahasa Melayu dan kemudian diterjemah oleh Sabah Islamic Media Sdn Bhd ke bahasa Inggeris untuk edaran antarabangsa, buku ini dirasmikan oleh salah seorang Timbalan Menteri Sabah pada tahun 2007. Ini bermakna secara teknikal buku Tausug dan Kesultanan Sulu adalah buku yang diiktiraf oleh kerajaan Negeri Sabah termasuk kenyataan aman oleh Datu Ladjamura di situ. RTM dan beberapa akhbar tempatan negeri Sabah turut membuat liputan pada perasmian buku Tausug dan Kesultanan Sulu itu di Dewan Perpustakaan Tawau tahun 2007.


Walau pun SUARA DAMAI dan KEAMANAN dari keluarga BANTILAN itu sudah lama berkumandang di Malaysia sejak 2007 itu namun tiada siapa yang peduli, hanya dipandang sebelah mata oleh kerajaan Malaysia. Malah laungan DAMAI dan KEAMANAN ini terus menerobos kepulauan Sulu sehingga menjadikan keluarga KIRAM berasa terancam pula. SSDI sudah lama mengutus utusan damai kepada keluarga KIRAM sejak 2006 lagi untuk sama-sama bersatu dalam gerakan aman SSDI tanpa senjata.


Nampaknya KUASA BESAR yang sedang melabuhkan punggungnya di pulau Jolo itu itu tidak senang hati perjuangan KEAMANAN SSDI.
Sehingga kita berasakan bahawa mereka telah bertindak mendokong pencerobohan di Lahad Datu itu.

Untuk mengakhiri catatan ini, ayuh kita sama-sama membaca Salawat Tafrijiyyah ini, yang mana amalan Salawat ini turut menjadi amalan harian Dato' Seri Dr Raden Ahmad Zahid Hamidi (beliau berketurunan yang ada kaitan dengan Ahlulbait dari kesultanan Jogjakarta). Saya tidak menyangka, seorang Menteri Malaysia seperti beliau sangat istiqamah dalam amalan Salawat hebat ini. Tidak hairan wajah-wajah para pengamal salawat ini senantiasa tenang dan terpancar NUR barokah. Semoga Allah swt menghapuskan segala Fitnah besar yang sedang melanda ini buat kita umat Islam Malaysia dan Sulu malah Dunia amnya. berkat pembacaan Salawat Tafrijiyyah ini AMIIIIIN YA RABBAL ALAMIN.





Monday, March 4, 2013


 

 

CATATAN SEJARAH


 PEMBENTUKAN MALAYSIA


 Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.
Sebab pembentukan Malaysia
1. Senario politik di Singapura - Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan telah berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka.
2. Senario politik di Sarawak- Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.
3. Mengimbangi penduduk- Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan
daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.
4. Kemajuan ekonomi bersama- Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan.
5. Mempercepatkan proses kemerdekaan- Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.
 Reaksi-reaksi negeri terlibat
1. Singapura - Lee Kuan Yew selaku Ketua Mentei Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal.
Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.
2. Sabah dan Sarawak - Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan penubuhan Malaysia. Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak
PANAS), Dato' Mustapha bin Dato' Harun dan Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kesua-dua negeri menganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan penjajahan British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Beberapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia. Kemudian, Donald Stephen dan Dato' Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman.
3. Brunei - Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan Parti ini tetapi Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.  Proses Pembentukan Malaysia
1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:
a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.
b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.
JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:
a. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
b. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
c. Islam
agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
d. Bahasa Melayu
bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.
2. Suruhanjaya Cobbold Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah:
a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b. Membuat syor-syor perlembagaan.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.
Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:
a. 1/3 menyokong kuat Malaysia
b. 1/3 menyokong dengan syarat
c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia
Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:
a. Nama persekutuan baru
Malaysia.
b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin.
f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing.
g. Bahasa Melayu
bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.
Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.
3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:
a. Agama Islam
agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b. Bahasa Inggeris
bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu bahasa kebangsaan.
c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.
Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.
27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan
8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.
Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:
a. Agama Islam
agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
b. Bahasa Melayu
bahasa rasmi persekutuan.
Bahasa Inggeris
bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.
c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.
d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
e. Perwakilan Parlimen
Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.
Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.
 4. Pengisytiharaan Malaysia
Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat.
Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos 5 September 1963
Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.
 Penentangan gagasan Malaysia
1. Filipina - Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874.
Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.
2. Indonesia- Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru (ke atas Kalimantan Utara - Brunei, Sarawak dan Sabah - mp) yang mengancam Indonesia.
Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei (oleh Parti Rakyat Brunei - PRB -, pimpinan A.M. Zahari dan Zaini - mp) Presiden Indonesia, Sukarno menerima pandangan dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu.
 Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.
16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu. Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:
Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.
Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:
 Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan mengenai serangan Indonesia.
Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.
Britain memberi bantuan tentera.
Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.
Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.
 Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.
Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok.*
*  Dari Presiden Soekarno. Wkipedia enskolidia bebas.