Friday, December 23, 2011

POLITIK

                                                                 PAS SELANGOR

Semua parti politik dan NGO yang menjadi musuh PAS, mempunyai harapan besar, iaitu, jika PAS Selangor lemah atau dalam keadaan kucar kacir, Parti Keadilan Rakyat dan DAP akan beransur lemah dan pilihan raya umum ke - 13, besar kemudnkingan Barisan Nasional dapat merebut semula kerajaan negeri tersebut dari parti pembangkang.
Saya dan ramai pemerahati politik yakin amat, bahawa selepas pilihan raya umum ke - 13, UMNO dan Barisan Nasional tidak dapat menguasai Negeri Selangor.
Langkai berlantai jarang dan papan berjongket anggota Exco Kerajaan Selangori Selangor, Dato' Dr hassan Ali menjadi sebuah pintu harapoan bagi parti - aprti tersebut dan NGO, kerana mereka yakin Dr Hassan Ali menjadi tunjang kekuaran PAS di negeri itu.
Saya melihat, walaupun Hassan Ali meninggalkan PAS atau dia diktepikan oleh parti Islam itu disebabkan dia melanggar disiplin parti dengan percakapan - pecakapannya melalu media dan sebagainya, PAS negeri tersebut akan teru kuat dan terus mendapat sokongan dari umat Islam.
Dr. Hassan Ali seorang tokoh dalam PAS, tetapi dia tidak mempunyai kekuatan politik Islam seperti Tuan Guru Dato. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Dato' Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS dan beberapa orang penting PASd di Negeri Selangor, maka, kalau dia tidak ada, PAS terus ke hadapan dan tidak akan munduer ke belakang.
Sebagai ahli parti politik yang memperjuangkan Islam dan betujuan mahukan Negara Islam, di harapkan semua ahli PAS di Negeri Selangor, tidak usah gundah gulana kerana mendengan bunyi murai cabut ekor dalam beluka dan tidak usah menolak rakit ke darat dik melihat pelangi di kaki langit.
Yakinlah, sesiapa ayang berjuang dalam harakah Islam atau hizbul Islam dengan tidak ikhlas hati, dia akan dijadikan Allah manusia yang hidup dalam keadaan seba salah atau serba tidak kena ataupun akan meniti hidup hingga ke hujung dengan menggendong berbagai masalah. - Mokhtar Petah

No comments: