Monday, December 26, 2011

MEDIA KITA




                                        MEDIA DI NEGARA KITA

 
Semenjak 1953 hingga kini, saya adalah mengembara dalam duani kewrtawanan dan penulsian, maka, saya mnendapati media di negara kita pada masa ini, seperti para wartawan dan penulisnya disumbat perut mereka dengan makanan yang banyak dan mereka menajdi kenyang, lalu mereka mengikut telunjuk orang - orang yang memberi makanan tersebut.
Media perdana yang maju dengan wang dari pihak kerajaan dan pihk parti politik meneruskan perjalanan atas landasan yang di luar bidang akhlak orang - orang media sebenar.
Manakala media - akhbar milik parti- parti politik, seperti Harakah dan Suara Keadilan, juga para penulisnya mengamalkan seperti yang diamalkan para penulis dan wartawan media arus perdana.\
Saya mendapat, seperti 'satu kegemaran dan rasa bangga diri bagi para penulis dan wartawan media - media arus perdana dan pihak parti - parti politik, apabila tulisan mereka menghentam peribadi mansia, membongkar ke4jahatan dan keburukan manusia dan menghina orang - orang yang berjuang dalam lebuh raya menegakkan Islam dan negara Islam.
Saya tabik kepada Menteri Penerangan, kebudayaan dan Komnunikasi,Datuk Seri Dr Rais Yatim yang nmengakui kerajaan tidak menyekat kebebasan akhbar atau media di negara ini.
Bagi saya tidak menyekat kebeasan akhbar dengan membiarkan media menyiarkan berita atau bahan bacaan palsu, menhina manusia, memburuk - burukkan manusia dan sebagainya adalah sama dengan 'tidak ada akhlak' pada manusia yang melakukannya.
Memberi kebebasan kepada media adalah baik. Tetapi membiarkan media menyiarkan keburukan mnausia dan segala yang berlawanan dengan maruah Islam adalah salah dan buruk. Tentulah menjadi tanggungjawab kepada mentgeri yang menjaga kepentingan kebudayaan Melayu. - Mokhtar Petah







No comments: