Saturday, October 2, 2010

UMNO KELANTAN



UMNO KELANTAN KERING TOKOH?

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH CALON NYALAS?

Ahli Parlimen kawasan Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah disuarakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan supaya dijadikan calon untuk bertanding dalam kawasan piloihan raya kecil Nyalas.

Kebanyakan dari kalangan veteran UMNO menyambut baik akan suara itu dan mereka menyifatkan Tengku Razleigh adalah calon yang paling baik.

Merenung kepada gerakan UMNO dan mendengar suara laksana halilintar, saya menjadi hairan; apakah tidak ada tokoh, orang yang berpelajaran tinggi dan berwibawa dalam UMNO negeri Kelantan untuk bertanding di sana.

Saunggupun Tengku Razaleigh orang lama dan veteran UMNO, tetapi melihat kepada kelemahan dirinya, eloklah tokoh lain dicalonkan. Buat apa menerbangkan ke udara kelkatu yang lemah kepak, kalau tak kerana kilat dan petir, titik hujan grimis pun ia jatuh ke bumi jua. - Mokhtar Petah

No comments: