Saturday, October 3, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


BINATANG LAUT


Dihalalkan kalian akan buruan dan makanan laut(yang ditangkap dari laut seperti ikan).[1]

Penjelasan:

Buruan laut ialah buruan yang ditangkap dari lautan. Makanan laut ialah ikan, udang, ketam, dan seumpamanya yang mati terdampar kerana tercampak dari laut ke pantai.

Demi Allah, sesungguhnya Allah jua Maha Mengetahui segala hikmat dan rahsia tentang buruan laut dan makanan laut yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.Pada waktu baginda menerima wahyu ini, baginda jauh dari lautan tetapi baginda tahu berbagai-bagai jenis makanan laut kerana urusan perdagangan dan perniagaan antara Madinah al Munawarah dengan bandar-­bandar dan negara lain telah berjalan mengikut keadaan dalam zaman itu.

Berbagai-bagai jenis ikan dan makanan-makanan lain dalam lautan dan sungai telah menjadi bahan makanan yang penting bagi manusia. Makanan-makanan itu juga menjadi bahan penting kepada ekonomi dunia.

Hikmat Allah, walau bagaimana ramainya manusia di dunia ini yang memakan ikan dan makanan laut, tetapi makanan-­makanan itu tidak pernah habis dan pupus.

Ikan adalah sejenis haiwan berdarah sejuk dan bertulang belakang (aquatic certebrate) dan mempunyai dua "kelas iaitu con­drichtyes - seperti ikan yu atau jerung, ikan pari dan sebagainya dan Osteichthyers - ikan yang banyak tulang.

Ikan laut dan ikan air tawar terdapat lebih 30,000 jenis (spe­sis).

Bangsa Jepun adalah satu bangsa di dunia yang suka makan ikan. Orang tua-tua Jepun mempunyai pendapat bahawa ikan dapat membantu kecerdasan otak manusia, kuat daya fikir dan agreasif dalam menjalankan kerja.

Seorang ahli penyelidikan tentang ikan dan manusia - Dr. Judith Wartman dari sebuah universiti di Amerika Syarikat telah melakukan penyelidikan ke atas penduduk-penduduk luar bandar di Jepun dan didapati orang-orang Jepun memakan ikan sebagai makanan yang penting.

Dia mendapati orang-orang Jepun yang memakan ikan mem­punyai daya fikir yang baik dibandingkan dengan yang tidak memakan ikan.

Di dalam lautan dalam terdapat ikan-ikan besar seperti ikan paus dan ikan-ikan lain yang kebanyakannya ganas seperti binatang buas di daratan.

Ikan-ikan juga ada yang ganjil rupanya seperti sotong ku­reta, ikan pari, ikan sebelah (ikan Musa), ikan kuda (sea horse), buntal (puffer), ikan terbang dan ikan skopion (scorpion fish).

Selain dari ikan, banyak lagi binatang-binatang laut yang bersifat buas dan ganas seperti buaya, yang tidak ganas dan seba­gainya.

Dalam ilmu biologi iaitu cawangannya zoology ada penjelasan tentang binatang-binatang dari laut ada yang merangkak, menyusur seperti ular, berjalan dengan empat kaki dan berjalan dengan dua kaki.

Dan Allah telah menciptakan setiap binatang dari air. Di antaranya berjalan di atas perut (merangkak) dan menyusur seperti belut, dan daripada mereka berjalan atas dua kaki dan daripada mereka berjalan atas empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Se­sungguhnya Allah berkuasa atas sesuatu.[2]

Ada manusia yang sangat sayangkan anaknya sendiri, ada yang tidak sayangkan anak kandung dan ada yang menggunakan anak sendiri untuk memuaskan nafsu berahinya seperti merogol anak. Demikian juga ikan, akan ikan yang sangat sayangkan anak-anaknya sendiri sehingga anak-anaknya bersembunyi dalam mulutnya (seperti ikan tilapia). Banyak pula ikan yang tidak sukakan anak dan memakan anak -anak sendiri seperti ikan air tawar di antaranya ikan toman dan ikan haruan.

Dalam masyarakat orang Melayu menggunakan peribahasa 'seperti ikan haruan makan anak'. Peribahasa ini digunakan ter­hadap bapa yang melakukan perbuatan yang tidak senonoh ter­hadap anaknya sendiri.

Ikan-ikan mempunyai ragam hidup seperti manusia juga. Ada jenis yang gagah, ganas dan rakus. Ada pula jenis yang mengalah dan lemah lembut.Ikan-ikan besar yang gagah dan ganas melakukan penekanan dan tindakan liar terhadap ikan-ikan yang lemah seperti ikan jerung, jerung putih, jerung palang, jerung bonito dan sebagainya.

Banyak juga jenis ikan air tawar yang gagah dan ganas dan menjadikan ikan-ikan kecil dari mereka sebagai makanan, seperti ikan toman, baung, belida, haruan dan seumpamanya.

Perbuatan menindas orang bawahan dan makan kawan oleh ikan-ikan ini adalah kerana untuk hidup. Mementingkan diri sendiri.

Begitu juga manusia, ramai manusia yang berkuasa menindas­ manusia yang lemah. Memperhambakan manusia dan men­jadikan manusia seperti barang dagangan atau seperti haiwan ternakan. Lebih buruk lagi mereka membunuh manusia-manusia kerana mahu menakluki bumi atau negara manusia-manusia yang menjadi mangsa mereka itu.

Perbuatan seperti itu telah dilakukan oleh bangsa-bangsa manusia seperti orang-orang Yahudi, Itali, Amerika, Inggeris, Cina, Jepun dan bermacam-macam bangsa lagi semenjak zaman silam sehingga sekarang ini.

Kita dapati orang-orang yang beragama Islam (mungkin jahil akan ajaran Allah dan tidak cukup beriman) melakukan penindasan ke atas orang-orang lain terutama kanak-kanak yang lemah.

Kalau kita melihat secara makrifat terhadap individu dalam masyarakat umat Islam di negara kita ini, maka kita dapati mereka yang cergas dalam bidang ekonomi mempunyai tabiat tamak dan rakus seperti jerung atau ikan toman. Mereka perniagakan apa sahaja dengan tidak mengambil kira sama ada Allah SWT mengharamkan atau tidak asalkan mendapat wang atau kekayaan.

Ada beberapa cara ahli ekonomi kita menjalankan perniagaan yang berlawanan dengan hukum (perintah) Allah, di anta­ranya:

* Golongan pemborong (contrector), mereka

berusaha bagi mendapatkan tender misalnya, mereka

sanggup mengeluarkan wang untuk membelanja pegawai-

pegawai kerajaan yang berkuasa atas pemberian tender itu

seperti menjamu arak, menyerahkan perempuan cantik

untuk memuaskan nafsu seks pegawai-pegawai itu.

Akhirnya mereka mencapai kejayaan.

* Pengusaha-pengusaha hiburan (filem dan sebagainya)

sanggup mengambil keuntungan daripada hasil mendedahkan tubuh wanita, adegan hubungan jenis, lelaki dan perempuan berpeluk dan bercium. Akhirnya mereka memperolehi wang yang banyak dan hidup mewah dari hasil filem mereka itu.

Dua perbuatan di atas itu ada satu jenis larangan sekurang-­kurangnya yang telah mereka lakukan, iaitu:

Dan jangan (tegahan) kamu dekati perzinaan, sesungguhnya perbuatan itu keji (tidak bermaruah) dan jalan yang cela (buruk).[3]

Perbuatan mendedahkan tubuh atau mendedahkan bahagian aurat perempuan, adegan hubungan jenis, lelaki dan perempuan berpeluk dan bercium adalah perbuatan yang hampir dengan zina.

Apa lagilah ahli perniagaan mengeluarkan wangnya untuk membiayai bagi pegawai melakukan zina dengan wanita-wanita. Perbuatan itu terkutuk.

Wang ringgit hasil dari perbuatan itu haram bagi orang­-orang Islam. Wang itu tidak diterima oleh Allah untuk mereka melakukan ibadat haji, umrah, korban haiwan, bersedekah dan sebagainya.

Hasil dari perbuatan haram itu akan merosakkan diri isteri dan anak -anak mereka, iaitu disegi kerohanian.

Saya dapati ramai ahli-ahli ekonomi kita yang melakukan perbuatan-perbuatan demikian, mereka menjadi orang kaya raya, tetapi akhirnya mereka jatuh bankrap, papa kedana dan di hujung usia mereka Allah SWT menimpakan ke atas mereka dengan penyakit orang yang hidup mewah seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Ikan besar makan ikan - ikan kecil dan akhirnya mereka sendiri termasuk ke dalam perangkap pukat atau

tertelan mata pancing.

Begitu juga orang-orang yang berkuasa dalam bidang politik bertabiat seperti ikan besar, masa berkuasa mereka bercakap takbur, menghina ulama dan orang-orang yang mereka tidak suka, berjanji tidak pernah ditunaikan, memperdaya rakyat jelata dan berbagai-bagai lagi termasuk melakukan perbuatan rasuah. Akhirnya Allah menjatuhkan mereka, dan menjadi orang yang dipandang hina oleh orang ramai.

Sejenis ikan air tawar iaitu ikan limbat adalah ikan yang hidup dalam parit, tasik kecil dalam lembah dan sebagainya. Ikan-ikan ini belayar dalam air dengan berkumpulan kira-kira empat hingga enam pasang. Sambil belayar mencari makanan ada yang kuat di antara mereka menyundak rakannya dengan tanduk atau durinya hingga kulit rakan itu luka dan keluar darah.

Apabila rakannya menderita kerana luka dan keluar darah dari badannya, ikan yang menyundak itu tidak pula hendak menolong, sebaliknya digigitnya tempat luka rakannya itu. Setelah melihat kawan yang menjadi mangsanya itu mati, maka bangkai rakannya itu dimakannya.

Ikan limbat ini boleh dijadikan bandingan dengan ahli-ahli politik yang tidak berpegang kepada ajaran Allah Subhanahu wa Taala secara ikhlas. Kebanyakan ahli -ahli politik mengkhianati rakan-rakan mereka untuk melakukan perlumbaan bagi mendapatkan tempat atau merebut tempat rakannya itu. Setelah rakan mereka itu jatuh atau kecundang, maka merekalah yang berjaya dan mendabik dada.

Masa kini telah wujud peribahasa baru yang ditujukan kepada orang-orang politik iaitu Politik limbat.

Maha Adil Allah Subhanahu wa Taala menemukan 'Buruan dan Makanan Laut' dalam wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w., dan dari yang Qudus itu kita mendapat banyak hikmat pula.

-----


1] Al Maidah: 96.

[2] An Nur: 45

[3] Al Isra: 32


HADIS

BALASAN

Tidak dinamakan baik apabila perbuatan itu berakibatkan (balasan) neraka. Dan tidak dinamakan jahat (buruk) apabila perbuatan itu menerima balasan syurga. – Hadis Qudsi.

PETUA

PEMIMPIN


Jika seseorang itu berhasrat untuk menjadiu pemimpin masyarakat dan rakyat jelata, janganlah mengaggap perkara itu mudah bagi dirinya. Kerana pemimpin memikul amanah Allah, masyarakat dan rakyat jelata.

Terlebih dahulu nilaikan diri sendiri, jika ada salah satu dari lima perkara ini, tak usahlah menjadi pemimpin,iaitu: 1 – Tidak ada pengetahauan agama Islam, dari fardu ‘ain, fardu kifayah hingga politik Islam. 2 – Berfikiran ssuntuk dan panas baran. 3 – Telah dan bercadang melakukan rasuah. 4 – Tidak beramanah. 5 – Tidak berakhlak mulia sebagai orang mukmin sejati.

TAHUKAH?

HASIL ZINA

Islam tidak mengenakan hukum denda ke atas individu yang bersalah kerana zina.

Semenjak undng – undang pencegahan zina dan khalwat (duduk berduaan lelaki dan perempuan yang sah nikah di tempat suci yangb boleh mencurigaan akan melakukan zina), banyak wang hasil dari kesalahan zina dan khakwat dipungut oleh kerajaan – kerajaan negeri. Wang itu sama derngan hsil zina yang dikutip oleh ibu dan bapa ayam di sarang pelacauran. Kemudian wang itu dicampurkan dengan wang hasil – hasilk lain yang dipungut oleh kerajaan negeri – negeri. Sedikit dari wang itu pula dibayar gaji dan alaun para mufti, kadi, ulama dan masjid dan sebagainya.





Friday, October 2, 2009

KHUTBAH JUMAAT



'PENGAMAL RASUAH PENGKHIANAT NEGARA'

(02 OKTOBER 2009M / 13 SYAWAL 1430H)

Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping berusaha mencari kehidupan yang diberkati dan diredhai serta hidup kita dengan berbekalkan sumber rezeki halal. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang beruntung di dunia dan akhirat. Mimbar Jumaat pada hari ini akan memperkatakan khutbah mengenai tajuk: Pengamal Rasuah Pengkhianat Negara.

Rasuah adalah perbuatan jenayah yang telah menular dan menjadi darah daging dalam kehidupan masyarakat manusia di semua tempat. Berdasarkan laporan dalam media cetak dan elektronik di dapati pada kebiasaannya penglibatan rasuah dalam politik, sektor perkhidmatan awam, swasta dan orang awam meliputi perbuatan meminta, menawar, menerima suapan atau tuntutan palsu atau menyalahguna jawatan untuk kepentingan diri, keluarga dan puak tertentu.

Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram. Ini berdasarkan dalil yang Qat’ie iaitu al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak Ulamak. Dalam al-Quran terdapat ayat yang menggariskan tentang rasuah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188:

Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Manakala sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tabrani:

Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka.

Menurut statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2008, sebanyak 605 tangkapan telah dibuat. Apa yang menakutkan dan membimbangkan kita ialah mereka yang melakukan rasuah atau bersyubahat adalah dianggap sebagai perompak harta rakyat. Berdasarkan pemerhatian mimbar, besar pangkat seseorang maka besarlah peluang untuk merompak harta rakyat dan semakin pintar pula untuk melepaskan diri dari disabitkan dengan jenayah rasuah. Jika keadaan amalan jenayah rasuah ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara.

Persoalan besar timbul ialah mengapa amalan najis rasuah berlaku?. Berdasarkan pemerhatian, punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja.

Sama ada disedari atau tidak bahawa mereka yang terlibat dengan jenayah ini sebenarnya mengakibatkan beberapa kesan buruk seperti pembahagian kekayaan negara tertumpu kepada orang tertentu sahaja, meningkatkan kadar inflasi dan berleluasa kezaliman dalam masyarakat. Dengan demikian golongan yang paling malang dan rugi ialah golongan yang berpenat lelah mencari rezeki halal menggunakan tulang empat kerat seperti para petani, nelayan, penoreh getah, penarik beca dan kumpulan dhaif yang lain yang tidak terlibat secara langsung dengan pengurusan harta negara.

Rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah solat dan doa kita. Alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan rasuah ibadah dan doa kita menjadi sia-sia, justeru akan menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah SWT. Lebih membimbangkan lagi jika kita tidak segera membanteras penyakit rasuah boleh menyebabkan kita terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana dalam kehidupan, akibat kemurkaan Allah seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 112:

Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.”

Pengamal, penyalahguna dan mereka yang bersyubahat dengan rasuah adalah pengkhianat negara. Apa yang nyata, kadar celik huruf dan celik akal di kalangan rakyat negara ini semakin tinggi tetapi mereka yang terlibat gagal membuat penilaian dengan waras tentang isu-isu rasuah di negara ini. Oleh itu, mimbar pada kali ini menyeru semua pihak sama-sama berusaha untuk memerangi jenayah rasuah dalam negara kita secara serius demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dalam perkhidmatan.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, maka mimbar ingin mengingatkan bahawa mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana:

Pertama : Menjamin kesinambungan nasab atau keturunannya kekal dalam keadaan insan yang beriman dan berintegriti;

Kedua : Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga pengurusan;

Ketiga : Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi rasuah; dan

Keempat : Membuktikan bahawa amalan ibadah-ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan telah berjaya mencegah dirinya terlibat dengan najis rasuah.

Marilah sama-sama kita meningkatkan integriti dan menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab menghapuskan rasuah. Semoga dengan itu, iman kita terus bertambah dan dapat memakmurkan bumi Allah dengan benih-benih kebaikan, serta menjadi golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti firman Allah dalam surah Ali Imran:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.”(surah Ali Imran: 104).

(Khutbah Jumaat ini disediakan oleh JAKIM)

HADIS DAN LAIN

 
HADIS


ZAHID

Jika anda zahid (tidak menuntut dsn halonba) terhadap dunia (segala kemewahan, kebahagiaan dan keseronokan yang berlawanan dengan agama Islam) nescaya Allah sayangkan anda dan zahid ( tidak ingin dan tamak) akan kakayan dunia di tangan orang lain nescaya manusia sayangkan anda.
- Maksud Hadis Nabi Muhammad s.a.w., diriwayatkan oleh: At Tarmizi.

PETUA

ORANG RASUAH

Sesiapa yang memilih astsu mrengambil individual yang terlsah mrlsakukan rasduah menjadi Pemimpin, samalah dengan menggalas sekor biawak hidup atas belakang sendiri, kerana orang yang melakukan rasuah dilaknat Allah - Pemberi, penerima dan perunding rasuah dilaknat Allah - maksud Hadis.

TAHUKAH?

AYAM COCOK

Sebilangan restoran nasi kandar di seluruh Malaysia menghidangkan daging ayam cocok leher, iaitu tidak sembelih cara Islsam, kerana mereka terpaksa membeli ayam - ayam dari pengusaha dan pengedar Hindu, dan banyak pula restoran nasi kandar milik orang Hindu, tetapi di dalamnya menggunakan frem - frem yang mengandungi ayat - ayat Quran untuk mengabui mata umt Islam.
- Sumbar dari KIMMA.

 
 ***********
 
 
BARISAN NASIONAL MENANG

Oleh: Mokhtar Petah

Calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan, pada 11 Oktober ini, Tan Sri Mohd. Isa Samad akan madapat kemenangan mudah kerana sebilangan pengundi berharap beliau akan kembali memegang jawatan Menteri Besar negeri tersebut.
Isa Samad bekas Menteri Besar, salah seorang dari tiga Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad yang aktif melaksanakan pembangunan Negeri Sembilan sehingga negeri tersebut maju besama Negeri Selangor, Melaka dan Perak.
Dua Menteri Besar, Tsan Sri Muhammad bin Mohd. Taib (Selangor), Tan Sri Ramli Ngah Talib (Perak) dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Rahim Tambny Cik (Melaka).
Negeri Sembilan akan kembali pesat membangun jika Isa Samad menerajui negeri tersebu semula, kerana Menteri Besar sekarang, Dato’ Seri Mohamad Hassan terdapat banyak kelemahannya sehingga sebilangan besar penduduk luar bandar negeri itu hidup dalam keadaan ’mendengar guruh di langit menadah tepapayan kosong, tempayan pecah hujan tidak turun jua’.
Isa Samad adalah di antara beberapa orang tokoh penting UMNO yang diistiharkan oleh Lembaga Disiplin parti politiki tersebut telah terlibat dengan politik wang.
Kemerusutan undi yang akan diterima oleh beliau adalah disebabkan ‘salah kerana politik wang’, iaitu sama dengan rasuah dan kerana UMNO Negeri Sembilan seperti di negeri - negeri lain dalam keadaan seperti ‘telur di hujung tanduk’ dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Faktor utama, pada umumnya pengudi kawasan DUN Bagan Pinang tidak perpandangan jauh dalam arena politik tanah air, lebih - lebih lagi politik Islam dan politik sosialis; mereka lenbih mementingkan makan dan minum serta kesenangan hidup
Mereka memliki keyakinan yang kuat, hanya UMNO dan Barisan Nasional yang terdaya menyuapkan sesuap nasi beriani dan kiju ke mulut mereka serta kemewahan hidup mereka.
Parti - parti politik lain tidak boleh diharap. Jika menang pun hana akan mrenjadi seperti ‘bangau jantan atas belakang kerbau betina dara’ sahaja.
PAS tidak mempunyai kekuatan dalam kewasan Bagan Pinang, kerana sebilangan mereka yang berpengetahuan Islam lenbih cendrerung kepaada makan gaji dalam Karajan dari menyertai parti pembankang.
Manakala Parti Keadilan Rakyat, dipandang oleh mereka sebagai sebuah parti politik yang akan mencuba merentap akar kemakmuran rakyat yang telah ditanam dengan subnur oleh Karajan pusat dan Karajan negeri pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
Jika Isa Samad menang, beliau tidak akan memberi apa - apa faedah kepada rakyat, jika beliau tidak memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan semula dan menghapuskan ‘suara naga berjalan semut’ oleh Menteri Besar sekarang.

POLITIK


 

Thursday, October 1, 2009

MENGENANG MASA SILAM

Mokhtar Petah

(Ulangan)

Pada tahun sembilan belas tujuh puluh empat.

Perjuangan umat Islam menuntut kemerdekaan empat wilayah di Selatan Siam dari dijajah oleh Kerajaan Siam telah memakan masa yang terlalu lama. Aku mengambil kira dari masa yang pendek sahaja, iaitu dari zaman kerajaan Siam pimpinan Phibul Songgram sekitar pada hujung tahun 1938.

Perjuangan itu berlanjutan di bawah kezaliman kerajaan Siam sehingga mereka membunuh peminpin Gerakan Umat Islamn Pattani, Pimpinan ulama Allahyarham Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir. Dia telah dibunuh oleh polis Siam pada 13 Ogos 1954, seperti yang aku telah jelaskan dalam bahagian 13 di atas.

Perjuangan mereka itu tidak mendapat perhatian yang serius dari kebanyakan kerajaan-kerajaan umat Islam di dunia dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Sebab utama perjuangan mereka telah tidak diberi perhatian, kerana mereka itu umat Islam yang menuntut hak dari kerajaan bukan Islam.

Sebenarnya perjuangan orang Melayu dan umat Islam Selatan Siam sama dengan perjuangan umat Arab di Palestin. Beribu-ribu orang telah terkorban syahid akibat kezaliman umat manusia beragama lain dari Islam.

TOK TANGGUT

Semenjak peristiwa itu aku telah didesak oleh keinginanku sendiri untuk menemui Tok Janggut. Menurut banyak punca, bahawa pemimpin mujahidin Selatan Siam itu tidak akan mendeahkan nama sebenarnya. Dia hanya memperkenalkan dirinya dengan nama ’Tok Janggut’.

Menurut cerita yang masih samar-sama, bahawa gelaran ’Tok Janggut’ telah wujud sejak umat Islam menentang penjajah Siam pada zaman silam. Apabila Tok Janggut telah meninggal dunia, muncul orang kanannya bergelar Tok Janggut juga dan begitulah hingga kepada Tok Janggut pada masa kini. Nama itu diturunkan kepada pengganti-penggantinya seperti yang telah berlaku pada wali abdal’(berganti) di Iraq.

Pada bulan Januari 1974, aku telah pergi ke Bandar Betong, sebuah bandar kecil kira-kira 8 kilometer dari bandar kecil Pangkalan Hulu Perak. Di sana aku telah bertemu dengan seorang yang dikatakan orang Tok Janggut. Dia seorang guru agama Islam (tidak sebut namanya), tinggal di Kampung Rambung. Aku telah meminta bantuannya suapaya aku dapat bertemu dengan pemimpin gerila itu.

Pada satu hari dalam bulan Februari aku telah menerima surat dari Pengkalan Hulu. Surat itu dari seseorang dan memberitahu kepadaku, yang Tok Janggut sedia menemui di suatu tempat di Grik, Hulu Perak pada 27 Mac 1974. Dia telah meminta aku menghubungi Penolong OCPD, Balai Polis Grik, ASP Faizol bin Uda Sohor.

CAWANGAN KHAS

Pada tahun 1974, Pegawai Daerah Grik, Kamaruddin Ma’amor, OCPD, Datuk Zaman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Polis, ASP Faizol bin Uda Sohor dan Pegawai Polis Bahagian Cawangan Khas, Ahmad bin Susah.

Sebelum aku pergi ke Kampung Pelang, aku telah menghubungi ASP Faizol di Balai Polis Grik menerusi telefon. Dia telah ketawa terkekeh-kekeh dalam telefon sebaiki-baik sahaja mendengar maksudku itu.

”...you datang, I tunggu, ...I tak pernah jumpa dia, I takut...,”ASP Faizol berkata.

”...you tau le, ...wartawan macam I ni mana ada rasa takut,”aku berkata.

ASP Faizol ketawa lagi.

RUMAH REHAT

Setiap kali Tok Janggut datang ke kawasan negeri Perak, dia telah bertemu dengan ASP Faizol. Mereka seperti dua rakan yang sukar dipisahkan. Tetapi pegawai-pegawai atasan ASP Faizol tidak mengetahui akan perhubungannya dengan ketua mujahidin di Selatan Siam itu.

Aku telah tiba di Bandar Grik pada petang 26 Mac 1974. Aku telah menginap di Rumah Rehat Grik. Sebaik-baik sahaja kami selesai makan malam di Rumah Rehat itu, kami telah pergi ke Kampung Pelang dengan menaiki kereta ASP Faizol. Kampung Pelang teletak di luar Bandar Grik, iaitu hala ke Pengkalan Hulu. Rimba raya di belakang kampung itu sambung menyambung dengan rimba raya di Selatan Siam.

Dalam perjalanan ke Kampung Pelang, ASP Faizol telah menceritakan kepadaku akan latar belakang Tok Janggut. Pergerakan mujahidin itu mempunyai wakil-wakil atau pejuang-pejuangnya di beberapa buah negara umat Islam di seluruh dunia, di antaranya, Libya, Iran, Arab Saudi, Sudan dan Indonesia.

”...you berani, ...I puji you, ”kata ASP Faizol kepadaku setelah kami tiba di kampung Pelang.

”Mengapa?” Aku bertanya.

”Ialah, tak ada orang yang berani jumpa orang tua tu, ...I dulu baru jumpa dia, menggigil you...,”jawabnya.

MEMBANTU WANG

Aku telah memberitahu kepada ASP Faizol yang aku membawa amanah dari sebuah negara umat Islam, yang mahukan laporan lengkap tentang Tok Janggut dan perjuangannya. Akulah orangnya yang akan membuat laporan itu. Negara itu mahu membantu wang kepada Tok Janggut dan organisasinya. Aku telah diberitahu, wang bernilai $1juta telah disediakan oleh negara itu, di kedutaannya, di Kuala Lumpur.

ASP Faizol telah memberhentikan keretanya di bawah pokok besar, dekat sebuah rumah berdinding buluh dan beratapkan daun rumbia atau daun sang. Kami telah dibawa oleh dua orang lelaki Melayu, ke sebuah rumah penduduk kampung itu.

Di beberapa buah kampung di sekitar Pengkalan Hulu, Kelian Intan dan Grik banyak kaum kerabat Tok Janggut. Setiap kali Tok Janggut datang menziarah kaum kerabatnya di sana, tidak ada siapa pun yang menyangka dia seorang pemimpin gerila umat Islam Selatan Siam, kerana dia berpakaian sebagai seorang lebai di Selatan Siam dan di Malaysia.

NEGARA ISLAM

Dalam pertemuan aku dengan Tok Janggut, aku telah memaklumkan kepada- nya mengenai hasrat sebuah negara Islam untuk membantunya.

”...Allahu Akbar, kami ni dok jihad tak sudah-sudah... Selagi negeghi kami tak bebas daghi musuh Siam, kami tak beghenti, ...kami jihad kerana Allah, ...kami nak bebaskan umat Islam daghi oghang kafir yang duk jajah negeghi kami,”katanya.

”...adat oghe bepeghe, biasalah..., kalau kami tak bunuh oghe, oghe pulak bunuh kita..., tapi kalau mati kami..., mati syahid,”katanya.

”Kami ni duk sambung pejuange oghe dulu, ....pejuange kami akan disambung pulak oleh anak cucu kami, ...selagi bumi kimi tak bebas daghi penjajah Siam, sampai bila pun kami bejuang...,”tambah Tok Janggut.

Tok Janggut memberitahu, Kerajaan Siam telah menjalankan tindakan memperkecilkan penduduk-penduduk Islam di sesuatu tempatan dalam wilayah Selatan Siam dengan menempatkan orang-orang Siam dan Cina yang didatangkan dari tempat-tempat lain.

UMAT ISLAM

Tanah milik orang-orang Islam telah diambil oleh kerajaan Siam dengan sesuka hati dan diberikan kepada orang-orang Siam dan China mendudukinya. Tindakan itu telah menjadikan umat Islam hidup dalam kemiskinan.

Tok Janggut juga memberitahu, askar dan polis Siam sering menjalankan tindakan menculik alim ulama yang mereka sangka telah menyebelahi pergerakan pemisah di sana. Ramai dari mereka itu telah dibunuh dan mayat mereka di campak dalam sungai atau dalam longkang. Ramai pula dari ulama-ulama itu telah hilang kerana diculik oleh askar dan polis Siam.

Dalam pertemuan itu, Tok Janggut memberitahu kepadaku, yang dia dan orang-orangnya hanya mengetahui namaku sebagai salah seorang penulis Islam, tetapi mereka tidak pernah mengenali aku secara dekat. Tok Janggut juga memberitahu, bahawa buku karanganku, ’Bangsa Melayu Menggugat Dunia’ telah menjadi buku bacaan pejuang-pejuang Islam di sana.

MERERDAKAN PERJUANGAN

Sepanjang percakapanku dengan Tok Janggut, ASP Faizol tidak banyak bercakap. Sebelum kami meninggalkan rumah itu, Tok Janggut dan kami telah sama-sama berdoa kepada Allah memohonkan umat Islam di Selatan Siam dan di seluruh dunia dipeliharakan oleh Allah dan meredhakan perjuangan mereka.

Pada waktu dalam perjalanan pulang, ASP Faizol memberitahu, bahawa dia bersimpati dengan perjuangan Tok Janggut, kerana mereka bukan pengganas, tetapi rakyat yang berjuang menuntut hak negara mereka sendiri.

Pada masa itu Malaysia telah bekerjasama dengan Kerajaan Siam untuk membasmikan musuh-musuh kedua negara termasuk gerila-gerila pemisah yang berjuang menuntut kemerdekaan empat wilayah di Selatan Siam. Mereka itu dianggap sebagai pengganas oleh Kerajaan Siam.

Kerjasama Malaysia dengan Siam telah terikat dengan satu perjanjian yang telah dibuat pada zaman Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Perjanjian itu dikuatkan lagi oleh maufakat negara-negara dalam ASEAN.

Sesuai dengan perjanjian itu, satu batalion Polis Hutan Malaysia telah ditempatkan di bandar kecil Betung, dalam wilayah Yala. Aku sering melawat ke khemah Polis Hutan Malaysia di sana bersama pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia dengan menaiki helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Dalam tahun 1970-an juga batalion Polis Hutan di Betong telah ditarik balik ke Malaysia.

Malaysia adalah sebuah negara penting dalam OIC. Aku berharap, Malaysia di bawah pimpinan Abdullah Badawi akan dapat mencari jalan bagi menyelesaikan masalah umat Islam di Selatan Thailand. Sejarah mengajar kita, bahawa wailayah Selatan Siam adalah hak orang Melayu di sana. Mana-mana jua negara yang menguasai negara orang lain adalah dianggap penjajah. Maka masalah itu perlu diselesaikan oleh organisasi-organisasi dunia dan Asia.(Dari MPSBP.mp)

QURAN



BELATUK

Dan (Nabi Sulaiman) memeriksa burung-burung lalu bersabda; Mengapa aku tidak nampak belatuk (taguk-taguk). Atau apakah ia tidak ada di sini?
Bahawa, aku akan hukumkan dia dengan hukuman yang keras, atau aku sembelih atau dia kemukakan kepadaku akan alasan yang terang.
Belatuk adalah sejenis unggas dari keluarga Picidae dan terdapat 220 jenis (spesis). Ukuran panjang badannya dari 9-57 cm. Unggas ini hidup di seluruh dunia kecuali Australia, Madagaskar dan New Zealand.
Burung belatuk ini dikemukakan oleh Allah SWT dalam Al Quran sebagai berita tentang Nabi Allah Sulaiman yang mempunyai kepandaian mengumpulkan haiwan dan unggas untuk menjadi anggota angkatan tentera di bawah pemerintahannya yang menjunjung perintah Allah.
Berita ini tentang burung belatuk menghilangkan diri dan terbang ke negara bernama Saba yang diperintah oleh seorang, ratu yang cantik yang bernama Balqais.
Ratu Balqais memerintah sampai ke Habsyah dalam kawasan Afrika. Dia dan rakyatnya tidak menyembah Allah, sebaliknya menyembah matahari.
Burung belatuk telah terbang ke sana dengan tujuan untuk mengintip Ratu Balqais dan orang-orang bawahnya.
Dalam keadaan Nabi Sulaiman tercari-cari akan burung belatuk, maka burung yang menjadi pengintip itu pun terbang pulang dan mendapatkan Nabi Allah Sulaiman.
Tidak lama kemudian, ia(belatuk)datang dan berkata: Hamba mengetahui akan apa yang tuanku belum ketahui, dan hamba datang dari Saba membawa berita yang benar.
Hamba dapati (di Saba) seorang perempuan (Ratu) yang memerintah (rakyat), dia memiliki segala sesuatu dan mempunyai istana yang besar. (Sembah belatuk kepada Nabi Sulaiman).
Setelah mendengar berita dari belatuk itu, Nabi Sulaiman melantik belatuk menjadi diplomatik untuk membawa warkah kerajaannya kepada Ratu Balqais dan kemudiannya Ratu Balqais memeluk agama Islam dan jatuh cinta kepada Nabi Allah itu.
Nabi Sulaiman memerintah belatuk:
Engkau pergi bawa warkahku, dan jatuhkannya kepada mereka (Ratu Balqais dan para pembesarnya), kemudian kamu terbang dari mereka dan perhatikan bagaimana jawapan (reaksi) mereka itu.
Berkata (Ratu Balqais), hai orang-orang besar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepada beta sepucuk surat yang mulia.
Sesungguhnya (warkah) itu dari Sulaiman (dibaca kandungannya). Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang, janganlah menyombong kepadaku, dan datanglah kepadaku menjadi muslimin dan tunduk ke¬pada Allah.
Belatuk telah ditunjukkan oleh Allah menjadi diplomatik kepada Nabi Sulaiman a.s. Belatuk ini dapat kita akui, bahawa ia lebih tinggi kedudukannya dalam menjalankan peranan menarik orang-orang yang kafir berpaling kepada Allah Yang Pengasih dan Penyayang.
Sungguhpun belatuk tidak bertemu dengan Ratu Balqais, tetapi ia berjaya menjadi pengintip untuk mengintip kerajaan yang mempunyai pegangan dan kepercayaan yang menentang Allah Azim.
Kalau kita meneliti warkah berdaulat Nabi Allah Sulaiman seperti ayat 30 dalam surah An Naml, sesungguhnya kita akui bahawa kalimat Bismillahir Rahmanir Rahim (ARAB)mempunyai hikmat yang amat besar untuk mempengaruhi minda dan jiwa manusia.
Betapa agungnya Ratu Balqais dan betapa kuat orang-orang besar dalam kerajaannya, tetapi dengan kalimat Bismillah yang dibaca dari warkah Nabi Sulaiman yang diterbangkan oleh belatuk itu, telah melembutkan hati mereka dan mereka tunduk dan mengikut jalan Nabi Sulaiman iaitu beriman kepada Allah.
Ayat Bismillah ini juga mempunyai pengajaran ( ARAB) yang paling tinggi kepada manusia. I
Ayat ini juga digunakan oleh para Rasul Allah dan para Nabi Allah dalam kehidupan mereka. Kalimat ini digunakan oleh para a1im ulama, para wali dan para insan yang beriman kepada Allah untuk memulakan setiap pekerjaan hinggalah kepada waktu memulakan peranan asmara dan hubungan jenis suami isteri dan memasukkan mayat ke dalam liang kubur.
Kalimat ini boleh digunakan oleh setiap orang mukmin untuk apa jua tujuan, amalan dan tindakan dalam kehidupan mereka.
Dengan iman yang teguh kepada Allah, dengan hati yang suci murni kepada- Nya, jika dibaca kalimat Bismillah ini sebanyak 3333 kali, 333 kali, 30 kali atau 3 kali akan dapat menyembuhkan apa jua penyakit, melembutkan hati yang keras pada manusia dan boleh menarik hati wanita atau pria (lelaki) supaya jatuh cinta kepada kita iaitu dijadikan ilmu pengasih.
Mujarab atau tidak dari kita gunakan kalimat ini, bergantung pada sejauh mana keyakinan kita kepada diri kita, kepada Allah Subhanahu wa Taala dan Allah menerima atau tidak akan hajat kita itu.
Membaca kalimat suci ini sebagai doa memohon Allah makbulkan hajat kita, maka insya Allah permohonan kita Allah akan makbulkan.
Allah Subhanahu wa Taala telah mengaku dalam Quran seperti berikut:
(quran)
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadaku tentang Aku, maka(jawablah), sesungguh nya Aku adalah hampir. Aku mengabulkan permintaaan orang yang mendoa apabila dia berdoa kepada-KU, maka mereka itu hendaklah mengikut (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka senantiasa dalam kebenaran.
(quran)
Dan Tuhanmu berfirman: "Minta (berdoalah) kepadaKu, nescaya Aku beri perkenan (mustajab) bagi kamu."
Belatuk mempunyai ragam hidup yang agak berbeza daripada unggas-unggas lain, sama ada cara terbangnya, cara mencari makanan, cara meminum air, tempat tinggalnya dan mahupun kekacakan dan gayanya.
Apabila ia terbang, cara menuju arahnya seperti gelombang air sedang bergelora dan pantas pula. Mencari makanan dengan cara berusaha yang bersungguh-sungguh, iaitu menebuk batang-batang reput dengan menggunakan paruhnya yang tajam dan lidahnya yang panjang. Meminum air dari air yang bersih di dalam lubang punggur yang tinggi. Tempat tinggalnya juga dalam lubang punggur yang tinggi. Kekacakan dan gayanya amat jauh bezanya dari unggas-unggas yang lain, iaitu berjambul merah atau disebut orang 'belatuk berjambul emas' . I
Orang-orang Melayu semenjak zaman berzaman sangat arif akan hubungan belatuk dengan Nabi Allah Sulaiman. Mereka mengambil belatuk untuk salah satu daripada peribahasa, iaitu
Punggur rebak belatuk tumpang mati. Ertinya seseorang yang bergantung kepada orang lain, seperti ahli politik yang bergantung kepada ketuanya, kalau tuannya jatuh, maka dia ikut jatuh.
Kejadian ini sering berlaku dalam masyarakat bangsa kita dan masyarakat manusia di seluruh dunia ini.
Ada satu kisah mengenai belatuk dengan Nabi Allah Sulaiman, tetapi tidak terdapat di dalam Al Quran, hanya diceritakan secara lisan oleh orang-orang alim, terutama waktu mereka menggambarkan sikap manusia yang mengejar kemahsyuran diri dan menjadi takbur.
Menurut kisah itu, bahawa dalam zaman sebelum Nabi Allah Sulaiman belatuk tidak mempunyai jambul merah atau jambul emas dan ia mencari makanan di dalam semak samun dan meminum air dalam tasik, paya dan sebagainya.
Dalam zaman Nabi Allah Sulaiman belatuk telah memohon kepada Nabi Allah itu supaya berdoa kepada Allah SWT agar dikabulkan maksudnya bagi mendapatkan jambul merah atau jambul emas.
Mendengar beberapa kali permohonan belatuk itu, Nabi Allah menasihatkan kepada belatuk supaya mengenepikan hajat¬nya untuk mendapatkan jambul merah atau jambul emas. Nabi Sulaiman memberitahu belatuk, ia lebih baik tidak berjambul emas kerana kalau ia berjambul emas banyak bahaya akan berlaku ke atasnya.
"Orang mahukan jambul kamu. Kamu akan diburu, dipanah atau dilontar dengan batu, akhirnya kamu tidak dapat mencari makanan di tempat-tempat biasa dan tidak dapat minum air dari tasik atau sungai seperti sekarang ini," demikian agaknya Nabi Allah Sulaiman berkata kepada belatuk.
Tetapi belatuk tidak dapat mengubah hajatnya. Beberapa bulan kemudiannya, ia mendapat jambul merah atau jambul emas. Semenjak itulah ia diburu oleh manusia dan ia tidak dapat makan dan minum di tempat biasa, sebaliknya makanan dicari pada punggur-punggur atau kayu buruk, minum air dari lubang kayu bahkan tempat tinggalnya pun dalam lubang punggur.
Akibat yang paling besar, belatuk sentiasa berhadapan dengan nasib buruk dan mati kerana punggur yang ia tumpang tumbang atau rebah ke bumi.
Orang-orang Melayu sering menggunakan peribahasa `seperti belatuk berjambul emas' bagi orang-orang yang memperolehi gelaran dan nama dari Raja atau kerajaan.
Manakala orang-orang yang turut jatuh setelah tuannya atau ketua mereka jatuh terutama dalam bidang politik dan ekonomi diumpamakan 'punggur rebak belatuk tumpang mati. '
Maha Suci Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai kisah belatuk dengan Nabi Sulaiman a.s. - (RDaQ.mp)