Friday, February 22, 2013
PILIHAN RAYA UMUM KE 13
PENENTU
MELAYU JAHILIYAH KUNO
ATAU JAHILIYAH MODEN
Oleh: Mokhtar Petah
Sesiapapun bebas bersuara, ”
kami mahu Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak terus memegang kuasa sebagai Perdana
Menteri Malaysia.
Sesiapapun bebas berkata: ”kami
mahu Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.”
”Kami mahu Dato’ Seri Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri
Malaysia dari Dato’ Seri Najib,” boleh.
”Kami mahu orang DAP jadi Perdana Menteri
Malaysia,” juga boleh dalam negara demokrasi.
Tiada siapa yang boleh menentukan, siapa
bakal Perdana Menteri ngara ini, selain
dari kehendak Allah yang akan menentukan jumlah keputusan Pilihan Raya Umum ke
- 13 yang akan berlaku pada bila - bila hari nanti.
Pilihan raya umum kali ini, UMNO - Barisan
Nasional yang untung, kerana mereka telah lama berkempen diseluruh negara atas
kuasa kerajaan dan kerajaaan di bawah mereka telah banyak memberi sumbangan
wang kepada rakyat jelata yang miskin dan fakir.
Parti - parti pembangkang, jika menang dalam
piliahan raya itu nanti, bukanlah kerana banyak dan lama berkempen dan kerana
banyak menyumbangkan -sedekah - wang
kepada rakyat jelata. tetapi bagi umat Islam yang faham akan pengetahuan agama
Islam, kuat iman dan akidah mahu menegakkan negara Islam dan menolak sistem
nasionalisme sempit dan kapitalisme serta kronisme.
Manakala orang - orang yang masih berfikiran
’tunduk’ kepada fahaman penjajah Inggeris, ortodoks dan mahu menolak negara
Islam dan sebikang hukum Allah dalam Islam, maka, mereka tetapi menyokong -
undi - UMNO - Barisan Nasional.
Orang - orang dari keturunan lain, mahu
menolak sistep nasionalisme sempit dan kaiptalimse dan mahu menghantikan sosio
- demokrasi tetapi ada sebilangan dari mereka tidak menolak Islam sebagai agama
rasmi negara.
Umno -
Barisan Nasional yang berkuasa menerajui Kerajaan Malaysia, adalah sebuah parti
politii (bersama MCA dan MIC), telah berjuang menuntut
KEMERDEKAAN DALAM KEADAAN TUNDUK KEPADA Inggeris dan
tolak beransur - ansur dengan orang Cina dan orang India bersma mereka (kata
pihak Parti Kebangsaan Melayu Malaya - PKMM)
Setelah
gagasan Malayan Union dibatalkan, British telah menggunakan tektik lain untuk
menjadikan kerajaan Tanah Melayu mengikut telunjuknya, agar Tanah Melayu akan
dikuasai oleh tiga bangsa, Melayu, Cina dan India.
Pada 1952 telah berlaku kegelisahan di
kalangan orang Melayu dan ahli UMNO di Kuala Kangsar, disebabkan seorang Inggeris
Bekas Penasihat Undang – undang Negeri,
di Tanah Melayu, yang menjadi penasihat kepada parti politik perkauman Cina,
MCA, Dr. Victor Percell telah mengadu domba antara orang Cina dengan Melayu.
Beberapa
orang Melayu dalam UMNO, di antaranya Dr Haji Megat Khas telah mengadap
Sultan Perak, Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul
Jalil Radziallah Shah (1948–1963) , memohon budibicara
baginda untuk mencari jalan bagi menentang tindak tanduk bekas apegawai British
tersebut. Sultan Yusof telah berjanji akan membantu mereka. Baginda juga telah
menasihatkan mereka, supaya membawa perkara itu kepada UMNO Negeri Perak.[1] Mereka
membawa perkara itu kepada UMNO bahagian
Negeri Perak (pada masa itu UMNO ada bahagian di negeri sahaja .
‘Di dalam bulan
Ogos, 1952, iaitu kira – kira limam bulan sahaja setelah UMNO dan MCA
mengadakan ‘Perikatan’ di dalam Pilihan Raya Municipal Kuala Lumpur itu dan
perasaan curiga dan ragu – ragu masih belum habis terkikis di setengah –
setengah ahli UMNO atas persahabatanitu, tiba – tiba tersiar berita akhbar berkenaan
dengan Dr.Victor Percell, penasihat MCA, trlah tiaba di Tanah Melayu.
Dr. Percell ini
telah terkenal sebagai seorang yang telalu pro Cina dan anti Melayu. Ialah yang
menjadi pembela MCA dan orang – orang Cina
di England dan pernah menulis dalam akhbar – akhbar di England, tuduhan – tuduhan yang orang Melayu tidaka
adil terhdap orang – orang Cina yang ada di Tanah Melayu.
Berita kedatangannya
itu telah menimbulkan ribut di kalangan UMNO, kononnya ia akan menjadi orang
tengah untuk mengadakan rundingan – rundingan di antara UMNO dengan MCA. Selain
daripada itu kedatangannya itu ialah juga untuk menyiasat keadaan orang – orang
Cina di Tanah Melayu untuk dibuat satu penyata yang akan diserahkan kepada
Kereajaan British di England.
Berhubung dengan
kedatangan Dr. Percell dengan tujuan
sebagaimana yang dikatakan itu, UMNO Perak telah mengadakan suatu mesyuarat
tergempar daan telah mengambi satu ketetapan, iaitumemqndang dengan perasaan
sedih akan tujuan kedatangan Dr. Percell itu kerana pada pendapat UMNO Bahagian
Perak, tidak mensabah bagi Dr. Percell yang menerima pencen daripada kerajaan
negeri ini datang ke mari bagi faedah sepihak sahaja daripenduduknya.Penyata
yang hendak dibuat itu,akan memburukkan keadaan lain – lain pihak pada
pandangan dunia luar dan akan membawa perselisihan yang amat hebat di antara
kaum – kaum.
Ketetapan UMNO Perak itu telah
dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth, Seberang Perai, di
dalam bulan September 1952 dan telah disokong oleh SEBERKAS, Kedah (Pertubuhan
yang bergabung dengan UMNO serta telah disetujui oleh persidangan itu).([2] [1] Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, 1981, Kuala Lumpur, Pustaka
Antara, hl.345,346).
Dalam buku, ’Sejarah Perjuangan Bangsa
Melayu, - 1981, oleh, Ibrahim Mahmood, termaktub: ’ Dalam bulan Jun, iaitu
sebelum berlaku Pilihan Raya Fedral di dalam bulan Julai (1955) itu, bekas
Pemangku Penasihat British di negeri
Johor, telah dinberitakan sebagai berkata semasa ia melawat Kota Tinggi
di Johor, bahawa sesebuah parti (parti politik - mp) yang bersendirian itu
adalah lebih baik daripada satu Perikatan yang terdiri daripada parti - parti
politik yang berlainan corak. Kenyataan ini nyatalah dimaksudkan kepada Partin
Negara (dipimpin Dato’ Onn Jaafar) dan Periaktan UMNO - MCA - MIC.’
Dalam Perlembagaan, ’ASAS DAN TUJUAN, 3.3, Menegak,
memeprtahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara (bukan agama negara -
mp) serta menghormati prfinsip kebebasan beragama.’
Mufti Negeri perak, Allahyarham Dato’ Haji Ismail bin
Hamzah, Mufti negeri Johor, Dato’ Haji Hassan
bin Yunus (kemudian, Menteri Besar, Negeri Johor), Shekh Abdullah
Fahim - Seberang Perai, Haji Abdul
Rahman, Haji Husin Chik Dol dan bebeapa orang ulama mursyid telah menyatakan ’
dukacita’ kerana dalam majlis mementerai perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
merdeka di London, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak serta Raja - Raja
Melayu tidak membawa seorang pun dari ulama di negara ini.
Majlis itu dirasmikan dengan tisak berdoa cara Islam,
tetapi cara dilakukan secara orang Kristian dan Yahudi, iaitu sama - sama minum
arak dari gelas - gelas yang cekek, laksana bangunan Tabung Haji, di Kuala Lumpur.
Mereka telah meramalkan, kerajaan tidak berdoa kepada Allah, tisak selamat.
Surat perjanjian yang bertarikh 5 Ogos 1957 dan
dimaktubkan antara Sir Donald Charles Mac Gillivray G.C.M.G. MBE bagi
pihak Ratu Inggeris dengan YMM Sultan
Johor, Sultan Ibrahim ibni al marhum
Sultan Abu Bakar , Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riyauddin al mu’azzam Shah
ibni al marhum Sultan Abdullah Shah, Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam
shan ibnu Sultan alauddin Sulaiman Shah, Sultan Kedah, Sultan Tengku Badli Shah ibnu Sultan Abdul Hamid
Shah, Raja Perlis, Syed Putera ibnu al mrhum Syed Hassan, Sultan Negeri
Kelantan, al marhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhammad, Sultan Negeri
Terengganu, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni
Sultan Zainal Abidin dan Sultan Perak, Sultan Yusuf Izzuddin shah ibni
Sultan Abdul Jalil Shah.
Manakala Negeri Sembilan, termasuk para Undangnya, iaitu:Yam
Tuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibnu al marhum Sultan Tengku Muhammad,
Unang Luak Sungai Ujung, Dato’ Kelama
Putera Muhammad Kasim bin Dato’ Haji Nik
Abdul Aziz, Undang Luak Jelebu, Dato’Mendika Menteri Akhir Zaman, Shahruddin
bin Abdul Rahman, Undang luak Johol,Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan,
Abdul Manap bin Tolok, Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja Haji Ipap bin
Abdullah, dan Undang Luak Tamping dan Orang Besar Bagi Jajahan jajahan yang
jadi negeri, dinamakan negeri Sembilan,Tengku Syed Idrus bin Tengku Syed Ahmd.
Di antara kandungan perjanjian itu: ’Bahawa masa sekarang
ada berbagai perjanjian behubung dengan perkara Kerajaan negeri - negeri Yang
Maha Mulia itu di antara Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan tiap - tiap
seorang Duli Yang Maha Mulia Raja - Raja negeri yang tersebut.
(berkenaan Negeri Sembilan di antara Duli Yang Maha Mulia
Baginda Queen dengan Yang Maha Mulia Yang Dipertuan besarw serta undang -
Undang danOrang Besar).
Dalam kongres orang Melayu menentang Malayan Union, di
Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur, pada 1,2,3 dan 4 Mac 1946,
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) ditubuhkan, dengan dasar Nasionalisme Melayu.
Parti tersebut terkenal kini dengan United Malays National Assoceation (UMNO).
Allahyarham Dato’ Onn bin Jaafar telah dipilih mengetuai
parti politik orang Melayu tersebut.
Pada Mei 1945, sebuah parti politik berdasarkan Islam,
iaitu Hizbul Muslimin (parti orang - orang Islam) telah ditubuhkan oleh
Allahyarham Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan para guru Sekolah Agama Islam
(rakyat), Ma’ahad el Ehyausy syarif, di Gunung Semanggol Perak. Di antara ahli
jawatan kuasa sementaranya, ialah Haji Hassan Yunos (setelah negara merdeka
memegang jawatan Menteri Besar Johor), Ustaz Othman bin Hamzah dan Ustaz Abdul
Rauf bin Ahmad.
Pada bukan Oktober 1945, satu kongres Melayu dengan
bantuan pihak Parti Komunis Indonesia (PKI) atas tujuan membantu bangsa Melayu
menghalau penjajah Inggeris dari Tanah Melayu, Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) telah ditubuhkan. Allahyarham Dr Buhanuddin Helmi telah dipilih memegang
Yang Dipertuanya dan penolongnya, Allahyarham Iskan Haji Muhammad.
Menurut cerita al marhum Sultan Perak, Sultan Yusuf
Izzuddin Shah, Dato’ Onn bin Jaafar dan Dato’ Panglima Bukit Gantang, Haji
Abdul Wahab kepada saya, bahawa UMNO ditubuhkan setelah mendapat nasihat dari
para Penasihat undang - undang bagi negeri
- negeri Melayu, Pahang, Perak, Selangor dan lain, dalam satu majlis makan malam di sebuah kelan,
di Cameron highland.
Dalam majlis yang dihadiri oleh mereka yang menceritakan
kepada saya itu, bahawa para penasihat Inggeris itu memberitahu mereka, yang
kerajaan Inggeris khuatir dengan wujudnya parti Islam - Hizbul Muslimin dari
Gunung Semanggol, kerana ia akan menjadi seperti parti Islam Ikhanul Muslimin,
di Masir, anti Inggeris dan setiap orang angti Inggeris bermakna anti Raja -
raja Melayu.
Para penasihat british itu menasihakan mereka, agar
menubuhkan sebuah parti politik bersasarkan kebangsaan Melayu (nasionalisme
Melayu), untuk membunuh parti Islam, Hizbul Muslimin. Tetapi para penasihat
Undang - undang Britisha itu tidak
menasihatkan mereka menubuhkan UMNO.
Sebelum kongres Melayu menentang Malayan Union itu, Dato’
Onn bin Jaafar telah menyusuk orang - orang yang akan menjadi ’orang - orang
golong’nya, iaitu terdiri daripada mereka yang berpendidikan dari institusi
pengajian tinggi di London dan lepasan sekolah - sekolah Inggeris. Pendeknya
orang Melayu yang masih sayangkan Inggeris.
Kongres bangsa Melayu di Kelab Sultan Sulaina itu,
dihadiri oleh seramai 107 wakil dan 56 pemerhati dari persatuan - persatuan
Melayu, parti politik Melayu termasuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ,
wakil - wakil dari Orang - Orang Asli dan beribu orang Melayu dari seluruh
Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.
Dengan persetujuan sebulat suara kongres itu, maka
Pertubuahan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEBAR) ditubuhkan dan Dato’ Onn bin
Jaafar telah dipilih memegang jawatan Yang Dipertuanya.
(Bersambung
pada Isnin. Insya Allah)
Sunday, February 3, 2013
HJAK EHWAL POLITIK
UMNO GUNA ISU NAMA ’ALLA’ UNTU MENANG
PILIAHAN RAYA UMUM KE - 13
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa isu kalimah
ALLAH yang menjadi pertikaian mutakhir ini adalah mainan politik Umno menjelang
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Ini kerja Umno.
Mengaku Islam… bawa isu kalimah ALLAH musim pilihan raya. Nak pancing undi guna
kalimah ALLAH,” katanya pada sidang media di Himpunan Perdana Ummah bersama Pas
di sebuah hotel dekat ibu negara, hari ini.
Jelas Hadi, keputusan
dibuat Majlis Syura Pas berkaitan dengan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan
Islam sudah cukup jelas, namun ia dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu
termasuk sesetengah media sehingga ia menimbulkan kebimbangan rakyat.
“ALLAH tak boleh
diterjemahkan. Dalam masa sama ALLAH digunakan bukan Islam ditempat dia, itu
hak kamu. Salah gunakan, itu tak boleh.
“Ia ada beza dan kita
kena faham. Majlis Syura Ulama buat keputusan perkataan ALLAH tidak boleh
diterjemah. Perkataan ALLAH tak boleh salah guna. Kalau kamu nak (kalimah)
ALLAH dalam bangsa kamu, itu hak kamu. Dipotong-potong kenyataan ini dan
dilaga-lagakan,” tegas beliau.
Cadangan penggunaan
kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu dibangkitkan oleh Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan Hari Natal lalu.
Pakatan Rakyat yang
berbincang pada 8 Januari memutuskan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan
Islam asalkan ia tidak disalahgunakan.
Pendirian Hadi yang
mewakili Pas dalam mesyuarat itu disambut baik oleh Majlis Pakatan Rakyat.
Namun Majlis Syura
Pas yang bermesyuarat pula memutuskan bahawa kalimah ALLAH adalah hak eksklusif
untuk orang Islam sahaja dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana
bahasa.
Mesyuarat itu
dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadi kemudiannya akur
dengan pendirian Majlis Syura Pas itu.
Semalam, Pengerusi
DAP, Karpal Singh berkata Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat
oleh Pakatan Rakyat mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura
Ulamanya.
Pengerusi DAP, Karpal
Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam
kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis
Syura.
Hadi bagaimanapun
ketika ditanya berhubung perkara itu meminta media merujuk kepada kenyataannya
yang dikeluarkan dalam Harakah.
Menerusi semakan yang
dibuat di laman web Harakahdaily.net, kenyataan media yang dikeluarkan pemimpin
itu hanyalah yang bertarikh 14 Januari lalu dan dirasakan tidak relevan bagi
menjawab ketidakpuasan hati Karpal bersabit isu tersebut.
Karpal semalam
berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan
kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.
“Saya kesal dengan
kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.
“Kita masih meminta
Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan
oleh orang bukan Islam,” katanya.
Karpal juga menafikan
ada berbincang mengenai hal itu ketika Nik Aziz berkunjung ke kediamannya
minggu lalu.
***********************************************************
KISAH BENAR.
SUAMI TIDAK
KENANG BUDI
’Hajah Zaharah,
49 tahun, telah dua bulan, terlantar sakit marah usuz dan saraf otak, di
hospital.Harapan nipis, dia akan sembuh
dari penyakit yang menderanya. Para doktor pakar, sekadar pendapat masing -
masing (Allah Maha Kuasa), dia tidak mungkin meninggal dunia tidak lama lagi.’
Pada hari - hari
didera kesakitan, Haja Zaharah rindukan suaminya, Amir (bukan nama betul), lulusan
universiti di negara ini. Dia
menjalankan perniagaannya sendiri. Maju.
”... tak apa,Ami
tak jengun Zah, Zah syukur kepada Allah, Amir dulu kerja peon di pejabat
syarikat tempat Zah kerja ..., lepas kita kahwin, Zah bantu Amir belaja ...,
dengan duit Zah Amir telah melanjutkan pelajaran ke universiti, Amir tamat,
Amir berjaya ..., saya syukur kepada Allah,” suara Hajah Zahara dalam
keluhannya.
Hampir sebulan
suami HajahZaharah tidak datang menjenguknya.
Pada satu
petang, suami Hajah Zaharah datang. Dia membawa Satu sampul surat besar.
Pada ketika
Amir duduk di atas kerusi, di sisi katil isterinya, dia berkata kepada
isterinya: ”Zah, ini Amir bawa surat cerai ..., Amir cerai Zah talak satu ...,
Amir nak kahwin dengan juururawa, Mahyun.
“... Allahu
Akbar ..., ooo, Mahyun yang rawat Zah dulu tu?” Hajah Zaharah bertanya.
”Ia, dia
cintakan Amir ..., kami akan kahwin...,” jawab Amir.
”Tak apalah
Abang Amir, mana abang fikir baik, Zah rela ...,” kata Hajah Zaharah. Tanpa
tangisan.
Amir bangun. Tanpa
bersalaman dengan beas isterinya, dia melangkah pergi.
Hajah Zaharah
menelan dukanya sendiri.
(Cerita ini dari
seorang wanita bekas pegawai tinggi, di sebuah syarikat milik kerajaan).
Subscribe to:
Posts (Atom)