Sunday, June 30, 2013


     YB ROZMAN DATUK HAJI ASLI AHLI PARLIMEN LABUAN 

YB  Rozman bin Datuk Haji Isli


Saya mengucapkan tahniah kepada rakan saya, YB Rozman bin Dato' Haji Isli kerana berjaya  memikul tanggungjawab sabagai wakil rakyat - ahli Dewan Rakyat  - Parlimen kawasan Persekutuan Labun.
Saya mengenang kembali pada masa lebih tujuh tahun lalu, saya telah menemui beliau di pejabat perniagaan bapanya, Dato' Haji Isli, di Penampang, Kota Kinabali, Sabah. Saya dibawa oleh beliau melawat ke rumahnya di sebuah kampung, di Labuan. Di sana saya telah bertemu dengan bapa dan keluarga beliau.Pada waktu di surau, lepas sembahyang Asar, sebelum berangkat ke Kota KInabalu, beliau memberitahub kepada saya akan hasratnya; sebagia ahli UMNO di Labuan, untuk menjadi wakil rakyat - ahli Dewan Rakyat, di kawasan Labuan.Setelah saya kembali ke Kuala Lumpur, saya telah menulis satu laporan peribadi   dan hasrat beliau hendak menjadi wakil rakyat di Labuan dan saya serahkannya kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk (Tun) Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, dan beliau berjnaji, bahawa Encik Razman dicatatkan dalam buku rasmi beliau sebagai pemimpin UMNO - BN dan negara.Mungkin kerana, Encik Rozman rasa kecewa, kerana tidak dipilih menjadi calon, dalam PRU - 12, maka beliau tidak pernah menghubungi saya lagi.Al hamdulillah, Allah Maha Kuasa, beliau telah dipilih dan di angkat menjadi wakail rakyat di Labuan.Sekali lagi saya mengucap tahniah kepada beliau.

No comments: