Monday, June 10, 2013

  1. BERITA

    KEADILAN tawar latihan eksekutif untuk mahasiswa

    (Oleh Aisha Geoffrey)

    PETALING JAYA 4 JUN: KEADILAN akan menganjurkan Program Latihan Eksekutif KEADILAN (KEIP) yang ditawarkan khas untuk mahasiswa Malaysia di seluruh dunia.
    Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, program tersebut berlangsung lima minggu bermula 26 Jun hingga 2 Ogos 2013.
    Program tersebut menyediakan modul-modul untuk melatih dan memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai ilmu dan pengalaman politik, pembangunan dasar, daya kepimpinan serta etika media.
    “Program ini berbeza dengan program-program sedia ada yang selalunya memerlukan mahasiswa menjalankan tugas berkaitan urusan pejabat.
    “KEIP juga mengambil model yang digunakan parti-parti politik ternama dunia seperti Parti Demokrat,” jelas Izzah pada sidang media pelancaran KEIP di ibu pejabat parti hari ini.
    Menurut Izzah, KEIP dikhususkan kepada mahasiswa pelbagai latar belakang pendidikan yang berminat mengenai politik dan mereka akan ditempatkan mengikut kawasan Parlimen yang akan ditetapkan.
    Katanya, di akhir program, setiap kumpulan pelatih akan mengusahakan satu projek yang meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial termasuk penganjuran program politik dan pembangunan dasar untuk KEADILAN sendiri.
    “Mereka juga akan dibayar elaun latihan setiap bulan,” kata Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
    Kepada mereka yang berminat untuk menyertai program latihan ini boleh memohon secara online di SINI.*

    * Dari Keadilan online

  2. BERITA

    Rakyat Perlu Inklusif Bukan Eksklusif – Najib

    SELANGAU (Sarawak) 9 Jun – Rakyat di seluruh pelosok negara digesa agar bersikap inklusif bukan eksklusif dalam semangat keberkesamaan di bawah payung 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
    Perdana Menteri berkata, menerusi pendekatan seumpama itu, negara akan kekal menjadi kuat sebagaimana Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan yang berfungsi di bawah mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
    “Kalau kita bersikap inklusif sama ada kita daripada etnik besar, minoriti ataupun kecil sama ada di bandar, luar bandar dan pedalaman kita semua mesti merasai semangat keberkesamaan.
    “Kita semua mesti merasai bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan untuk kita dan akan terus memperjuangkan untung nasib kita dan rakyat Malaysia akan mendapat pertimbangan yang adil dan saksama di bawah kerajaan BN,” katanya ketika berucap pada majlis Ngabang Gawai di Rumah Panjang Jangit, Tamin, kira-kira 60km dari Sibu.
    Majlis itu turut dihadiri isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mewakili Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun yang juga anggota Parlimen Selangau dan tuai rumah panjang itu.*

    * Dari Media UMNO
  3. BERITA

    Muhyiddin betul-betul dalam dilemma

    KUALA LUMPUR: Seruan untuk kedua-dua jawatan tertinggi Umno untuk tidak dipertandingkan betul-betul membuatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam dilemma.
    Menurut sumber Umno yang menghubungi Harakahdaily, Timbalan Presiden Umno itu tidak berani menyambut seruan tersebut kerana terasa ada perangkap menantinya.
    “Jika Muhyiddin sambut, bermaksud beliau tak akan mencabar bosnya (Datuk Seri) Najib (Razak). Tapi siapa yang boleh beri jaminan beliau tidak akan dicabar oleh (Datuk Seri) Ali Rustam dan (Tan Sri) Isa Samad.
    "Jika Muhyiddin sambut sahaja, maka Najib sudah terselamat. Dan ini membuka peluang kepada semua musuhnya untuk menggulingkannya. Akhirnya seruan hanya akan tinggal seruan, hanya jawatan Presiden Umno tidak dipertandingkan,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.
    Semalam, Muhyiddin menegaskan bahawa hak menentukan pertandingan dua jawatan tertinggi Umno untuk berlangsung atau tidak, tidak terletak pada tangan individu pemimpin tapi ahli-ahlinya.
    “Saya akan komen apabila tiba masa yang sesuai,” kata Muhyiddin ketika ditanya samada beliau menyokong kedua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan.
    Sebelum itu, Muhyiddin turut mengikut langkah untuk mematikan 1Malaysia Najib dengan mengisytiharkan bahawa (BN) akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum.
    "Mesej jelas sebahagian besar Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, Siam dan sebahagian besar masyarakat di Sabah dan Sarawak masih mendukung BN," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.
    “Orang Umno paling sayangkan jawatan. Muhyiddin tidak terkecuali. Tapi beliau sedar beliau dalam bahaya. Sokongan yang diharapkan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika di pemilihan Umno 2009 di mana beliau mengetuai kempen turunkan Tun Abdullah (Badawi) tidak kuat kali ini.
    "Najib akan diam diri – wartawan akan serang bertubi-tubi pada Muhyiddin. Najib hanya memerlukan jawapan daripada seorang saja iaitu Muhyiddin untuk menyelamatkannya daripada dicabar. Tapi berlainan dengan Muhyiddin, beliau memerlukan banyak jawapan untuk yakin bahawa kedua-dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan itu akan direalisasikan,” kata sumber Umno lewat malam tadi.
    Beliau turut mengulangi pendapatnya bahawa Muhyiddin memilih jalan maut sekiranya mengambil keputusan untuk mempertahankan kerusi timbalan presiden.
    “Jika itu keputusan Muhyiddin, maka itulah titik noktah bagi karier politik beliau yang hanya sampai peringkat Timbalan Perdana Menteri sebelum digantikan dengan orang yang lebih muda dan tidak mengugat Najib.
    "Di dalam Umno, ramai yang menganggap beliau sebagai layak menjawat presiden Umno sekurang-kurangnya kerana senioriti dan sumbangannya kepada parti. Lagipun isteri Muhyiddin low profile seperti isteri Tun (Dr Mahathir) yang wakil-wakil Umno lebih suka berbanding (Datin Seri) Rosmah (Mansor),” kata beliau sebelum mengakhiri perbualan telefon. *

    * Berita ini dari Harakah Dai


  4. TERKENANG

    REPUBLIK INDONESIA GANYAG MALAYSIA

    Pada masa konfrantasi Republik Indonesia terhadap Malaysia pada 16 September 1963 hingga Ogos 1966, iaitu pada bulan Oktober 1963 aku telah mengikuti Sultan Idris Shah melawat ke bandar kecil Lumut. Bandar itu sedang mengadakan pesta tahunan. Berbagai pertunjukkan kesenian telah diadakan, di padang tepi laut.
    Sultan Idris telah beradu dalam bilik vip. Rumah Rehat bandar itu. Anggota-anggota rombongan Baginda telah tinggal dalam beberapa buah bilik di situ. Aku bersama seorang pegawai polis bahagian Cawangan Khas telah menginap dalam sebuah bilik tidak jauh dari bilik Baginda.
    Pada malam itu kira-kira jam 11.00, aku sedang bercakap-cakap dengan dua orang rakan, seorang pemberita dan seorang gadis Melayu penyanyi dari Persatuan Belia Daerah Dindings, di tepi pintu masuk ke pesta itu. Pada waktu kami sedang bercakap-cakap di situ, tiba-tiba datang Usmar - bekas wartawan harian Patriot, Medan dan pegawai POLRI bahagian perisikan-, telah datang menemui aku. Setelah kami berjabat tangannya, dia telah mengajak aku pergi bersamanya ke pengkalan bot ke Pulau Pangkor. Aku telah meninggalkan dua rakanku di situ dan mengikut Usmar.
    KOMANDO GANYANG MALAYSIA
    Usmar memberitahu kepadaku, bahawa dia telah dua hari berada di Lumut dan siang tadi dia telah datang mencariku di Kuala Kangsar. Di sana dia telah mendapat tahu yang aku bertada di Lumut.
    Usmar telah mengajakku menaiki bot pergi ke Pulau Pangkor Laut, iaitu di sebalik Pulau Pangkor dan mengadap ke laut lepas. Dengan berbisik, dia memberitahu kepadaku yang dia telah datang bersama Tentera Nasional Indonesia (TNI) atau Komando Ganyang Malaysia (KOGAM) dengan sebuah kapal selam dan telah berlabuh di sana.
    Pada ketika itu perkhidmatan bot ke Pulau Pangkor telah tidak ada lagi. Usmar bersama seorang rakannya telah membawaku menaiki bot laju yang telah disewanya sejak siang tadi. Setibanya kami di kawasan pinggir Pulau Pangkor Laut, dalam cahaya bebintang di dada langit, aku melihat sebuah kapal besar sedang berlabuh di laut tidak jauh dari pulau itu. Ramai anggota-anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) atau Komando Ganyang Malaysia (KOGAM) yang berpakaian uniform celoreng dan lengkap brsenjata sedang berdiri di bawah pepohon dan semak-semak di situ.
    Usmar telah memperkenalkan aku kepada seorang pegawai yang telah menyebut namanya, Ali (bukan nama sebenar) dan anggota-anggota TNI yang lain. Pada waktu yang singkat dan mencemaskan itu, aku telah diminta menjalankan propaganda kepada orang ramai, di negara ini bagi menghancurkan projek Malaysia yang disifatkan oleh Presiden Soekarno sebagai projek British.
    DIRANCANG OLEH INGGERIS
    Ali dan pegawai-pegawainya telah menyerahkan satu guni, sebesar guni bawang yang berisi wang kertas Malaysia yang bernilai $10.00 setiap sehelai itu masih baru dan berikat kemas dengan pita logam. Wang itu adalah untuk aku gunakan bagi menjalankan kempen anti Malaysia.
    Ali telah menjelaskan kepadaku, bahwa Republik Indonesia tidak bertujuan bermusuhan dengan rakyat Tanah Melayu yang baru berada di bawah Malaysia, tetapi tujuan mereka untuk menghancurkan gagasan Malaysia, kerana projek itu telah dirancang oleh Inggeris dengan tujuan mengekalkan kepentingan ekonomi mereka di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo, iaitu Brunei, Sarawak dan Sabah.
    Aku telah menolak pemberian wang seguni itu dengan alasan aku tidak dapat membawanya, kerana di sekitar bandar kecil Lumut ramai anggota-anggota polis dan tentera sedang berkawal, kalau aku membawa guni berisi wang itu tentulah aku akan diberkas oleh mereka. Selain dari itu aku menginap bersama seorang pegawai polis bahagian Cawangan Khas dalam bilik rumah rehat di Lumut.
    Ali dan pegawai-pegawai TNI itu telah menerima alasanku itu. Kemudian mereka telah meminta aku bekerjasama dengan mereka bagi menghancur projek Malaysia. Kira-kira dua puluh minit aku di sana, kemudian Usmar telah menghantarku pulang ke Lumut dengan bot laju itu.
    INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
    Kira-kira tiga minggu kemudian aku telah menerima surat dari seorang tokoh ilmuan dan diplomatik (namanya aku rahsiakan), yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah intitusi pengajian tinggi, di Singapura. Dia telah meminta aku membantunya, menjadi korespondan- menulis dan membekalkan berita-berita dan artikel-artikel kepada pihaknya, di institusi pengajian tinggi itu.
    Aku telah menerima permintaannya itu. Pensyarah itu telah memberi kepadaku kemudahan mengirim berita-berita dengan menggunakan kad mengirim berita- collect press-, dari Telekom. Semua berita yang aku tulis aku telah mengirimkannya kepada institusi pengajian tinggi itu dengan kod ’press’.
    Kemudian aku telah mendapat tahu, bahawa semua berita dari aku itu telah disiarkan Radio Republik Indonesia (RRI), iaitu ’Suara Ganyang Malaysia’ untuk dipancarkan di Radio Republik Indonesia (RRI).
    Aku telah tidak memberitahu kepada sesiapa, hatta kepada isteriku mengenai petemuanku dengan pegawai-pegawai TNI di Pulau Pangkor Laut hingga aku membekalkan berita-berita kepada sebuah insitusi pengajian tinggi di Singapura.
    POLIS CAWANGAN KHAS
    Kisah itu telah menjadi kenang-kenangan dalam hidupku dan telah menjadi catatan dalam sejarah hidupku sebagai seorang penulis yang sentiasa rebah dan bangun. Aku kira pengalaman itu sebahagian dari ilmu pengetahuan dan pengalaman aku jua.
    Pada masa konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia itu, aku telah diminta oleh seorang Pegawai Polis Bahagian Cawangan Khas, negeri Perak, supaya aku bekerja sambilan dengan bahagian itu. Kerana pekerjaan itu sebagai satu sumbangan kepada negaraku, maka aku telah menerima permintaan pegawai tersebut.
    Tugasku dalam Cawangan Khas itu tidaklah untuk menangkap orang-orang politik kiri atau mereka yang melakukan seversif terhdap negara, tetapi aku menjalankan tugas sebagai wartawan juga, iaitu melaporkan kepda bahagian itu semua hasil percakapan dan temubualku dengan pemimpin-pemimpin perjuangan golongan kiri dan para bijak pandai yang membangkang kerajaan seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Kassim Ahmad, Ishak Haji Muhammad dan ramai lagi.
    Selain dari itu, aku juga dikehendaki melaporkan hasil lihat, dengar dan selidikku terhadap menteri-menteri dan ahli-ahli Dewan Rakyat, termasuk kelakuan mereka yang boleh merosakkan nama negara, seperti rasuah dan sebagainya.
    PERPADUAN DAN PEMBANGUNAN
    Aku dikehendaki menghantar segera kepada pegawai Bahagian Cawangan Khas setempat semua saripati dari ucapan-ucapan para politikus itu, seperti mereka mengkritik atau menegur kerajaan berhubungan dengan pembangunan luar bandar, politik, ekonomi, pelajaran dan sebagainya. Semua laporanku itu dihantar oleh pihak Bahagian Cawangan khas itu ke ibu pejabatnya, di Kuala Lumpur dan seterusnya kepada Perdana Menteri.
    Aku juga dikehendaki menghantar kepada Bahagian cawangan Khas semua salinan berita-berita yang aku telah tulis mengenai hal-hal pihak pembangkang, seperti temubualku dengan mereka, ucapan mereka, orang-orang yang mereka telah temui dan sebagainya.
    Pihak Jabatan Perdana Menteri mahukan ucapan-ucapan, pecakapan dan buah fikiran tokoh-tokoh pembangkang diteliti, dikaji dan ambil mana-mana yang baik dan berfaedah untuk tujuan memperbaiki pengurusan kerajaan, terutama mengenai perpaduan dan pembangunan rakyat luar bandar.
    Kerja yang aku telah lakukan untuk kerajaan itu adalah kerja kecilan, tetapi aku mendapat pengalaman dari semua kerjaku itu; sesebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi amat memerlukan pandangan atau idea dari pihak pembangkang dan orang ramai untuk melaksanakan satu-satu rancangan atau projek untuk rakyat jelata.
    Kerajaan yang mengamalkan demokrasi tidak akan berjaya dan maju jika mereka mengenepikan pandangan atau idea dari pihak pembangkang dan pengkritik-pengkritik dasar dan usaha-usaha kerajaan.*

    *Disaring dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah
    .



  5. FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

    MENENTANG PERINTAH ALLAH

    Sesungguhnya, orang - orang yang menentang (perintah atau hukum) Allah dan RasulNya (Muhammad s.a.w.), mereka itu tetap ditimpa kehinaan (di dunia dan di akhirat) sebagaimana orang - orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesaungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan keterangan - kegterangan yang jelas - nyata. Dan bagi mereka yang kafir (tidak beriman kepada Allah dan tidak taatkan perintah - hukum Allah) disediakan seksaan yang mnenghinakan. *
    - al Mujaddalah:5

    * Jika kita meneliti akan maksud firman Allah di atas ini, kita dapat kefahaman, bahawa orang yang tidak berima kepada Allah, adalah kafir dan orang yanbg tidak taatkan hukum - hukum Allah (misalnya segala hukum Allah melarang melaku atau mengamalkan, kita melakukan dan mengamalkannya, maka, kita termasuk orang - orang kafir juga.

    AL QURAN

    Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah memaklumkan kepada umat manusia:
    ”Al Quran, hyujungnya di tangan Allah dan hujung yangb lain di tangan kalian (manusia mukmin dan mukminah). Oleh itu, berpeganglah dengannya (al Quran) agar kalian tidak tersesat dan selama - lamanya tidak akan binasa. *
    - Perawi: At Tabrani

    * Maknanya al Quran dari Allah dan semua hukum - undang - undang, ilmu pengetahuan dan sebagai di dalamnya diadakan oleh Allah, maka, manusia mestilah mengikutinya supaya mnereka tidak tersesat atau mnenjadi kafir.



  6. UCAPAN IKHLAS

    Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
    As salamu alaikum wa alaikunnas salam.
    Selamat pagi.
    Sungguhnya, kita semua pastikan madah hati, kata lisan dan perbuatan kita tidak menjadiukan kita teregelincir kepada keadaan menderhakakan Allah atau kafir.
    Allah dilupa jangan
    Google -Wekipedia: mokhtarpetah

No comments: