Monday, June 10, 2013













MENINGGAL DUNIA

Saya dimakmulkan melalui sms, bahawa Pak Wan atau Redzuan Ahmad, guru, pensyarah dan pakar gambar, Kuala Kumpur; tokonya di bahagian bawah Kompleks Pertama, Kuala Lumpur, telah meninggal dunia, pada awal subuh tadi.
Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan umat Islam, Batu Muda, Kuala Lumpur, lepas sembahyang fardu Zohor.

Pak Wan, berasal dari Kampung Tanah Merah, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Telah berkhidmat dalam pasikan Askar British, di Singapura sebagai jurugambar. Kemudian berkhidmat sebagai jurugambar syarikat Utgusan Melayu Berhad. Kemudian Allahyarham berkhidmat drengan Balai Muhibban.

Allah yarham bersama isterinya, telah membuka tokok gambar di Pertama Kompleks, Kuala Lumpur, mengajar para pemuda pemudi menjadi jurugambar. Beragtus orang muridnya bekerja dalam bidanbg merdia, televisyen, surat khabar, majalah dan filem.
Inna lillahi wa inna ilaiHi raj'un.
Al fatihah. mp

No comments: